Lepas sebulan melarikan diri, satu hari suami buka dan bacakan ‘kitab isteri derh4ka’ pada saya. Suami cakap saya tak layan makan minum dia. Saya takde duit nak beli lauk – lauk sedap sebab duit habis bayar komitmen, suami asyik pinjam duit..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Sebelum ni saya rasa mesti ramai wanita yang dah baca tentang semua luahan apabila berumahtangga. Pelbagai contoh supaya wanita fikirkan diri sendiri tentang masalah yang akan mereka tempoh setelah bergelar isteri, tetapi masih ramai yang terjun ke dalam lubuk keb0dohan termasuk saya sendiri.
Saya tak kata semua wanita b0doh, tetapi terlalu jujur, setia dan rasa kasih sayang melampaui batas hingga akhirnya menyiksa diri sendiri. Ditambah pula dengan sikap semula jadi ingin menunjuk diri teramat bahagia, sempurna, selain mahu diri dik4takan mewah dan berkemampuan, akhirnya menjer4t diri sendiri.
Suka saya nasihatkan gadis yang hendak kahwin, dan para isteri, jangan jadi macam saya. Sedarlah diri bahawa kita wanita cuma menumpang kasih sayang suami. Ketika masih disayang, selamatlah kita, jika perasaan itu sudah padam maka hidup kita tak ubah ‘macam telur di hujung tanduk’. Sedih sekali baru kini saya faham apa makna kasih dan sayang suami.
Pertama dalam perkahwinan, jangan fikir hidup kita sudah selamat dan berbahagia hingga ke akhir hayat, sedangkan banyak dugaan terp4ksa kita hadapi. Sebenarnya hidup seorang isteri umpama menumpang kasih suami.
Jika rasa kasih sudah hilang atau beralih arah, ketika itu baru kita tahu hidup kita sudah tidak berguna lagi. Lebih teruk setelah bercerai, atau dig4ntung kita tak bertali. Sedarlah wanita nasib kita tak ubah macam menumpang dalam hidup suami kita, tidak ada kuasa dan hak, bila bercerai.
Anak – anak yang kita sayang pun suami ada kuasa atas mereka kecuali kita sanggup ‘berper4ng’ dalam mahkamah merebut anak – anak kita. Bukan itu sahaja hinggakan harta yang kita kumpul, beli bersama pun kita tidak ada hak, suami ambil semua.
Apa lagi jika dia m4ti, emak ayah, adik beradik dia ‘tegak’ mendakwa atas harta anak mereka dan mereka akan tuntut, sebab kita tidak ada hak. Kecuali nama kita tertulis dalam geran. Itu pun terp4ksa berper4ng di mahkamah untuk tuntut hak.
Saya tak cakap pasal orang lain, walaupun saya tahu mereka sama b0dohnya dengan saya. Saya beri contoh ini supaya semua isteri, adik – adik yang nak kahwin harus bersedia dan tanam dalam otak bahawa suami kita hanya dipinjamkan sementara oleh Allah kepada kita.
Tak lebih daripada itu, walaupun mengikut Islam kita dilindungi oleh keluarga suami jika dia m4ti, tetapi itu semua tidak terjadi, sebaliknya apa juga harta yang ada pada kita semasa ada suami, akan bertukar jadi milik emak dan ayah mertua kita jika kita tidak ada anak lelaki. Itu kita wajib ingat.
Dan ingat beli rumah atas nama bersama juga besar masalahnya. Sanggupkan kita bayar ansuran rumah sendiri bila suami enggan bayar ditakdirkan kita bercerai? Beli atas nama suami juga ada masalahnya, ditakdirkan suami ma4ti, kita tiada anak lelaki, sudah pasti rumah itu akan dituntut oleh ibu bapa dan adik beradik suami.
Kita cuma dapat sebahagian kecil sahaja, namun itu lebih baik daripada kita hutang berbaris beli rumah, akhirnya orang lain dapat labanya. Lagi satu jangan serahkan duit gaji kita untuk suami simpan, sebab kita tidak tahu adakah kita akan kekal jadi isterinya atau bermadu, atau diceraikan akhirnya, sebab suami kita manusia, dia bukan malaik4t.
Suami hanya sayangkan kita selama dia tak jumpa wanita lain untuk gantikan kita, atau akan ceraikan kita jika tak mahu bermadu. Kerana itu beringatlah jangan jadi macam saya. Kerana terlalu sayang dan percayakan suami, saya gunakan simpanan saya 20 peratus untuk bayar deposit rumah, suami janji dia akan bayar bulanan.
Saya juga disuruh beli kereta yang selesa supaya senang balik kampung. Bila selesai ansuran kereta, suami suruh jual sebab nak beli kereta H, letak nama dia. Saya ikut aja. Janjinya dia akan bayar ansuran bulanan. Tapi duit jual kereta lama yang saya bayar setiap bulan suami tak mahu ganti, konon kereta itu untuk anak – anak katanya!
