Dari rumah kecik satu bilik, sampai mampu beli Alphard, suami terus ceraikan talak 1. Kahwin dengan kekasih lama, majlis 100k

Adik mesej, dia bagitahu Umi kena cerai depan anak – anak. Aku dekat kolej, umi suruh aku fokus belajar. Umi tak minta satu sen pun harta. Anak – anak semua nak duduk dengan umi. Selepas beberapa tahun, dia datang nak pinjam duit…

#Foto sekadar hiasan. Salam semua izinkan aku kongsi sedikit cerita tentang kesilapan dalam kehidupan yang memakan diri sendiri dan akhirnya cuma mampu tersungkur menyesal dan aku minta maaf kalau cerita ni agak panjang.

Umur aku 7 hingga 10 tahun aku duduk dengan pakcik dan makcik aku. Pakcik aku ni berkahwin dengan seorang gadis johor dan akhirnya disebabkan keluarga aku ada sedikit masalah, aku terp4ksa duduk dengan pakcik dan makcik aku di Johor.

Kami duduk rumah sewa setinggan yang setakat ada 1 bilik, aku pula tidur dekat ruang tamu. Sepanjang 4 tahun duduk bertiga terus terang walaupun rumah kecik serba kekurangan tapi tenang sebab makcik aku ni atau aku selalu panggil umi orang dia sangat lah baik.

Aku pergi sekolah dia buatkan bekal, ajar baca doa sebelum keluar rumah dan banyak. Setiap kali pergi umi aku akan cakap, “umi doakan selamat pergi dan balik belajar elok – elok.” Alhamdulilah aku bahagian belajar boleh di katakan cemerlang.

Umi aku layan pakcik aku pun elok, walaupun pakcik aku ni dia jenis cakap main lepas tapi umi aku tenang melayan dan sentiasa teguh di belakang. Sepanjang aku duduk 4 tahun tu, pakcik aku kerja dan umi aku pula sambil tu meniaga jual nasi lemak, kuih, jual air gas yang murah satu plastik 50 sen, jual sengkuang calit tu, aiskrim 10 sen tu, senang cerita banyak la yamg umi buat.

Solat tu jangan cakap memang tak pernah tinggal kecuali ada masanya untuk wanita. Setiap pagi umi k3jut aku, k3jut pakcik untuk solat subuh. Pakcik aku selalu cakap dan rengus “nantilah” tapi umi tetap elok cakap lemah lembut k3jut dan akhirnya dia bangun dan solat.

Dari situ sedikit sebanyak nampak rezeki dekat rumah ni bertambah. Dari rumah kosong dah ada tv, mesin basuh, peti sejuk, kalau dulu pakcik aku pergi kerja naik bas kena jalan kaki pergi bus stop tapi dah ada motor senang ke mana naik motor kami ber-3.

Umur aku 10 tahun waktu tu pakcik aku beli kereta walaupun secondhand kereta wira tapi fuh bangga dia lain macam. Pusing – pusing danga bay, pergi jom heboh sebab waktu ni jom heboh dia buat dekat danga bay. Memang nampak lah rezeki tu perlahan – lahan bertambah.

Masuk umur aku 11 tahun akhirnya terp4ksa ikut balik mak ayah ke selangor. Waktu ni memang jarang balik johor setakat telefon. Tapi kalau cuti aku balik naik bas sorang – sorang pergi balik johor. Umur aku 12 tahun, Alhamdulilah waktu ni umi selamat melahirkan anak pertama dia.

2 tahun kemudian lahir anak ke-2 dan aku kalau cuti sebulan lebih hujung tahun tu memang akan balik Johor duduk sana. Tak lama selepas tu pakcik aku dapat rezeki beli rumah teres 2 tingkat. Waktu ni rezeki memang dah berlipat ganda. Rumah ada, kereta dah ada 2 biji motor pun dah ada 2.

Pakcik aku waktu ni ikut kawan dia meniaga. Umi pula duduk rumah jaga anak – anak. Dari kecik dia ajar ngaji, ajar solat ajar baca doa. Aku pun walaupun duduk jauh, umi hantar mesej setiap hari ingatkan aku jangan lupa solat. Selalu ingatkan untuk solat dan doa InshaAllah semua berjalan lancar.

Dari aku sekolah sampai aku sambung belajar tetap setiap hari call, sms, wasap ingatkan aku. 2016, dapat berita yang pakcik aku ceraikan umi dan dah lafaz talak. Aku waktu ni terk3jut itupun sebab adik aku, anak umi yang hantar wasap bagitahu pakcik aku lafaz cerai depan diorang.

