Aku tak sangka yang aku akan benci mak aku sendiri. Aku ingat bila dah tua, berubah la. M4kin teruk. Masih sibuk berskandal sampai jauh terpesong. Adik aku akan mesej, call aku menangis – nangis..
#Foto sekadar hiasan. Entah la ya, nak cerita aku tak pandai, korang anggap jelah aku tengah bercerita secara berdepan. Guna bahasa pasar, mudah sikit nak faham. Aku Anon, anak perempuan yang dah capai angka 30’s dan belum berkahwin. Didiagnos dengan MDD with psychosis dan BPD seawal usia 19 tahun.
Punca? Paling utama mesti lah dari mak aku. Isu dengan mak bapak aku ni dari aku budak sebenarnya. Tr4uma dari perbuatan – perbuatan diorang dari kecik sampai la aku tua ni. Aku ni boleh dik4tegorikan sebagai anak tempat pelepas amarah orang tua.
Setakat kena sampai lunyai tanpa sebab tu, makanan dah untuk aku. Membesar dalam keadaan m4ki hamun, jerit pekik dan sep4k ter4jang tu macam normal je untuk aku. Tapi keadaan tu menjadikan aku tumbuh dewasa menjadi manusia yang penuh dengan api kemarahan, d3ndam dan dingin.
Dari kecik aku tengok mak ayah aku berz1na dengan orang lain. Kalau kau suruh aku lukis balik keadaan tempat tu, w4rna dinding tu, posisi tu, waima posisi perabot tu pun aku masih boleh ingat dengan jelas. Aku selalu dijadikan tempat sep4k ter4jang dan m4ki hamun kalau diorang marah. Kau faham tak ya perasaan aku membesar dengan memori sebegitu?
Usia 20’s aku dihabiskan dengan keluar masuk wad psiki4tri je. Sebab depr3ssion aku sangat teruk sampai aku hilang ke4arasan cuba nak ambil nyawa sendiri berkali – kali. Tapi Allah tetap tak izinkan aku m4ti. Paling t0xic dalam rumah tu, tentulah mak aku.
Sampai harini pun dia masih begitu. Mak aku ni jenis kau tengok muka dia, nampak la dia macam mak yang penyayang, baik, tak berkira dan sebagainya. Realitinya, dia terlalu t0xic untuk aku. Aku yang dah 30’s ni masih kena m4ki hamun.
Segala jenis haiwan ternakan keluar dari mulut dia. Depan orang lembut gigi dari lidah. Hakik4tnya macam ular. Bab mengata orang, judge orang dia la terpaling bagus, padahal aib dia Allah sorok je. Tu pun tak sedar diri lagi dah hujung – hujung nyawa.
Aku ingat bila dah tua, berubah la. M4kin teruk. Masih sibuk berskandal sampai jauh terpesong. Itupun bila dah kena confront masih nak besar kepala. Sampai harini, diorang bukan tahu pun aku study sampai mana, kerja apa, berapa gaji. Yang tahu minta, minta, minta.
Nak tunggu dia tanya aku sihat ke tak, dah makan ke belum, duit cukup tak bulan ni, dalam mimpi pun belum tentu. Yang penting kehendak diorang kena lunas, kau pandai – pandai la nak hidup macam mana. Tapi sebab tanggungjawab, aku telan jela kan? Nama pun anak..
Sampai akhirnya, aku cuba berdamai dengan takdir. Berjaya. Untuk beberapa tahun. Aku keep cakap dengan diri sendiri ada hikmah Allah nak bagi. Beberapa minggu lalu, kew4rasan aku hilang terus. Aku dah tak mampu telan apa – apa berkaitan mak aku lagi.
Dengan bapak aku pun macam tak guna, ikut je cakap mak aku sebab takut mak buat hal lagi. Kemuncaknya, aku m4ki hamun mak aku lepas berpuluh tahun aku sabar dan telan atas nama “MAK”. Sejujurnya aku tak rasa sedih pun. Cuma aku tak sangka yang aku akan benci mak aku sendiri.
Sampai aku cakap dengan dia yang aku menyesal lahir dari rahim dia. Alang – alang aku dah dalam ner4ka dunia, biar la aku terus ke ner4ka Jahannam. Aku suruh dia menjawab depan Allah betapa gagalnya dia jadi mak dan buat aku jadi anak derh4ka harini.
Selama harini aku diam, aku telan, aku doa sungguh – sungguh kat Allah supaya mak aku lembut hati berubah. Tapi lepas kejadian tu, aku tak doa mak aku berubah dah. Aku doa kat Allah jangan uji aku dengan mak aku s4kit ke atau apa – apa yang buat aku perlu jaga dia sebab aku tau aku takkan buat. Aku doa supaya mak aku cepat m4ti.
