Dari umur 7 tahun tok p4ksa aku buat kerja sempurna, satu hari tengah aku bermain, tok jerit suruh aku jual badan

Tok juga panas baran. Tak boleh silap sikit. Kalau tok marah tok akan membebel – bebel dan paling teruk kena ialah ibu. Masa aku darjah 2 , tok tiba – tiba marah siap suruh aku jual badan. Aku terkedu dan ibu hanya diam..

Advertisements

Aku seorang ibu yang struggle nak besarkan anak dengan dih4ntui kenangan buruk pada zaman kanak – kanak dahulu. Aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang ramai ahlinya dan aku seorang sahaja anak perempuan dalam kalangan adik beradik dan aku anak sulung.

Aku ada seorang tok. Tok duduk dengan kami sekeluarga sejak ibu ayah kahwin sebab ibu anak tunggal yang kem4tian ayahnya sejak kecil. Tok aku seorang ‘perfectionist’ di kala 7 daripada 10. Ibu ayah pula bekerja ‘office hour’.

Advertisements

Tok seorang yang suka buat kerja – kerja rumah. Dari memasak, membasuh, menyapu semuanya dia suka buat. Dia buat sungguh perfect. Puas ibu pesan jangan buat apa – apa tapi tok buat juga. Jadi sebelum ibu pergi kerja atau balik kerja, sedikit sebanyak ibu akan buat kerja – kerja rumah sebab tak nak tok buat semuanya.

Advertisements

Ibu buat seada yang dia mampu sebab dia pun letih bekerja. Anak pulak ramai nak kena urus. Ibu urus anak seorang diri. Ayah tak ambil tahu sebab ayah dah dididik kerja – kerja rumah, urusan anak semuanya di tangan isteri.

Aku pulak sejak dari tadika dikerah buat kerja – kerja rumah. Kena buat perfect macam tok buat. Aku str3ss sebab semuanya perlu ikut cara dan peraturan yang tok tetapkan. Pernah satu masa dalam umur 7-8 tahun aku nak goreng telur.

Advertisements

Aku pecahkan dalam satu bekas dan baru tuang ke dalam kuali. Aku buat macam tu sebab takut minyak terperecik dan ketinggian aku tak sama dengan dapur. Tok marah sangat – sangat. Katanya nanti membazir masa, sabun dan air untuk basuh bekas tu.

Ibu nampak apa yang jadi dari awal tapi ibu berdiam diri sahaja sebab tok dari muda lagi seorang yang tak boleh ditegur langsung, tak boleh disuarakan sebarang pandangan / cadangan pada dia dan agak sukar bertolak ansur.

Advertisements

Kalau masa memasak aku wajib pergi dapur. Jujurnya aku tak ada masalah pasal perlu menolong di dapur tapi cara tok yang buat aku tension dan tak enjoy bila di dapur. Segalanya kena perfect. Dari cara p0tong bawang, sayur, kuantiti santan, air dan lain – lain.

P0tongan bawang setiap masakan adalah berbeza. Bawang pulak perlu dihiris sempurna. Tak boleh yang tak sempurna bentuk bulatnya atau terlalu kecil / besar pun tak boleh. Kalau salah buat habislah. Tok akan marah membebel sampai habis masak.

Ayat yang dia selalu sebut ‘kau ni asyik buat salah. Jangan jadi b0doh. Sudahlah pemalas. Kau besar esok kau pergi mana – mana pun orang tak akan suka dan sayang kau. Mana ada orang dalam dunia ni suka dan sayang orang macam kau,’ bla..bla.. bla..

Setiap hari aku digelar ‘pemalas’ sebab aku selalu buat kerja tak ikut SOP tok. Jadi dia kata aku ni seorang yang pemalas belajar dan pemalas buat kerja. Perkataan ‘pemalas’ tu setiap hari aku dengar. Ya setiap hari. Dah sebati dalam diri aku.

Pernah aku berfikir masa dulu ‘buat apa nak belajar atau buat kerja sungguh – sungguh. Dah pemalas tu pemalas juga. Pergi mana – mana pun orang benci’. Kata – kata tok agak terkesan pada aku sampailah aku berkahwin.

