Aku bawa lelaki miskin, yang takde apa – apa, hanya ada motor EX5 jumpa mak ayah aku. Aku cakap nak kahwin dengan dia. Tapi mak ayah kata aku akan hilang segala ‘harta’..
#Foto sekadar hiasan. Mohon kepada admin siarkan cerita aku ini. Kisah aku bermula pada tahun 2015. Aku perkenalkan diri aku Ratna (Bukan nama sebenar), sebenarnya aku sangat malu nak ceritakan kisah silam aku. Tapi aku juga tidak mau orang di luar sana jadi macam aku dulu. Cerita aku agak panjang harap korang tak bosan baca. Ok aku mulakan.
Aku kerja di syarik4t besar dengan gaji yang agak lumayan. Hidup aku boleh dik4takan serba ada. Aku selalu kenal dengan banyak lelaki. Bukan 1 atau 2 orang yang aku pernah kenal. Aku sendiri juga dah lupa berapa banyak yang aku pernah kenal. Terlalu banyak.
Itu semua kerana aku perempuan yang agak liar. Putus cinta itu perkara biasa bagi aku. Putus pukuI 1. PukuI 2 aku dah boleh nyanyi lagu kesukaan aku dalam bilik mandi, bagai tiada kesan bagi aku. Sebab itu aku pelik bila baca ada perempuan nangis selepas putus cinta.
Hampir setiap malam aku selalu pergi ke night club untuk minum bersama kawan – kawan. Itu semua kerana sejak dari kecil aku tidak dididik apa yang agama larang. Dalam kad pengenalan aku Islam tapi aku tidak pernah buat apa yang wajib. Aku hanya tau dapat gaji enjoy. Tapi itu dulu sekarang aku dah berubah 360 degree.
Aku hilang dalam diri aku sendiri. Ayah dan ibu hanya sibuk cari duit tidak peduli dengan anak – anak mereka. Aku dan 3 orang adik aku dari kecil dijaga oleh pembantu rumah yang beragama Kristian. Ayah dan ibu tau hanya bagi duit saja. Bila ada kepentingan untuk ke sekolah baru ayah dan ibu datang.
Pulang saja malam, hanya tahu marah bila aku dan adik ada lakukan kesalahan. Jadi kalau aku jadi liar setelah dewasa itu semua salah kerana tidak dididik ikut cara agama. Mereka hanya tau cari duit tapi lupa pada aku dan 3 orang adik aku.
Malah adik bongsu aku lebih teruk dari aku ketika itu. Dia pernah kena tangkap polis berapa kali kerana bawa kereta dalam keadaan m4buk. Ok sambung. Pada satu hari aku dapat chat dari follower aku di app date. Aku bagi nama dia H.
Dia dah 2 kali hantar chat tapi tak pernah aku baca dan baIas. Tapi kali ini balik je dari kerja aku buka laptop, perkara pertama aku nampak adalah chat dari H. Mulanya aku hanya abaikan saja. Habis mandi makan sambil duduk aku buka laptop.
Aku buka chat dari H. Aku masih ingat apa H tulis. Macam ini. “Aku suka dengan awak tapi aku takut. Kerana aku tau awak pasti tidak suka dengan aku.” Aku buka profile dia. Hanya ada 2 gambar di profile dia. Satu gambar dia duduk ada motor EX5 model lama. Satu lagi gambar dia dengan ibu dia yang duduk di kerusi roda.
Aku baIas chat dari H. Aku ajak jumpa esoknya jam 12pm. Sebab esoknya hari minggu, aku nak tengok H ini macam mana. Esoknya aku datang awal 30 minit kerana aku nak tengok H datang naik apa. Di app date ada bagi tau lokasi H dengan rumah aku tak sampai 15km. Kami janji jumpa di satu lokasi.
Tak lama setelah aku sampai aku lihat H datang naik motor EX5 yang ada di gambar profil dia. Sampai je H, aku langsung perkenalkan diri. H hanya terdiam lihat aku. Nampak jelas di wajah H dia sangat terkejut lihat penampilan aku yang agak s3ksi, pakaian terdedah dan skinny jeans.
Nampak sangat dia tidak suka dengan apa yang aku kenakan. Kerana di app date aku pakai baju kurung. H adalah good looking men. Kulit dan wajah dia nampak bersih. Senyuman dia sangat membuat hati aku berdebar ketika itu.
