Dapat suami pemalas, sebulan aku sengaja biar sampah penuh luar rumah. Sampai berulat suami buat tak tahu je

Suami aku ni rajin sangat memasak. Masalahnya bila dia masak, dia akan guna semua peralatan yang ada dekat dapur tu. Kalau periuk tu dia guna untuk rebus, dia ambik periuk lain untuk goreng ayam. Periuk lain untuk goreng ikan. Periuk lain untuk masak sayur. Lepas masak dia biarkan je semua tak berbasuh…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku Amani. Dah dua tahun aku jadi isteri orang. Aku bekerja manakala suami aku bisnesman di rumah. Tujuan aku tulis ni nak minta nasihat dan pendapat korang. Aku tak tahu yang suami aku ni pengotor atau tak?

Aku akan bagi situasi untuk korang nilaikan sendiri. Suami aku memang rajin masak. Bab masak ni dia memang terer. Dia akan masak bila aku tak larat atau letih balik kerja. Tapi masalah kat sini, bila dia masak.. Allahuu memang bersepah dapur.

Plastik bungkusan makanan akan dibiarkan, kulit bawang bersepah, segala jenis kulit la kalau dia p0tong semua berterabur. Kalau boleh semua peralatan dalam dapur tu dia akan guna. Kalau periuk tu dia guna untuk rebus, dia sanggup ambik periuk lain untuk goreng ayam.

Periuk lain untuk goreng ikan. Periuk lain untuk masak sayur. Semuanya sebab MALAS nak basuh. Balang gula bila dah ambik dibiarkan terbuka sehingga semut penuh. Botol sos dan kicap pun tak bertutup. Sehinggakan dapur aku tu tak ada ruang.

Habis masak dia biarkan saja. Aku nak kemas dia tak bagi. Siap marah – marah lagi. Katanya nanti dia akan kemas. Masalahnya dia tak kemas pun. Kalau dia kemas, 2 hari selepas tu baru dia buat. Jadi kesimpulannya aku jugak yang kena kemas.

Aku bekerja, balik kerja nak rehat – rehat tapi mata aku s4kit tengok dapur yang berselerak. Mahu tak mahu aku terp4ksa kemas jugak sebab aku nak masak untuk anak aku. Pernah hampir 2 minggu tiap – tiap hari lepas balik kerja aku kemas dapur saja habis masa sampai 2 jam. Penat giIa!

Aku slow talk kat suami aku. Tak tahan dengan per4ngai dia macam tu. Dia marah aku walaupun aku cakap elok – elok dengan dia. Katanya keluarga dia tak pernah p4ksa dia untuk buat kerja. Kalau nak buat silakan. Kalau tak nak tak payah buat.

Hmmm lepastu aku berg4duh dengan suami sebab perkara ni. Baru aku faham kenapa suami aku kata macam tu. Rupanya keluarga suami aku pon begitu. Dapur selalu dibiarkan bersepah. Kalau aku balik rumah suami aku memang aku tak jejak kaki kat dapur.

Pernah kaki aku terpijak minyak masak terpakai kat dapur rumah mentua aku. Boleh dibiarkan saja, takde pun yang nak ambil kain dan lap.. Sampah dibiarkan melimpah keluar dari tong yang dah penuh. Aku cuba cara lain, aku nak tengok macam mana nak tunggu suami kemas.

Aku tak kemas dapur, biarkan saja. Ingatkan suami aku nak kemas sebab dia akan guna dapur untuk bisnes dia tapi sangkaan aku meleset. Dia sanggup ambik periuk lain untuk masak! M4kin bersepah dapur tu dibuatnya!

Kedua, bab sampah. Untuk pengetahuan korang, rumah aku kat kawasan kampung. Nak buang sampah kena naik kereta pergi buang sebab moto tak ada. Pernah hampir sebulan sampah tak pernah dibuang. Aku dah tolong letak sampah dalam plastik sampah hitam.

Tinggal nak buang saja. Itupon suami aku tak pergi buang. Aku cuba cara lain. Aku buang sampah sendiri. Dia marah katanya nanti dia buang laa. Masalahnya dia tak buang – buang jugak. Str3ss aku. Aku cuba cara lain.

Aku letak sampah kat luar rumah. Tak jadi jugak. Sampaikan sampah tu penuh ulat. Aku pejamkan mata. Sehinggakan aku g4duh dengan suami aku sebab sampah tak dibuang. Baru dia pergi buang. Ketiga, r0kok. Suami aku per0kok tegar.

Aku dah nasihatkan dia berhenti sebab ada anak kecil. Dia tak dengar cakap aku pon. Usaha nak berhenti pon tak dak. Dia hisap r0kok luar rumah. Tapi, habuk r0kok dibiarkan bertaburan atas lantai. Bukan sebatang r0kok ya. Berkotak – kotak dia hisap.

Lantai tu dah kelabu sebab penuh sangat habuk r0kok. Aku malu dengan jiran. Jadi aku tolong kemas. Kutiplah segala puntung, kotak dan habuk r0kok kat lantai walaupun aku benci giIa dengan r0kok. Ingatkan dia nak berubah rupanya masih sama.

Malah dia marah aku sebab katanya nanti dia akan kemas. Masalahnya perkataan nanti tu ibarat dia memang tak akan kemas. Aku cuba cara lain. Aku bagi bekas untuk letak habuk. Tak jadi. Aku fed up. Baju dan pakaian letak merata rata atas lantai.

Aku letakkan penyangkut supaya mudah untuk dia sangkut. Tak jadi. Aku letak bakul dalam bilik. Masih baju tu bersepah atas lantai. Banyak lagi nak diceritakan. Tapi cukuplah. Cara lembut dah pernah guna cara kasar pon aku pernah guna. Tapi tak jalan.

Aku mengharapkan ada insan – insan yang boleh bagi tips khususnya supaya suami aku boleh berubah. Doakan juga supaya aku dapat bersabar dengan per4ngai suami aku ni. Aku nak sangat dia berubah. Kami ada anak. Aku tak nak aku terbiasa dengan perkara – perkara sebegini. Terima kasih.. – Amani (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nurjehhan PrubsnTakaful : Kalau nak rumahtangga kekal, anggaplah sifat pengotor suami tu sebagai c4c4t kekal dia. Kalau s4kit hati je terus set dlm kepala “OH DIA CACAT.”Anggap jelah. F1ght for it. Kalau tak, cakap jelah depan dia ‘saya dah tak sanggup hidup dengan orang pengotor.’ Daripada simpan s4kit hati tu sampai membarah dalam diri takut jadi peny4kit mentaI, let it go.

Akissha Laila’sha : Sebelum kahwin penting pergi rumah bakal mentua!!! Kau saje buat – buat nak masuk tandas dan basuh tangan kat dapur. 2 tempat ni kau da boleh nilai tahap kebersihan tuan rumah. Dah kalau memang nampak rumah mentua tu jenis pengotor, baik kau cari bakal suami yang lain. Sebelum kena hadap dengan sikap manusia pengotor bertahun – tahun.

Nurul Hazimah : Doa lah awak. Itu je senj4ta yang paling hebat. Sebab hati, sikap dan per4ngai manusia kita tak boleh nak ubah melainkan diri sendiri. Kite sayangkan perkahwinan kita, jadi doa sungguh – sungguh supaya Allah beri dia rasa keinsafan pasal kebersihan rumah. Mungkin ambil masa tapi apa lagi yang kita boleh buat. Saya doakan awak diberi kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi suami awak ye.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.