Aku ingat mak mentua aku sejenis orang tua seperti tok juga sebab tok dah tanam dalam fikiran aku sejak kecil yang orang tua tak suka orang macam aku termasuklah nenek sebeIah ayah atau sesiapa sahaja. (Tok cakap begini sebab dia tak nak cucu – cucunya sayangkan nenek lebih dari dia sebab hanya aku dan adik beradik sahaja cucu dia).

Rupanya tidak. Mentua aku sangat baik. Jauh beza dengan tok. Jadi sejak dari tu perlahan – lahan aku usaha nak buang stigma yang tok dah tanamkan pada aku. Stigma yang dia tanamkan pada aku buat aku sering tak ada keyakinan diri.

Nak buat apa pun selalu fikir ‘betul ke salah ni. Kalau salah nanti kena marah tak agaknya?’ Aku selalu jadi macam ni sampai ke harini terutamanya dalam nak buat sesuatu keputvsan. Nak menyatakan kebenaran pun takut.

Takut salah dan takut kena marah. Tok juga panas baran. Tak boleh silap sikit. Kalau tok marah tok akan membebel – bebel dan paling teruk kena ialah ibu. Ibu ibarat pvnching bag tok. Segala apa yang tak kena di mata tok semua ibu yang kena walaupun kadang – kadang ayah yang punya salah.

Aku tahu ibu selalu tension dan tersepit. Ibu kerap menangis sambil berpesan pada aku ‘Tolonglah. Tolonglah jangan bagi tok marah. Tolonglah. Ibu letih.’ Banyak kali ibu pesan pada aku begitu. Jadi apa pun aku nak buat aku selalu fikir ‘kalau buat begini agaknya kena marah tak?’.

Pernah masa aku sekolah menengah lepas kelas tambahan aku ikut kawan baik aku beli aiskrim di kedai. Kemudian dia ajak aku singgah solat asar di surau berdekatan. Masatu kawan baik aku bagi tahu aku yang dia nak berubah jadi seorang yang nak solat awal waktu.

Bagusnya dia sampai sekarang dia jaga solat dia di awal waktu. Aku ikut lah kawan aku tu solat. Kemudian kami balik ke rumah masing – masing. Tok marah. Dia kata aku merayau – rayau sampai tak ingat nak balik dan solat.

Aku takut nak bagi tahu yang aku dah solat di luar dengan kawan aku. Takut kena marah dan aku tak tahu apa yang aku buat tu salah atau betul di mata tok. Selepas dari kejadian tu ibu pun marah aku juga sebab tok marah ibu dengan kata ‘kau tak nak ajar anak kau. Kau tak nak tegur anak kau. Anak kau degil tak nak dengar cakap. Dahlah pemalas’. Sampai ke harini aku diamkan sahaja cerita sebenar.

Masa aku darjah 2 ke 3 aku main lukis – lukis. Tok marah aku. Dia kata aku pemalas nak belajar. Tahu nak main sahaja. Kerja rumah pun tak nak buat. Nanti besar tak jadi apa. Semua orang benci. Macam biasa aku diamkan diri sahaja bila kena marah – marah dan kena bebel begitu.

Tiba – tiba tok sambung marah lagi ‘esok kalau kau dah tak dapat kerja kau jual lah badan kau’. Masa tu aku tak tahu apa maksud tok. Aku tanyalah tok maksudnya apa? Tok gunakan tangan dia sambil sentuh alat sulit dia dan berkata, ‘ini haaa ini. Kau jual ni dapatlah duit’.

Aku terkedu. Ibu ada dekat situ. Ibu dengar dan nampak segalanya tapi ibu diam sahaja. Sebab tak nak tok marah lagi dan merajuk. Malam tu aku tidur sambil menangis berseorangan. Terk3jut, takut segala perasaan ada. Yang aku tahu alat sulit termasuk dalam salah satu kawasan aurat tapi kenapa tok pesan begitu pada aku?

Aku keliru tapi peristiwa ni masih segar di ingatan aku sampai ke hari ini. Peristiwa lain pulak ada pernah seorang saud4ra perempuan datang ke rumah aku dan ajak bermain. Saud4ra perempuan aku tu anak tunggal. Jadi bila dia jumpa aku, dia nak ajak main. Aku pun seronok nak main dengan dia.