Jujur aku tak pernah rasa macam itu bila jumpa dengan mana – mana lelaki. H bukan lelaki pertama yang pernah aku jumpa. Ada yang lebih kacak dari H pernah aku jumpa sebelum ini. Tapi tidak ada rasa apa – apa di hati aku.
Banyak yang kami bualkan sepanjang pertemuan tersebut. H kata dia tidak boleh lama. Dia kata nak beli makan untuk ibunya yang Iumpuh. H pergi tinggalkan aku yang masih duduk. Setelah H pergi aku rasa macam ada sesuatu yang istimewa dengan H.
Sampai saja aku di rumah, aku buka laptop aku baca profile H. Aku terus jadi giIa bayang. Hahaha.. Aku dapat rasakan macam ada sesuatu yang sangat kuat untuk terus nak kenal siapa H sebenarnya. Sem4kin hari aku sem4kin teringin nak tahu H yang sesungguhnya.
Hingga satu hari aku datang ke tempat aku berjumpa dengan H. Aku tanya pada orang yang ada di sana. Mungkin ada yang tau H tinggal di mana. Cari punya cari akhirnya aku dapat tau tempat tinggal H tidak jauh dari situ. Gigih kan aku nak cari H.
H tinggal di rumah setinggan berdua dengan ibunya yang lumpuh. H kerja di sebuah pasaraya tidak jauh dari situ. Aku datang ke rumah tempat H dan ibunya tinggal. Tempat tinggal H menurut aku sangat daif. Panas dan berdinding kan papan. Tidak ada airconds. Hanya ada satu kipas.
Mulanya aku hanya jumpa dengan ibu H kerana waktu itu H belum balik kerja. Tak lama setelah itu aku nampak H baru balik kerja. Aku lihat H layan ibu sangat baik. Dia suapkan ibunya makan. Mandikan ibunya. Gantikan pakaian ibu dia.
Aku nampak H sangat lembut dengan ibunya. Aku tanya H kenapa aku tidak nampak dia makan. Hanya nampak ibu dia saja yang makan tapi H tidak. H kata di rumah tidak ada apa – apa dan H selalu tidak makan malam hari, dia hanya akan makan sekali sehari.
Sebab nak jimat untuk bawa ibu dia check ke kIinik kesihatan setiap bulan. Gaji H hanya rm1200 ketika itu. Itu belum lagi nak bayar sewa rumah dan bill elektrik dan air. Jujur aku tidak pernah menangis ketika putus cinta.
Ketika aku lihat di depan mata aku cara H layan ibu dia yang lumpuh, air mata aku gugur. Setiap gerak geri H aku perhatikan. Ketika dia angkat ibunya ke bilik air, dia civm dulu ibunya. Aku perhatikan semuanya. Aku duduk situ sampai pukuI 8 malam, basah baju aku kerana berpeluh di rumah yang sangat panas itu.
Esoknya aku datang lagi tapi kali ini aku datang hantarkan keperluan harian dan barang dapur seperti beras meggi minyak masak dan banyak lagi. Pada mulanya H tak nak terima barang yang aku berikan tapi ibu H kata terima saja.
Oh ya. H ada seorang abang dan kakak tapi tak nak jaga ibunya. Mereka hanya serahkan segalanya pada H. Abang dan kakak H boleh dik4takan orang yang berjaya punya keluarga dan ada kerja yang bagus. Tidak macam H yang tidak punya kerja tetap.
Ibu H dulunya sangat sayangkan abang dan kakak H tapi tak tau apa yang terjadi mereka tak nak jaga ibu mereka. Sedangkan mereka mampu. Ayah H meninggaI ketika H berumur 17 tahun. H hanya berlajar sampai SPM saja.
H pernah bercita – cita sambung belajar tapi tidak punya duit lagi pun ibu H Iumpuh setelah jatuh dalam bilik air. Mulai dari hari itu aku selalu datang ke rumah H dan ibunya tinggal. Aku lihat H orang yang sangat baik dan lembut orangnya.
Tiap kali aku datang ibu H sangat baik sambut aku. Hubungan aku dengan H juga sem4kin rapat dah macam pasangan kekasih. Satu hari saja H tidak call aku dah gelisah. Satu petang aku pergi ke rumah H, sampai je aku tengok pintu rumah berkunci dari luar.
Aku tanya jiran ke mana H pergi. Mereka katakan H di hospitaI, bawa ibunya yang jatuh dari kerusi roda semasa H lagi kerja. Aku sampai di hospitaI aku lihat H lagi nangis duduk di bangku. Aku tanya mana Ibu H tapi dia tidak jawab. H hanya nangis saja.
