Dapat tahu ayah kahwin lain, kami adik beradik sepakat nak kenakan ayah, kikis duit dia

Dari kecil kami adik beradik lihat ayah yang selalu tak puas hati dengan emak. Malah ayah selalu minta minta duit dari emak. Satu hari, kami dapat tahu dari adik yang ayah dah kahwin lain. Kami yang perempuan bukan sahaja cepat bersimpati dengan emak, tetapi kami merancang bagaimana nak kenakan ayah.

#Foto sekadar hiasan. Saya percaya resepi kebahagian rumahtangga adalah saling percaya mempercayai, bekerjasama dan hormat menghorm4ti, selain kasih sayang. Tetapi lain pulak dengan per4ngai ayah kami.

Pada dia emak mesti menghorm4tinya, jangan engkar sebaliknya emak mesti membantunya ketika dia memerIukan bantuan. Saya kenalkan diri saya, Norzaini. Sebenarnya saya masih belajar, tetapi saya kesian dengan emak, sejak kecil hinggalah saya masuk U, emak sering kena sindir dan kena kutuk dengan ayah.

Terutama kalau kami ada di rumah, memanjang ayah lahirkan rasakan tak puas hati dengan emak. Emak cuba pert4hankan dirinya, tetapi tenggelam bila ayah bawa kes – kes kelemahan emak yang lain.

Lebih meny4kitkan hati kami, ayah seolah – oleh minta sokongan kami supaya turut sama kutuk emak. Kalau kami tiga beradik pakat diam, ayah kata kami pun sama macam emak. Kami semua ada perasaan yang sama, iaitu perasaan bencikan per4ngai ayah.

Sebenarnya kami tahu emak pun ada perasaan macam tu tapi emak diam bukan kerana bersalah atau tak suka bertengkar. Contoh mudah ayah salahkan emak, bila ayah terlupa di mana dia letakkan kunci kereta, kunci rumah atau beg duitnya.

Ayah akan salahkan emak kerana tak pandai susun atur perabut rumah sebab itu banyak benda milik ayah hilang. Pelikkan? Kesalahan sendiri tapi ayah salahkan emak. Selagi ayah tak jumpa kunci kereta, maka selagi itu ayah membebel.

Dalam keadan seperti itu adik perempuan saya, Jun akan masuk bilik, sementara adik lelaki Bob keluar rumah. Jadi saya akan cuba tenangkan keadaan, bantu ayah ingatkan kembali di mana dia letakkan kunci.

Tindakan saya akan buat ayah sentap. Terus ayah cop pembela emak atau saya sama spesis dengan emak. Masa sekolah menengah saya duduk asrama, cuti sekolah saya tak balik rumah. Saya lebih suka tumpang duduk rumah kawan.

Dekat – dekat nak buka sekolah saya akan sehari dua tunjuk muka, tapi sebenarnya saya nak minta duit ayah. Masa nak minta duit memang jadi masalah besar, ayah akan berleter dulu, baru hulur duit. Bagi duit tak banyak mana.

Dalam diam emak akan bagi duit lagi. Tetapi bukan kerana itu saya lebih sayangkan emak, tapi saya kesiankan emak kerana selalu kena marah. Kalau ikutkan hati saya tak mahu balik rumah sebab tak mahu dengar ayah kutuk emak, serba yang salah.

Bob dan Jun pun sama, tetapi mereka tak ada tempat nak pergi, terp4ksalah dengar ayah bersyarah. Bila semua dapat masuk sekolah asrama, barulah hidup kami semua tenang, lapang, lantak ayahlah nak bersyarah pagi sampai malam.

Tetapi setelah sem4kin besar sekarang, saya jadi kesian dengan emak. Masa bersekolah dulu saya tak berani nak Iawan cakap ayah, pertama kerana takutkan ayah, kedua tak tahu apa nak cakap apatah lagi nak bantah ayah, tetapi sekarang saya dah berani berdepan dengan ayah dan saya akan cakap kesalahan ayah.

Dari bisikan saya dengan emak, sedikit demi sedikit saya dapat tahu, ayah akan marah emak kalau kehendaknya tak dipenuhi. Biasanya ayah selalu kehabisan duit, emaklah tempat dia minta duit.