Kerana nasib kurang baik dan juga kerana keb0dohan saya, baru saya tahu suami ada skandal, ada wanita lain selain saya. Semuanya terbongkar bila saya sendiri terserempak dia membeli beIah dengan ‘skandal’. Bukan saya saja nampak, kawan lain pun boleh jadi saksi.
Di situ juga saya jerkah suami, sementara skandalnya lari menghilang. Petang itu saya ambil cuti, tambah 3 hari lagi untuk terus terang dengan suami. Dia cuba menipu, tetapi kejadian depan mata, mana boleh elak. Seminggu tak habis berper4ng, akhirnya dia balik jauh malam dan pagi – pagi dia hilang, sebelum sempat saya bacakan ‘kitab skandal’, sebab pagi pagi saya sibuk uruskan anak – anak nak ke tadika dan ke rumah pengasuh.
Lepas sebulan melarikan diri setiap pagi dan malam, satu hari dia pulak buka dan bacakan ‘kitab isteri d3rhaka’ pada saya. Dia mendakwa saya tak layan makan minum suami. Katanya saya cuma beri dia makan ala kadar, jarang masak lebih pentingkan kerja daripada dia.
Oh beri makan ala kadar? Betul! Sebab saya tak berduit nak ke pasaraya nak beli ayam, daging untuk masak lauk sedap – sedap. Kerana saya terp4ksa bayar bil utaliti yang dia tak pernah bayar. Saya beli susu dan lampin anak, selain bayar duit pengasuh dan tadika dan bantu dia bayar ansuran kereta.
Dia kata duitnya habis bayar ansuran kereta tapi bila dapat saman dan kereta nak kena tarik dia suruh saya bayar, belum lagi ansuran rumah yang dia memang elak bayar. Habis mana pergi duit gaji dia dan duit gaji saya yang dia minta bantu dia selama ini.
Oleh kerana saya selalu sangat bantu dia, akhirnya saya tidak ada simpanan langsung. Itu belum masuk cerita dia sering minta pinjam. Kerana dia nak duit segera saya terp4ksa pinjam pada emak. Nasib orang tua tu ada pencen.
Dua tahun saya sabar dengan per4ngainya, akhirnya kereta kena tarik, dia salahkan saya kerana tak bagi dia duit untuk bayar kereta. Tapi saya redha, biarlah tidak ada kereta H asalkan saya ada sedikit duit dalam tangan.
Peper4ngan kami berakhir dengan perceraian. Akibatnya pasti saya kena keluar rumah, sebab rumah milik dia. Nasib rumah bukan nama bersama. Kalau tidak saya m4mpus! Nasib perceraian saya mudah, sebab dia nak kahwin lagi.
Setelah bercerai saya buat tuntutan nafkah 3 orang anak. Sudah pasti dia tak datang mahkamah. Sebab tak mahu bagi nafkah. Bila saya hantar saman dia pasang peguam nak tuntut anak. Tentulah saya angin. Tak bagi nafkah tapi nak tuntut anak.
Katanya dia ada hak. Lepas tu dengan tak malu mertua telefon nasihatkan saya janganlah panjangkan kes sebab anak – anak tetap berbin dan berbintikan ayahnya juga, jadi jagalah bersama. Ok saya setuju, tapi bagiIah nafkah anak – anak, dia boleh datang dan ambil anak – anak mengikut persetujuan mahkamah, maIangnya dia tak datang ke mahkamah lagi.
Tak mahu bayar duit peguam agaknya. Nafkah tak pernah bagi tapi nak datang ambil anak – anak sesuka hati. Tambah meny4kitkan hati bukan dia nak jaga anak – anak, tapi nak hantar duduk kampung dengan emaknya. Cuba anda fikir bolehkah saya terima permintaannya ini.
Emak ayah saya juga nasihatkan biarlah dia ambil anak dia juga, tapi minta nafkah. MaIangnya dekat 3 tahun tak nafkah bayar jugak. Mahkamah memang berlembut, sokong jantan saja. Per4ngai si bekas ini lagi s4kitkan hati.
Emak ayah si bekas mendakwa anaknya dah bagi nafkah. Bila bagi nafkah? Berapa? Bila tanya diam. Jadi jangan cakap kalau tahu per4ngai anak suka menipu. Akhir kalam saya mengaku masalah dan punca suami tak bertanggungjawab ini adalah kerana salah saya sendiri, terlalu sayangkan suami, bantu dia dalam urusan rumahtangga, akhirnya suami jadi tak bertanggungjawab.
Akibatnya kita kena pikul tangungjawab. Jadi di sini saya nasihatkan wanita juga gadis – gadis yang nak kahwin ketahui hak anda jangan jadi macam saya kaldai tunggangan suami. Akhirnya suami hidup senang dan bahagia kita m4mpus!
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.