Itu baru pertama kali aku lihat seorang lelaki menangis. Aku tanya lagi mana ibu H kali ini dia hanya geleng kepala. Tak lama seorang jururawat datang. Aku tanya jururawat itu ibu H di mana. Jururawat katakan ibu H sudah meninggaI masa dalam perjalanan ke hospitaI.
Setelah selesai semuanya, aku lihat H sangat murung, rasa kehilangan. Dia tak nak jumpa dan bercakap dengan siapa pun termasuk aku. Aku call H banyak kali kalau jawab pun hanya tangisan H saja yang aku dengar, tiada perkataan.
Ada satu kesan yang sangat besar pada diri aku setelah kenalan dengan H. Itu semua atas ajaran dari H. Aku tidak lagi pergi ke club malam dan tidak m4buk lagi. Aku juga dah mula belajar baca Al-Quran dan mula dekatkan diri kepada Allah. Aku mula ikut banyak pengajian online.
H terlalu banyak ubah aku jadi yang lebih baik yang dulunya suka pakaian terbuka. Sekarang dah mula tutup aur4t. Rakan satu tempat kerja juga sangat terk3jut lihat perubahan aku yang secara tiba – tiba. Mereka kata pasti anak orang kaya yang ubah aku.
Tapi aku katakan bukan anak orang kaya tapi orang miskin yang ubah aku tapi kaya ilmu agamanya. Setiap hari aku pujuk H. Minggu demi minggu. Bulan demi bulan aku cuba hibur H. Aku ajak dia jalan – jalan agar dia tidak sedih lagi. 1 tahun lebih juga aku cuba, H akhirnya dia boleh lupakan sikit demi sikit boleh terima ketiadaan ibunya.
Dia katakan dia tidak punya siapa – siapa lagi. Tapi aku katakan dia masih ada aku. Aku tidak malu katakan aku nak dia jadi teman hidup aku. Aku cakap kalau dulu dia yang suka pada aku. Kini aku yang suka dengan dia. Aku suka kelembutan dia. Kesopanan dia dan ketaatan dia pada agama. Itu yang membuat aku tertarik pada H.
Aku ajak H jumpa ayah dan ibu. Ketika aku terus terang yang kami nak kahwin, ayah dan ibu marah besar. Mereka katakan aku akan kehilangan apa yang aku ada kalau kami bersama. Aku katakan pada ayah dan ibu. Kalau ayah dan ibu nak apa yang aku ada akan aku berikan semuanya.
Kalau ayah dan ibu nak duit aku, silakan ambil semuanya, aku boleh bagi semua. Kini aku hanya nak syurganya Allah saja. Dengan penuh air mata aku katakan itu kepada ayah dan ibu di depan adik – adik aku juga. Kerana aku nak bagi contoh yang baik kepada adik – adik aku dengan harapan mereka juga boleh berubah jadi baik.
Aku katakan pada ayah dan ibu, hanya H yang mampu ubah aku jadi baik. Belasan tahun aku hidup penuh dengan d0sa tidak ada seorang pun yang datang selamatkan aku. Yang ada hanya bawa aku ke jurang yang lebih dalam lagi. Itu yang banyak.
Kali ini aku sudah jumpa orang yang nak selamatkan aku dan nak bawa aku kembali ke jalan Allah. Salahkah aku nak hidup bersama orang yang mampu bimbing aku ke jalan yang benar. Seumur hidup aku tidak pernah bantah kata ayah dan ibu tapi kali ini aku ‘ceramahkan’ orang yang lahirkan aku.
Ayah, ibu dan adik – adik aku hanya diam dengarkan apa yang aku katakan. Lama kami semua terdiam selepas itu. Macam tak ada orang di ruang tamu itu. H hanya tertunduk duduk di samping aku. Dia tidak berkata sepatah kata pun.
Akhirnya ayah bersuara. Kalau hanya H saja yang mampu bimbing aku ke jalan yang benar ayah dan ibu terima pilihan aku. Barulah aku nampak senyuman di wajah H. 15 April aku sah jadi milik H sepenuhnya. Tidak ada wang hantaran dan hanya dihadiri keluarga terdekat dan kawan kerja saja di acara pernikahan aku dan H. Kerana H tak nak majlis besar besaran.
Saat ini aku hamil 6 bulan anak kedua kami. Terima kasih suamiku kerana sanggup bimbing aku jadi insan yang lebih baik. – Yang bernama Ratna (bukan nama sebenar)
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.