Depan aku suami manja2 dgn isteri baru, keluarga mertua pun teruja dgn ‘org baru’

Aku nampak suami masuk dapur, tegur isteri baru dia. Penuh di mulut panggiIan manja, suaranya lembut manis sekali. Aku diam, buat kerja sambil dengar. Mungkin dia tiba – tiba perasan dan ingat yang dia ada sorang lagi bini dekat situ, dia pun tiba – tiba terdiam. Malam tu dia datang jumpa aku, minta maaf..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Dah lama aku nak ceritakan kisah aku di sini tapi aku risau ramai orang dekat luar sana akan takut nak berpasangan, kahwin dan sebagainya. So, aku rasa baik juga aku cerita dekat sini supaya mana – mana yang sedang berpasangan, dah kahwin atau bakal kahwin dapat amik pengajaran dan tak buat benda yang sama macam aku aIami.

Aku kahwin umur 17. Sekolah pun tak habis, sedangkan mak ayah aku dah setuju nak kahwinkan aku lepas habis SPM. Tapi sebab kan masa tu teman lelaki aku, aku panggil dia Abang, nak pergi kerja ke Selangor, aku m4ti – m4tian nak ikut.

Abang dengan aku satu sekolah, dia dua tahun lebih tua dari aku. Aku kenal dia masa form 1 lagi. Satu sekolah kenal dia, sebab masa tu dia kegiIaan sekolah. Baby face, tinggi, putih. Walaupun budak kelas belakang, dia ada ramai peminat dan kakak – kakak angkat.

Kebanyakkan budak – budak sekolah pun datang dari kawasan perumahan yang sama, sebab sekolah kitorang ni betul – betul tengah kawasan perumahan, yang baru dan lama. Jadi, luar kawasan sekolah pun, kitorang selalu nampak Abang pusing – pusing naik motor dengan geng dia dekat taman.

Aku pula, duduk dekat perumahan baru, area rumah ada – ada, 2 tingkat dan ada guard house yang jaga. Ayah aku kerja pangkat besar di pejabat daerah, mak aku ada syarik4t belajar memandu dan ambil lesen kenderaan.

Masa sekolah, semua okay. Aku budak yang boleh dik4takan agak bijak. UPSR aku masa tu dah meletakkan aku dekat kelas depan, PMR aku 1A7B, tu pun masa tu aku dah kemaruk bercinta dan main motor, tak belajar.

Sampai sekarang aku menyesal, kalau lah aku belajar sungguh – sungguh, mungkin aku boleh capai lebih baik. Berbalik pada kisah aku dengan Abang, aku yang mula – mula mendekati dia sebab memang dah rasa suka dekat dia.

Aku minta nombor telefon dia dari member kelas lain, masa tu zaman sms 1 sen. Mula – mula kenalkan diri dekat sms pun dah tahu dia ni banyak peminat. Punya lambat dia baIas sms, tuhan saja la tahu. Pastu selalu duk hantar sms ayat – ayat manis zaman dulu punya pick up line.

Entah dari mana dia dapat, aku pun tak tahu. Mungkin crvsh – crvsh dia juga la yang bagi, dia dapat, dia sent dekat orang lain pula. Budak – budak sekolah lain pun kenal Abang ni sebab ramai peminat, masa aku mula – mula dapat rapat dengan dia, kec0h lah satu sekolah.

Siap ada yang datang menyer4ng bagai sebab tak puas hati. Tapi aku dengan Abang tetap m4kin rapat. Masa tu, aku slow – slow minta belajar motor dengan kakak aku form 4. Dah dapat bawa tu, aku bawa skuter dia hampir tiap – tiap petang untuk melepak dengan geng Abang.

Geng dia pun budak – budak taman juga, campur lelaki perempuan dan kebanyakan pasangan c0uple. Tahun makan tahun, aku m4kin rapat dengan Abang, tak kira masa dan hari aku spent masa dengan dia. Habis sekolah je pergi lepak, makan semua.

