Setahun aku dengan mak berpisah. Salah satu cara nak jumpa mak cuma naik keretapi. Hari jumaat pergi johor dan balik hari ahad. Korang tau setiap bulan aku cuma naik berdua dengan abang aku, dia darjah 5. Abah bekalkan kami RM20 – RM30 sahaja.
#Foto sekadar hiasan. Aku ada story nak cerita, mungkin aku memang tak bernasib baik, tu je, dari kecik. Untuk peristiwa besar bagi aku, banyak yang aku kena lalui sendiri. Sedikit pengenalan aku anak bongsu dari 11 beradik, jarak umur aku dengan adik beradik lain jauh beza, abang sulung aku dah boleh jadi bapak aku, jadi korang boleh bayangkan umur yang lain tak jauh beza pun.
Beza aku dengan abang atas aku yang no 10 jauh ye, kadang – kadang aku rasa aku ni unwanted child atau dah terlahir jadi ada manfaatnya nanti. Masa aku umur 6 tahun, masa ambik sijil tamat tadika kat dewan besar area pekan tempat aku, aku datang sorang – sorang dengan cikgu je naik bas,
Mak aku dah mula s4kit tak sihat, abah aku entahlah dia tak datang aku tak tau apa alasan dia, yang aku ingat dia kata tak penting pun. Sampai ada pak cik dengan mak cik tu tegur awak datang sorang je ke? Orang lain mak ayah datang ambik gambar tapi aku tak, aku sorang je. Aku nak nangis tapi aku tahan air mata aku.
Bila aku masuk darjah 1, arw4h mak kena str0k dan kena peny4kit buatan orang, hampir setahun lebih, setahun aku dengan mak berpisah sebab abang jaga dan bawa berubat. Salah satu cara nak jumpa mak cuma naik keretapi hari jumaat pergi johor balik hari ahad, dan korang tau aku cuma naik berdua dengan abang aku, setiap bulan.
Abah bekalkan kami RM20 RM30 sahaja. Masa tu aku baru darjah 1 abang aku darjah 5. Call abang akak pun guna public fon sahaja dulu. Abang aku siap tulis dalam buku stesyen apa dari mula sampai habis takut terlepas.
Sebab kan aku berjauhan dari mak, aku homesick sampai demam – demam, rindu kat mak, aku jadi kurus tak selera makan, sebab aku rindu mak. Baju sekolah abah uruskan entah basuh ke tidak tak tahu, tapi tahu tahu wangi je.
Aku start bahagia bila mak sihat dengan balik sini. Mak ada best sangat walaupun mak dah kena guna kerusi roda. Masa aku darjah satu aku boleh tahan pandai dapat no 4 dalam darjah masa tu exam akhir tahun. So no 1 sampai no 5 kena ambik hadiah kat pentas.
Mak tak sihat abah jelah harapan nak suruh datang tengok aku ambik hadiah. Abah datang aku happy, bila balik abah cakap buang masa datang hadiah satu orang lain banyak. Aku diam jelah. Sejak dari tu aku tak kisah kalau dia tak datang dan aku tak excited nak dapat hadiah ke nak cemerlang ke aku nak belajar macam budak lain biasa sahaja. Sebab bapak aku tak bangga pun dengan aku.
Bila aku dah umur 9 tahun satu petang tu, aku terk3jut bapak aku bawak balik member sekelas aku datang rumah siap belikan jajan, ais krim, aku menyampah giler dengan member aku tu. Aku mengadu kat mak, mak pujuk bagi duit beli aiskrim.
Tiap – tiap petang lepas balik dari masjid abah bawak anak orang lain naik motor ronda dengan dia bukan aku. Mesti belikan jajan. Aku tengok jelah. Kadang – kadang adalah dia bawak aku, kadang – kadang bila aku ajak dengan suruh.
Sekali lagi satu petang tu dia bawak aku naik motor jauh kali ni masuk ke dalam ladang bawak jajan semua, tapi jajan bukan untuk aku untuk anak orang Indo yang jual ayam tu/ Aku ni jadi bahan je pengabur mata mak, abah masa tu minat kat bini orang Indo tu jadi dia selalu belanja dengan bagi duit kat anak orang Indo tu.
Aku dengan mak kat rumah macam apa tah kami ni. Sampai sanggup tolong gi mahkamah sebab nak angkat sumpah, nak tolong sekolahkan anak orang Indo tu kat sini, sekali lagi aku jadi watak sampingan aku pun kena heret gi mahkamah, upah RM10, bila nak balik abah bagi anak orang tu RM100 macam mana aku tau sebab duit tu warna purple.
Pakcik yang taip surat kat tepi mahkamah tu pun suka dengan anak orang Indo tu yelah dia putih aku ni gelap, pakcik tu bagi duit gak kat dia, aku tak dapat apa. Kat sini aku sedar owh orang suka orang yang cantik rupanya.
Aku selekeh. Sebab mak aku tak dapat uruskan aku dengan baik dia tak sihat. Aku dah slow – slow faham keadaan orang dewasa dan erti kehidupan. Balik tu aku cerita kat mak. Tak tahulah apa perasaan mak. Masa ni aku tak reti jaga perasaan orang lain lagi.
