Depan saud4ra, mak mertua perIi saya terus suami sound mak dia sampai terdiam

Mak mertua suruh saya cari kerja, sebab dia kata kalau duduk rumah bukan dapat duit pun. Bila saya dah kerja, dia pergi telefon kakak ipar, mak sedar dan jiran bagitahu saya tak hiraukan dia. Mereka siap call marah dekat saya, dan waktu tu saya terus berhenti kerja…

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum min. tolong hide fb saya ye. Saya nak tanya pendapat semua warganet. Saya berkahwin baru dalam 3 tahun dan belum mempunyai anak lagi. Sebab setiap kali mengandung mesti gugur.

Sejak berkahwin saya memang duduk dengan mak mertua sebab ayah mertua dah takde. Adik beradik suami ada 3 orang. Dari start saya kahwin sampai la sekarang apa yang saya buat semua tak kena di mata mak mertua.

Puas dan macam – macam saya cuba ambil hati mak mertua tapi ada saja benda yang dia tak suka. Pernah saya masak lauk tu pedas sikit dia cakap dekat saya dia tak suka pedas. Bila saya masak lauk tak pedas dia akan cakap lauk tu dia tak minat.

Dan cakap negeri dia dan negeri saya tak sama rasa masakan. Saya pun cuba lah ubah dan belajar ikut selera dia dan suami ikut la negeri dia punya masakan Tapi tetap jugak dia komplen itu ini. Macam saya memang suka masak.

Setiap awal pagi memang habis solat subuh saya akan masak lauk pagi dan letak air panas untuk dia mandi. Tengah hari masak lauk tengah hari. Dan petang saya selalu masak kuih atau goreng benda simple. Sebab malam mak mertua memang tak makan dah.

Hanya suri rumah je paham bertapa penat kan buat kerja rumah, mengemas lagi walaupun takda anak lagi, tapi rasa penat tu hanya boleh diam je walaupun mak mertua hanya tahu bila lapar datang keluar makan, bila kenyang masuk bilik dan baring je langsung takde buat apa langsung.

Boleh orang buat keje dia baring jela. Hati sapa tak s4kit kan tapi saya bersabar je sebab pikir dia orang tua. Alasan yang dia bagi, tak larat dah nak buat keje semua benda ni. Nasib la suami pun jenis suka tolong isteri dia, bila balik je dari keje dan faham sangat per4ngai mak dia.

Alhamdulilah rezeki saya dapat suami yang sangat baik dan bertanggujawab. Abang ipar dan kak ipar pun semua baik – baik tapi kak ipar dan abang ipar walaupun negeri yang sama tapi lain daerah, dorang memang jarang balik dan jarang jaga mak mertua.

Memang saya dan suami je la yang jaga. Satu hari tengah makan tiba – tiba mertua cakap dekat saya suruh saya cari kerja sebab dia cakap kalau duduk rumah pun bukan ada duit. Saya pun kerja la. Nak dijadikan cerita masa saya tengah kerja dia telefon adik beradik dia cakap ada menantu pun tak guna sebab tak hirau pasal dia.

Sebab dia cakap dia sorang – sorang dan anak menantu semua kerja sambil menangis – nangis. Lepas tu dia telefon pulak jiran cakap saya tak masak. Lepas tu mak sed4ra dan jiran call la saya cakap kenapa buat mak mertua macam tu sedangkan masa saya pergi kerja memang saya dah siap hidang bila time subuh mak mertua memang kena letak air panas untuk dia mandi, tu pun saya dah buatkan jugak.

Ya – Allah geram sungguh la masa tu. Dan masa tu jugak saya balik dan terus resign keje. Dan telefon suami cakap kenapa mak awak cakap macam tu. Dan terus balik rumah tanya mak dia kenapa cakap macam tu dekat orang sampai orang lain marah saya.

Dan jawapan dia boleh cakap ala jangan percaya cakap orang dorang semua tu saja nak bagi kita satu keluarga berg4duh. Saya pun diam dan cakap takpe la mak saya percaya cakap mak mertua tu sebab pikir saya ni hanya menumpang rumah dia kan.

Satu hari kami nak pergi la tengok adik mak mertua yang dia rapat sebab dorang suruh datang rumah. Bila dah sembang – sembang apa semua mak saud4ra hidang la nasi ayam, boleh mak mertua cakap depan saya dan suami kalau dekat rumah dia makan nasi dengan telur je.

Dan cakap kerja – kerja rumah semua dia buat. Korang bayangkan la mak saud4ra perIi depan saya dan suami kata kenapa biarkan orang tua buat kerja sedangkan korangkan muda boleh je buat kerja rumah. Lepas tu suami saya sound la mak mertua dan cakap kenapa mak cakap macam tu dekat orang.

Habis selama hari ni bini dia tu masak lauk punya banyak tu apa. Terus diam la mak mertua tak sangka anak dia akan sound dia. Lepas tu suami cakap lagi dekat mak saud4ra , orang luar tak akan paham apa yang wife saya lalui , semua boleh cakap tanpa melihat, setakat dengar semua boleh dengar tapi orang yang rasa je yang akan paham.

Start dari tu memang saya dah tak percaya apa mak mertua cakap. Saya bagitahu la suami yang saya sedih la macam – macam mak mertua h1na saya, pernah cakap saya ni tak guna la, masak tak sedap la dan paling sedih masa saya mengemas rumah saya tak tahu saya mengandung, tengah mop lantai saya terjatuh dan keluar d4rah dan saya jerit s4kit.