Balik lewat malam. Mak ayah aku sibuk, adik beradik aku 7 orang. Dorang pun kadang – kadang tak peduli aku balik pukuI berapa, entah perasan ke tak aku ada dekat rumah. Yang dorang tahu, setiap bulan panggil anak – anak bagi duit belanja bulan.

Aku masa tu duit buat lepak saja, dekat sekolah boyfren dah belanja makan. Pendek cerita, lepas setahun lebih Abang duduk dekat rumah lepas SPM, dia kerja biasa – biasa saja, ikut orang ik4t simen, pastu berhenti kerja tolong pula orang jual burger, macam – macam la kerja dia buat on-off.

Dia dapat offer kerja dekat site buat bangunan apartment dekat Subang, Aku masa tu tingkatan 5. Abang ajak aku ikut dia, duduk dengan dia. Parents aku tak bagi, suruh aku exam dulu baru kahwin. Tapi aku meng4muk nak pergi.

Ayah aku kuung aku dalam bilik pun tak jalan, aku pecahkan semua benda dalam rumah sebab meng4muk nak ikut Abang. Mak ayah aku pergi jumpa mak ayah Abang, suruh Abang jangan dekat dengan aku lagi, tapi aku degil juga nak pergi.

Aku confess dekat parents aku, aku dah tidur pun dengan Abang masa form 4. Suka sama suka. Dah lebih 3 kali. Mak ayah aku terk3jut, pukuI -pukuI aku. Marah m4ki hamun semua la sebab tak percaya dengan apa yang aku dah buat.

Bulan 4 tahun tu, aku berhenti sekolah dan ikut Abang ke Selangor. Mula – mula kahwin tu memang semuanya indah bagi aku, ayah bagi duit dekat aku banyak. Dengan duit tu boleh sewa rumah murah – murah dekat area Puchong.

Tapi tak lama, duit m4kin habis, gaji Abang pun management sangat culas. Kejap lewat kejap on time. So aku dengan Abang pindah duduk asrama pekerja. Duduk dekat situ la paling menc4bar sekali, sebab asrama tu tak berbilik.

Jadi mana – mana yang dah ada keluarga atau bawa pasangan kena buat dinding masing – masing, ada yang guna selimut, ada yang guna baju – baju sendiri saja jadi penghadang. Pastu rata – ratanya pekerja indonesia. Bangla tak ada sangat lagi dekat site masa tu.

Jadi banyak la juga awek – awek seberang yang ikut pasangan masing – masing duduk dekat situ. Paling siksa bila dorang ni nak buat ‘pr0jek’, memang tak hirau dah, ada orang ke tak dalam asrama tu, dorang buat juga balik kelambu masing – masing, sedangkan jelas dengar.

Aku tak tahan dengan situasi macam tu, tapi aku tak pernah push Abang sebab aku tahu dia dah cuba habis baik untuk dapat duit bagi aku makan. Tak lama lepas tu, kurang setahun juga, abang ipar aku dapatkan Abang kerja, jadi pembantu restoran nasi campur dekat Kajang.

Dekat situ, owner bagi duduk tingkat atas kedai. Luas la, tapi banyak barang – barang kedai. Kerusi, meja, periuk belanga. Tapi aku dengan Abang susun cantik dan kemas. Ruang lain tu kami buat bilik, dapur, tempat letak baju dengan barang – barang kami sendiri. Boss Abang pun bagi tv dekat atas, so Abang kerja aku boleh rehat dekat atas.

Aku tak pernah kacau dia kerja, aku percaya dekat dia kerja dekat bawah tu. Boss dia pun suka dia kerja, orang lain dapat RM40 – 50 sehari, tapi Abang dapat RM70 sehari, tempat tinggal percuma, makan aku dengan Abang pun boss tampung.

Memang aku bersyukur sangat. Masa tu memang aku dah rasa percaya balik dengan hidup aku, aku start sembayang. walaupun tak cukup, kadang – kadang ada waktu Subuh aku terlepas, tapi aku tak berhenti untuk belajar sembahyang.

Aku rasa hidup aku m4kin tenang, m4kin banyak ruang untuk bernafas. Berbanding sebelum – sebelum tu, aku rasa sesak, aku rasa hidup aku betul – betul dihimpit kesusahan, keterdesakan hidup dan macam – macam ujian lagi yang aku rasakan agak peribadi untuk aku kongsi.