Yelah kan adik-beradik aku semua lelaki. Jadi aku nak lah main dengan dia masak – masak ke atau main pondok – pondok. Tapi aku kena marah dengan tok. Tok kata aku ni anak sulung jadi kena buat kerja rumah (tolong masak menu untuk hidangan tetamu, basuh cawan pinggan dll).

Tok marah aku depan orang. Tok cakap aku ni pemalas dan lembab buat kerja. Belajar tak pandai. Sungguh aku malu sangat. Aku menangis diam – diam. Tapi sampai harini aku tak boleh lupa. Masa aku sambung belajar di luar kawasan daerah rumah aku seronok sebab aku tak perlu kena marah setiap hari.

Tak perlu dengar perkataan ‘pemalas’ setiap hari. Aku duduk asrama dan kemudian aku pindah ke rumah sewa. Alhamdulillah aku tak kena ‘shock culture’ macam beberapa kawan lain. Circle aku baik – baik semuanya. Tapi setiap kali cuti semester aku ada satu perasaan yang meronta – ronta tak nak balik rumah.

Kawan – kawan lain pantang ada cuti bersambung atau lama sikit dah seronok nak balik rumah. Sebaliknya aku pulak nak duduk je dekat rumah sewa. Masa cuti semester aku plan nak cari kerja part time yang berdekatan dengan rumah sewa aku tapi aku takut nak cakap pada ibu. Takut nanti tok marah ibu dan membebel – bebel.

Lagipun ibu ada pernah cakap pada aku yang selagi aku tak habis belajar selagitu dia tak akan benarkan aku kerja walaupun part time. Sebabtu aku tak pernah kerja lepas habis exam SPM sampailah aku grad universiti.

Jujurnya niat aku nak kerja part time tu sebab aku tak seronok nak balik rumah. Setiap hari kena marah, dibebel macam budak kecil walaupun masatu umur dah cecah 20an. Oh ya ibu yang dah berumur pun kena begitu juga dengan tok. Macam budak kecil dibuatnya. Ayah pun akui perkara ini.

Habis belajar aku tak pernah bekerja jauh dari rumah (aku banyak kerja sementara sahaja). Salah satu sebabnya tok dan ibu selalu suruh aku sambung belajar sepenuh masa lagi. Aku pulak merancang untuk bekerja dan sambung belajar secara sambilan.

Sebabnya aku sudah dapat tawaran bekerja secara tetap di luar daerah rumah tapi ibu tak benarkan. Ibu tolak mentah – mentah. Dia nak aku sambung belajar full time. Aku pulak nak buat part time sebab masatu aku sudah membeli kereta dan aku nak mula kukuhkan kewangan sebelum aku berkahwin.

Ditambah pula aku dah nampak ayah tak tunaikan tanggungjawabnya selaku suami dan ayah sejak aku sekolah menengah. Ibu pulak cakap sejak aku sekolah rendah lagi ayah begitu. Tapi mungkin masatu aku tak faham lagi apa itu tanggungjawab. Ayah lepaskan semua tanggungjawabnya pada ibu.

Dari A sampai Z. Dari bangun tidur sampailah nak tidur malam. Gaji ibu sebenarnya lebih dari cukup tapi jadi tak cukup bila ayah lepas tangan pada ibu untuk menanggung anak – anak yang ramai dan sedang membesar. Duit ayah, ayah makan seorang.

Ayah tak kekok tolong adik beradiknya dan kawan – kawan. Ayah seorang anak dan kawan yang sangat bertanggungjawab tapi tidak semestinya juga seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab. Tok tahu perkara ini dan aku selalu dengar tok lepaskan perasaan marah – marahnya pada ibu. Ibu hanya memendam rasa sahaja.

Tok juga dah tanamkan dalam fikiran aku dan adik beradik yang nenek tak sayangkan kami semua sebab kami ramai. Kalau balik rumah nenek kami semua sebenarnya menyusahkan nenek. Nenek tak suka kami sebab kami selalu tak duduk diam. Asyik main sahaja. Makan pulak banyak.

Nenek lebih sayangkan cucu lain. Nenek belikan komputer, basikal, barang kemas dan macam – macam lagi pada cucu lain. Pada kami nenek tidak belikan apa – apa tapi tok yang belikan semua tu untuk kami sebab hanya tok sayangkan kami. Nenek benci kami semua.