Aku waktu ni tengah study jauh ke utara. Jadi nak balik memang payah lagipun final. Aku call umi, dia cuma suruh aku fokus belajar dan cakap takpe dah tak ada jodoh panjang. Aku tanya mak aku pun diorang tak tahu. Tanya sauda4ra mara lain pun ramai tak tahu tiba – tiba je.

Bila dah selesai urusan aku pun terus pergi johor dan waktu ni umi dah tak duduk rumah pakcik aku lagi, diorang menyewa dekat rumah lain. Aku tanya umi, dia taknak jawab tapi tanya adik, baru dia bagitahu katanya ayah diorang, pakcik aku tu jatuh cinta balik dengan kekasih dia waktu muda dulu.

Bila dah reunion, bersembang, berbaIas wasap berbaIas gambar jadi suka balik. Pakcik aku ni pun p4ksa umi, cakap dia nak kahwin dua tapi umi aku suruh fikir panjang dulu sebab diorang berkahwin bukan setahun dua.

Akhirnya, ambil keputusan cerai. Adik aku cerita ayah dia cakap, “benda mudah, kalau kau taknak, aku cerai!” dan terus lafaz cerai. Bila saud4ra mara datang pakcik aku cuma cakap yang umi ni degil taknak izinkan, jadi dia malas nak berg4duh.

Akhirnya lepas selesai cerai beberapa lama kemudian berkahwinlah pakcik aku dengan kekasih lama dia. Aku stalk Facebook dia, instagram, fuh rancak ye kahwin besar – besaran. Anak dia 2 orang pula ikut umi, pakcik aku cubalah takut – takutkan diorang cakap yang mak diorang tu bukan ada apa – apa, kereta tak ada, motor tak ada, rumah tak ada korang nak makan apa. Tapi anak – anak dia tetap nak ikut mak diorang.

Umi pun dan anak – anak teruskan hidup macam biasa. Dia pun kerja buka kedai makan kecik biasa sambil meniaga tempah kek, kuih dan lain – lain guna simpanan yang ada. Sebab waktu cerai tu pakcik aku tak bagi satu sen langsung dan umi pun tak minta harta. Dia cuma cakap tu harta titik peluh pakcik aku, jadi umi tak minta.

Aku ada lah hantar wasap panjang dekat pakcik, cakap kenapa cerai dan panjang lebar lagi. Tahu dia baIas apa? “Kalau kau suka sangat betina tu, kau kahwin lah dengan dia!” 2020 kawan yang selama ni pakcik aku partner buat kerja bawa lari semua duit yang ada lari indonesia.

Kena pula tak lama lepastu, kena kovit. Dia nak cari keluar masuk negara payah sebab pkp. Buat report polis pun setakat report polis sahaja. Saving pula walaupun dah lama kerja berapa je ada sebab pakcik aku ni memacam dia beli.

Kereta sebelum ni ada 2 dah habis bayar tapi beli kereta baru, Alphard tahulah sendiri berapa bulanan kereta tu. Lepastu hadiahkan mini cooper untuk isteri baru. Sed4ra mara aku cakap belanja kahwin pakcik aku dengan isteri baru dia lebih kurang 100K. Sebelum ni gaji sedap lah lagipun dapat dalam Singapore dollar.

Tapi dengan saving tak seberapa, kawan dia pula bawa lari hampir 90% duit tahulah korang macam mana. Nak kerja singapore pula waktu ni dengan pkp lagi. Nak taknak, dia meminjam dan gadai beberapa benda. Mak ayah aku ada telefon cakap pakcik aku nak jual motor dengan kereta dekat saud4ra mara dan beberapa barang lain.

Pada pakcik aku kalau 2-3 bulan atau 4 bulan pkp dengan benda dia gadai ni semua dapat recover balik. Tapi, kita semua tahu berapa lama pkp tu dan berapa ramai yang h4ncur waktu pkp, pakcik aku pula salah sorang. Sebulan tu berapa ribu dia kena bayar banyak benda.

Tak sampai hujung 2020 dah ranap semua dan akhirnya nak taknak dia ke ahl0ng dan itulah awal dan akhir. Datang jumpa umi, cakap nak pinjam duit. Tapi, umi aku cakap dia boleh kasi cuma dia nak kereta wira tu dengan motor yang pertama beli dulu.