Satu saya puji per4ngai emak dia pandai berjimat. Bukan senang ayah nak dapat duit emak. Macam mana ayah marah pun, emak tak akan keluarkan duit selagi ayah, emak akan kata dia pun tak ada duit. Itu yang buat ayah naik angin.

Emak pandai berjimat sebab dia datang dari keluarga susah, dan nenek selalu nasihatkan emak mesti simpan duit. Sebab belum tentu suami kita hari ini akan kekal hingga kita m4ti, siapa tahu esok lusa kena cerai.

Jadi kalau tak ada duit tentu hidup kita lebih susah dan tertekan tambah – tambah anak dah bersekolah menengah dan perIukan duit lebih banyak. Nasihat ini yang emak pegang, sebab emak sendiri susah semasa kecil.

Nasib nenek bantu, bolehlah emak bersekolah hingga tingkatan 5. Nak harapkan ayahnya, kata emak memang mereka adik beradik tak bersekolah. Bila adik adik pun dah masuk university barulah kami semua berani buka mulut berdialog dengan ayah.

Kalau ayah kutuk emak, kami akan kata ayah kami balik rumah rumah nak rehatkan kepala. Bukan nak dengar ayah berleter?. Tapi adik lelaki saya lain pulak per4ngainya, kalau ayah mula berleter dia keluar rumah.

Malam baru balik. Ada kalanya dia langsung tak balik. Ayah pulak susah hati. Pernah saya tanya emak mengapa ayah suka berleter dan salahkan emak. Jawapan emak mudah. Itu memang per4ngai buruk ayah kau.

Tapi kenapa emak tak pernah jawab? Jawapan emak mudah. “Kalau mak Iawan, dia akan lebih garang, nanti semua jiran dengar.” Kata emak kalau dia Iawan cakap ayah, tentu akan berakhirnya dengan perceraian.

Sebab dia tahu per4ngai ayah memang panas baran, jadi kalau dia diam marahnya tak memanjang. Jadi biarlah kena marah, asalkan emak tak kena cerai. Lagi pun emak tak mahu kami kehilangan ayah bila emak bercerai.

Jadi per4ngai emak dia akan terus berk0rban demi masa depan kami. Kalau dah bercerai berai tentu hidup kami lebih susah lagi, emak terp4ksa tanggung kami sendirian, ayah sudah pasti lepas tangan.

Sekarang pun ayah tak tanggung perbelanjaan belajar kami seratus peratus. Emak yang bantu. Tapi kata emak itu lebih baik daripada emak tanggung semua. Satu perkara meng3jutkan kami bila emak pecahkan rahsia mungkin ayah sudah kahwin lagi.

Kata emak dia belum pasti, tetapi dari per4ngai ayah dia tahu ayah banyak berubah. Kata emak dia sedar perubahan ini ketika kami semua dah masuk universiti dan duduk asrama sekolah.

Ayah jarang balik rumah dengan pelbagai alasan, tapi bila kami balik, ayah memang ada rumah. Satu lagi perubahan ayah, dia kurang berleter. Sebab ayah tak suka cakap dengan emak.

Berita ini memang meng3jutkan. Tapi bila kami beritahu Bob, dia langsung tak terk3jut, sebaliknya dia dah lama tahu. Katanya kerana ayah kahwin dengan emak saud4ra kepada kawannya.

Awalnya mereka pun tak tahu, hinggalah terserempak dalam supermarket. Ketika ayahnya sedang membeli beIah. Ayah terk3jut berok, terus beri amaran jangan campur urusan ayah. Sejak itu ayah memang tak pernah marah Bob lagi.

Kata Bob dia tak sampai hati nak bagi tahu emak, sebab dia kesiankan emak. Kecuali emak tahu sendiri. Kami yang perempuan bukan sahaja cepat bersimpati dengan emak, tetapi kami merancang bagaimana nak kenakan ayah.

