Datin Rebecca Nur Islam luah niat nak jaga anak arwh

Negara kita dikejutkan apabila sepasang suami isteri telah meninggaI dunia disebabkan oleh kemalangan jalanraya. Arwah Muhammad Syakiran dan Allahyarhamah Nurul Ashikin meninggaIkan seorang anak lelaki berusia 2 tahun yang bernama Muhammad Arfan Ziqri.

Apa yang lebih menyedihkan, selepas bed4h siasat dilakukan ke atas arwh Nurul Ashikin mendapati bahawa arwh sedang hamiI anak kembar dan sudah memasuki 2 bulan.

Ramai yang bersimpati dengan nasib anak arwh yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang ibu dan bapa. Berita ini menarik minat salah seorang artis yang meluahkan hasrat untuk menjaga dan berkongsi kasih sayang dengan Arfan.

Di dalam satu siaran di laman IG milik Rebecca Nur Islam, beliau amat bersimpati dengan apa yang berlaku.

Kalau Tiada waris Yg boleh Menjaga anak Ini,

Please,Mummy Becca Nak Jaga.

#ComelnyaAwakSayang.

Ya Allah,Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yg memikul.

Salam Takziah kepada Ahli Keluarga anak Ini,Dan Al Fatihah Buat Kedua Ibu Dan bapanya.

Rebecca telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011. Beliau mempunyai 8 orang anak termasuk 2 orang anak angkat. Beliau pernah menjelaskan bahawa mempunyai anak yang ramai adalah satu rezeki.

Rata-rata netizen memuji sikap beliau terhadap kanak-kanak tersebut.

Sebelum ini, nenek dan datuk kepada Arfan berkata, dia dan suami akan menjaga cucunya kerana cucunya itu sangat rapat dengan mereka terutamanya anak perempuan bongsunya yang berusia 25 tahun.

Menurutnya lagi, Arfan sudah mula mencari ibu dan ayahnya serta kurang minum susu mungkin kerana terlalu rindukan mereka.

Semoga dipanjangkan umur mereka supaya dapat menjaga Arfan dengan baik.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..