Dpt tahu suami kawen lain, kwn ajar petua hati kering hingga suami ceraikan isteri ke2

Rahsia terb0ngkar bila ada kawan – kawan nampak suami bawa wanita mengandung ke kIinik. Memang terk3jut dan hampir pitam. Saat itu kawan yang senasib suruh saya sabar tapi kalau nak ikut cara dia ada beberapa syarat wajib saya patuhi..

#Foto sekadar hiasan. Nasihat, semua orang boleh beri, lengkap dengan Nas dan hadis sekali, untuk tegakkan hak mereka, terutama datangnya dari kaum lelaki, tetapi orang yang pikul beban sahaja tahu betapa peritnya hidup bermadu.

Saya tak mahu cakap pasal orang lain, tetapi ini pengalaman sendiri. Lepas 12 tahun berkahwin, suami saya kahwin lagi, Waktu itu anak saya dah tiga orang, masih kecil – kecil. Awalnya saya tak sedar bahawa saya sudah dimadukan.

Rahsianya terbongkar setelah tiga tahun dia nikah di utara tanah air. Rahsianya terbongkar melalui kawan – kawan yang nampak suami saya bersama seorang wanita yang sarat hamil ke kIinik. Makna kata suami saya hantar wanita tersebut ke kIinik.

Nak percaya ke tidak, kalau bukan isteri takkan suami kita hantar isteri orang lain ke kIinik. Namun kawan – kawan tetap merahsiakannya kepada saya, sebab takut mereka dituduh mengh4ncurkan rumahtangga orang lain.

Tapi benda busuk mana boleh tutup dan sorok. Nak jadikan cerita satu hari saya sendiri mengadu kepada kawan – kawan tentang per4ngai suami saya yang jarang balik rumah rumah. Akhirnya kawan ini bercakap bahawa dia sendiri nampak suami dengan wanita hamil di kIinik.

Memang saya terk3jut, hampir pitam, tetapi kawan saya ni pandai, dia berdalih mungkin dia salah orang, tersalah pandang. Dan dia suruh saya siasat, mungkin pelanduk dua serupa. Tapi saya yakin sebab teringatkan perubahan dan gaya hidup suami saya yang jelas sering tak berduit, sering meminjam duit saya, hingga menyebabkan saya terp4ksa pinjam dari adik saya.

Dulu dia tak pernah begini susah. Macam biasalah mana ada lelaki nak mengaku kalau kahwin lagi. Dengan perasaan takut yang amat sangat, saya bertanya pada kawan minta idea mereka apa patut saya lakukan. Kawan ini memang baik, sebab dia pun senasib.

Mula – mula dia suruh saya sabar kalau nak ikut cara dia, tetapi ada beberapa syarat wajib saya patuhi. Pertama katanya saya mesti belajar macam dia buat kering hati atau hati kering kalau nak belajar ilmu hidup berpoIigami.

Memang susah, tetapi tak susah kalau mahu belajar. Mulanya memang saya tak yakin, tetapi setelah difikirkan masak – masak akhirnya saya cuba sikit – sikit dan berjaya. Namun bab nak buat kering hati memang susah sebab kesian anak – anak.

Tetapi saya terp4ksa demi masa depan kami sekeluarga. Kata kawan saya syarat pertama, kalau tanya suami tak mengaku dah kahwin jangan tanya lagi. Percaya sajalah cakap dia. Tetapi dalam pada itu anda mesti hati – hati jangan beri bantuan atau tolong apa pun, kalau dulu mengadu tak cukup duit, anda jangan bantu, berila alasan anda pun tak ada duit, atau kehabisan duit atau sebagainya.

Biar dia berusaha sendiri. Kalau beras habis suruh dia beli, begitu juga barang makanan yang lain dah habis. Urusan belanja pasar pun minta pada dia. Kalau dia kata tak ada duit kita jangan masak. Beli nasi bungkus makan dan habiskan sebelum suami balik. Atau makan maggi depan suami. Habiskan.

Kalau dia tanya mengapa tak masak beritahu anda tak ada duit. Jangan susah payah meminjam untuk masak sedap – sedap nak taw4n (beli) hati suami supaya dia kembali sayangkan kita. Tak guna dia ada pelayan baru yang dia lebih sayang. Kita mesti kering hati

Belanja sekolah suruh anak – anak minta dari ayahnya, begitu juga benda – benda lain. Biar anak – anak tahu masalah kita dan per4ngai ayahnya. Zaman ini kita tak perlu sorok dengan anak – anak pasal masalah rumah tangga.