Percayalah, aku dah tak rasa s4kit bila aku doa begitu, sebab aku dah lali, takde perasaan. Kes4kitan aku terlalu banyak sampai otak aku dah tak boleh respon mana satu perkara yang buat aku s4kit. Hakik4tnya, aku cuma nak rumah yang aman tanpa jerit pekik dan m4ki hamun.
Biarlah, aku dah tak kisah hilang doa dari mak sebab dia pun bukan pernah doakan aku. Jangan cakap buruk macam mana pun tu tetap mak sebab aku benci ayat tu. Hidup dulu dalam kasut aku, mungkin kau akan faham perasaan aku.
Terima kasih sebab baca walaupun tak kenal aku. Aku tak boleh nak cakap dengan orang lain even doctor aku sendiri sebab terlalu aib. Tapi aku dah terlalu s4kit untuk tanggung walaupun aku manusia yang nampak happy go lucky kat luar macam takde masalah. Doakan aku. – Anon (Bukan nama sebenar)
Sambungan… Hi, Anon lagi. Aku dah baca semua komen, terima kasih untuk semua doa yang buat aku menangis baca satu – satu. Terima kasih dan aku doakan semua doa yang baik – baik berbalik semula kat korang. Banyak yang suruh aku keluar dari rumah, maaf lah aku lupa nak mention dalam post yang lepas.
Biasa lah menaip dalam keadaan otak tak berfungsi sebeIah ni memang banyak benda lupa. Hehehe.. Ni sambil – sambil aku tunggu turn TCA aku kat hospitaI ni, aku menaip la sikit. Pendek je kali ni.. Aku memang dah keluar dari rumah dan duduk beratus KM dari rumah parents pun.
Cuma kegigihan mak aku masih m4ki hamun banyak – banyak tu dalam phone dan whatsapp. Kes yang aku m4ki dia haritu, sebab aku balik kampung. Yelah, aku tetap la juga kena balik kan? Walaupun aku dah takde perasaan, tapi mungkin masih ada rasa tanggungjawab tu yang buat aku tetap balik.
Reason aku still balik sebab aku tak tahan tengok adik perempuan aku pun kena macam yang aku kena, cuma dia takde lah nampak benda yang teruk aku nampak tu. Dia cuma kena m4ki hamun jelah dari kecik. Takde kena b4ntai sep4k ter4jang macam aku. Still, mental abvse kan?
Untuk yang tanya kenapa tak confront pasal d0sa dia tu, sudah.. Aku dah confront. Dari cakap lembut sampai kasar pun aku dah buat. Hujung – hujung play v1ctim, akuuuu juga yang salah. Biar Allah jela yang tegur kan. Adik aku tu dah ada tanda – tanda kemurungan jugak.
Aku dah pernah cuba bawa pergi psiki4tri, cuma tak sempat proceed ke pakar sebab mak aku selongkar bilik dia dan jumpa surat referal tu. Yang kena dah tentu la aku kan. Sudahnya, aku terp4ksa la balik kampung dengan kerap untuk protect dia. Since mak aku akan buIi dia bila aku takde.
Sedingin apa pun aku, bila adik aku keep whatsapp dan video call sambil menangis tersedu – sedu, aku akan tr1gger. Percayalah yang aku dah m4tikan mak aku beribu kali dalam kepala aku bila aku tengok adik aku menangis.
Aku rasa gagal sebab tak mampu selamatkan dia dari rumah tu. Apa pun, aku masih berusaha sampai hari ni nak selamatkan dia. Terima kasih tau untuk semua kata – kata yang baik. Aku doakan yang melalui jalan yang sama, dipermudahkan urusan korang juga.
Minta bantuan dari pihak berkenaan kalau kau rasa murung. Insha Allah, Allah tak tinggal kita sendiri. Aku pun masih berusaha istiqamah dengan Al-quran dan solat. Doakan juga ya! Peluk jauh untuk semua, – Anon (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Rizal Rodzuan : Dah besar dik, dah boleh berdikari, jauhkan la diri, buat minimum requirements macam bagi duit bulan – bulan sekian – sekian, kurangkan komunikasi unless perlu. Dan banyakkan beribadah kepada Allah semoga bertemu jodoh dan bakal anak – anak yang baik untuk ganti keluarga t0ksik tu. Bawak lah adik itu keluar dari rumah dan ikut awak Anon ooi! Kalau bukan awak siapa lagi?
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.