Depan saya dan perempuan tu suami lafazkan takliq takkan ada hubungan. Tapi dalam diam mereka berhubung

Saya sedih sangat bila terkenangkan anak saya yang sulung umur 9 tahun. Cikgu dia bagitahu anak kerap menangis dekat sekolah masalah keluarga. Saya nekad nak rujuk semula, tapi awal – awal keluarga dah warning jangan senang sangat terima dan maafkan. Saya menyesal..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Umur saya 27 tahun, saya dalam dilema, nak kata kemurungan pun ade. Kisah saya ni bermasalah dengan hati. Awal tahun ni suami saya, ada hubungan sulit dengan janda anak 1. Umur suami saya 28 tahun dan janda tu pula 29 tahun.

Masa awal kant0i dorang cakap hanya sekadar kawan tapi kant0i gambar dorang keluar karoke siap berpeIuk. Ya Allah luluh hati saya tak tahu nak cakap macam mana. Sepanjang 10 tahun kahwin, saya percaya sangat dengan suami saya.

Dipendekkan cerita kami bercerai sebulan selepas tu melalui takliq. Suami lafaz takliq depan perempuan tu dan depan saya yang dia tak akan berhubung lagi samada melalui call atau jumpa. Tapi dia call juga jadi kami sah bercerai talak 1.

Keluar je mahkamah suami menyesal dan ingin rujuk, tapi dia minta bagi dia masa dan ruang. Jadi saya pun pulang je rumah keluarga saya bawa anak – anak kami. Anak saya dan suami ada 2 orang. Sepanjang dekat rumah ayah saya, suami saya takde pun cari saya tapi dia ade datang ambil anak – anak bawa keluar jalan – jalan.

Suami ade update status whatsapp dia bergambar dengan anak – anak dengan caption, “harap kita dapat bersatu semula”. Saya sedih sangat bila terkenangkan anak saya yang sulung umur 9 tahun. Cikgu dia bagitahu dia kerap menangis dekat sekolah akibat masalah ni.

Dia dah faham apa yang sedang berlaku. Saya ingatkan suami saya betul – betul dah tak berhubung lagi dengan janda tu sepanjang saya dekat rumah keluarga saya. Jadi saya pergi jumpa dia dan ajak untuk rujuk semula.

Keluarga saya ada cakap, jangan senang sangat nak terima dan maafkan dia, tapi saya takut! Masa tu saya takut sangat, takut anak – anak saya jadi m4ngsa keadaan kalau saya masih eg0 dan tak maafkan suami. MentaI dan fizikaI saya tak bersedia untuk jadi ibu tunggal sebab tu saya maafkan suami dan kami rujuk semula seminggu selepas bercrai.

Tapi selepas selesai urusan rujuk dekat pejabat agama baru saya tahu yang selama saya dekat rumah keluarga saya, dia sibuk keluar dengan janda tu, siap pergi shopping buat rebonding, keluar makan dan macam – macam lah.

Saya ingatkan bila saya dah bagi dia ruang, dia akan menyesali perbuatan dia tapi saya salah!! Dia berseronok dengan janda tu siap bawa anak janda tu keluar semua. Ya Allah s4kitnya hati saya, kenapa selepas dah rujuk baru saya tahu semua ni, saya rasa b0d0h sangat.

Saya rasa menyesal rujuk dengan dia, saya tak boleh terima apa yang dia buat. Sekarang saya dalam kemurungan, rasa d0wn sangat, hati saya tak tenang. Saya tak boleh nak percaya dah dekat dia walaupun sekarang ni dia cakap dia dah betul – betul tinggalkan janda tu.

Dia dah bl0ck dan buang nombor janda tu, tapi hati saya tak tenang. Kalau saya duduk sorang diri, saya akan menangis asyik teringat ape yang dia dah buat, nak rasa bahagia pon susah. Memang sekarang ni nampak suami saya dah berubah, banyak luangkan masa untuk saya dan anak – anak tapi saya sedih sangat sebab terkenangkan yang hakik4tnya selepas cerai je suami saya terus cari janda tu bukan cari saya!!