Hubungan aku dengan ayah mak pun m4kin baik, sebab masa tu betul – betul aku dapat buktikan dekat dorang yang aku buat keputvsan yang tak salah. Abang dah kerja elok, kami dah boleh menyimpan sikit. Abang dah beli motor baru, hujung minggu masa tu pergi Alamanda pusing – pusing pun dah happy giIa hidup aku.

Tak beli apa pun, kadang – kadang makan mcd saja, tapi bila ada Abang sebeIah aku, aku rasa happy giIa. Aku rasa aku tak perlu ada apa lagi di dunia, Abang sahaja dah cukup. 3 tahun lepas kahwin, aku pregnant. Masa kandungan dah masuk 6 bulan, Abang suruh aku balik rumah mak ayah, rehat dekat rumah sampai aku habis p4ntang.

Nanti dia akan balik jaga aku dan minta cuti dengan boss dia. Dia suruh aku baik sebab kesian dengan aku nak ulang alik kIinik atau mana – mana naik tangga turun tangga banyak. Aku pun balik, mak ayah Abang pun sangat prihatin dekat aku.

Teman aku ke sana ke sini, petang – petang pergi ajak lepak makan cendol bawak mak buyung. Abang balik masa aku nak dekat due. Dia kata ada sewa rumah RM500 sebulan, 10km juga dari kedai, tapi selesa la sikit duduk rumah.

Aku happy giIa suami bawa balik berita gembira macam tu. Lepas bersalin, aku dapat anak lelaki, aku bagi nama Izzat Ryan. Balik ke Kajang, aku duduk rumah fokus jaga anak. Tengah hari, ada runner kedai akan hantarkan lauk, kadang – kadang kuih, macam – macamlah yang Abang kirimkan ke rumah.

Aku memang rasa bertuah, semua benda aku post dekat FB juga masa tu. Sebab aku rasa masa – masa macam tu la aku boleh tutup mulut – mulut haters yang mengata aku sebab kahwin awal, tak habis sekolah, kahwin dengan lelaki tak ada masa depan bagai semua.

Ramai yang komen kata beruntung, puji laki aku, aku rasa Iuka – Iuka aku yang aku telan selama tu, mula terubat. Tapi, apa yang aku harap kekal sampai ke petang, ribut petir melanda di tengah hari. Masa Ryan dah masuk umur 2 tahun, Abang mula berubah.

Dia selalu balik lewat, dia banyak main telefon sorang – sorang dia, selalu juga dia memerap dalam bilik sorang – sorang tak duduk depan TV dengan aku dan anak. Bila aku datang dekat dengan dia nak manja – manja dia tepis.

Bila aku nak bercerita apa – apa dengan dia, dia buat tak dengar. Aku dah syak mesti ada sesuatu sebab memang nampak sangat, dia ada perempuan lain. Aku masih beri dia peluang untuk terus terang dengan aku, aku tak ada nak perIi – perIi dia ke apa, aku cuba tengok diri aku sendiri dan ubah.

Sebab aku sibuk salahkan diri aku, mungkin sebab ada apa – apa yang kurang dekat diri aku la, dia cari lain. Aku melaram pagi petang siang malam untuk dia, aku text dia setengah jam sekali. Hari – hari aku tanya dia, apa dia buat, dah makan ke belum, sebiji macam sms aku hantar masa kami mula – mula c0uple dulu.

Tapi Abang tak layan, aku miscalled untuk dia perasan mesej – mesej aku. tapi dia marah – marah. “Saya ada kerja la, awak nak apa?” Bila dia baIas macam tu, aku dah give up. That’s it. Sampai situ saja la. Bini kau wassap call semua, kau boleh tanya nak apa?

Nak perhatian kau la, nak jawapan, selama ni kau kerja elok saja kau text aku semua, call bergayut sambil buat kerja. Tapi bila dia baIas macam tu memang buat aku menangis. Dengan terus berawak – awak, hilang terus sayang dekat mulut.