Pakcik aku pun kasi, walaupun pada aku harga dia sepatutnya ye berapa je tapi umi aku tetap bayar dengan harga mahal. Aku waktu ni tak ada maklumlah pkp wfh. Tapi adik aku call cakap ayah dia datang jumpa umi menangis cakap minta tolong sambil minta maaf.

Lepastu ayah dia datang balik bawa kereta dengan motor sambil nangis – nangis lagi cakap terima kasih. 2021, 2022, 2023, dan hujung 2024 baru aku jumpa pakcik aku. Jumpa pakcik aku tengah angkat pinggan dekat kedai makan.

Aku bila jumpa tu terk3jut sebab memang last berita dia waktu nak pinjam duit dekat umi. Nombor telefon semua, Facebook, instagram semua dah tak aktif. Aku tengah makan dengan tunang aku, jumpa pakcik aku tengah angkat pinggan.

Badan memang kurus kering. Bayangkan selama aku membesar seingat aku badan pakcik aku mungkin dalam 80KG. Tapi, bila aku jumpa waktu tu mungkin antara 40-50KG sebab nampak sangat kurus dia tu. Aku pun berbual, walaupun benci marah geram semua ada tapi pakcik aku ni dulu yang jaga aku.

Aku sembang tanya dia macam mana, sihat ke tidak. Dia pun jemput datang rumah. Aku melawat sorang tak bawa tunang aku. Dekat rumah tu ada isteri dia dengan dua orang anak. Bila datang rumah tu memang sebiji macam rumah kami waktu memula hidup bertiga.

Pakcik aku cerita, rumah, kereta, duit, motor, semua h4ncur. Kena kejar ahl0ng lagi terp4ksa pindah negeri lain dengan simpanan pun tak ada terp4ksa bergadai semua. Sambil dia bercerita tu sambil mereka suami isteri menangis.

Aku kesian itu ye kesian, apa pula tak kesian dulu aku membesar waktu kecik dengan duit titik peluh dia, kerja jalan kaki tapi dalam masa yang sama pada aku pakcik aku ni pengkhi4nat. Jadi aku cuma mampu dengar dan pendam sendiri.

Bila aku balik tu bermacam rasa ada bayangkan aku dari kecik nampak pakcik aku dan umi suami isteri berkahwin, rumahtangga ada anak. Dari rumah kecik ada rumah besar, ada kereta hidup pun senang. Aku selalu macam anggap diorang akan kekal ke akhirnya.

Dari segi lain pula pada aku, pakcik tak sedar selama ni berkat dan doa umi selalu setiap hari dari pagi sampai ke malam. Ingat lagi waktu berkumpul dengan saud4ra mara. Setiap kali pakcik balik saud4ra mara, atuk nenek aku, semua cakap ni rezeki si ina (umi aku, bukan nama sebenar), itu mungkin luas rezeki farid (pakcik aku bukan nama sebenar juga).

Sebab umi ni dia anak yatim piatu memang membesar dekat rumah anak anak yatim. Tapi, arw4h nenek aku dia ni kawan baik dengan penjaga rumah anak anak yatim ni dan selalu kalau melawat, dia nampak Umi. Dari sini lah arw4h cuba jodohkan sebab umur mereka ni sebaya tapi bukan terus kahwin.

Pakcik aku ni pula dulu zaman muda jenis kerja tak tetap, merayau banyak belajar tak nak. Ramai lah selalu cakap dia ni tak ada masa hadapan. Kahwin pun waktu semua macam tak yakin sebab simpanan satu sen tak ada.

Rumah yang kami sewa tu diorang duduk, saud4ra mara yang tanggung 3 bulan pertama. Supaya dia boleh fokus kerja cari rezeki. Bila dah senang dah ada semua benda dia lupa. Padahal umi yang bangun pagi k3jut dia, solat, doa, siapkan segala benda. Marah, mengeluh semua tak pernah.

Pakcik aku membebel dan marah dia tak Iawan balik. Memang aku kesian dekat pakcik aku tapi pada masa yang sama pada aku ini mungkin baIasan. Cerai tak bagi anak – anak nafkah. Sebab anak – anak taknak duduk dengan dia.

Bila saud4ra mara minta dia bagi suku harta dia dekat umi, dia taknak. Dia cakap ini hasil dia seorang. Padahal semua dah pujuk cakap elok – elok bagi sikit sebagai tanda penghargaan walaupun dah bercerai umi ni tetap isteri yang baik. Dia taknak, melenting. Hasilnya sekarang dia terp4ksa bermula dari kosong kembali. – Haris (Bukan nama sebenar)

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.