Mak aku penyabar sampai ada perempuan lain, kekasih abah aku tidur di rumah pun tetap bersabar dan belajar menerima. Abah naik tangan dekat mak depan girlfriend ‘bertudung labuhnya’ itu lalu mereka hanya tersenyum…
#Foto sekadar hiasan. Hai, nama aku Serra Areline. Kawan – kawan panggil aku Serra. Umur aku 40 tahun, tahun 2025. Aku nak berkongsi kisah kehidupan rumah tangga yang aku terp4ksa lalui sepanjang kehidupan ini. Aku bukanlah asal dari keluarga yang terlalu miskin tak juga terlalu kaya, hanya sederhana. Namun sejak kecil, kehidupan aku ‘broken’.
Parents selalu berg4duh dan drama pukuI memukuI ni tak pernah lekang. Tapi kesabaran mak aku ni jelas tak pernah pudar dengan alasan bertahan kerana anak – anak. Tapi apa yang parents aku tak tau anak – anak mereka built mental illness, like PTSD (post-traum4tic syndrome disorder) dan borderline personality disorder (BPD).
Aku pulak sejak berumur 5 tahun – 8 tahun, jadi m4ngsa lelaki durjana. S4kitnya, Allah sahaja yang tahu, kerana aku tak dapat menjelaskan kepada parents aku, walaupun ayah aku seorang anggota polis. Ni semua terjadi di rumah dan di sekolah.
Walaupun begitu, aku usaha teruskan pelajaran seboleh yang mampu. Aku taklah cemerlang dan gemilang, tapi mampulah untuk meneruskan kehidupan dengan pelajaran yang ada. My parents, bukan sahaja sering berg4duh tapi aku dan adik yang nombor 2 tu selalu jadi m4ngsa.
Sehinggalah aku berumur 18 tahun perkara ini masih berterusan. Ayah adalah orang yang paling bertanggungjawab dalam ketidakstabilan keluarga aku. Mak aku penyabar sampai ada perempuan lain, kekasih abah aku tidur di rumah pun tetap bersabar dan belajar menerima.
Aku anak sulung, aku lah paling banyak menentang abah aku. Cakap lembut tak jalan, lama kelamaan menimbulkan rasa benci, kerana aku sendiri nampak segala kerosakan di depan mata. Abah naik tangan dekat mak depan girlfriend ‘bertudung labuhnya’ itu lalu mereka hanya tersenyum dan boleh tidur sama – sama di rumah kami.
Penyudahnya aku dan adik beradik lain tr4uma dengan Wanita bertutup litup. Kami hilang watak penting dalam hidup aku iaitu ”father figure”. Pada usia aku 19 tahun, aku dijodohkan dengan seseorang dari Negeri Sembilan.
Aku setuju sahaja dengan perkahwinan itu. Aku cuba mencari bahagia dengannya tapi apa yang terjadi ex husband seorang yang panas baran dan malas menunaikan ibadah terutamanya solat dan puasa. Kesudahnya aku memang selalu kena m4ki dan tak boleh dibawa bincang walaupun aku sudah bertungkus lumus jadi wanita yang baik.
Aku selalu str3ss, sedih dan keletihan mental. Ketika ini aku bukan sahaja tertekan dengan bekas suami yang sering bertukar – tukar pekerjaan, malas tapi duduk pula rumah dengan seluruh ahli keluarganya dan kena bertahan dengan sikap masing – masing.
Per4ngai toxic, yang suka menyalahkan aku kenapa tak mengandung lagi, dan macam – macam. Aku ajak suami solat dan puasa tapi aku kena m4ki dan macam – macam sindiran aku hadap. Keluarga ini juga sangat percaya dengan perb0mohan.
Mereka percaya yang aku ada s4ka belaan memandangkan aku tak mengandung dan ya, sejujurnya sepanjang perkahwinan itu, kalau aku berjauhan dengan suami, aku merasakan seolah – olah ada sesuatu yang cuba ‘’meniduri aku’’.
Aku cuba dapatkan khidmat nasihat pihak pejabat agama Negeri Sembilan, tapi aku dinasihatkan oleh seorang pegawai agama berpangkat besar dalam pejabat agama negeri sembilan dengan satu perkara luar akal, suruh berhajat di kubvran para wali. D4mn it!