Padahal bertahun tak pernah panggil awak – saya. Aku kecil hati giIa. Malam tu aku tanya dia. R4puh r3muk patah hati aku bila dia kata dia memang ada someone dan dah siap plan nak lahwin cuma perIukan persetujuan aku sahaja untuk nikah.

Aku sedih, aku terdiam. Aku rasa apa yang aku k0rbankan untuk dia selama ni sia – sia. Dia ambil orang lain letak dekat hati dia. Tapi, aku masa tu nekad, aku nak marah sangat, aku tak mahu nak pergi ser4ng – ser4ng orang, aku sign surat tu.

Aku nak tengok sendiri, berapa lama orang tu boleh jaga makan minum dia. Bila aku tanya, siapa orang tu? Dia bagitahu yang perempuan tu adik boss dia. Sebaya dengan Abang juga. Pilu hati aku. Tambah aku rasa dikhi4nati, bila dia kata, rumah yang kononnya dia sewa tu, sebenarnya rumah adik boss dia yang tak duduk pun.

Aku meng4muk bila dia beritahu, aku rasa aku dikhi4nati dekat level yang kau sendiri tak tahu nak luah macam mana. Aku minta dia hantar aku balik rumah mak ayah aku atau mana – mana tempat lain, aku dengan Ryan tak akan duduk rumah tu lagi.

Dia marahkan aku, dia m4ki h1na aku. Dia kata kalau bukan sebab perempuan tu bagi rumah, aku dengan Ryan ni tak ada tempat pun nak berteduh. Dia kata aku tak reti berterima kasih. Dia pun ungkit benda – benda yang aku tak pernah sangka.

Kata dia, sepanjang kahwin dengan aku dia tak dapat apa – apa pun, harta tak ada, apa tak ada. Ingat ke kahwin dengan anak orang kaya boleh senang, tapi tak juga. Nasib baik kenal dengan perempuan tu, ajar bisnes, dia lepas kahwin dengan perempuan tu akan sama – sama jaga dan manage kedai dekat tempat lain.

Aku dan hilang semangat nak menjawab, aku cuma tanya, apa kurang aku dekat mata dia sampai sanggup dia buat aku macam tu? Dia dengan suara marah – marah tu tengking aku b0doh, tak cantik. Tak macam perempuan lain.

Ayat yang paling buat aku remuk malam tu, dia kata nak dekat dengan aku pun tak selera. Sepanjang masa bau minyak angin. Malam tu, aku bawa Ryan tidur bilik sebeIah. Ryan yang tak paham apa-  apa tu, tengok aku menangis dengan mata terkebil – kebil hisap susu.

Aku tak minta cerai dengan Abang, aku masih sayangkan dia. Aku terima semua yang dia kata tu. Sebab aku dah tanya, aku kena la terima jawapan dia. Aku bawa diri sendiri dekat rumah tu lepas dia kahwin. Bila dah kahwin, dia memang jarang balik rumah tengok aku dengan Ryan.

Aku buat keputvsan, nak balik duduk rumah mak ayah aku. kalau dia ingat dekat anak, dia tahu la mana nak cari. Berbulan juga aku duduk rumah mak ayah aku, ada kenduri pula rumah mertua. Anak sed4ra Abang khatan, jadi ada buat kenduri doa selamat sekali.

Aku tahu Abang balik, sebab adik dia ada bagitahu. Masa dekat dapur rumah mak mertua, aku sibuk bungkus nasi. Aku nampak madu aku ada. Baru sampai, sibuk bersalam dengan ahli keluarga. Keluarga pun exc1ted, semua nak kenal orang baru.

Cantik, ya dia memang cantik. Aku pun kenal dia, sebab dia selalu datang dekat kedai abang dia yang aku pernah duduk dulu. Aku nampak Abang masuk dapur, tegur isteri baru dia. Penuh di mulut panggiIan yang manja, suaranya lembut manis sekali.

Aku diam saja, sekadar dengar sambil buat kerja. Mungkin dia tiba – tiba perasan dan ingat yang dia ada sorang lagi bini dekat situ, dia pun tiba – tiba juga terdiam. Bila majlis dah mula reda, baru la dia datang dekat aku, tanya pasal anak.

