
Aku tengah solat, tiba – tiba mak menjerit, maki hamun memenuhi hari aku. Kakak pula, dia seperti tak ambil peduli. Ayah aku juga semakin uzur, terkadang terber4k di atas selimut, tapi dia rela menunggu aku balik hujung minggu supaya aku dapat membasuhnya…
#Foto sekadar hiasan / AI. Mohon maaf, coretan ini sedikit panjang. Aku hargai kesudian kalian yang membaca. Kerana hanya ini ruang yang ada untuk diluahkan segala yang terbuku. Terima kasih. Dulu aku selalu dengar ungkapan; anak yang baik dan solehah adalah anak yang sering mendengar kata.
Begitulah ajaran agama kita. Tugas anak adalah mentaati ibu bapa. Ibu, telah berjuang melahirkan kita ke dunia dengan penuh susah payah. Aku pilih untuk percaya, walaupun jalannya tidaklah mudah seperti yang diperkatakan atau yang dilalui orang lain.
Adik beradik aku hanya 2 orang. Semenjak kecil, kakak lah yang sering dimanjakan dan dibanggakan ibu. Wajar, mungkin. Dialah contoh terbaik aku ketika itu. Aku ingin jadi seperti dia, selalu dipuja, dipuji dan dibanggakan di setiap waktu. Apa yang dia lakukan, aku pasti mengikut jejak langkahnya.
Namun, hidup tidaklah indah seperti yang aku sangkakan. Semakin aku membesar, semakin aku punya identiti sendiri yang jauh tidak sama dengan kakak. Ibu sering mencemik tidak puas. Mempersoal kenapa aku tidak seperti kakak. Ketika kakak salah, ibu selalu memberitahunya dengan baik dan lembut. Menegurnya di belakang aku dan di belakang orang lain. Tapi ketika aku yang salah aku di m4ki b0doh, anak si4l, dan anak jah4nam.
Kerana ucapan ibu itu, ayah pernah menegur ‘jangan’ tetapi akhirnya mereka berbalah kerana aku dan setelah itu pasti akulah yang menjadi m4ngsa perbalahan itu.
“Pasal kau lah ibu ayah berg4duh” kata kakak.
Atau;
“Ini semua salah kau!”
Kakak selalu sahaja dimenangkan ibu. Dia jadi egois dan keras pada aku, sentiasa ingin menang, tak boleh ditegur, maka dia akan melanting. Membaling – baling barang aku sesuka hati sambal diperhatikan ibu. Terkadang aku member0ntak; tapi ibu dan ayah menolongnya dengan berkata;
“Dia kakakmu, jangan kurang ajar”…
Dia hanya lakukan kerja rumah yang dia suka sahaja, sementara kerja yang lain dibebankan ke atas bahu aku.
“Suruh adik…” katanya sambal pura – pura sibuk melakukan kerja lain, memaksa aku untuk menghentikan tugasan. Kerja aku tidak pernah selesai akibat banyaknya gangguan tugas lain yang melalai serta melengahkan aku. Sudahnya, aku dimarahi ibu dan ayah kerana ketidak selesaian itu.
Kadang – kadang aku bertanya diri sendiri, mengapa aku berbeza? Salahkah aku berbeza? Dan seumpamanya. Aku juga berfikir, ‘Kalaulah aku tidak mampu membahagiakan mereka kerana perbezaan ini, mungkin aku boleh banggakan mereka dengan pencapaian yang baik dalam pelajaran.
Ya, aku lakukan dengan bersungguh. Aku cemerlang dalam semua ujian, peperiksaan kecil dan besar, sehingga ke Menara gading, melebihi dari kakak. Untuk sementara waktu, ibu berbangga, kemudian dia kembali dengan tingkahnya yang begitu.