Setelah bergelut 4 tahun dengan keadaan ini, aku balik rumah parents aku dan mohon fasakh serta masalah seolah – olah ada yang meniduri aku tu pun hilang. Setelah hampir 8 tahun aku membujang, sekali lagi aku bernikah.
Dia seorang lelaki yang kem4tian isteri dan mempunyai seorang anak angkat perempuan. Apa yang berlaku, semasa isterinya hidup mereka tidak mendaftarkan anak ini disaluran yang betul. Jadi JKM mendapat tahu perkara ini setelah dilaporkan oleh pihak sekolah anak tersebut.
Menurut dia dan keluarganya, JKM beri tempoh terdekat untuk lelaki ini mencari ‘’ibu’’ kepada anaknya memandangkan anak perempuan ini sudah masuk umur akil baligh. Jika tidak JKM akan mengambilnya untuk dijaga bawah pelindungan JKM.
Aku simpati dengan keadaan mereka. Tapi simpati aku ni tidak dapat mengubah apa – apa sikap per4ngai buruk si dia. Bila sampai rumah yang dudukinya selepas bernikah, segalanya terbongkar. Aku lupa nak beritahu, aku berkahwin untuk kali kedua ni memang tak berkenalan lama. Hanya sekali pertemuan sahaja iaitu semasa merisik. Dan tiada istilah dating.
Aku pun tidak berkenan menormalisasikan dating dan berdua – duaan dengan lelaki tambahan aku ada tr4uma sebelum ni. Si dia ni mempunyai sikap pengotor yang tidak boleh dibincang, dia tak suka rumah bersih dan korek hidung, k3ntut merata – rata. Tapi mempunyai perwatakan ala – ala Islamic mungkin kerana berasal dari Pantai Timur.
Puas aku membersihkan rumah, tapi akan jadi perkara yang sama. Kami selalu berg4duh sehinggalah kerana masakan pun menjadi isu besar. Dia banyak kali mengugvt aku, hinggalah sanggup menyebarkan gambar aku yang tak senonoh. Aku punyalah meng4muk tapi dia tak endahkan sehingga aku jatuh s4kit.
Aku lumpuh setengah tahun akibat str3ss dan tekanan perasaan dan keced3raan spinal cord. Sepanjang aku s4kit, hanya kenalan sahaja yang berulang alik menjenguk aku di hospitaI. Setelah aku sembuh, aku cuba berbaik dengan dia memandangkan aku rasa kesian kepada anak perempuannya.
Ingat ada simpati, malahan aku dipukuI dengan teruk dan hampir melayang nyawa di tangan dia. Aku terlepas dari penyiksaan ini dengan merayu kepadanya dan mengikut sahaja semua kehendaknya. As well aku melayan nafsunya walaupun setelah bertubi – tubi s4kitnya.
Siksanya Allah sahaja mengerti. Aku masih teringat pengalaman berjalan ketempat kerja dengan mengalir air mata kes4kitan. Aku baru sembuh lumpuh, badan aku masih tak stabil. Kawan sekerja aku bersimpati dengan aku dan cuba sembunyikan aku dari dilihatnya.
Nak report polis? Aku ada pengalaman buruk dengan polis, sehingga aku malas nak berhadapan dengan mereka semula. Selepas itu aku mohon fasakh sekali lagi. Alhamdulillah, hakim tak banyak cerita kenapa dan mengapa sebab aku ada record kesihatan.
Dia cuba mengelirukan hakim dengan perwatakan ”alim” kononnya aku melarikan diri dari rumah dan nusyuz, tapi bukan semua orang b0doh. Dipendekkan kisah, aku berusaha untuk bangun dari kesedihan yang melanda.
Aku build kerjaya yang berpendapatan baik. Tahun 2018 aku mengambil keputusan untuk berhijrah ke Western Country untuk memulakan semula kehidupan. Aku ditaw4rkan jawatan yang baik di sini. Alhamdulillah, aku sangat suka pemandangan indah western country.