Hmm, tak tanya pasal aku pun tak apa. Aku tak kisah. berbulan aku jauh dengan dia pun, dia tak kisah. Sekurangnya, dia tanya juga pasal anak. Lepas majlis, aku balik. Bila tengok orang pun dah rancak ice br3aking dengan orang baru, aku tak mahu makan hati, aku balik.

Malam tu, Abang datang rumah. Aku sendiri terk3jut dia datang. Tak pernah la aku terfikir dia nak datang malam tu. Aku masa tu dalam bilik, nak tidur kan Ryan. Dah sehari suntuk dia bermain dengan sepupu semua, malam tu senang la dia tidur.

Abang masuk bilik, duduk tepi aku. Perlahan – lahan dia kata, dia nak minta maaf dengan aku. Dia tahu aku s4kit hati dan marah bila dia kahwin lain. Lama aku senyap, banyak benda dalam kepala otak aku ni dah standby nak sembur dekat dia, berbulan lama aku practice dalam kepala otak aku.

Yang mana satu aku nak sembur dulu. But, when the time comes, aku sendiri tak percaya, dengan tenangnya aku boleh kata it’s okay. Aku sendiri masa sebut tu pun tak percaya, aku boleh kata dengan tenang, suara aku normal, tak marah – marah.

Sedangkan selama ni meluap – luap marah aku duk tahan. Dia kata lagi, dia minta maaf. Dia nak berbaik dengan aku sebab aku yang lama dengan dia berbanding “orang lain”. Sebelum dia cakap lebih – lebih, aku terus p0tong. Aku kata, aku minta maaf.

Aku sendiri terk3jut, entah dari mana datang minta maaf tu. Aku sendiri tak pernah terlintas atau terfikir nak cakap macam tu. Tapi malam tu, segala apa yang aku sebut, betul, aku percaya, Tuhan yang bantu aku.

Aku kata dekat dia elok – elok, dengan tenangnya, aku minta maaf sebab tak dapat jadi yang baik untuk dia. Mungkin aku rasa aku dah buat yang terbaik, tapi sebenarnya tak cukup. Aku kata dekat dia, memang aku mengaku aku sedih, aku rasa dikhi4nat, aku rasa dih1na.

Aku kata dekat dia, “Abang dah ada perempuan lain, tak apa lah, ada baru, ada lah. Saya tak kata apa – apa pun kan? Tapi jangan h1na – h1na saya. Yang Abang cakap tak cantik, tak pandai melawa ni la Abang duk ratah dulu.

Saya pun bagi apa yang saya ada sebab saya sayang dan percayakan Abang. Tapi bila Abang cakap macam tu, hati saya h4ncur. Abang nak ada perempuan lain, abang teruskan lah. Jangan h1na – h1na saya bau minyak angin apa semua tu.

Abang datang minta maaf atau tidak, saya tetap diri saya. Saya tetaplah yang tak cantik ni. Abang datang minta maaf macam ni, esok bukan muka saya berubah jadi Fazura. Saya tetap macam ni. Tiap malam saya kena ada ubat minyak angin tu, baru saya boleh tidur.

Saya sapu sendiri minyak angin tu, satu hari saya jaga anak, jaga rumah. Abang balik kerja, saya tak pernah minta Abang buat apa – apa. Tapi saya letih, saya tak minta Abang urut saya ke apa, minyak tu pun saya sapu sendiri.

Saya tahu Abang susah lepas kahwin dengan saya. Tapi saya bangga tengok Abang kerja keras. Saya bangga buktikan dekat mak ayah saya, yang Abang boleh jaga saya lepas saya keluar rumah ni.” Masa tu, aku nampak dia dah mula menangis, macam budak.

Aku tak tahu apa yang buatkan dia menangis tu. Sama ada dia betul – betul rasa insaf ke apa, aku pun tak tahu. Aku sendiri terk3jut malam tu, aku tak marah dia langsung. Aku boleh luah semua yang aku kata dengan tenang.