Ketika di sekolah rendah; aku menang pertandingan yang pernah kakak sertai sehingga ke peringkat Kebangsaan, aku disayangi guru dan kawan waktu itu, tetapi tidak ibu aku yang menghujani aku dengan teriakan b0doh, bebal, dan tolol di rumah gara – gara aku kurang cekap membantunya melakukan kerja – kerja rumah atau tidak melakukannya sebagus kakak.
Kerana keputusan yang cemerlang, aku berjaya menjejakkan kaki ke sekolah menengah yang bagus, sebuah sekolah berasrama penuh, serta ditaja dengan biasiswa. Ketika kakak datang meminjam wang untuk keluar mewakili sekolahnya, aku terkadang menghulurkan sedikit biaya dari simpanan aku tanpa pengetahuan ibu.
Tapi, tanpa pengetahuan aku pula, ibu yang simpankan kad ATM milik aku diam – diam mengeluarkan duit itu untuk membayar kereta. Namun kata – kata kesat ibu sentiasa memenuhi ruang telinga setiap kali aku balik dari asrama. Seolah – olah tiada tingkah aku yang betul baginya. Aku betah di asrama, tiada keseronokan dan keterujaan untuk balik ke rumah.
Sewaktu aku berada di tingkatan 3, pernah aku membantu ibu melipat – lipat kain sarung baru. Sambil melipat, katanya padaku, kain sarung ini kain sarung wasi4t. Akan aku w4riskan nanti kepada kau dan kakakmu. Aku yang masih mentah ketika itu melihat sepasang kain sarung yang sangat cantik kemudian berkata;
“Ibu, adik mahu yang ini. Cantik..”
Rupa – rupanya perkataan itulah yang membuatkan ibu mengganas marah. Sehingga sangat aneh percakapannya;
“Anak b0doh! SiaI. Kau mahu aku m4ti cepat ya? Tak apa, tak lama lagi aku m4ti!”
Aku menangis dan cuba menjelaskan bukan itu maksud aku. Tapi ibu tidak percaya. Dia mengemas barangnya cepat – cepat. Suasana jadi hening. Aku sesal dan berulangkali bertanya pada diri aku sendiri tentang di mana silapnya ucapan aku.
Ayah telah mendapat kerja yang lebih bagus, petang itu ibu mengikut ayah ke Ibu Kota yang jaraknya 5 jam perjalanan dari kampung aku tanpa sebarang kata. Dalam perjalanan itu, kereta ibu dan ayah telah berIanggar dengan pemandu lori m4buk, yang menyebabkan kec4catan kekal pada kaki ibu setelah gagal beberapa kali pembedahan. Begitu juga ayah, sarafnya terjejas sehingga kurang sempurna dalam melihat dan merasa.
Ibu masih seperti itu, beberapa bulan selepas kemalangan, aku menjaga dia di rumah setelah kakak sambung belajar. Sementara ayah, sudah boleh bekerja di ibu kota seperti biasa. Ibu tetap sering membanding – bandingkan cara aku menjaganya yang tidak sama dengan kakak.
Ketika aku solat sedikit lama kerana berdoa dan merintih di tikar sejadah, dia menjerit dan meratapi nasibnya kerana katanya aku membiarkan dia, tidak menjaga dia dengan baik, tidak cukup bagus dan macam – macam lagi. Maki hamun memenuhi hari aku.
Aku pilih untuk pakai stoking, tudung labuh dan baju labuh tapi dipersendakan kakak, ibu dan ayah. Kata ibu; “Tak perlu kau nak acah ustazah. Tak pakai stoking pun takpe sebab Islam itu mudah” Kakak, yang memilih tugas menyeterika baju di rumah sering enggan menggosok pakaian aku, katanya besar, labuh, susah nak gosok.
Dan apabila kami berg4duh, dia akan melemparkan kata – kata nistanya; “Sia – sia saja. Tak guna lah kau pakai tudung labuh… berstoking bagai pasal per4ngai kau teruk.” Belum lagi aku diejek memakai tudung ‘alas meja’ kerana memilih pakai tudung bidang 60. Apa dayaku? Semua yang aku lakukan diejek dan dipersenda. Pedih dan pedas menusuk jiwa.
