Sampai satu tahap aku rasa benci dengan ayah aku sendiri sebab aku terlalu dibeza bezakan dengan adik beradik lain. Tapi saat ayah s4kit, sorang pun anak – anak kesayangan ayah nak jaga dia. Sampailah ayah meninggaI dunia..
#Foto sekadar hiasan. Pertama sekali ni sekadar luahan apa yang dirasai sebelum ni memandangkan sekarang dah berfikir dengan perspektif lain. Kisah dia bila seorang ayah mendidik dengan cara yang berbeza sehinggakan seorang anak merasa kerdil dan berbeza dalam kata lain kecil hati.
Yer memang tak sepatutnya seorang anak terasa hati dengan ibubapa tapi itulah yang aku rasa. Waktu kecil aku boleh dik4takan paling bijak tapi paling dikongkong mungkin sebabtu aku dilayan berbeza dengan adik beradik lain.
Sewaktu usia 10 tahun aku pernah kemas baju nak lari dari rumah sebab budak – budak kan tiap kali apa yang aku minta tak pernah dapat sedangkan adik beradik lain semua boleh ikut minta jer. Aku selalu dapat benda yang dah rosak sebagai mainan dan dapat telefon pun sebab simpan duit poket sekolah.
Masa dapat keputusan UPSR aku dapat 4A1B tapi jawapan ayah aku hanyalah kalau setakat 4A tak payah nak raikan sangat tapi mak aku tetap ambil hati kata tu dah cukup bagus. Masuk alam sekolah menengah ayah aku senyap – senyap uruskan untuk aku sekolah jauh dari keluarga dan memang aku akan naik bas tiap hujung minggu nak balik ke asrama lebih kurang 100KM.
Aku tahu ayah aku lapang jer tiap petang Khamis tapi dia tak akan ambil dan hantar aku ke asrama. Bila dapat keputusan PMR dapat 8A 1B tapi jawapan ayah aku masih dengan nada kecewa mungkin sebab dia terlalu berharap aku dapat 9A masa tu.
Aku balik dari ambil slip peperiksaan terus ke rumah tanpa dengar satu pun perkataan dari ayah aku. Masa SPM ni kemuncak bila aku hanya dapat 6A 5B dan paling ayah aku marah sebab 4 subjek tu B+. Aku nangis sambil gumpal slip peperiksaan sebab terlalu sedih dan kecewa dengan reaksi ayah aku.
Bila berkaitan peperiksaan bab duit poket sekolah ayah aku akan bagi RM50 saja untuk sebulan itulah duit tiket bas itulah duit makan kat sekolah. Disebabkan duduk asrama aku mampu lah nak manage duit tu dengan biasiswa dari sekolah. Dan yuran sekolah dan asrama sepenuhnya guna duit biasiswa tu.
Apa yang sedih bila adik beradik lain akan dapat duit poket RM100 untuk 2 minggu. Siap belikan kereta berbelas ribu motor sebiji sorang telefon sendiri tapi aku memang takkan dapatlah. Bila masuk alam Universiti aku sorokkan keputusan UPU sebab aku dapat asasi tapi aku hanya pilih untuk masuk diploma di politeknik sebab dah serik jadi harapan tapi sebenarnya aku tak buatkan ayah aku bangga pun.
Aku ni memang dari dulu sampai sekarang tak ramai kawan sehinggakan kawan – kawan adik beradik aku tak kenal pun aku. Dari segi pelajaran memang aku paling cemerlang dan dari segi bab mengaji aku dah khatam quran masa umur 7 tahun dan mungkin disebabkan itu ayah aku letakkan harapan yang tinggi.
Sampai satu tahap aku rasa benci dengan ayah aku sendiri sebab aku terlalu dibeza bezakan dengan adik beradik lain. Adik aku masuk sekolah menengah dah beli motor buat ulang alik sekolah. Abang aku habis SPM dapat lesen dah belikan kereta dan memang telefon waktu tahun 2010 dapat yang mahal – mahal aku macam biasa tunggu ayah aku belikan yang baru untuk adik beradik aku baru lah aku dapat yang diorang guna.
Banyak sebenarnya nak cerita cuma apa yang aku nak luahkanlah ialah bila dah jadi ibubapa tak salah mendidik dengan cara agak strict tapi biarlah adil dengan semua anak – anak. Aku sebagai anak yang dilayan berbeza sedar yang ayah aku buat macam tu sebab aku boleh dik4takan penyabar dan agak rilek dan alhamdulillah aku sedar semua tu untuk kebaikan aku bila dah dewasa.
Dan arw4h ayah aku sebelum meninggaI s4kit lama dan akulah yang menjaganya sampai akhir hayat dia sehingga aku berhenti belajar sebab adik beradik lain semua taknak jaga arw4h ayah dengan mak. Sekarang ni pun aku dah bekerja dan asbab itulah juga rezeki aku alhamdulillah sentiasa ada walaupun aku tak kerja hebat tapi sekarang pun aku masih mampu tolong adik beradik aku yang lain walaupun dulu aku rasa iri dan terasa hati dengan banyak perkara.
Dan harini walaupun dulu aku dilayan berbeza dan dibiarkan seolah – olah aku ni bukannya d4rah daging keluarga tapi sekarang akulah yang kerap menolong keluarga. Bezanya ada anak yang akan ambil dengan perkara yang positif dan ada anak yang m4kin membuak perasaan benci kepada ibubapa bila mereka dewasa.
Aku hanya luahkan dari sudut seorang anak yang pernah dilayan dalam erti kata berbeza sehinggakan ada rasa kecewa dan sedih dengan cara aku dibesarkan. Untuk yang alami nasib yang sama pesan aku Allah aturkan nasib kau perit sebab bila besar kau jugalah yang akan rasakan kebaikan yang besar.
Jangan jadikan didikan dan layanan ibubapa kita yang berbeza sebagai asbab kita bencikan mereka. Mereka ada sebab yang kita takkan faham sehinggalah kita dah betul betul dewasa. Dan untuk ibubapa yang sering layan anak berbeza – beza dan letakkan harapan kejayaan pun berbeza – beza pada anak – anak itulah permulaan kesilapan,
Sebab setiap anak samada bijak atau kurang mereka tetap perlu dididik dengan cara yang sama untuk berjaya dan jangan jadikan diri kita sebenarnya yang nyalakan kemarahan kebencian rasa rendah diri dan terpinggir dalam hidup anak – anak. – Ss (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Maya Mohd : BERD0SA memilih kasih, tidak melayan sama rata. Tak faham Parents yang per4ngai macam ni. Tapi mereka untung anak yang tak DILAYAN dengan baik itu lah satu – satunya anak yang sanggup melayan mereka hingga m4ti.
Siti Sara Mohd Roslee : Kita stopkan generasi pilih kasih dan beza – bezakan anak setakat kita sahaja ya. Semoga anak – anak kita tak pernah berkecil hati dengan kita. Hugs for you.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.