Kami sedar ayah perIukan sokongan kami, jadi kami buat baik dengan niat kami nak k0rek duit ayah. Dan lebih penting kami nasihatkan emak jangan tanya betul ke ayah sudah kahwin lagi. Biarkan ia jadi rahsia.

Tindakan kami, mula – mula Jun minta duit tambahan, 2 minggu kemudian saya pulak minta duit. Selagi tak dapat kami akan pujuk ayah hingga dapat. Kami tahu, ayah jadi lemah kalau kami buat baik sebab dia suka anak – anak menyebeIahi dia dan memburukkan emak.

Tapi kami tak burukkan emak. Kami biarkan ayah bercakap sesuka hatinya. Tindakan kami berjaya bila ayah belikan Jun kereta, alasan Jun universitinya jauh, daripada habiskan duit bayar duit duduk asrama lebih baik beli kereta boleh duduk rumah.

Ayah setuju. Tapi ayah lupa bila adik selalu di rumah tentu ayah terp4ksa ada di rumah. Jadi bila masa ayah nak duduk rumah isteri barunya? Bila Jun dapat kereta kami minta ayah belikan motor untuk Bob.

Sepantas kilat ayah setuju, sebab Bob tahu rahsianya. T4ktik kami Berjaya lagi. Dalam masa yang sama, kami pujuk emak bersabar beberapa tahun lalu hingga saya bekerja.

Tindakan saya bukan nak b0dohkan ayah, tetapi sudah tiba masanya ayah melabur dengan menyara kami kerana kami tanggungjawab ayah. Ayah boleh beristeri lagi, kalau betul betul banyak duit, bukan memenuhi nafsu sahaja.

Lebih penting bukan minta duit emak. Bila perbelanjaan bertambah, ayah suruh emak bayar duit ansuran kereta, tapi emak beri alasan, dia bantu anak – anak, sebab duit pinjaman PTPTN tak cukup. Harapan ayah h4ncur.

Sebenarnya tindakan kami bukan hendak kenakan ayah tetapi biarlah ayah sedar diri dan bertanggungjawab bagi makan pakai anak – anak. Baru baru ini emak beritahu kami dia hendak minta cerai, sebab tak sanggup bermadu, dan peng0rbanannya selama ini tidak dinilai oleh ayah.

Kini giliran kami pulak terk3jut. Kerana itu saya ingin minta pandangan sebab masalah kami kalau emak minta cerai sudah pasti ayah akan meng4muk. Tindakan ayah pulak pasti dia tak mahu tanggung pelajaran kami lagi.

Nak minta nafkah dari ayah dengan menuntut di mahkamah syariah akan meny4kitkan hati, tak tahu berapa tahun. Tindakan kami mahu ayah bertanggungjawab, bukan sahaja terhadap pelajaran kami adik beradik, tetapi lebih kepada urusan dalaman keluarga, jangan p4ksa emak tanggung makan minum kami lagi.

Komen Warganet :

Faezah Halim : Itulah peng0rbanan seorang ibu, sanggup tahan dengan per4ngai suami yang macam tu. Sekarang bila anak – anak dah lepas baru dia rela minta cerai. Kadang – kadang tak faham juga kenapa ada isteri yang nak bertahan dengan suami macam ni dengan alasan anak – anak.

Tapi masing – masing ada sebab sendiri, apa – apa pun untuk kes TT ni, oleh sebab anak – anak membesar lihat per4ngai ayah macam tu harap dapat dijadikan pengajaran dan contoh. Jaga mak dan layanlah dia sebaik – baiknya.

Zaini Hanisab : Walaupun dah terlewat, akhirnya mak awak sedar untuk bercerai dengan ayah awak. Dah la hidup ditanggung, panas baran tambah lagi dengan kena hidup bermadu. Memang dah tiba masa untuk angkat kaki, anak – anak dah besar boleh jaga emak kan.

Bawa mak duduk sekali dengan korang, untuk ayah tu bagi la juga duit dekat dia sekadar termampu, kalau nak lebih jangan layan. Hanya tunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Hal ayah yang tak jalankan tanggungjawab dulu tu, biar dia sendiri yang tanggung di akhir4t nanti. Sebagai anak, jangan baIas dend4m.