Tatkala kakak ingin keluar negara dengan kawan – kawannya, ibu dan ayah membiarkan dia pergi berseronok. Sementara aku di halang semahunya ketika menyatakan hasrat ingin pergi ke walimah kawan aku di negeri lain. Aku ingin ikuti program Qiamullail Bersama rakan muslimah lain di masjid, tetapi aku dikunci, tidak dibenarkan keluar dari bilik aku.
Akhirnya aku jadi pendiam, kurang bergaul dan kerana itu ibu katakan aku sombong! Sedangkan kakaklah yang liat ke kenduri – kend4ra orang kampung. Ketika ada kenduri di rumah kami, akulah yang s4kit pinggang turun ke dapur, akulah yang menyediakan pinggan mangkuk dan membasuhnya gara – gara ibu enggan memakai pinggan pakai buang.
Kakak seenaknya mengambil kesempatan rehat – rehat di dalam bilik selepas menyapu sedikit; sambil buat muka kesian dengan alasan pening, gastrik, migraine. Aku? Sekalipun benar demam h4ram di suruh berehat. Pasti ada saja yang ingin disuruh.
Ibu seolah – olah tidak pernah percaya bahawa anaknya yang satu ini juga boleh jatuh s4kit, sepanjang masa senarai tugasan rumah tidak pernah berkurang. Akulah yang sering disuruh berk0rban. Aku minta kurangkan kenduri, kerana hanya aku yang s4kit melakukan semua. Tetapi ibu enggan, ucapannya pedih.
“Kau bukan anakku! Kenduri pun kau tak mahu tolong. Balik sahaja kau ke tempat kerjamu. Jangan pulang kampung kalau ada kenduri. Sebab kau bukan anak aku” Perlahan – lahan aku jadi keras, member0ntak dan terkadang meIawan kerana apa yang diperlakukan pada aku.
Usai pengajian di Menara gading, aku direzekikan bekerja sedikit jauh dari keluarga. Bukan pilihan aku, tetapi bukan senang untuk minta pindah. Ibu ayah mengeluh. Tiada yang dapat jaga mereka. Kakak sudah sibuk bekeluarga dan beranak kecil.
Ketika itu, aku sudah jarang mendengar perkataan siaI, b0doh dan seumpamanya keluar dari mulut ibu. Tapi diganti dengan ayat – ayat pedas sindiran yang menghiris hati. Mungkin sudah rasa keberg4ntungan agaknya. Meskipun kakak masih PJJ dan duduk dengan ibu ayah, dia seperti tidak ambil peduli.
Ayah yang semakin uzur, terkadang terber4k di atas selimut, tapi dia rela menunggu aku balik hujung minggu supaya aku dapat membasuhnya. Temujanji – temujanji doktor tidak dihiraukan, dia sentiasa ada alasan. Sehingga aku pulang ke kampung, barulah ayah pergi temujanji.
Kadang – kadang ibu dengan susah payah pula membawa ayah seorang diri. Bantuan kewangan memang kakak bagi, tidaklah sampai seribu,tapi itu bukan bermakna apa – apa jika dibandingkan dengan bantuan tenaga dan masa. Seringkali juga kakak merosakkan hari – hari penting aku.
Ketika aku bertunang, dia langsung tidak membantu aku mengemaskan bilik. Aku minta dia tidur di bilik lain supaya aku boleh menenangkan diri malam itu, tapi dia memakiku, marah dan membentak – bentak di hadapan sanak saud4ra ketika kami makan malam. Katanya dia ada anak kecil, kena tidur selesa di bilik itu dan macam – macam lagi.
Saud4ra yang datang dari jauh hanya melihat; aku malu tidak terkata tapi tetap bertahan dengan keputusan aku. Untuk sehari saja, tapi langsung tiada kompromi. Untuk sehari saja! Aku cuma ingin sedikit selesa dan tempoh untuk bertenang, tapi akhirnya tidur dalam airmata.
