Doktor ini buat permohonan MAAF setelah dikecam buang ‘Fake Food’ di Majlis kenduri

TuIar hari ini apabila seorang doktor memuat naik status dilaman facebook miliknya kerana anak-anak beliau telah diberikan dengan makanan ringan yang baginya tidak berkhasiat.

Daripada kenduri semalam, inilah yang anak-anak saya dapat. Bagi saya ini semua fake food, yang dipenuhi dengan gula, perasa tiruan, pengawet dan bahan-bahan kimia. Sedikit pun kami tak sayangkan benda-benda macam ni. Kami terus buang ke dalam tong sampah.

Untuk beri kepada anak-anak orang lain pun saya tak sanggup. Mungkin jika buat kenduri selepas ini, tolong berikan real food seperti buah-buahan dengan sebagainya daripada fake food macam ni.

Status yang dibuat menarik perhatian netizen, dan rata-rata tidak bersetuju dengan cara beliau yang membuang makanan tersebut. Selain itu, tuan rumah kepada majlis kenduri tersebut turut meninggalkan komen memberikan penjelasan.

Menurut pihak tuan rumah, beliau juga bersetuju dengan apa yang ditulis oleh doktor berkenaan tentang keburukan makanan tersebut yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Tetapi makanan tersebut dihidangkan dalam bentuk buffet dimana menjadi pilihan kepada para tetamu untuk ambil ataupun tidak. Beliau pelik mengapa terlampau banyak makanan ringan yang diambil oleh anak doktor berkenaan.

Melihat pada reaksi kurang senang daripada netizen, doktor berkenaan telah bertindak untuk memadam status tersebut. Malah beliau telah membuat permohonan maaf kepada pihak tuan rumah dan orang ramai.

Bagi pihak netizen mungkin cara doktor tersebut membuang makanan ringan tersebut adalah salah. Sepatutnya beliau perlu memantau anak-anaknya supaya tidak mengambil makanan tersebut terlebih dahulu.  Netizen pun cukup-cukup lah mengecam, beliau telah mengaku salah dan memohon maaf. Ini sekaligus memberi pengajaran kepada kita supaya lebih berhati-hati bila bersuara.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..