Perancangan dia, memang nak teruskan cerai sebab dah lebih 2 tahun dia dan isteri macam orang asing dalam rumah. Tidur pun bilik asing. Malam saja aku risau, entah – entah isteri dia goda dia untuk buat hubungan. Satu hari dia mesej aku nak putvs..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Nama saya Ana, umur awal 30an, masih bujang, kerja di lembah klang dalam bidang professional. 5 tahun lepas saya kenal seseorang, AH umur 5 tahun tua dari saya. Kenal masa masing – masing outstation ke daerah yang sama.
AH orangnya biasa – biasa, tapi ada manisnya. Jumpa kali pertama kami tukar nombor telefon masing – masing tapi selepas itu tiada apa – apa. 5 bulan kemudian saya jumpa lagi dia semasa outstation entah kenapa hati saya terpaut sungguh pada dia.
Selepas itulah hubungan kami m4kin rapat, chat di whatsapp, jumpa selepas waktu pejabat. Saya andaikan sebab dia begitu berani mendekati saya, memang bujang la orangnya. Selama dalam hubungan dia memang tak nampak macam orang dah kahwin. 24 jam di ofis..
Balik pun pukuI 10 malam ke atas. Hujung minggu pun masuk ofis, jika tak dating dengan saya, dia akan balik kampung jumpa mak ayah dia. AH cinta pertama saya. Dari sekolah sampai university sampai awal – awal tahun berkerja saya tak pernah bercinta.
Dia lah lelaki pertama yang buat saya kenal apa itu cinta. Kali pertama bercinta ni angaunya lain macam. Hari – hari nak kena jumpa, dah jumpa saya boleh tenung muka 24 jam sampai dia naik malu. Masa balik dari dating nak balik rumah saya akan sedih sampai menangis sebab kena berpisah kan padahal besoknya jumpa lagi. Memang angau betul saya dengan AH.
Hubungan kami memang baik dalam setahun tu. Masuk tahun ke 2, saya dan AH masih baik cuma dia dah mula tak mau jumpa selalu. Kalau dulu hari – hari tahun ke 2 seminggu 3x sahaja AH bagi syarat, saya kebetulan waktu tu sibuk dengan kerja iya kan saja.
Perasaan saya, masih angau rindu dendam tapi boleh terima la tak jumpa selalu tu. Suatu hari AH text nak jumpa, ada benda penting katanya. Jumpa di ofis dan dia akhirnya maklumkan dia sebenarnya dalam proses berpisah dengan isterinya.
Saya? Punyala terk3jut pucat muka t0reh tak berd4rah agaknya. Saya menangis semahunya. Dia pujuk tapi agaknya sebab terlalu sayang saya tetap terima dia. Perancangan dia, memang nak teruskan cerai sebab dah lebih 2 tahun dia dan isteri macam orang asing dalam rumah.
Raya pun balik kampung masing – masing. Tidur pun bilik asing. Saya iyakan saja ceritanya. Selepas itu entah kenapa saya buat per4ngai. Bila tahu AH tu suami orang saya jadi paran0id dan takut. Malam saja saya risau. AH ni balik rumah entah entah isteri dia goda dia untuk buat hubungan.
Nanti dah mula kan hubungan intim balik tak jadi cerai. Habis tu saya macam mana. Setiap malam fikir sampai kalau AH malam tak reply text saya, saya akan bebelkan dia dalam text whtsapp. Panjang berjela text saya marahkan AH macam – macam.
Mula – mula AH layankan. Lama – lama agaknya dia bosan dia mula jauh kan diri dari saya. Satu hari dia text minta putvs. Dia tak sanggup layan r0yanan saya dan minta saya jangan ganggu dia lagi. Dapat text macam tu terus saya keluar ofis pergi ke pejabat dia.
Saya text kalau tak turun dari ofis saya akan buat kacau, mana dia nak. Dia akhirnya turun dengan muka bencinya dan maklumkan keputvsan dia muktamad. Dia pening dengan per4ngai budak – budak saya yang suka text benda bukan – bukan pada dia.