Mak mertua boleh dengar dan cakap nangka busuk jatuh. Masa tu saya call suami dan terus suami bawak pergi hospitaI. Benda tu la paling saya ingat sampai m4ti. Macam – macam dia h1na bagitahu jiran – jiran pasal rumah tangga saya dan suami.

Memang semua menantu, dia tak pernah langsung suka. Dan pernah mak mertua cakap yang dia nak j0dohkan anak lelaki dia dengan orang lain tapi anak laki dia semua dah ada calon. Tu yang dia beng4ng kot. Bila dengar dia cakap macam tu macam nak tengking je dia sekuat hati tapi pikir orang tua kan, tak nak la kurang ajar.

Sebab tu la kak ipar saya pun tak nak datang rumah mak mertua sebab dia tahu mak mertua ni jenis pemalas dan suka pura – pura menangis depan abang ipar. Lepas tu menjaja cerita dekat adik beradik mak mertua dan jiran, tapi keburukan anak – anak dia taknak pulak nak cerita.

Abang ipar dan kak ipar walaupun dah kahwin lama dari kami pun tak nak jaga mak mertua sangat sebab rimas dengan per4ngai mak mertua ni. Walaupun saya ni baru berkahwin dalam 3 tahun tapi s4kit demam dia, cuci Iuka dia yang bern4nah sebab dia ada k3ncing manis sampai la dia sihat sepenuhnya semua benda saya buat.

Tak pernah rasa jijik. Menantu yang dia tak suka ni la jaga dia s4kit demam, tapi semua menantu dia benci. Memang sedih apa yang jadi sebab dia tak pernah nak hargai apa yang saya buat. Dan saya dah bincang dengan suami yang kami nak pindah rumah.

Tapi rumah yang berdekatan dengan dia la, sebab senang saya nak hantar makan dan jenguk dia walaupun dok berjauhan. Nak kata jauh tu takde la sebab dalam daerah tu jugak. Saya dah tak boleh nak bersabar sangat dengan per4ngai dia dan buat keputvsan pindah rumah jugak.

Saya dan suami sekarang dah pindah lagi la dia mengata sakan. Sedangkan dia pun suka kami pindah. Dan siap suruh lagi kami pindah dok berdikari. Sekarang memang dia tinggal sorang – sorang la. Walaupun dia tinggal sorang, saya dan suami selalu tengok dan jenguk bagi dia makan.

Tapi betul ke tindakan saya pindah rumah ni ye? Saya dah tak boleh dah nak duduk sebumbung lagi dengan mak mertua. Walaupun dalam hati ni kesian sangat sebab dia tinggal sorang. Tapi kalau saya terus tinggal dengan mak mertua nanti siap hari bulan saya pulak boleh jadi giIa. Apa pendapat pembaca semua ??

Komen Warganet :

Raja Norkhairani : Awak dah buat keputvsan yang tepat untuk pindah rumah. Walaupun awak dah pindah, tapi awak tetap fikirkan tentang mertua. Awak cari rumah yang dekat supaya awak dan suami mudah untuk datang dan tengokkan mertua. Awak memang menantu yang baik dan semoga Allah permudahkan segala urusan awak.

Diana Din : Alhamdulillah suami anda jenis tahu mana betul mana salah dan backup isteri. Sesungguhnya mentua yang selalu buat cerita buruk – buruk pasal menantu ni memang wujud. Mentua macam ni mungkn dia lupa dia pun dulu pernah jadi menantu.

Mungkin dia kufur nikmat dengan kata – kata syurga anak lelaki tu tetap pada maknya. Kalau dapat mentua macam ni. Ko jangan layan sangatlah. Buang masa, buang tenaga, buang duit. Ko kawen dengan anak dia bukan bermakna dia boleh sedap – sedap pijak maru4h ko,bukan dia dapat kuasa besar nak kuIi batakkan ko. Harap sis dan suami tetap bahagia dan berada dalam IindunganNya.

Umie Zawiah : Mak dan mertua adalah ujian pada anak – anak. Saya dah melaluinya. Anak – anak dah tak sanggup sebab mulut mak mertua. Tapi sebab kesihan saya jaga dan pek4kkan telinga. Dah jadi tanggungjawab kami sebab suami anak sulung Alhamdulillah mak meninggaI di rumah kami.

Percayalah kalau kita ikhlas jaga orang tua Allah akan murahkan rezeki kita. Ingat kita tua nanti tak tau per4ngai kita macam mana. Mungkin ibu cuma perIukan perhatian dari awak dan suami. Banyakkan bersabar.

Milla La Roza : Pindah je la. Mentua yang buat per4ngai. Ada ke mentua macam ni. Depan anak dia pura – pura baik belakang anak busuk – busukkan menantu ada je yang tak kena. Saya amat sayang mntua saya yang pertama.

Dia anggap saya macam anak sendiri. Saya pun sekarang da ada 4 menantu perempuan. Saya amat sayangkan mereka dan anggap macam anak sendiri. Tak betul saya akan tegur. Tapi mereka tak kecik hati. Mereka faham akan diri saya.

Bertuah mentua awak dapat menantu macam awak. Tapi dia tak hargai. Nasib suami berpihak pada awak. Bina la hidup berdua dengan suami. Cuma sesekali datang. Jengokla mentua. Untuk serumah tak payah la.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.