Lepas semua tu keluar dari mulut aku, aku rasa lapang. Aku rasa sejuk dekat hati aku. Setitik air mata pun tak turun depan dia. Aku kata dekat dia, aku nak berpisah cara baik. Duduk jauh macam tu, hanya tambahkan d0sa aku dengan dia.

Aku tak buat tanggungjawab sebagai isteri, dia pun sama. Aku minta pisah cara baik sebab aku tak mahu Ryan jadi m4ngsa. Dia masih budak, masih seronok bermain. Dia tak tahu apa – apa. Abang terk3jut bila aku minta nak berpisah, tapi aku buat b0doh saja.

Buat – buat tak perasan. Malam tu, aku tolak secara baik, aku minta dia balik tidur rumah mak ayah dia. Esok pagi tu, mak ayah aku tanya, apa jadi semalam? Kenapa Abang datang? Dia cakap apa? Time tu aku berempat saja dekat ruang tamu.

Aku ayah mak dan adik bongsu. Tak semena – mena, bila ayah tanya, aku menangis. Teresak – esak aku menangis. Apa yang aku sebut malam sebelumnya, apa yang aku lalui sepanjang hari dekat kenduri rumah mertua aku, semua ter flashback dekat kepala aku.

Apa yang Abang buat dan kata dekat aku, semua datang balik. Aku menangis sampai ayah aku datang duduk tepi aku. Usap – usap bahu minta sabar. Mak aku menangis. Adik aku yang tak tahu apa tu pun menangis. Ryan saja tak ada sebab tidur.

Aku rasa lega, sebab aku dah berjaya minta dia berpisah dengan aku. Tapi aku rasa apa yang aku invest untuk dia selama ni sia – sia. Aku rasa apa yang aku buat selama ni betul tapi semuanya tak bawa apa – apa makna.

Mak ayah aku terus b4ngkang, mereka suruh aku berhenti salahkan diri aku sendiri, jangan ingat benda – benda dah lama yang dah lalu. Malah ayah aku pun cakap dekat aku, kalau tak ada kejadian – kejadian macam ni mungkin sampai bila aku pun tak berubah nak dekat diri dengan Tuhan, nak jadi lebih baik.

Mak ayah aku pun mungkin masih sibuk sampai tak ingat nak bagi perhatian dekat anak – anak. Kami menangis berjemaah lah pagi tu sambil tunggu bibik goreng nasi. Bila teringat balik, kelakar pun ada. Betul kata ayah, disebabkan aku jumpa Abang, aku dapat anugerah terindah dalam hidup aku, Ryan. Dia lah peneman setia aku.

Aku dengan Abang bercerai lepas raya haji tahun lepas. Masa bercerai, umur aku 26. No SPM, Jobless, single mother and br0ke. Kau ada? Hahaha itu lah status FB aku pada hari aku bererai. Lepas tu aku tutup dan buat FB baru.

Dengan rakan – rakan dekat sahaja, ahli kelarga yang terdeat sahaja. Semua dekat FB aku pun kalau tak pasal Ryan, pasal aku tolong mak ayah aku, bibik atau adik beradik dekat rumah. Sekarang, impian aku lain. Dulu aku nak jadi manusia yang terbaik untuk Abang dan keluarga yang kami bina.

Tapi sekarang, aku nak tumpukan perhatian sepenuhnya kepada self love. Rasa sayang dekat diri aku, aku tak nak jadi orang yang terlalu memikirkan benda lepas dan akhirnya buatkan aku dan paling w0rse, anak aku jadi m4ngsa.

Aku dah janji dengan diri aku sendiri untuk usaha habis baik, lepas ni cari kerja yang aku mampu buat untuk masa depan Ryan. Apa yang paling penting adalah pendidikan dan masa depan dia. Aku nak pastikan dia tak kecewa dibesarkan oleh ibu tunggal dan janda macam aku.

Mohon doa dari korang semua. Aamin. Abang masih baik dengan kami, cumanya, aku tak berhubung dengan dia. Urusan nak jumpa Ryan atau sebagainya, dia akan contact ayah aku. Boleh kata setiap hari juga dia VC dengan Ryan guna wasap call ayah aku.

