Dato’ Aaron Aziz lancarkan Pertubuhan Kebajikan Journey to Insyirah bagi membantu insan-insan yang memerlukan

Dalam kehidupan moden dan serba canggih yang kita lalui, tidak semua orang berkemampuan dengan kos sara hidup yang semakin hari semakin tinggi. Akibatnya akan ada keluarga ataupun kelompok yang tercicir dan susah.

Sekarang ramai individu yang mula sedar atau cakna dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang melanda sesetengah masyarakat atau pun keluarga. Jika di laman sosiaI facebook, kita dapat lihat banyak pihak sama ada badan bukan kerajaan (NGO) atau pun individu perseorangan sudah mula mengorak langkah untuk membantu golongan yang memerlukan.

Salah seorangnya adalah pelakon berbakat besar Dato’ Aaron Aziz dan lsteri. Mereka telah berjaya menubuhkan satu badan bukan kerajaan yang menggunakan nama Journey to Insyirah untuk membantu orang yang memerlukan. Bukan tidak ada badan kerajaan yang boleh membantu seperti pusat Zakat ataupun Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi dengan adanya NGO seperti ini lebih ramai golongan yang dapat dibantu.

Assalamualaikum. Ini adalah video pertama NGO saya @journey_to_insyirah Utk mereka yangg tidak tahu makna INSYIRAH adalah kebaikkan, ketenangan… jadi Itu lah niat Dan matlamat semua AJK NGO saya.

Perjalanan kami ke arah kebaikkan Dan juga ketenangan Dunia akhirat. Kami akan upload video sekerap mungkin jadi semua insan insan yg telah menderma boleh saksikan bagaimana kami agihkan sumbangan mereka.

Video ini bukan langsung utk mencari publisiti atau nak riak dengan kerja kerja amal. Terima Kasih saya ucapkan kepada semua yg menyokong perjuangan kami. Semoga ALLAH AZZA WAJALLA permudahkan segala urusan kami,anda Dan juga orang orang yg dalam kesusahan.

Perkongsian yang dimuat naik mendapat perhatian dari para pengikut. Mereka memuji sikap beliau malah ada yang ingin turut sama membantu dari segi wang ataupun fizikal.

Alhamdulillah Aamiin3 Allahumma Aamiin. Masha’Allah Mudah2 an Allah permudahkan urusan Aaron skluarga. Di berkati dn di Rahmati Allah dunia akhirat.

abg @aarondwiaziz mcm mn saya nak bantu salur kn sedikit dana ya.

Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan Dato’ Aaron dan isteri. Kepada sesiapa yang ingin turut membantu boleh sama-sama menderma untuk saham kita diakhirat kelak. Tahniah Dato’ kerana telah menunjukkan contoh yang baik kepada orang ramai.

Video :


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..