Lepas aku dapat anak, mak mertua tiba – tiba berbaik dengan aku. Sehinggalah, adik ipar bagitahu yang ibu dan kakaknya ada merancang untuk pisahkan aku dan suami supaya dapat mengambil bayi aku..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, aku ingin meminta tolong untuk memuat naik kisah aku, admin. Harap boleh ya, admin. Aku bernikah dahulu, keluarga mertua tidak menyukai aku, admin, sebab status aku sebagai balu anak dua.
Lagi satu, sebab aku berasal dari keluarga susah. Aku difahamkan bahawa mertua lebih suka bekas teman wanita suami dahulu, tetapi suami tidak mahu bekas teman wanitanya itu kerana dia jenis mata duitan. Selepas lapan bulan bernikah, aku mengandung.
Selama itu, mertua langsung tidak ambil kisah tentang aku sebab dari awal mereka sudah berkata aku bukan dari keturunan mereka. Jadi aku malaslah ambil hati. Orang tak suka, buat apa nak minta simpati bagaikan? Aku bukan jenis suka minta perhatian orang.
Sejak bayi aku lahir, mertua aku terus mengakui cucu itu. Aku bersyukur sangat sebab kehadiran anak aku ni dapat pulihkan hubungan aku dan mertua. Doa aku Allah makbulkan. Cucu sulung mereka disayangi. Mereka mula menerima aku.
Semua boleh bergelak ketawa dengan aku, cuma kakak ipar aku sahaja yang terus terang cakap benci aku. Aku sudah meminta maaf. Memang dahulu ada salah faham sehingga aku terkata macam – macam tetapi mereka juga pernah mengh1na aku dan keluarga aku.
Satu hari, adik ipar aku memberitahu bahawa ibu dan kakaknya ada merancang untuk memisahkan aku dan suami supaya dapat mengambil bayi aku. Aku tenang sahaja, tetapi apabila sudah terlalu kerap mendengar hal itu, aku memberitahu suami. Dia kata abaikan sahaja benda tu.
Cukup bayi berusia setahun, aku tengok suami mula berubah, dia sem4kin mengabaikan aku. Aku betul – betul terasa,, sampai kami kerap berg4duh besar. Keluarga suami masuk campur sehingga aku dipukuI oleh keluarga dia.
Sejak itu, aku sudah tidak bercakap dengan keluarga mertua. Sayang yang aku semai dalam hati berubah menjadi benci. Aku pernah meminta suami melepaskan aku, tetapi dia tidak mahu kerana katanya susah untuk dia mendapatkan perempuan yang boleh menerima kekurangan dia.
Aku juga berat untuk melepaskan dia, sebab dia seorang suami dan ayah yang sangat baik. Cuma kerana termakan kata – kata keluarganya, dia mula tidak peduli tentang aku. Selepas kejadian itu, aku membawa bayi aku lari ke rumah emak aku.
Suami aku memujuk aku dan meminta maaf. Macam – macam yang dia janjikan, tetapi aku tidak mahu janji – janji sahaja,. Aku cuma mahu dia buktikan yang dia boleh menjaga aku dan anak – anak. Dia ada meminta aku memohon maaf kepada keluarganya.
Dahulu, ketika aku dan keluarga aku dih1na, aku sudah memohon maaf demi dia dan bayi kami. PerIukah aku meminta maaf lagi? Aku tidak sampai hati untuk memisahkan dia dengan keluarganya. Aku selalu mengingatkan dia tentang tanggungjawab kepada ibu bapanya, tetapi untuk berbaik semula dengan keluarganya, aku tidak pasti.
Bagi aku, apa yang terjadi terlalu k3jam untuk aku terima. Aku ok kalau dia nak balik, nak jalankan tanggungjawab sebagai seorang anak tapi jangan libatkan aku. Kepada sesiapa yang mempunyai mertua yang menyayangi anda, bersyukurlah.
Sambungan… Assalamualaikum admin, Terima kasih kerana memuat naik kisah aku. Aku lihat ramai komen yang mendoakan aku. Amin. Semoga Allah makbulkan doa kalian. Ada juga yang berkata mulut isteri jahat sebab itu ipar duai tidak suka.
Aku bukan jenis yang suka sibuk hal ipar duai atau suka mengata hal orang. Aku pun tidak tinggal serumah dengan mertua. Seluruh keluarga telah dihasut oleh ipar supaya membenci aku, dengan berkata bahawa aku membuat fitnah untuk porak – perandakan keluarga.
Bila aku tanya fitnah apa, semua diam tidak menjawab. Aku dih4ramkan jejak kaki ke kampung. Kalau ada yang melayan aku di kampung, ipar aku mengugvt tidak akan balik kampung beraya membawa ibunya. Aku pernah balik kampung beraya. Tetapi itulah kali pertama dan terakhir.
Aku dimaIukan di depan sanak saud4ra. Dengan muka riak dan sombong, ipar aku berkata aku macam – macam. Anda rasa siapa yang perlu mengalah? Aku diam, telan setiap tuduhan dan fitnah itu. Aku sangat marah sampai aku terkata dia anak d4ra tua yang tidak ada orang mahu.
Aku tidak berniat nak meny4kitkan hati dia, tetapi sungguh, dia biadab sangat dengan emak aku. Dia berkata aku kasar dan pernah berkata macam – macam kepada emak aku. Dia memang cantik, putih mulus, berpakaian sopan.
Kalau orang tidak kenal, pasti akan menyangka dia sangat suci dan baik. Salahkah aku termarah dia dengan kata – kata begitu? Dia berd3ndam dengan aku sebab itu. Ada juga yang menyuruh aku membuat laporan polis. Ya, aku sudah buat.
Aku buat selepas seminggu kejadian itu. Kejadian itu berlaku awal tahun lalu. Aku minta pihak polis tidak mengambil tindakan, cuma sebagai sokongan sekiranya satu hari nanti terjadi sesuatu kepada aku dan bayi. Keputusan aku, aku terima kembali suami aku dengan syarat dia membawa aku sejauh mungkin.
Aku sudah letih berendam air mata, dan dia tunaikan. Sekarang aku berada di negeri orang, dengan suami dan anak – anak di sisi. Jauh dari semua orang. Doakan aku dan keluarga kecil aku selamat dan dimurahkan rezeki. Terima kasih admin. Tolong muat naik untuk menjawab setiap tanda tanya pembaca sebelum ini. Semoga ini membantu!
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.