Hidup aku normal semula. Aku travel banyak negara di sini, Europe, UK dan middle east. Takdir jodoh, sekali lagi aku ditakdirkan bertemu dengan seorang lelaki yang berasal dari negara yang sedang bergolak sekarang. Dia muda 7 tahun dari aku. He was so perfect physically.
Aku banyak kali menolak ajakan dia untuk berkahwin memandangkan dia masih muda dan ada rupa. Aku ni tak berapa cantik dan dah berumur. Cuma apa yang menyebabkan aku terima juga pernikahan itu, sebab rasa simpati kepada dia yang mengalami traum4tic sejak kecil kerana perper4ngan dan dia juga m4ngsa seperti aku serta dia hanya bersendirian di negara ini.
Awal perkahwinan segalanya indah, rom4ntic tu macam ala – ala orang Italian style, boleh buta orang yang meilhat. Hahaha! Tapi semuanya tidak lama, rupa – rupanya dia ada sikap buruk another level yang sangat berb4haya.
Bila dia meng4muk, satu bandar London dia boleh menjerit, menyumpah dan k3ncing merata – rata tanpa segan silu. Sebenarnya sebelum – sebelum ini pun dia memang ada jen4yah lampau. Dia juga mengajak aku buat macam – macam perkara yang tak masuk akal, seperti mencalar kereta mewah dan menyer4ng orang awam.
Cuba bayangkan aku yang asal dari Malaysia, even kehidupan aku takdelah cemerlang sangat tiba – tiba dari seseorang yang professional bertukar jadi penjen4yah di Western Country! Dia suka mem4ksa aku membuat perkara yang luar dari batas kebaikan manusia.
Aku malu teramat dan mula rasa bimbang. Dia juga consume d4dah dan ar4k, dan mula control hidup aku, dia p4ksa aku berhenti kerja, malah dia spread hatred antara aku dengan company aku bekerja. Telefon atau apa – apa alatan komunikasi dia rosakkan dan musn4hkan. Aku tak boleh berhubung dengan sesiapa.
Disatu tahap, dia mem4ksa aku melakukan hubungan suami isteri sehingga 10 kali atau lebih dari itu. Hidup jadi tak normal, makan entah ke mana, ibadah jadi tak menentu. Dia juga mengugvt untuk menced3rakan aku. Hidup aku terumbang ambing, aku cuba melarikan diri tapi tak mampu.
Sehinggalah kesatu kemuncak hilangnya kesabaran, dia mem4ksa aku melakukan hubungan luar tabie, aku menangis dan merayu supaya tidak diperlakukan sedemikian, tapi dia mengasari aku. Kesengsaraan ini tidak terucap dengan kata – kata. Dia memperlakukan aku seperti binatang.
Setelah aku terjaga dari pengsan sekali lagi dia p4ksa aku. S4kitnya usah ditanya, aku hanya mampu menyebut ‘’Ya Zaljallah li wal ikram!’’ berkali – kali. Setelah selesai dia masuk ke bilik air dan menutup pintu, kali ini Allah beri aku ilham untuk lari keluar dari rumah. Miracle! Allah selamatkan aku tanpa dia sedar aku dah keluar rumah.
Aku berlari sejauh 3 – 4km dari rumah diawal pagi ketika itu dan meminta bantuan dari pekerja sebuah hotel untuk menghubungi polis. Di sinilah bermula bantuan yang aku dapat secukupnya dari negara yang aku duduki sekarang.
Suami aku ditangkap polis atas kesalahan ‘’R4pe and ass4ult’’ dan aku diberitahu segalanya tentang latar belakang dia oleh salah seorang pegawai polis. Dia ada salah laku yang nyaris – nyaris hampir sama satu ketika dulu cuma tidak sempat nak buat lagi teruk. Dan dia memang di register sebagai ‘’s3x offender’’.
Polis dapat segala bukti dari apa yang dia dah buat kat aku, dan dia dari dalam penjara menceraikan aku talak 3. Dengan kejadian ini, aku dapat flash back, nightmare dan hampir ambil nyawa sendiri. Ingat tak family aku yang aku ceritakan di atas? None of them support aku dalam hal ini dan negara kita susah orang nak faham.