Kalau tok tanya, ‘kau cucu tok ke nenek?’ Kami wajib jawab ‘cucu tok, bukan cucu nenek’. Itulah dialog yang tok ajar pada kami sejak kami kecil lagi. Ibu mengiyakan sahaja semuanya walaupun tak betul sebab tak nak tok marah-marah dan merajuk.

Aku pulak sejak dari kecil sampai ke besar aku percaya apa yang tok tanamkan pada aku. Adik beradik aku tak pasti pulak sama ada mereka ingat atau tidak sebab aku tak pernah bersembang dengan mereka hal – hal begini.

Sampai ke besar aku ingat nenek dan keluarga sebeIah ayah betul – betul bencikan kami. Pulaukan kami. Tak anggap kami sebagai cucu. Ada satu masa nenek datang ke rumah kami sebab dia nak ke kedai di pekan kawasan rumah kami untuk cari suatu barangan.

Kawan – kawan nenek di kampung juga ada buat kiriman. Pada masa itu ayah aku ada urusan. Jadi nenek minta aku bawakan dia ke kedai itu. Aku tak ada masalah. Tapi tok sangat gusar. Dia kata pada aku ‘nenek tu sejak tahu kau ada kereta sendiri dia nak rapat – rapat dengan kau.

Lepasni mesti dia nak datang ke sini lagi nak suruh kau bawa dia berjalan. Dulu mana ada dia sayang dekat kau. Peduli pun tak. Sekarang bila kau dah ada duit dia nak rapat – rapat dengan kau. Kau tak usah bawa dia berjalan. Lepas habis beli barang tu terus balik’.

Masatu aku sangat keliru. Betul ke nenek seorang yang begitu? Aku takut tok marah ibu dan aku. Jadi aku balik terus tanpa pergi mana – mana lepas bawa nenek beli barang dia tu. Paling tak seronok kalau tiba hari raya puasa dan haji.

Aku sangat str3ss nak tolong ibu dan tok di dapur. Tok seorang perfectionist. Macam biasalah aku mesti ada kena marah – marah dan bebel – bebel berpanjangan. Segala perkara dari masak – memasak, mengemas rumah, susun atur hidangan hinggalah menyambut tetamu pada hari raya mesti tak terlepas kena marah.

Jujurnya aku tak pernah enjoy bila hari raya sehinggalah aku berkahwin. Hari raya bagi aku hari yang murung. Rumah kami adalah rumah yang sangat banyak menerima kunjungan tetamu. Senang cerita tetamu tak putvs – putvs datang dari siang ke malam, dari raya pertama hingga raya ke tiga selalunya. Tok selalu duduk di hadapan untuk melayan tetamu.

Aku dan ibu di dapur berper4ng menyiapkan apa yang patut. Tak ada masalah dari segi itu tapi tok suka menjerit – jerit panggil aku dari depan sambil membebel kata aku lambat, pemalas, tak pandai buat kerja. Dari aku kecil sampailah anak d4ra, aku kena hadap semua tu dengan muka tebal di depan para tamu.

Masatu aku berasa aku betul – betul tak guna. Tak ada masa depan sebab tak pandai buat kerja. Aku ada niat. Sejak sekolah menengah lagi. Kalau dah berkahwin nanti aku tak nak duduk di rumah keluarga aku, tak nak duduk di rumah keluarga mentua aku.

Aku nak duduk sendiri dengan suami dan anak – anak tanpa ada ahli keluarga lain yang duduk serumah dengan keluarga kecil aku. Aku tak nak duduk di rumah keluarga sendiri sebab aku tak nak kena marah – marah lagi. Aku tak nak tok kutuk – kutuk kelemahan suami aku pada aku dan ibu (kalau dah duduk serumah mestilah nampak kelemahannya).

Aku tak nak suami aku tak selesa di rumah sebab kena hadap karenah tok yang panas baran, tak boleh ditegur, perfectionist dan lain – lain tu. Aku tak nak duduk di rumah mentua aku sebab masatu aku beranggapan orang tua semua sama macam tok.