Anak – anak lebih pandai dan boleh berfikir siapa ayah mereka yang sebenarnya. Dan apa per4ngai ayah mereka yang sebenar. Kalau suami suruh minta duit kita, beritahu anak – anak bahawa anda pun tak ada duit kerana terp4ksa bayar hutang yang disuruhnya berhutang dulu.

Kerana takut malu biasanya si ayah akan beri duit sebab dia takut anak – anak membencinya. Ceritakan pada anak – anak mengapa ayahnya tak balik rumah. Mungkin dia kahwin lagi, tapi dalam pada itu pujuk mereka supaya pandai pujuk ayahnya agar beri mereka duit sekolah atau apa juga belanja sekolah.

Kalau t4ktik itu tak jalan juga suruh anak – anak pergi hantar surat dari guru ke pejabat ayahnya kalau ayahnya balik lewat atau tak balik ke rumah. Kalau dia tidak ada di pejabat lagi baik serahkan surat kepada teman – teman pejabatnya untuk disampaikan. Biar kawannya tahu.

Kalau anak – anak masih kecil suruh dia telefon ayahnya di pejabat atau tinggalkan pesanan pada kawan – kawannya. Gunakan telefon pejabat, ceritakan yang mereka telefon sebab nak minta duit kerana ayahnya dah beberapa hari tak balik.

Secara tak langsung ayahnya akan balik ke rumah sebab malu rahsianya terbongkar. Memang perbuatan anda timbulkan kemarahannya, tapi anda jangan Iawan, diamkan diri, biarkan dia meraban seorang. Kalau bil elektrik kena pot0ng biar bergelap.

Pakai lilin. Anda kena kering hati biarlah jiran nak kata apa anda tebalkan muka. Perbuatan anda begini mungkin boleh membawa kepada suami anda bertindak menceraikan anda atau kembali kepada anda dengan rasa lebih bertanggungjawab.

Semuanya terpulang kepada cara anda dan per4ngai suami anda sendiri. Dari pengalaman kawan saya suaminya ceraikan dia kerana tak suka dibebankan dengan pelbagai urusan rumah tangga, sebab sebelumnya semua beban isteri yang bantu.

Akibat sentiasa dibantu itulah suami kahwin lagi satu. Sebab beban rumahtangga isteri yang bantu. Pada kawan saya, diceraikan bukan masalah besar baginya. Kerana itu lebih baik daripada menanggung beban menghidupkan suaminya yang tidak tahu tanggung jawab.

Tetapi macam kes saya. Suami saya ceraikan isteri barunya yang beranak satu itu pada mulanya. Dengan harapan saya akan membantunya seperti dahulu. Namun pengalaman mengajar saya erti hidup sebenarnya, saya meminta suami saya menguruskan urusan rumah tangga, kerana itu tanggungjawabnya.

Kalau dia bagi duit saya masak kalau tidak kami makan nasi bungkus. Saya dah penat berk0rban tetapi tidak ada baIasan baik saya terima darinya, sebaliknya saya dimadukan. Setahun lepas bercerai dia nikah balik dengan jandanya.

Dan saya diceraikan. Saya buat kering hati tak mahu membantunya bukan kerana zaIim, tetapi itu memang tanggungjawabnya mengurus keluarga. Dan memang dia tak mampu berpoIigami. Pada saya wanita tak mahu berpoIigami adalah kerana masalah suami sendiri yang tak tahu maksud dan tanggungjawab berpoIigami.

Zaman Nabi lelaki berpoIigami sebab hendak membeIa nasib wanita yang kem4tian suami di medan per4ng. Tetapi sekarang kerana eg0 dan gahnya si suami dapat menundukkan isteri pertama dalam pada itu dia dapat memenuhi nafsunya makan daun muda.

Kalau diperhatikan dan dikaji kebanyakan lelaki berpoIigami mereka tak mampu, tak ada duit, kalau ada pun cukup – cukup makan aja. Sewa rumah pun sangkut macam mana nak uruskan belanja sekolah anak – anak. Patutkah mereka poIigami?