Allah perancang yang terbaik! Sebenarnya aku dapat ugvtan dari beberapa pihak, memandangkan mereka tahu status Refugee dia akan di revoke setelah habis hukvman penjara dan dia akan dih4ramkan masuk ke negara ini kembali setelah dihantar balik ke negara asal. Dan aku dapat perlindungan sepenuhnya dari government negara western ini.
Hampir setahun aku cuba heal. Aku tutup semua komunikasi yang tidak membantu pembaikan diri dan resilient. Aku steadfast pada agama ini, aku lebih dekat kepada Allah, consistence Tahajud, solat sunnah taubat dan bercampur dengan komuniti setempat.
Allah memperlihatkan kepada aku tentang bagaimana negara luar menyantuni wanita yang menjadi m4ngsa walaupun aku hanya orang luar. Walau mereka non muslim dan berlainan w4rna kulit dan bangsa mereka menganggap aku macam anak dan adik kandung sendiri.
Yang lelaki sangat menghorm4ti aku sebagai wanita muslim dan aku tak mengalami isu racist di sini. Aku bertemu dengan ramai wanita dari negara so called Muslim country yang diani4ya dari pelbagai sudut, termasuklah yang mahu menjual isteri, mempergunakan isteri hanya sebagai h4mba.
Aku terkilan, mengapa ramai lelaki Muslim sanggup mengani4ya wanita dalam dunia ini. Di mana permulaan semua ini berakar umbi? Namun, dari pemerhatian aku, ini adalah bermula dari institusi kekeluargaan dan menjadi tanggungjawab individual menjaga akhlak.
Aku sangat bersyukur, aku dapat mental health support yang sangat gemilang di negara ini. Doktor menasihatkan aku tidak berg4ntung kepada pelbagai jenis ubat dan refer aku kepada group yang membantu untuk rebuild life, well-being.
Nak diceritakan sampai 10 muka surat pun takkan habis. Aku nak rumuskan kisah aku di sini, aku memilih untuk bujang selepas ini dan focus kepada pelajaran dan kerjaya. Aku dah tak kisah orang cakap tak kahwin tiada anak dan bila dah tua sunyi nanti, siapa nak doakan.
Semua itu hanyalah kata – kata dan tanggapan manusia semata – mata. Aku sangat yakin, Allah the best planner. Kepada wanita di luar sana especially w4rganegara Malaysia, jangan biar diri anda dibuIi orang yang sepatutnya menjadi pelindung anda, specificly lelaki tak bertanggungjawab.
Jangan jadikan alasan anak untuk bertahan. Islam tak mengajar kita untuk bertahan dengan kezaIiman. Tubuh ini pinjaman Allah, ada akal guna. Biarlah bercerai sekalipun, asalkan tak giIa, tak s4kit!! S4kit berpisah sementara sahaja, minta Allah perlindungan. Kita wanita kena kuat, jangan berg4ntung sepenuhnya kepada lelaki.
Aku ada Hasrat yang tinggi, jika aku direzekikan balik Malaysia, aku nak tubuhkan pertubuhan khas untuk wanita terani4ya dan aku nak volunteering bekerja untuk kanak – kanak berkeperluan. Aku dalam proses menghabiskan pengajian dalam Psychology, aku nak bertugas secara volunteer tanpa meminta bayaran dari sesiapa demi menyokong emosi, well-being bangsa ku.
Aku juga percaya, peny4kit mental dan fizikal boleh disembuhkan dengan mengamalkan segala perintah Allah, mendalami Al-Quran dan Sunnah serta memahami maksud tujuan hidup selain consume ubatan doctor. You know what? I learn this from this lovely country.
Maaflah, aku sometime tak berapa setuju dengan kenyataan orang negara kita yang hanya berpandang buruk tentang orang west country. Ada kebaikan amalan berakhlak mereka yang tak setanding negara kita even Malaysia dik4takan Islamic country.
Benar kata – kata, untuk mempelajari hidup secara mendalam, berjalanlah melihat ciptaan Allah, bertebaran lah keseluruh bumi Allah. Akhir kata, semoga tahun 2025, wanita sem4kin cerdik, cerdas dan Berjaya! Aamiin. Yang ikhlas, – Serra Areline (Bukan nama sebenar)
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.