Dari RM600, isteri suruh bagi RM300 je kat mak, bila saya tengking baru dia cerita hal sebenar

Kakak – kakak dan adik saya tak suka dekat isteri. Mereka kata berlagak kaya. Waktu kami bawak mak pergi umrah, semua adik beradik saya nak ikut, tapi nak isteri saya yang sponser. Lepas balik umrah tu, isteri terus suruh kurangkan duit bulanan dekat mak..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum dan salam sejahtera pada semua. Terima masih pada admin kerana sudi menyiarkan confession saya dan ingin minta pendapat orang ramai tentang apa yang terjadi pada diri saya.

Saya Afiq, anak lelaki tunggal dalam family tapi sebenarnya saya anak ke-4 dari lima adik beradik. Yang lain semua perempuan. Dalam family saya saya paling rapat dengan abah semasa abah masih hidup dulu.

Dalam family saya juga, saya satu – satunya yang tidak dapat lanjutkan pelajaran ke tahap ijazah, saya hanya mampu tahap diploma sahaja di mana adik beradik saya yang lain sampai ada yang belajar ke rahap master dan ijazah. Alhamdulillah. Sebenarnya saya mampu lanjutkan ke peringkat ijazah, tapi, saya batalkan sebab saya nak bantu keluarga saya. Dari segi apa?

Perkahwinan. Semua adik beradik saya kahwin dulu dari saya. Saya bukan s4kit hati tapi bersyukur. Akak sulung tunang dan kahwin semasa dia masih belajar. Akak kedua kahwin sebaik dia tamat belajar dan ditawarkan bekerja.

Akak ketiga kahwin lepas habis STPM. Dan adik bongsu kitorang kahwin lepas dia habis belajar. Masa saya belajar diploma, abah mula diser4ng s4kit jantung, tapi terselamat. Abah dah uzur masa tu, jadi faham – faham jela hati kami.

Masa tu akak kedua dan ketiga nak kahwin, mak minta percepatkan sebab abah nak tengok kami kahwin, tapi dorang nak buat besar – besaran sebab bakal suami dorang ramai kenalan juga. Duit yang abah simpan selama ni untuk saya lanjutkan ke ijazah akak kedua kata nak pinjam dulu, nanti dia bayar.

Saya percaya je sebab akak masa tu dah bekerja, bakal abang ipar pun sama. Bila saya dapat tawaran, saya dah minta akak nak guna duit tu tapi dia kata masih tiada duit. Saya terp4ksa tolak dan tunggu rezeki lain. Adik bongsu pula nak kahwin.

Masa ni, duit yang abah dan mak simpan untuk pembelajaran kitorang dah abis untuk diorang, saya pula ada simpanan sebab bekerja lepas habis diploma. Nak dijadikan cerita, tak cukup dan mak tawarkan duit kat tabung haji dia.

Saya langsung tak tahu masa tu, mak pun keluarkan tanpa beritahu abah. Tu pun adik janji nak bayar balik. Sampai ke hari ni dorang masih berdolak dalih bila saya minta bayar hutang. Bila abah meninggaI, dah konfirm saya rasa lebih baik saya kerja untuk tanggung mak saya.

Bila abah meninggaI, abah letak nama dua rumah (termasuk rumah yang mak tinggal sekarang) dan tanah atas nama saya. Oleh sebab saya kerja jauh dari kampung halaman, mak pujuk saya biarlah rumah lagi satu tu akak kedua saya duduk.

Saya cakap boleh tapi bila saya dah kahwin keluarlah, sebab saya pun nak berkeluarga juga. Kami semua setuju. Gaji bulanan saya bukannya besar pun, dalam RM1.5k camtu. Sebelum kerja tetap, saya bekerja sambilan, gaji dalam RM900, dapat elaun makan lagi, jadi, semua gaji saya serah pada abah dan mak (masa ni abah ada lagi).

Bila saya first dapat gaji RM1.5k tu, saya serah pada mak semuanya. Lepas tu, saya buat akaun untuk mak, masukkan RM600 setiap bulan untuk mak. Pergi keje jam 9.30pg, balik dalam 10 malam. Tapi masa ni jauh beza dari sekarang, takde lagi gst, sst masa ni.

Dengan berapa ratus tu pun saya dah puas, boleh hidup. Masa tu pakai motor lagi. Nak dijadikan cerita, saya susah dapat cuti hari raya, saya selalu tepon mak, dan mak pun tanya bila nak cuti, bila nak cuti? Saya selalu sebak.