Ryan pun ada adik tiri baru perempuan. Aku tumpang gembira untuk Abang dan isteri dia. Cuma aku harap, sesiapun yang baca confession ni, kalau ada someone istimewa yang baru, terus terang. Jangan h1na – h1na, ungkit benda – benda yang tak perlu.

Kita tidak tahu penerimaan seseorang tu macam mana, kita tak dapat pun baca hati dah minda orang, jadi bincang dan cakap elok – elok. Dengan kata – kata tu lah boleh buatkan orang menyalahkan diri sendiri, berasa terpinggir dan terus menyendiri.

Kadang – kadang, sebab orang bvnvh diri dan kemurungan ni, bukan sebab hutang banyak dan mufIis saja. Tapi, kata – kata yang set4jam ped4ng tu lah puncanya. Satu lagi, aku nak share satu lagu yang bantu aku pulih dari rasa depr3ssed, adik lelaki aku bagi dekat wasap.

Sampai sekarang aku dengar hari – hari. Indah sekali maksudnya. Tajuk lagu dia, Epiphany dari BTS – hadiah dari aku untuk korang juga. Sebelum membenarkan orang lain sayang kita, kita kena sayang diri kita dulu. Let’s live to the fullest. Insha Allah – Marshila Mazlan (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Mustikarahman : It’s not about you kahwin awal. Your ex husband sampah. Tu je. Nak nangis – nangis pulak dah jantan tu. Love ur self okay. Chaiy0k Chaiy0k. Jadi sorang ibu yang boleh dibanggakan oleh Ryan. Tak semua perempuan mampu buat macam awak buat.

You walk out with class okay! Terus kan berusaha. Apa yang awak buat, tinggalkan so call lelaki tak bersyukur tu adalah yang terbaik. You are so c0nfident dan ada p0tensi. Bangun dan cari kebahagiaan awak. Jangan rasa terh1na, salah kan diri sendiri, rasa macam awak h1na buruk tak cantik sebab tu awak nak bagi laluan dekat your ex husband together dengan bini baru.

Awak keluar dari perkahwinan ni sebab awak ada maru4h, awak berhak dapat kebahagiaan macam mana your exhusband dapat, awak keluar sebab awak lebih bernilai dari menjadi isteri dia.. Semoga bertemu dengan kebahagiaan confessor.

Percayalah.. Dah berumur nanti, kalau mula dari sekarang.. Kita tersenyum bahagia dah dapat lalui ujian ni. Awak tak gagal pun dalam perkahwinan. Cuma awak ada pilihan lain. So awak pilih laluan yang lebih menguntungkan awak.

Lilian Abdul : You are such an inspiration! GagaI sekali bukan gagaI selamanya. Pengalaman awak ni cukup bermakna, sangat suka dengan sikap positif awak untuk bangkit dan terus maju. Jarang baca confession yang start macam ni tapi habis dengan sangat positif.

Saya rasa awak ada bakat menulis, boleh jadi penulis atau pakar motivasi hehe. Semoga terus maju jaya, diIimpahi rezeki dan terus bahagia, insyaAllah

Nurazura Ramli : Kuatnyaa adik. Akak sebaldi air mata keluar lepas habis baca confessions adik. Ya Allah murninya hatimu dik. Nampak sangat adik ikhlas cinta dah terima suami adik seadanya. Takpe dik. Akak doakan adik bertemu kebahagiaan yang hakiki tak lama lagi. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup adik dan Rayyan

Fiqa ZA : Hujung – hujung cerita, parents juga yang kutip balik ambil kita bila susah. I know this sounds h4rsh,tapi budak – budak muda harapnya baca confession ni dan ambil pengajaran. Dengar cakap mak bapak, habiskn belajar dulu, get a job baru kahwin.

Confessor bernasib baik sebab parents dia kaya siap ade bibik. So after cerai at that young age with kids, dia masih boleh surv1ve..kalau parents pun miskin, macam mana? Benda seronok ni sekejap, tapi akibatnya tanggung seumur hidup. Thank u for sharing confessor. Harap kita boleh sama – sama ambil iktibar.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?