Dari kecil mak tinggalkan aku, bila dah besar tiap bulan mintak duit sampai aku malu dengan isteri

Mak dan ayah aku bercerai sejak aku tadika lagi. Sejak dari tu aku dibesarkan dan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh ibu tiri. Tapi bila dah besar, aku jumpa mak kandung, setiap bulan dia minta duit sampailah aku kahwin. Bayangkan aku sendiri belum tengok gaji aku, tapi mak kandung aku pagi – pagi hari gaji dah mesej mintak duit…

#Foto sekadar hiasan. Salam semua warganet. Aku nak cerita sikit kisah aku dekat sini. Aku ada 3 orang adik beradik. Semuanya lelaki. Mak ayah aku dah lama bercerai sejak dari aku tadika lagi. Aku dan abang aku dibesarkan oleh ibu tiri yg baik hati dan penyayang. Dia yang membesarkan aku dari kecik sehingga aku dewasa. Tapi sayang jod0h ibu tiri aku dan ayah aku tak panjang. Sekarang, alhamdulilah aku dah kahwin hampir 5 tahun.

Isteri aku ni kerja bagus gaji pun lebih tinggi dari aku dan kadang – kadang bila aku tidak cukup duit dia tolong topup – topup mana yang patut. Rezeki aku dapat isteri macam dia. Yang jadi masalah aku sekarang ni, mak kandung aku. Kami berpisah sejak aku kecik lagi dan berjumpa balik ketika umur aku dalam 26 tahun macam tu. Selama ni aku menumpang kasih sayang seorang ibu hanya dari ibu tiri aku.

Sejak mak kandung aku muncul hampir setiap bulan mintak aku duit. Masa aku bujang memang aku layan je. Tapi lama – lama aku rasa mak kandung aku ni meIampau. Tak pernah nak ambik tahu pasal aku tapi tiap – tiap bulan dia akan mesej aku mintak duit. Kalau dia mesej tu, hanya doakan aku murah rezeki dan lepas tu mintak duit hari yang sama sahaja. Bayangkan aku sendiri belum tengok gaji aku, tapi mak kandung aku pagi – pagi hari gaji dah mesej mintak duit.

Aku sendiri kesal dengan sikap mak aku yang tak pernah pun nak tanya masalah aku. Tak pernah tanya aku cukup ke tak bagi anak isteri aku makan. Sedangkan dia tahu sudah tanggungjawab aku seorang suami yang nak tanggung anak orang. Tapi sayang mak kandung aku sendiri tak fikir. Hanya fikir mintak aku duit tiap – tiap bulan. Sedangkan gaji aku cukup – cukup je tu pon isteri aku bantu aku sikit.

Aku tak kisah kalau mak kandung aku mintak duit tapi dia tak tanya pun masalah aku, tak tanya keadaan aku, bukan hanya masa gaji je mesej aku. Sampai aku sendiri tanya mana kasih sayang dia pada aku? Aku sampai fikir mak aku sendiri tak ada rasa malu atau berd0sa ke tinggalkan aku masa kecik. Dia tinggalkan tanggungjawab dia abaikan aku dengan abang aku sedangkan masa tu dia bahagia dengan suami dan anak baru dia? Bila dah besar jumpa balik tapi bukan untuk tebus kesilapan dia.

Cuma hanya untuk kesenangan hidup dia sebab anak – anak dah besar. Dia pun dah cerai dengan suami baru dia. Dengan abang aku pon macam tu jgk. Tiap – tiap bulan mintak duit. Kadang aku malu dengan isteri aku. Malu sikap mak aku. Kalau la mak aku bagi kasih sayang tanya keadaan aku. Aku sendiri akan rela hati bagi mak aku duit tanpa dia mintak.

Untuk pengetahuan semua. Ibu tiri aku tak penah mintak aku duit melainkan aku yang bagi. Walaupon ibu tiri aku dah bercerai dengan ayah aku. Dia tetap ambil berat pasal aku dan isteri aku. Dari mata kasar mungkin aku yang nampak salah dalam hal ni  sebab dia ibu kandung aku. Tapi tidak ke dia tahu tentang hati dan perasan aku dari kecik sehingga aku besar? Dia hanya tahu d0sa aku pada dia. Tapi tidak ke dia tahu d0sa dia pada anak – anak yang dia abaikan selama ni?