Beberapa tahun sebelum saya kahwin, saya berjaya dapat cuti tiga hari. Saya beritahu mak, happy mak masa tu. Punyalah syok nak balik kampung saya call rumah, takde orang jawab, saya risau, call akak sulung. Saya tahu dia tak dapat beraya tahun tu kat kampung kami sebab dia nak beraya rumah mertua.

Dia terk3jut, sebab kata mak, dorang beraya kat rumah mertua akak kedua tahun tu, dekaat taiping, tersentak hati. Bayangkanlah? Saya kerja kat jb, nak ke taiping. Naik motor? Menangis saya kat situ. Akak sulung dah pujuk beraya kat rumah mertua dia tapi mungkin sebab eg0, saya tutup telefon.

Saya call akak kedua, nak cakap dengan mak, mak pun sayu. Dia kata akak aku yang teringin nak raya kat Taiping. Saya cakap takpelah mak, Selamat Hari Raya. Bukan rezeki saya. Masa tu la titik hitam mula muncul kat hati ni.

Hati mula keras, saya selalu rasa marah bila terfikirkan family saya. Sejak dari tu, saya kurang telefon mak. Ya Allah berd0sanya saya masa tu. Kalau mak telefon saya tak jawab. Kalau jawab pun, saya cakap saya dah masukkan duit, bye.

B0dohnya saya masa tu. Tak lama lepas tu, saya pindah kerja lain. Position tinggi sikit. Gaji pun naik. Tiap – tiap bulan saya mesti akan masukkan RM600 dalam akaun mak. Tak lama pastu juga, saya bertemu j0doh. Masa tu saya 26 tahun, dia? Awal 30-an. Namanya Ami.

Kami kenal melalui kawan. Masa tu mulut saya bacul, saya ingat dia kerja ejen takaful. Memang pun. Tapi sambilan. Bila jumpa, saya cakap “sorilah saya tak suka orang insurans ni.” Dia baIas, “saya pun tak suka orang gei.” (Jangan terasa semua. Dia cakap camtu sebab saya tak pernah ada gf).

Kitorang kahwin selepas dua tahun berkenalan. Dua tahun lepas. Saya jemput family saya tapi mak dengan family akak sulung je datang. Lagipun Ami minta kenduri biasa – biasa je. Dia tak suka kenduri besar – besar (sebab katanya dia tak suka mekap sangat. Dan taknak parade).

Masa nak berkeluarga ni, saya terfikir rumah yang akak kedua saya tinggal tu. Saya telefon dia cakap boleh tak dia cari rumah lain? Sebab saya nak sewakan, nak cari pendapatan untuk bayar rumah yang saya baru beli untuk saya dan Ami.

Dorang tak baIas. Tapi dia report kat mak. Mak pula minta saya lepaskan jelah rumah tu pada dorang. Boleh ke? Saya cakap bolehlah. Bayar sewalah maknanya. Dorang cakap tak nak. Kenapa tetiba kena bayar pula? Hampir berg4duh kami tapi isteri saya yang selesaikan.

Macam mana? Dia memang negotiator dalam segala hal dalam syarik4t dia, jadi dia pandai memujuk. Dorang hanya perlu bayar RM300 je untuk sewa. Walaupun rumah tu bapak giIer besar. Ami kata takpe, sebab rumah dia pun dia sewakan, so dia boleh topupkan. Saya sabar je.

Bila hari kami nak pindah ke rumah baru, kami ke rumah lama Ami untuk kemas barang. Selama ni saya ingat dia ada kereta kancil je. Rupanya dia ada lagi dua kereta. Ami kata kancil tu abah dia beri masa graduate. Preve pula dia beli guna gaji dia.

Ada satu lagi kereta dia, kereta mewah. Dia kata tu dia dapat lepas dapat cabutan bertuah dari Petronas. Saya pakai moto je weiiiii. Dia jarang pakai sebab lebih selesa pakai kancil. Preve pun dia pakai untuk balik kampung. Kancil tu manual kot. Preve tu senang sikit nak handle.

First month kitorang kahwin dia dah ajak beraya rumah mak saya. Saya setuju je, call mak, mak sayu je jawab. Datanglah. Mak rindu. Sebak hati masa tu. Masa raya tu, semua balik kampung tapi dorang tak selesa pada Ami.