Tak suka orang yang banyak kekurangan macam aku. Nanti aku kena marah – marah dengan mentua. Adik beradik ipar duai tak suka aku sebab tok kata aku tak pandai buat kerja. Sangkaan aku semua ni meleset. Keluarga mentua aku sangat baik dan aku jumpa beberapa orang tua lain yang sangat baik juga.

Aku nak duduk sendiri sebab nak urus hidup berumahtangga tanpa perlu ikut telunjuk orang dan biarlah apa pun keputvsan kami suami isteri bincang dan sepakat bersama. Aku tak nak campur tangan dari pihak lain. Aku tengok tok campur tangan dalam rumah tangga ibu ayah.

Sampai tahap tok aturkan gerak geri harian ayah dan tok larang ibu makan pil perancang. Bagi aku hal – hal dalam kain ni tak perlulah pihak ketiga (ibu, ayah, mertua, adik beradik, kawan dan lain – lain) masuk campur.

Tapikan aku pernah satu masa juga aku berasa putvs harapan untuk berkahwin macam orang lain dan takut sangat nak bekerja tetap di tempat yang jauh sikit. Sebabnya aku betul – betul rasa loser. Tak ada lelaki dan majikan yang boleh terima aku sebab macam tok cakap dekat aku.

Pemalas, tak pandai, lembab dan macam – macam lagi. Jadi aku pun dah buat plan kira – kira untuk terus bekerja di tempat aku kerja tu dan tua nanti aku nak daftar masuk ke rumah orang tua. Tak perlu nak susahkan adik  beradik untuk tengok makan pakai aku di hari tua nanti.

Sebab lain pulak ialah aku tengok perkahwinan ibu ayah aku yang t0xic. Aku takut aku juga jadi macam ibu yang mana ibu pernah sampai satu tahap tu pergi mengutip barang – barang yang jiran buang di tong sampah lalu ibu bawa balik untuk digunakan di rumah.

Tapi Allah maha baik lagi maha mengetahui. Sampai masa Dia bukakan pintu hati aku untuk berkahwin dan Dia berikan pada aku jodoh yang baik. Alhamdulillah syukur. Kenangan buruk aku semua aku simpan. Aku tak pernah kongsi dengan suami aku.

Tr4uma yang aku hadap aku pendam berseorangan sebab aku tak nak suami aku nampak buruk keluarga aku. Aku malu sangat Aku tak nak anak aku terdedah dan dibesarkan dengan persekitaran t0xic begini. Jadi aku nak break the cycle.

Aku banyak baca artikel, buku dan follow pihak – pihak bertauliah berkenaan ilmu parenting. Aku banyak belajar do & donts dalam mendidik anak. Aku banyak belajar cara urus em0si. Tapi ada masanya aku terbabas juga dengan em0si dan pengalaman sendiri.

Aku nak didik anak aku yang dia perlu sayangkan semua ahli keluarganya tanpa perlu aku reka cerita yang bukan – bukan. Aku elakkan menggelar anak aku sifat – sifat yang negatif. Aku nak tanamkan pada anak aku keyakinan yang tinggi dan tak perlu nak takut – takut berlebihan untuk hadapi dunia luar.

Aku juga nak jadi ibu yang dapat protect anak sendiri tanpa ragu – ragu sama ada ianya betul atau salah. Doakan aku ya. – H4mba Allah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

NurAz Wan : Rasa – rasanya dulu, memang ilmu parenting ni, memang takde langsung dalam pengetahuan orang – orang tua dan nasiblah sesiapa yang dapat parents yang baik attitudenya @ buruk..Selalu juga hadap dengan orang tua yang suka bercakap / bercerita buruk – buruk pasal anakcucu pada orang sekitar. Sedangkn kemudian, kita belajar, setiap yang keluar dari mulut ibubapa tu, merupakn doa.

Situ Hana : Semoga dipermudahkn urusan untuk membentuk keluarga sis seperti yang sis inginkn. Jauh daripada negative vibes seperti yang sis alami sewaktu kecil dahulu. Benar sis, hidup dalam persekitaran yang t0ksik ni betul – betul buat kita rasa tr4uma.

Apatah lagi benda tu daripada keluarga terdekat sendiri. Sampaikan nak buat keputvsan pun teragak – agak. Lantaran stigma negatif yang telah tertanam dalam fikiran kita. Semoga sis tetap kuattt.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.