Dato’ Jamal Abdillah timang anak perempuan di usia 60 tahun

“ALHAMDULILLAH, ia adalah anugerah terindah daripada Allah SWT kerana sudah lama saya menanti kehadiran cahaya mata perempuan sekali gus melengkapkan rumah tangga,” kata penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah ketika berkongsi berita kelahiran anak perempuannya, Nur Azura Yamani yang selamat dilahirkan pada jam 5.35 petang tadi.

Menurut beliau, lsterinya Datin Zai Izzati Khiruddin, selamat melahirkan anak perempuannya itu secara pembe dahan di pusat perubatan swasta di Shah Alam.

“lsteri dimasukkan ke wad bersalin semalam dan pada jam 5.35 petang tadi pembe dahan selamat dijalankan.

“Saya bersyukur lsteri selamat melahirkan bayi perempuan kami yang sihat, putih melepak dan seiras wajah saya seberat 2.7 kilogram,” katanya.

Sebaik Nur Azura Yamani melihat dunia, Jamal mendedahkan, beliau mengazankan anaknya itu dengan nada suara paling indah dan terbaik.

“Saya terlalu gembira sehinggakan seperti mahu melompat selepas lsteri selamat melahirkan Nur Azura, namun menyedari saya berada di hospital, hasrat untuk melompat terbantut”.

Tambahnya lagi, mendapat cahaya mata ketika berumur 60 tahun bagaikan anugerah terindah baginya.

“Saya dan lsteri mahu melihat Nur Azura Yamani menjadi seorang peguam apabila dia besar kelak. Kami mahu dia belajar di tadika Mandarin dan dihantar ke sekolah antarabangsa. Itu perancangan saya dan lsteri,” cerita Jamal mengenai perancangan beliau dan lsteri pada Nur Azura Yamani.

Memandangkan nama Azura menjadi pilihan penyanyi itu dan lsteri sempena nama karakter dalam filem popular lakonannya, maka Jamal mendedahkan yang dia turut menyanyikan dua baris lirik lagu Azura pada puterinya itu.

“Khas untuk Azura, saya nyanyikan dia dua baris lirik lagu itu,” kata Jamal sambal tersenyum penuh makna.

Mengulas mengenai keadaan lsterinya pula, kata Jamal, Zai Izzati akan ditahan selama beberapa hari di wad sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

“Maklumlah, lsteri melahirkan anak secara pembedahan dan doktor mahu memastikan keadaannya okey dulu sebelum pulang ke rumah.

“lsteri juga akan menjalani tempoh berpantang di kediaman kami di Shah Alam selepas keluar dari wad nanti,” katanya.

Jamal berkahwin dengan Zai Izzati yang juga perkahwinan kali keempatnya pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak.

Sebelum ini Jamal pernah berkahwin sebanyak tiga kali bersama Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad tetapi berakhir dengan perce raian.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..