Dari kecik ibu sibuk tinggalkan aku pada pengasuh. Tapi ibu tak tahu, setiap hari jiran sedekah makan nasi dan kicap je

Ibu tinggalkan aku dengan pembantu rumah Indonesia. Aku selalu dim4ki bila mintak itu ini. Kadang – kadang aku akan meIawan balik sebab tension dicubitnya. Hari – hari aku tunggu ibu dekat pintu..

#Foto sekadar hiasan. Selalunya kaum isteri, wanita sahaja yang berkongsi masalah, meluahkan masalah di ruangan ini. Jarang kaum adam nak berkongsi masalah sebab kami lebih selesa pendam atau selesaikan sendiri.

Dulu masa saya kecil, ibu saya seorang wanita bekerjaya. Pagi – pagi lagi saya sudah dihantar ke rumah pengasuh. Pengasuh itu ada 3 orang anak lelaki lebih kurang sebaya. Jadi mereka boleh dikira teman saya bermain. Apa yang saya masih sedih apabila mengenangkan kisah silam ini adalah saya cemburu tengok anak – anak pengasuh saya mesra dengan ibu mereka. Saya hanya menumpang kasih.

Ibu selalu balik lewat (sebenarnya tidaklah lewat sangat, tetapi pada saya sangat lewat sebab kadang – kadang saya rasa nak peIuk ibu tetapi ibu tiada di sisi). Hari – hari jiran saya bagi makan nasi dengan kicap sahaja. Ibu  bukan tahu pun.

Kadang – kadang saya berg4duh dengan anak – anaknya sebab rebutkan mainan. Kena tumbvk, kena sep4k tetapi ibu tiada untuk pujuk bila saya menangis. Hanya jiran tersebut yang datang sapu – sapu tempat saya s4kit dan leraikan perg4duhan.

Hari – hari saya tunggu ibu dekat pintu. Bila ibu balik Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan budak kecik macam saya masa itu. Hendak luahkan perasaan tidak pandai lagi. Bila saya sudah mula bersekolah, ibu tinggalkan saya dengan pembantu rumah Indonesia.

Saya selalu dim4ki bila mintak itu ini. Kadang – kadang saya akan m4ki balik sebab tension dicubitnya. Kakak – kakak dan abang saya di asrama. Jadi mereka mungkin tidak setension saya. Bila saya hendak minta tunjuk ajar dengan kerja sekolah yang bertimbun – timbun, bibik saya kata “enggak tahu, buat sendiri!”.

Mak saya seorang pensyarah. Seorang yang terpelajar. Tetapi maIangnya saya hanya dapat menimba ilmu dengan mak saya pada waktu malam ketika mak saya istirehat selepas solat Isyak. Saya rasa sunyi. Sampai saya sudah besar pun saya masih terasa bagaimana perasaannya.

Alhamdulillah walaupun orang kata mak tidak cukup didik, tetapi saya dapat sambung belajar sampai ke luar negara. Seorang lagi kakak dan juga abang saya dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA. Kakak dan abang yang lain semuanya masih mencari hala tuju hidup.

Betullah tu, kalau ibu bekerjaya tidak semestinya anak – anak tidak boleh jadi bijak dan tidak dapat masuk universiti. Persoalannya, setinggi manakah nilai ilmu tersebut sekiranya tidak disertakan dengan kasih sayang, SQ dan EQ yang sepatutnya diterapkan oleh ibu kita sendiri dalam perkembangan rohaniah, mentaI dan emosi anak – anak sejak kecil?

Oleh sebab itulah ramai golongan berpendidikan di zaman ini, tetapi spiritualnya kosong. Tidak macam zaman kegemilangan Islam dahulu yang para ilmuannya terdiri daripada para ulama’. Ok lah, sudah cerita panjang lebar.

Pendekkan cerita, bila saya dah berkahwin, saya tidak benarkan isteri saya keluar bekerja kerana saya tidak mahu anak – anak saya mengalami konflik dalaman seperti saya masa kecil. Saya tidak sanggup isteri saya jadi bahan fitnah kerana apabila keluar sahaja dari rumah, maka berduyun – duyunlah sy4itan melekat pada si wanita kerana itulah dik4takan wanita itu adalah aur4t. Ini bukan saya kata, ini Islam yang kata.