Masa kami kahwin dulu, suami saya ni orang susah takde apa pon, motor pon takde. Saya pula dari keluarga yang senang, kami kahwin pon suami hanya keluarkan mas kahwin untuk saya rm300 sahaja selebihanya keluarga saya yang tanggung tapi saya tetap terima dia sebab kesungguhan dia nak berubah cuma nasib dia tak berapa baik.

Sepanjang kahwin kami susah sama – sama, kadang – kadang makan, kadang – kadang tak makan tapi saya tak pernah merungut. Sampailah sekarang suami saya dah senang, ade bisnes sendiri (itu pun hasil dari bimbingan keluarga saya) tapi saya tak sangka dia sanggup curang dengan saya.

Saya tak pernah minta duit dekat suami sebab saya tahu dia penat kerja cari duit jadi saya cuma pantau sahaja kegunaan duit dia. Apa – apa yang saya nak semua saya pakai duit sendiri sebab saya pon ade buat bisnes online.

Saya bukan kaki shoping, duit saya pon saya pakai untuk suami dan anak – anak, baju saya pon saya jarang beli. Saya berjimat dalam perbelanjaan sebab saya pernah susah dan takde siapa yang akan tolong saya andai saya jatuh.

Tapi bila saya tahu suami belanjakan duit dia untuk janda tu saya jadi d0wn sangat. Sedangkan dulu saya pernah gurau – gurau ajak dia bawa rebonding rambut tapi tak pernah dia bawa. Tapi dengan janda tu tak sampai 2 bulan dah macam – macam benda dia bagi.

Sedih tu hanya Allah je tahu. Apa patut saya buat, saya dah solat taubat solat istikarah mohon petunjuk dan tenangkan hati tapi masih sama. Janganlah kecam saya, kenapa saya senang – senang terima dia semula, perkara ni jadi terlampau cepat dan saya takut masa tu. Saya kesiankan anak – anak serta termakan kata – kata harapan dari dia. Apa patut saya buat, hati saya tak tenang.

Komen Warganet :

Taca Edieshah : Lepasni tolong minta duit dari suami sampai dia rasa papa kedana. Belanja baju untuk diri sendiri, cantikkan diri sendiri sebab tu memang hak isteri pun. Lelaki ni biasanya dah biasa tak belanja untuk family sebab tu dia rasa dia mampu untuk tambah komitmen lain.

Macam mana janda tu lenggok lenggok meminta dari suami, tolong la buat. Bukan dengan orang lain pun, dengan suami sendiri. Tak rugi ke mana pun, bab hati tenang tu memang amek masa. Tapi dah TT yang pilih untuk rujuk dan memaafkan, boleh berbincang heart to heart dengan suami apa yang terbuku dalam hati. Mulakan hidup baru, buka buku baru dengan orang yang sama. Semoga sis kuat!

Auni Aziz : Kikis duit dia.. tu hak awak. Segala hutang – hutang nafkah. Saya ada terbaca beberapa hari lepas dari seorang lelaki yang tulis. Dia cakap, kikis duit laki sampai dia rasa takde lebihan duit untuk curang. Selalu yang curang ni memangĀ  ada lebihan duit sebab tu dia curang. Nak curang perIukan duit untuk tambat hati perempuan lain. Jadi kikis sampai dia rasa takde lebihan duit.

Rose Rusmah : Saya bagi nasihat untuk perenggan yang paling bawah. Kalau nak hati tenang, luahkan segala apa yang terbuku pada suami. Rasa s4kit hati tak tenang cakap, biar berg4duh pun. Bila dah puas meluah segala yang terpendam, hati akan tenang sebab suami dah tahu dah apa yg buat kita s4kit hati.

Kalau suami kau tahan dia tunggu, kalau dia tak tahan dia akan tinggalkan. Yang kau pendam – pendam tulah yang buat kau kemurungan dan mer0yan, kau juga yang rugi.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.