Saya maklumkan, macam mana saya tak macam orang giIa, dah la dapat tahu dia laki orang, walaupun dalam proses nak berpisah tapi masih sebumbung.. dia cinta pertama saya dan saya sayang dia lebih dari nyawa sendiri. Saya terlalu sayangkan dia. Terlalu sayang.
Tapi dengan angkuhnya AH jawab. Dia tak sayang saya, perasaan dia sudah hilang sebab per4ngai saya yang mengada – ngada dan keterlaluan. AH maklumkan yang isteri dia pun tak macam tu. Saya pujuk rayu dia.. Minta maaf tak akan buat lagi tapi AH tetap tak mahu.
Saya tanya kenapa? Nak baik semula ke dengan isteri. Dia maklumkan jangan cuba nak sibuk dengan hidup dia dengan isteri. Saya menangis semahunya, hati saya h4ncur retak seribu Tak pernah saya sedih kecewa. Saya salahkan diri 100% saya semahunya sebab kalau saya tak bebel, marahkan AH, serabutkan AH dengan text – text saya.. per4ngai ke budak – budakkan, AH masih sayangkan saya.
Setiap hari selepas AH putvskan hubungan, setiap hari saya call whatsapp, pujuk rayu AH terima saya, maklumkan saya akan berubah macam yang dia nakkan, tapi AH dah tetap dengan keputvsan dia. 5 bulan saya cuba tapi tetap tak dilayan AH.
Ada jumpa banyak kali AH di tempat yang kami kena attend atas urusan kerja tapi AH mengelak, dari riak muka dia, nampak sangat bencinya dia pada saya. Sejak AH tamatkan hubungan hari – hari saya nangis, pagi petang siang malam, tak dapat tidur dan akhirnya saya kena depr3ssion yang sangat teruk.
Saya duduk rumah dengan bestfriend saya. Ada ketika bestfriend saya maklumkan dia dengar saya bercakap sorang sorang seolah – olah saya bercakap dengan AH. Lepas bercakap saya akan menangis semahunya. Pada ketika itu saya dah tak sedar apa, terlalu terikut dengan perasaan sedih tu saya macam dalam dunia khayalan yang mana AH masih sayang pada saya,
Dunia khayalan saya itula saya pergi dating dengan AH, saya temankan AH buat kerja. Borak – borak hal macam – macam, memang macam AH ada depan saya, saya nampak dia dan dengar suara dia.. itula agaknya yang didengar bestfriend saya.
Bestfriend saya yang memang tahu kisah saya dengan AH.. akhirnya dia masuk campur, dia dan tunangnya pecah masuk bilik, nampak saya dah macam kain buruk dan bawa keluar. Sebelum tu sahabat saya lap badan saya tukarkan baju kemaskan bilik.
Dia menangis lihat saya macam tu dan ayat yang keluar dari mulut saya, Ti aku rindu sayang AH, kenapa dia buat aku macam ni kat aku. Sahabat saya cuma maklumkan, sudahla, AH tu lelaki jahat kalau baik dia tak buat kau macam ni.
Bestfriend saya panggil kawan – kawan saya yang lain datang rumah kemudiannya untuk bagi semangat. Salah seorang fixed appointment untuk jumpa psychi4trist swasta. Saya attend appointment dengan psychi4trist tu tapi agaknya method dia tak sesuai dengan saya.. tak jadi apapun, saya tak habiskan rawatan.
Waktu kerja saya memang consumed dengan kerja tapi lelahnya bila fikirkan waktu malam dan weekend sebab saya akan ada dalam dunia yang mana AH akan ada dalam dunia khayalan saya. Penat dan s4kitnya rindu sayang patah hati pada orang yang tak sudi dengan kita.
Akhirnya saya makan ubat tidur. Setiap hari saya ambil kalau weekend hampir 24 jam saya tidur. Jangan tanya mana saya dapat pil tidur, pernah saya memang sengaja makan lebih dengan harapan biar tidur terus, tapi saya tetap bangun, kecewanya saya waktu tu sebab saya dah tak sanggup hidup sedih menangis hari – hari teringatkan AH.