Saya tidak nafikan masalah remaja yang sem4kin teruk kini berpunca daripada sesetengah bapa yang kurang ilmu dalam hal mendidik anak. Sebagai anak – anak, psik0logi mereka sensitif dan mudah dipengaruhi oleh persekitaran keluarga.

Cuba bayangkan bagaimana perasaan anak – anak apabila ayah yang sepatutnya meIindungi keluarga tiba – tiba berseronok – seronok dengan isteri mudanya, tidak memberi nafkah dan keperluan sekolahnya? Pada saya, lelaki yang faham isu poIigami sebenarnya takut berpoIigami kerana mereka tahu betapa beratnya tanggungjawab dan d0sa harus dipikulnya jika tindakannya tersasar dari hukvm Allah.

Apalagi jadi ayah tak bertanggungjawab. Nak tau wanita hari ini ramai yang terabai nasibnya, terutama yang kena poIigami dan kena cerai. Sebab itulah mereka bangun memperjuangkan hak milik mereka. Lihat saja di mahkamah syariah, betapa ramainya lelaki yang kononnya ingin mengikut sunnah Rasulullah ini tetapi gagal menunaikan kewajipan mematuhi perintah mahkamah.

Nak bagi anak – anak makan pun susah, sanggup bagi duit pada peguam untuk berIawan dengan permohonan bekas isteri sebab tak mahu bagi nafkah anak – anak. Mereka lupa siapa nak doakan mereka bila di aIam barzah nanti.

Sebenarnya masyarakat kita masih yakin suamilah yang beri makan minum keluarga di rumah bukannya isteri, walaupun gaji si isteri hampir sekali ganda dari pendapatan suami. Dan si isterilah menguruskan keluarga. Jadi buatlah seperti yang saya lakukan, biar ramai orang tahu suami anda tak beri makan secukupnya kepada keluarganya.

Tak ada gunanya membantu dan menolong suami, kalau akhirnya diri anda dibod0h diceraikan dan dipoIigamikan dalam diam – diam. Memang zaIim Namun petua ini untuk suami yang tak berduit tapi nak berpoIigami, kalau kaya tu lain hal lah.

Kalau tak berduit memang tak layak nak berpoIigami. Cuma nak siksa hidup anak – anak aja. Hidup cukup – cukup makan nak tambah beban. Depan Mahkamah Syariah semua boleh, lepas tu tak balik rumah melekat rumah isteri muda. Inikah konsep poIigami yang betul?

Komen warganet :

Dewi Mastura Mustaffa : Sayapun ada seorang yang saya kenal pernah bercerita. Bila dapat tahu dia dimadu terus dia tak beli keperluan dapur dan sebagainya. Dia beli apa yang dia tak dapat beli dulu kerana duit yang dia dulu – dulu banyak digunakan untuk bantu suami sekarang sebiji beras pun dia dah tak beli.

Sebenarnya ramai yang macam tu. Ramai isteri yang sanggup bersusah untuk suaminya. Apapun bagi saya, kalau kita tak dapat berhati kering macam tt pun tak apa. Allah kan ada. Dia Maha Adil. Mungkin suami tak adil tapi tidak bagi Allah.

Dia akan beri apa yang perlu bagi anda walaupun bukan itu yang anda mahukan. Percayalah, doa orang terani4ya sangat mustajab. Tiada hijab. Dan berdoalah yang baik – baik in sha Allah.. Yang datang nanti pun yang baik – baik juga.

Alimah Hassan : Isteri sekarang memang perlu bijak supaya diri tidak dipergunakan oleh suami dengan sewenang – wenangnya.

Farah Liana : Undang – undang keluarga sangat lemah tidak tegas. Sepatutnya bapa yang gagal memberi nafkah patut didenda atau dipenjarakan, kahwin lebih boleh, menanggung anak – anak sedia ada tak boleh.

Ziella Zainol : Ya saya pernah buat sebab hati dah betul – betul kering, start buatt taun 2002, taun 2003 saya bebas dari segala pend3ritaan, alhamdulillah, saya lagi sanggup hidup susah. Saya tak sanggup hidup dalam penyiksaan em0si dan perasaan.

Sameerah Rahman : Bagus tips dia ni. Panduan untuk isteri – isteri yang dimadukan oleh lelaki yang tak mampu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?