Pada dorang, Ami ni berlagak kaya. Akak long je yang bertegur dengan Ami. Saya ingat lagi, kami lari kejar ayam keliling rumah, siap hampir kena sondol dengan piggie hutan. Tapi akak kedua, ketiga dan adik saya langsung tak tegur.

Risau juga hati saya takut mak dengan Ami kecik hati nanti. Berlarutan sampai 3 kali beraya di kampung. Alhamdulillah, hubungan mak dan saya bertambah pulih. Terima kasih pada kaklong family dan Ami sendiri. Tahun lepas, kami mampu buat umrah.

Saya bawa mak pi umrah. InsyaAllah lagi berapa tahun, kami mampu buat haji. Sebelum kami rancang buat umrah ni, sebenarnya akak saya semua nak ikut. Tapi minta Ami sponsor. Lupa nak cakap, walaupun gaji saya tak pernah lebih RM3k, pendapatan bulanan Ami pula 5 kali lebih besar dari tu.

Tapi Ami tolak, Ami kata dia tengah simpan duit untuk masa depan anak – anak kami. Masa ni saya dah ada putera sulung dah. Masa umrah tu, Ami kata dia nak bincangkan sesuatu bila sampai rumah nanti. Hati dah risau dah ni.

Bila sampai rumah, kemas – kemas, dia kata lepas ni, awak masukkan RM300 je kat akaun mak. Menyirap d4rah saya. Isteri pula buat hal. Saya hampir tengking dia. Kenapa pula?! Selama ni saya masukkan RM600 untuk mak, ok je.

Dia mula cerita. Ami tanya mak saya selalunya saya bagi mak berapa? Yelah, bila Ami dah kahwin dengan saya, mak saya pun tanggungjawab dia juga. Mak kata saya bagi RM200 sebulan. Terk3jut saya! Macam – macam saya beri alasan dan bukti, Ami kata dia tahu.

Jadi mana lagi RM400? Rupa – rupa kad tu bukan mak yang pegang. Akak kedua dengan ketiga yang pegang. Apa perasaan korang masa tu agaknya? Saya rasa nak baIing sesuatu!!! Tangan saya dah capai phone tapi isteri kata tekpelah, kita halalkan.

Lepas ni masukkan RM300. Yang lepas biar lepas. Lepas ni, tiap – tiap bulan kita jumpa mak. Kita bagi sendiri duit tu kat tangan dia. Saya menyerah. Tak lama lepas tu, akak saya call, kenapa duit kat akaun tak cukup. Dan selalunya isteri yang jawab.

Spontan dia jawab sebab lepas kami dapat duit rumah sewa dari akak, kami akan beri pada mak. Tak payah risau sangatlah kak, tiap – tiap bulan kami lawat mak. Tapi sendu hati saya, selama ni saya kerja keras 12 jam sehari, baki duit tiap – tiap bulan dorang yang ambik.

Sampai hati dorang. Sebab eg0 saya, saya tanya juga walaupun Ami kata biarkan. Dorang kata duit tu untuk bayar ASB mak. Bila dorang berkeras tak nak bayar, suami kaklong yang backup saya. Cakap dia pun kena kencing juga.

Dia dengan kak long buka akaun untuk mak untuk bayar ASB. Jadi, tak logik duit tu dorang guna untuk bayar ASB mak. Sungguh. Kalau saya tak pernah jumpa Ami, sampai bila dorang nak tipu saya. Korang kata saya tamak sebab kebanyakan harta abah saya yang dapat.

Mungkin salah saya sebab tak pandai urus harta. Dorang kata sanggup ambik lawyer untuk tuntut harta tu dari saya. Ya Allah, sebab harta, kami berg4duh. Ni la benda yang abah takutkan selama ni. Tanah tu kaklong dan abang ipar dah awal – awal sewakan pada orang.

Sebab risau dorang sendiri buat rumah atas tanah tu. Tapi kaklong kata tak perlu risau sebab dorang bukan ada duit pun untuk bayar peguam. Tapi hati siapa yang tak sedih? Abah saya minta saya laksanakan tanggungjawab pada keluarga saya tapi besar kemungkinan kami akan berpecah sebab harta juga. – Afiq

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Shopee Free Shipping : https://shp.ee/ty2vbpz | Apa kata anda?