Kerana dia bagi alasan anak, ayah yang kasihkan cucunya turut sama meninggi suara. Aku menangis di depan saud4ra, “Kak, aku faham perasaan kau. Dia langsung tak bantu; tiba – tiba dia nak bawak masuk barang – barang anak dia, penuhkan balik bilik tu dengan barang – barang. Kalau aku pun, aku marah” bisik sepupu aku di sebelah.
Ketika aku mengikuti majlis Konvokesyen, kakak menempah hotel yang jauh dari dewan konvo, katanya murah dan lawa, meskipun aku sudah mencadangkan untuk duduk sahaja di hotel terdekat. Belum sempat habis majlis konvokesyen, aku dimarahi dan didesak supaya lekas balik, kerana anaknya menangis, ibu dan ayah keletihan ingin berehat.
Majlis kahwin aku juga tidak terurus, kerana kakak enggan membantu. Sehingga hari akhir sebelum majlis, dia masih sengaja tidak mahu ambil cuti kerja. Hanya aku sahaja yang ke sana – sini. Apa boleh buat? Ayah dan ibu pula OKU. Itu pun sebenarnya ibu ayah tidak berkenan dengan calon suami. Alasannya sebab aku pilih orang jauh. Bukankah kakak juga bersuamikan orang jauh?
Aku tak pernah benar di mata mereka. Selepas berkahwin, aku pujuk suami untuk tinggal Bersama di negeri kelahiranku. Alasannya cukup masuk akal, ibu ayah OKU dan tiada orang yang jaga. Suami bersertuju dan kami direzekikan dapat berpindah dengan mudah selepas tu.
Kakak masih lagi ikut campur urusan kami suami isteri. Pelbagai andaian dilemparkan. Tak pandai menyimpan, terlalu merancang sehingga tiada anak, lupa agama, mengabaikan orang tua dan macam – macam lagi. Sebulan selepas itu, s4kit ayah semakin tenat.
Ketika kenduri Aqiqah anak kakak yang kedua, ayah dikejarkan ke kec3masan kerana sesak nafas. Buah pinggang ayah rosak teruk kerana enggan berpantang makan. Ketika pertama kali ayah dikejarkan ke hospital dahulu, Kamilah yang menunggu sehingga jam 3 pagi disana kerana kakak memberikan alas an bahawa anaknya s4kit.
Kali ini, kami minta dia gantikan sejam dua supaya kami boleh balik untuk segarkan diri. Itu pun dia enggan kerana alasannya dia ada baby. Episod seterusnya tidaklah indah. Ayah ditahan di wad kerana tahap kesihatannya yang kian merosot.
Kakak dan suaminya hanya melawat ayah sekali sekala walaupun cutinya masih panjang, kehidupan kami ketika itu hanyalah berada tempat kerja dan hospital sahaja. Semakin hari, semakin teruk tahap kesihatan ayah. Selepas dua minggu ayah dibenarkan untuk pulang, tetapi selepas semalaman di rumah, ayah perlu segera ke hospital semula kerana tidak boleh k3ncing.
Tapi aku tak faham, kakak yang ada di rumah ibu ketika itu enggan menelefon ambulans. Dia betah menunggu aku, sambal memaki tidak puas hati di hujung corong telefon ketika ibu menghubungi aku. Ya, dia dan suaminya ada di sana! Tapi masih menunggu aku dan suami yang ketika itu berkursus di ibu pejabat untuk pulang, barulah boleh bertindak. Hendak katakan dia b0doh, tapi dia kerja berjawatan besar di institusi kerajaan!
Kali kedua ayah ditahan di hospital, dia semakin jarang melawat. Suaminya yang bekerja sendiri itu ibu minta untuk tolong jagakan ayah sekejap sementara menunggu kami pulang dari kerja. Malangnya setiap hari Khamis dan Jumaat, dia beralasan merajuk kerana ayah marah – marah.
