
Sejak aku kecil, ayah non stop kerja, tukang masak, tukang buat air dekat restoran. Dia pernah try kerja kontraktor buruh, tapi sekejap je, katanya penat. Tapi mak aku cerita, ayah kena pulau dengan sebab dia jenis slow. Hari ni kena buang kerja, esok lusa dah ada kerja baru.
#Foto sekadar hiasan / AI. Minggu ni asyik cerita pasal ayah je, aku pun nak cerita pasal ayah aku. Ayah aku ni autistic, umur dia dah 52 tahun. Korang pernah dengar autism tak? Selalu kita tengok autism dalam kalangan kanak – kanak, so bayangkanlah nak handle autism dewasa usia emas ni.
Aku anak sulung, ada seorang adik. Masa kecil aku tak perasan sangat per4ngai ayah aku ni. Cuma aku tahu dia selalu kena bebel dengan mak aku. Kadang – kadang bila nak susun barang dalam rumah, nampak obvious sangat yang pemikiran ayah aku ni macam lembab sikit.
Bukan aku nak h1na, tapi itulah kelemahan ayah aku. Lagi satu dia ada masalah percakapan. Biasalah kalau autism ni, kadang – kadang speech impairment dia pun effect. So bila dia cakap memang tunggang – langgang, panik tak bertempat. Ayah aku actually bijak zaman muda – muda dia, tapi biasalah orang dulu, takde duit memang tak jalan la kau ke university.
Dia pernah masuk U tapi drop jugak masa 2nd year. Sekarang ayah aku ada d4rah tinggi, dia kuat sangat fikir, selalu berkerut dahi sampai nak tidur pun boleh berkerut lagi. Aku syak sebab dia kecewa kenapa diri dia macam tu, sebab tu la dia str3ss sampai d4rah tinggi.
Dia tak reti mengaji. Dah berapa tahun asyik belek Iqra level 1 tu, ulang – ulang benda sama seorang diri pakai cermin mata. Struggling sebut huruf – huruf tu. Baru – baru ni time cuti ayah aku pengsan dekat tandas, time azan subuh dekat rumah.
Katanya pening, aku syak dia nak kena str0k tu. Aku jaga dia hari tu, urut – urut kepala, leher dengan kaki dia nak bagi d4rah jalan. Aku sebak betul bila baca pasal ayah – ayah yang curang la, kahwin senyap – senyap la, tak kerja harapkan isteri la.
Dulu aku merungut kenapa la ayah aku ni slow, lembab dan sebagainya, ayah orang lain awesome, kaya, bijak dan sebagainya. Tapi bila baca pasal ayah – ayah certain confessor, aku rasa bersyukur sangat. Kalau autistic memang akan ada kekurangan berbanding orang normal, jadi bila buat kerja tu of course la ada c4cat cela dia.
Tapi ayah aku, demi Allah sejak aku kecil dia non stop kerja, tukang masak, tukang buat air dekat restoran. Dia pernah try kerja kontraktor buruh, tapi sekejap je, katanya penat. Tapi mak aku cerita dekat aku, dia kena sisih dengan orang – orang site bangunan tu sebab dia slow learner.
Ya Allah, aku taip ni sebak sangat. Hari ni kena buang kerja atau berhenti kerja, esok lusa dah ada kerja baru. Dia buat kerja – kerja simple, buat masa ni dia jadi guard jaga untuk sara kami keluarga. Mungkin itulah kerja yang sesuai dengan dia.
Kami tak pernah hutang – hutang orang. Siap kami yang bagi hutang dekat orang sebab kesian tengok orang kesusahan. Kalau baca statistik, gaji RM2000 tu miskin la duduk KL. Memang pun aku miskin. RM2000 tu kombinasi gaji ibu ayah la kami guna cukup – cukup untuk sebulan.
Tapi aku bersyukur, ramai lagi orang dekat luar sana siap tidur bawah jambatan lagi sebab miskin sangat. Nasihat aku dekat laki – laki luar sana, korang sempurna akal, sihat tubuh badan, jangan la dayus dalam jalankan tanggungjawab. Ayah aku autistic, lembab, slow, cakap berterabur pun tak pernah stop kerja.
Dia sangat ambil berat dengan pelajaran anak – anak, rajin tolong kami buat kerja rumah. Dia takde kawan. Satu sebab alienation, golongan bawahan yang kerja tanpa henti sampai takde masa nak bersosiaI, sebab kedua sebab keadaan mental capacity dia yang sedikit terhad berbanding orang lain.
Aku harap dapat bawa parents untuk convocation aku lagi 3 tahun. Lepas ni parents aku boleh rehat – rehat, tak payah kerja dah. Biarlah aku jaga mereka, nanti nak bawa parents ke umrah, melancong. Ya Allah, aku berd0sa sebab pernah kecewa kenapa ayah aku macam tu, padahal dia la ayah terbaik anugerah Allah. Maafkan aku, ayah. – Tun Teja (bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Madihah Ibrahim : Terbaik sis. Salute. Aku tak tahu autism ni genetic ke tak, tapi kalau ada anak saud4ra, anak sendiri or siblings yang ada symptom sama, treat awal – awal, biar dia nampak jalan dia. They are too special, thats why they are different. Sis terbaik. Mantap. Talk to him, he loves you.
Zulmaryan Embong : Sis, bawak ayah pergi jumpa seorang lecturer education. Dia pun autism dulu. Mungkin boleh tolong bab belajar mengaji tu. Jaga ayah baik – baik tau. Hebat mana ayah orang, tak boleh lawan ayah kita. Bangga dengan awak.
Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.