Komen Warganet :

Arbainah Aini : Kebanyakan ibubapa yang dah bercerai memang macam ni. Masa anak kecil – kecil ditinggalkan, terp4ksa menumpang kasih sayang dari mak / ayah tiri. Bila anak – anak dah besar dan berkerjaya pandai plak cari anak – anak nak mintak duit lah itu lah ini lah. Tak fikir anak tu kehidupannya macam mana. Anak bila mak / bapak dah mintak jadi serba salah tau. Ini mak / bapak, itu isteri dan anak – anak, semua pihak dia nak jaga.

Tapi hati dia sendiri macam mana? Peringatan pada kita semua yang dah jadi mak bapak ni. Dengan anak jangan meminta – minta. Kita tak tau kehidupan mereka macam mana, susah ke senang ke. Anak bagi ambik, kalau anak tak bagi dok diam – diam. Jangan ungkit segala peng0rbanan kita masa mereka kecil sebab itu memang tanggungjawab dan amanah kita mak bapak pada anak – anak. Anak yang berakal pasti dia tahu macam mana nak baIas jasa mak bapak mereka. Dalam kes tt ni, mak dia berhutang pada dia, hutang apa ?? Hutang kasih sayang, hutang kasih sayang ni sesuatu yang sukar dibayar tau sebab tiada nilai yang boleh diganti dengan duit.

Man Temros : Bila dah berkahwin. Tanggungjawb kita utama pada isteri dan anak – anak. Turutan seterusnya barulah ibu dan bapa. Andai kita pun tak cukup setiap bulan cakap elok – elok dengan ibu bapa kita tak ada untuk diberikan kepadanya.. Duit isteri bukan hak kita, duit isteri hak mutlak dia. Kita tiada hak untuk ambil dan berikan pada orang tua kita, melainkan dia sendiri yang hulur pada orang tua kita. Ibu bapa, adik beradik suami sepatutnya memahami keadaan..

Mak O Leha Ramlee : Jangan pertikaikan ibu kandung kamu. Ikhlaskan pemberian kamu ikut kemampuan walau pun hanya RM50. Katakan itulah kemampuan kamu. Apa yang dia buat terhadap anak – anak, biar Allah yang menilai. Apa yang kita berikan ikhlaskanlah, nanti Allah baIas dengan rezeki yang tak disangka – sangka. Tapi bukanlah secepatnya. Jika baIasan diberi secepatnya rasanya semua orang akan berbakti dengan orang tuanya.

Dalam agama pun telah disarankan berbaktilah pada ibumu walaupun ibumu itu peIacur sekali pun. Ini cuma dia terleka untuk beri kasih sayang dan tanggungjawab. Allah dah hantarkan ibu tiri untuk menggantikan dia untuk kasih sayang. SayangiIah keduanya dan ayah kamu. Ibu kandung yang bergadai nyawa melahirkan kamu. Ibu tiri yang merawat dan memberikan kasih sayang sehingga kamu dewasa dan menjadi insan yang soleh buat membentuk keluarga yang sakinah mawaddah. Ayah yang menjaga dan memberi makan dan ilmu sehingga kamu bersedia men3mpuh segala dugaan dan c0baan.

Lattice Pie : Masalah pengadu ni bukan pasal duit semata – mata.. Tapi pasal perasaan dan kasih sayang yang dia tak pernah dapat dari seorang ibu kandung. Bayangkan tak pernah jaga anak – anak dari kecil.. Tiba – tiba bila anak dah besar, dah kerja pandai plak ko cari mintak duit. Kalau aku jadi pengadu, baik buat baik dengan mak tiri yang pernah jaga sejak dari kecil. Mak kandung tu bagi rm50 cukup jangan lebih. Kalau dia ada suami tak payah bagi terus pun tak ape. Cukupkan dulu keperluan anak bini kau. Ada duit lebih, baru bagi. Sekali – sekala bawa cucu – cucu pergi melawat. Ramai yang mampu beranak, tapi tak semua yang mampu bagi kasih sayang..

Rizal Rodzuan : Memang maaf cakap mak ko teruk, tapi dia masih mak yang lahir kan ko. Jadi hanya sediakan sikit peruntukan bulanan macam RM100 – 200 untuk dia. Bagitahu tak boleh bagi lebih pasal ko dah ada keluarga. Dan bagi la sikit kat mak tiri ko yang baik tu kalau ada rezeki lebih. Tu la kadang – kadang ibu tiri lagi baik dari ibu kandung walaupun jarang berlaku.

Apa kata anda?