Mula – mula kami ingin bersangka baik, tapi rupanya itu sebenarnya hanya alasan untuk dia tidak bantu menjaga ayah pada hujung minggu. Kakak pun sudah jarang sekali melawat. Kalaupun melawat, hanya sekejap – sekejap. Lebih teruk lagi, ketika ayah s4kit teruk begitu, mereka sekeluarga balik ke kampung suaminya selama dua minggu, sekembalinya dari sana, suaminya sudah tidak mahu naik ke wad tempat ayah berada. Hanya kakak sahaja yang naik sesekali.
Aku merungut tidak puas hati. Tapi ibu tetap membela kakak dengan bermacam – macam cara! Aku dan suami pula tidak putus – putus disalahkan kerana kecuaian kecil semasa menjaga ayah. Akhirnya, ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir di katil hospital. Petang itu kami berkumpul di sana, ayah sudah semakin lemah dan tidak boleh berkata – kata lagi. Kakak?
Mujur dia sempat datang setengah jam sebelum ayah pergi. Itu pun ayah sudah separuh nyawa bert4rung dengan kem4tian. Lebih sadis lagi suaminya. Selepas ayah disahkan meninggaI dunia, barulah dia masuk melihat – lihat. Mohon maaf pada ibu, tapi semuanya sudah terlambat.
Esoknya jen4zah ayah disemadikan dengan mudah dan lancar. Tetapi aku cukup hairan, banyaknya bicara kakak hari itu seolah – olah dialah yang banyak menjaga arw4h ketika 2 bulan terlantar di hospital. “Tidak kak, malah kau seperti melepaskan ayah pergi begitu sahaja dengan hampir – hampir tidak peduli” kata – kata itu hanya terpendam di dalam hati. Malas hendak berg4duh lagi.
Episod hidup kami masih Panjang. Kakak masih bersikap begitu. Kini, dia berkira pula hendak menjaga ibu. Terlalu banyak mengambil kesempatan. Minggu lepas dia memaki aku kerana enggan mengambil ibu yang demam di tempat kerja ibu.
Alasannya dia sedang berkursus dalaman yang lokasinya cuma 15 minit sahaja untuk ke tempat kerja ibu Sedangkan aku sedang menjalani rawatan di hospital. Sikap tidak mahu mengalahnya semakin menjadi – jadi, akibat sering dimenangkan dan dibela ibu.
Sehingga hari ini juga, ibu masih membelanya. Kakak jual nama abang ipar, mengatakan dialah yang menghalang dirinya untuk menjaga ibu. Bulat – bulat ibu percaya. Bulat – bulat ibu ditipu. Lebih pedih lagi, ibu canang – canangkan dekat sanak saud4ra, yang aku mengabaikannya.
Padahal, aku masak dia komen macam – macam, segala urusan perubatan, baiki keretanya, urusan bank nya aku yang buat bersama suami, aku kemas rumah, dia sepahkan. Kalau kakak yang kemas? siap dipesannya;
“Jangan letak barang sesuka hati, bersepah, kita kena hargai kakak kau dah kemas.”
Allahu.. pedihnya hati dilayan berat sebelah walaupun dah berk0rban macam – macam untuk bahagiakan hati ibu ayah. Suami kata, satu hari nanti mungkin diorang akan sedar, tapi masa tu mungkin sudah terlambat. Mungkin anaknya sudah membalas begitu.
Mungkinlah, tapi aku mungkin ketika itu hanya membisu melihat semuanya belaku. Kerana hati aku sudah lama h4ncur luluh… Doakan aku tabah… Aku sangat perlukan doa semua, aku tak kuat, aku lemah…. – Suria (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Roz Journey :Sedih betul lah. Sangat tak faham kenapa orang dulu dulu suka beza kan anak? Confesor ni bagus masih lagi layan karenah maknya. Kalau saya dah lama merajuk bawa diri jauh – jauh.. saya perlu hargai diri saya dulu daripada tak dihargai oleh keluarga sendiri.
Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.