Masa aku tingkatan dua, nak tak nak cikgu suruh abah aku datang ambik report kad, masa tu aku ingat, aku tak perform dalam pelajaran. Walaupun dok kelas pertama, ada sorang makcik ni anak dia pun tak perform tapi ceramah kat aku depan abah aku, abah aku lagiIah tambah – tambah mengata aku depan – depan cikgu.
Aku nak down pun ada, aku dah rasa malang dah haritu. Ayat abah mestilah dia kata bazir masa dia je datang sekolah kalau keputvsan periksa macam ni. Jadi dari selepas tu, aku tak pernah nak suruh dia datang sekolah lagi dan aku dah tak kisah dah dia tak datang dari bazirkan masa dia.
Bila cikgu tanya aku akan bagi alasan abah saya sibuk, tak sihat. Aku pernah order kek untuk bagi suprise kat kawan – kawan tapi aku order untuk mak dengan abah, jadi aku suruh dia datang sekolah, bila dia tau sebab kek je dia kena datang sekolah, dia kat membazir masa dia jadi no more surprise.
Bila dapat result PMR aku oklah bagus jugak, reaksi abah aku biasa – biasa sahaja, seingat aku tiada keraian dalam keluarga aku. Mungkin sebab memang kami keluarga yang susah, jadi haritu adalah hari biasa sahaja adalah beberapa ucapan dari abang dan kakak dan hari pun berlalu.
Bila aku spm, result aku pun oklah membanggakan, yang aku ingat orang yang meraikan adalah kawan – kawan aku dan pakcik yang kitorang makan kat kedai cendol, aku diraikan dengan semangkuk abc oleh orang lain, terima kasih pakcik.
Keluarga aku? Tiada sebab kami tak biasa meraikan. Cuma ucapan tahniah seperti biasa. Aku sambung belajar diploma dalam bidang perubatan, bahagian farmasi, kolej swasta sahaja. Waktu ni adalah genting mak m4kin tak sihat, kena ser4ngan str0k kali ke dua.
Mak dijaga oleh abang dengan akak, masa cuti semester dapat jugak aku jaga mak, alhamdulillah. Bila aku start kelas abah yang jaga pula. Semester 4 semester akhir aku exam, mak pergi setelah dua minggu aku tak balik rumah, aku menyesal tak balik tiap – tiap minggu masa tu.
Aku tak sempat habis paper, aku tangguh belajar. 2 minggu lepas tu aku jawab exam tapi aku dah tak ada semangat. Lepas tu aku dah praktikal. Result akhir aku baiklah, walau tak cemerlang. Hari aku convo anak buah aku 3 orang sahaja yang datang, abang aku datang sekejap sahaja, sebab dia nak gi kenduri kahwin kawan baik dia, dia yang bawa abah,
Aku dah siapkan baju abah, tapi abang aku lupa, abah pakai baju comot, padahal aku dah beli baju abah dengan seluar baru, abah pun tak boleh lama – lama dia dah semput, yang lain tak dapat datang. Aku tak semangat pun konvo tu, orang lain ada mak ayah adik beradik, aku kesian kat anak buah aku takut lapar aku tak ada gambar dengan family masa konvo. Tak ada, makeup pun aku tertinggal tak ada semangat.
Tak ada banyak gambar, malam tu adalah abang aku raikan aku makan steamboat. Alhamdulillah. Masih dengan abang dengan anak buah sahaja. Alhamdulillah. Bila aku bertunang, biasa sahaja, tak ada dj pun, anak buah aku bertunang, ada dj, semua orang setuju, bila aku bertunang ada abang tak setuju.
Hari bertunang pun anak tudung hilang haha pun punca tak ada mood, dah anak tudung warna kuning pulak. Hari nikah, tak boleh buat kenduri, kovit, ada adik beradik yang tak boleh balik, ada yang tak datang terus, tak ada banyak gambar dengan adik beradik,
Tak ada kenduri macam orang lain, tak ada orang datang, tak ada gambar outdoor, tak ada honeymoon sampai harini. Malang kan. Tak ada anak lagi. Best tengok orang boleh bersanding bergambar cantik tapi aku tak ada.
Harini dah banyak hutang. Memang lagiIah tak dapat pergi bercuti. Suami baik je, cuma keluarga dia no satu. Itulah luahan saya.. – Bongsu (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Att Nas : Proud of u tt. Survived sampai dewasa dan berjodoh. Dah – dah, try slow – slow bina keluarga yang macam tt nak. Jangan give up awal. Kalau bukan tahun ni, tahun depan, tak pun 2 tahun lagi or 3 tahun lagi dan seterusnya.. tengok apa yang tt ada sekarang ni n try to make it better then yesterday. Benda yang lepas itu pengalaman to improve your future. Dont give up.
Hora Hera : Selama mana tt membandingkan hidup tt dengan hidup orang lain yang ternampak bahagia, selagi itu tt akan merasa kesunyian dan kesedihan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.