Waktu dan ketika tu solat saya memang entah kemana sebab itula agaknya m4kin giIa saya jadinya. Moga ALLAH ampunkan saya yang sangat h1na ini. Keluarga dan rakan pejabat semua tak tahu apa jadi sebab bila depan mereka saya happy go lucky dan senyum 24 jam.
Lama – lama saya takut saya m4kin giIa saya tanya sahabat saya tau tak apa – apa rawatan alternatif untuk rawat jiwa saya. Saya penat hari – hari 24 jam menangis. Dia bawa saya ke pusat perubatan islam di bangi dan saya dapat rawatan.
Hari pertama selepas rawatan saya masih menangis, tapi petangnya saya seolah – olah lupa langsung pada AH, ingat, tapi macam tak ada perasaan. Beberapa minggu kemudian terserempak dengan AH di luar saya dah tak sedih rindu teringin jumpa dia.
Betul – betul tak ada perasaan nampak dia tapi hati saya kosong. Beberapa bulan selepas itu, dapat berita AH akhirnya memang bercerai dengan isteri dia dan dia dah ada pun pengganti, orang yang maklumkan, ke hulu kehilir AH bersama dengan buah hati barunya tu.
Masa dengar berita tu hati saya cuma kosong. Sedih tapi bukan sedihkan AH, sedihkan diri saya yang macam orang giIa rindu dan dambakan kasih sayang dia. Sekarang dah 2 tahun benda ni berlalu dan saya masih ada tr4uma dengan kesedihan melampau tu.
Saya sedar apa yang saya hadapi ni biasa – biasa, mungkin ada orang cakap tempah peny4kit bercinta dengan suami orang. Tapi itula ujian saya. Sampai sekarang tr4uma dengan perasaan sedih tu masih ada, masa datang perasaan tu, saya tak dapat nak lelap mata asal nak tutup mata, terimbau sedih sayunya saya waktu ditinggalkan AH.
Sahabat saya maklumkan saya jadi macam tu sebab tak dapat closure. Saya menulis di confessions ni sebab saya tr1ggered balik dengan tr4uma ditinggalkan AH minggu ni. Saya tak mahukan dia tapi perasaan hopeless, sedih sebak kecewa tak ada semangat tu muncul semula.
Sesak d4da saya bila perasaan tu datang semula. Malam susah tidur dan saya letih bila pagi untuk keluar kerja. Sahabat saya maklumkan sebab saya tak berdepan dengan tr4uma saya tu, buat rawatan untuk lupakan AH bukan secara amali dapat lupakan dia.
Entahlah… Harap pembaca dapat berikan kata – kata semangat pada saya. Macam mana nak dapatkan rasa redha tu, move on.. – Ana (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Nor Arfa : Tak berbaloi m4ti kerana seorang lelaki. Yakin pada ketentuan Allah dan yang paling jelas lelaki tu bukan baik pun. Carilah lelaki yang menerima kita seadanya, jujur dalam apa jua yang berlaku. Menerima keburukan kita seadanya.
Tak payah nak salahkan diri sendiri. Lelaki macam tu sememangnya dia dah tengah susun alasan untuk buat awak mer0yan dan akhirnya lepas. Putvs dan dia nak awak rasa awak yang bersalah. Buktikan pada lelaki tu yang awak tak terhegeh pada dia. Yakin pada Allah.. Insya allah.. akan ada lelaki yang awak perIukan bukan yang awak nak.
Shawn Kardashawn : Boleh rasa s4kitnya tu. Satu hari nanti bila tt dah bertemu jodoh yang betul, tt akan berkata “oemji, naseb baik tak kawen dengan mamat loser tu dulu”. Dah ade bini pun mengaku bujang. Kalau dia kawen dengan buah hati baru tu pun, tak must4hil dia buat balik per4ngai kaki skandal tu.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.