Ibu jual kedai sebab tak mampu nak bayar sewa. Ibu juga terp4ksa jual kereta mewah kami. Rumah tak mampu bayar dan kami pindah balik kampung. Yang tinggal hanyalah sebuah kereta buruk..
#Foto sekadar hiasan. Hi admin, terima kasih kalau sudi siarkan kisah aku. Aku perlu tempat untuk meluah rasa. Sejak kecil lagi ujian bertalu – talu menghempas diri aku seakan ujian itu sudah menjadi sebahagian dari hidup dan rutin harian aku.
Mungkin Allah ingin menjadikan aku wanita yang kuat seperti kuatnya srikandi – srikandi yang telah Allah janjikan Syurga. Berkali – kali aku rebah menyembah bumi tetapi Allah masih memberikan aku kekuatan untuk bangkit kembali.
Aku dahagakan kasih sayang dan perhatian dari seorang ayah yang aku tidak pernah merasakan sejak aku lahir ke bumi. Hidup aku bagai peribahasa sudah jatuh ditimpa tangga. Kenapa aku dilahirkan? Aku cuma kesiankan seorang insan yang bergelar ibu, yang peng0rbanannya seluas bumi tetapi anaknya ini belum mampu menbaIasnya.
Moga Allah berikan ganjaran Syurga tanpa hisab buat ibu. Aamiin ya Rabb. Aku harap sangat aku boleh baIas jasa ibu walaupun aku tahu takkan termampu. Sedikit sebanyak tentang latarbelakang aku, ibu dan ayah telah berpisah sewaktu aku masih kecil dan ibu telah membawa diri pulang ke kampung dan dibawa aku bersamanya tanpa seorang ayah yang bertanggungjawab menghantar kami dengan selamat.
Aku pulang ke kampung bersama ibu dengan menaiki sebuah Bas dan disambut oleh adik beradik ibu di kampung. Ibu bekerja untuk menyara kehidupan kami ditambah pula dengan adik aku yang istimewa. Ibu akan pergi kerja waktu pagi dan akan pulang lewat malam.
Itu sudah menjadi sebahagian dari rutin harian ibu demi memberi kami makan sesuap nasi. Ayah tidak bertanggungjawab langsung dan tidak pernah bertanya khabar sedikitpun keadaan kami bagaimana. Aku menyaksikan kepenatan ibu dalam bekerja.
Aku tinggal di rumah nenek dan nenek lah yang mengambil aku dari sekolah kerana ibu bekerja. Hidup kami tidaklah mewah kerana gaji ibu tidak seberapa. Tapi aku bahagia sebab ada ibu dan nenek. Kadang – kadang aku tertanya – tanya mengapa ibu nekad menikahi ayah dan sanggup menggadaikan cita – citanya demi hidup dengan Ayah dan mengikuti Ayah pulang ke kampungnya.
Mengikut cerita nenek, ibu seorang yang bijak. Dia mendapat straight A dalam spm dan melanjutkan pelajaran pula ke Matrikulasi. Selepas tamat pengajiannya di Matrik dia menyambung pula Ijazahnya di University of Malaya iaitu dalam bidang perakaunan dan mendapat biasiswa penuh tanpa dibayar walaupun satu sen pun. Hebat kan?
Dan selepas tamat Ijazahnya, ibu menyambung DPLI untuk menjadi guru di UPSI tetapi itu hanya separuh jalan kerana ibu telah mengandungkan aku dan tidak larat untuk meneruskan pengajiannya. Sekian lama ibu hidup bersendiri selepas berpisah dengan Ayah lalu Allah hadirkan seorang lelaki buat ibu untuk menemani kesunyian di dalam dirinya.
Adik aku yang istimewa telah meninggaI dunia. Sewaktu itu ibu sudah mendapat pekerjaan yang lebih baik iaitu bekerja sebagai penolong akauntan di sebuah syarik4t. Sewaktu itu hidup kami sem4kin membaik. Lalu, ibu pun menikahi lelaki itu yang aku sebut sebagai Abah.
Abah tiada pekerjaan sewaktu itu dan hanya duduk di rumah dan kadang – kadang dia menemani ibu bekerja kerana ibu sedang mengandung. Selepas sekian lama ibu bekerja, Ibu terbuka hati untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan iaitu menjual barang kelengkapan rumah dengan menjadi personal shopper dan Alhamdulillah rezeki ibu mencurah – curah.
Kami kami hidup mewah dan ibu mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana ingin fokus kepada perniagaannya yang lebih memberi keuntungan yang besar berbanding gajinya. Tetapi, maIang tidak berbau. Perniagaan ibu jatuh teruk kerana kovit19 yang melanda Dunia dan hidup kami kembali susah dan lebih susah berbanding hidup kami yang dulu.
Ibu terp4ksa memberhentikan pekerjanya seramai 3 orang dan menjual kedainya kerana tidak mampu lagi untuk membayar sewa. Ibu juga terp4ksa menjual kereta mewahnya kerana tidak mampu untuk bayar bulanan dan sekarang yang tinggal hanyalah sebuah kereta buruk yang masih boleh digunakan.
Kini, ibu terp4ksa bekerja di sebuah kedai makan hingga pulang lewat malam demi menyara keluarga semula dan membayar hutang – hutang yang tak tertanggung jumlahnya walaupun ibu sudah tua dan nak mencecah umur 50 tahun,
Dan abah melakukan pekerjaan sendiri dengan membawa lori untuk menampung kehidupan keluarga kami dan aku masih lagi struggle dalam belajar kerana aku tahu hanya aku adalah harapan terakhir keluarga untuk mengubah nasib keluarga kami menjadi lebih baik.
Bukan aku tidak ingin bekerja sambil belajar tetapi ibu menyuruh aku menjaga adik tiri aku yang juga dilahirkan istimewa. Maklumlah abah aku bekerja di luar negeri. Jadi aku kena tolong apa – apa yang patut. Itulah sedikit sebanyak kisah aku, aku tahu mungkin ramai lagi orang yang susah di luar sana. Aku hanya ingin meluah rasa. Terima kasih.. – W4rdah (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Marcella Edora : I doakan urusan tt sekeluarga dipermudahkan. Untuk yang lain I nasihatkan, bersederhanalah. Jangan tukar lifestyle bermewah mewah, sebab jika musibah berlaku tiba – tiba, kita takkan jatuh terduduk sangat. Berlajarlah dari pengalaman.
Thao Ngoc : Faham – faham. Sebagai anak you d3rita sebab tak kaya. Jangan salahkan mummy ye, sebab dunia tempat yang super difficult untuk mum yang rajin dan baik. Mummy sudah tua, s4kit peny4kit kr0nik dan cara bantu mummy dengan jadi anak berjaya.
Dapat gaji tinggi bantu la dia bulanan, kalau tak kaya bantu la dia di rumah. Allah nampak you d3rita dan its getting better bila you kerja nanti ada gaji, trust the process. Pastikan peng0rbanan mummy you berbaloi la fizikal, letih dan kudrat.
Anak yang solehah adalah hadiah yang paling bermakna buat mummy awak. I am a mother too ada baby gal. POV daugter 1st baby pun 1st born. We nak jadi comfortable family now. Allah will aid you and mom in sha Allah..
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.