Saya juga tidak mahu isteri saya melakukan d0sa hanya kerana mahu tolong saya cari nafkah sebab di akhir4t nanti, soalan untuknya adakah dia menjaga kehormatan diri, suami dan rumahtangga? Adakah dia telah mendidik anak – anak dengan sempurna?

Isteri saya telah dih1na dan difitnah oleh beberapa golongan manusia yang berada di sekeliling kami kerana menjadi surirumah berijazah yang hanya menghabiskan duit kerajaan menghantar belajar sampai ke luar negara.

Pesan saya pada si isteri dan juga wanita – wanita yang menjaga diri di rumah, Allah telah menjanjikan syurga hanya untuk golongan yang istimewa. Golongan yang istimewa sudah semestinya hanya sedikit dan terpilih sahaja.

Golongan yang bekerjaya terlalu ramai sehingga ianya menjadi normal. Yang menjadi surirumah itu terlalu sedikit sehingga ianya menjadi janggal (rare). Beruntunglah menjadi golongan yang sedikit kerana telah ditetapkan oleh Allah.

Yang mengikuti kehendak Allah di akhir zaman itu hanyalah sedikit. Yang mendapat redha Allah dan naungannya di sana nanti hanyalah sedikit. Bergembiralah menjadi golongan yang sedikit dan berpegang pada hak Allah, hak suami, dan hak anak – anak. Maka jangan risau dengan kata orang, yang penting ikut apa kata Allah.

Orang dahulu kata, seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, anak tidak boleh menjaga seorang ibu. Saya rasa sudah boleh tukar, babysitter boleh jaga 50 orang anak, maka nanti sudah tua, anak – anak patut jaga babysitter mereka.

Oleh itu, jangan ditangisi anak – anak menghantar kita ke rumah penjagaan orang tua kerana sibuk bekerja jika kita dahulunya menghantar anak – anak yang sepatutnya kita jaga ke rumah penjagaan kanak – kanak juga kerana sibuk bekerja.

Jangan diharapkan anak – anak menunaikan hak kita jika kita dahulunya terlupa menjaga hak anak – anak. Oh terlupa, saya ingin menegur beberapa istilah terkini oleh wanita – wanita di luar sana. Tada istilah surirumah bekerjaya kerana istilah surirumah itu sangat istimewa dan hanya untuk golongan yang berada bekerja fulltime di rumah.

Kalau bekerja dari rumah, masih boleh diterima tetapi yang bekerja sehingga pukuI 5 di luar, kemudian balik rumah menjadi isteri pula, itu bukan surirumah bekerjaya. Walaupun kerja anda tidak dinafikan ‘memenatkan’ dan memerIukan ‘kesabaran’, tetapi surirumah tetap pekerjaan paling istimewa untuk wanita – wanita istimewa yang dimuliakan oleh suami dan anaknya.

Bagi istilah ‘fully bre4stfeed’ juga, hanyalah untuk ‘bre4stfeeding’ yang melibatkan si ibu dan anak yang mana si anak menyedut terus daripada si ibu sehingga mengeluarkan sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamine atau bahasa pasarnya hormon kasih sayang yang mengik4t kasih sayang si ibu dan anak sehinggakan ibu tidak sanggup berpisah dengan anak dan si anak juga begitu.

Dopamine ini dijadikan Allah, istimewa untuk kaum ibu yang benar – benar menyusukan anak sehingga 2 tahun dan saya yakin dengan keluarnya hormon ini secara terus ke mulut anak, maka si ibu sendiri tidak akan sanggup memberi anak mereka susu yang telah “dibekukan” dan “dipanaskan” semula kemudian disuapkan pula oleh orang lain kepada anak dan menamakannya ‘fully bre4stfeed’ dan ‘I`m a proud bre4stfeeding mom..’!

Maaf jangan ada yang sentap kerana ini hanyalah luahan hati kaum adam yang sayangkan kaum hawa yang pernah disebutkan oleh Rasullullah SAW, kaum yang paling banyak menghuni ner4ka dan menarik orang di sekelilingnya ke dalam lembah ner4ka juga. wallahua`lam. – Man

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.