Duit bantuan BRIM semua mak ambil. Bila saya nak pinjam, RM1 pun dia catat dalam buku hutang

Selepas bercerai saya duduk dengan mak ayah saya tapi masalahnya mak sangat berkira. Kalau anak saya minta RM1 untuk beli makanan dia akan tulis kat buku dan anggap sebagai hutang. Bila saya nak keluar bekerja mak tak nak tolong jaga cucu – cucu..

Assalamualaikum admin dan para pembaca. Saya nak kongsikan kisah hidup saya, saya pernah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak bersama bekas suami. Dia berumur 33 tahun, kerja kampung, seorang yang malas kerja. Tengoklah, kalau rajin dia kuar pergi kerja, kalau malas dia akan tidur je tiap hari. Semasa menjadi isterinya, dia abaikan nafkah saya dan anak – anak.

Suami kaki d4dah, minum ketum, keluar masak penjara benda biasa, tiap kali g4duh dia akan pukuI saya. Ketika itu saya penat sangat – sangat, dengan nak uruskan hal anak – anak lagi, nak uruskan rumah lagi, duit memang tak ade langsung. Sewa rumah dah 7 bulan tertunggak, akhirnya kami pindah tinggal bersama keluarga dia.

3 orang anak saya semua ada asma dari kecil lagi, selalu keluar masuk hospitaI. Selepas anak ke-3 kami lahir, suami m4kin kerap tak balik, jadi saya sendiri yang uruskan anak – anak, duit jangan cakap, memang tak ada langsung walaupun tinggal dengan ibu mertua dan ipar, tapi mereka tak ambik peduli. Masing – masing uruskan hal masing – masing. Diorang butakan mata, pek4kkan telinga

Bila saya call suami tutup HP, s4kit sangat – sangat hati saya, tuhan je yang tahu. Semasa anak berusia 50 hari, anak asma teruk dan lemah sangat, terus dikejarkan ke hospitaI. Seminggu anak dalam tu, sepanjang anak kat hospitaI suami dan keluarganya tak datang pun melawat anak. Sedih sangat – sangat masa tu. Selepas anak dibenarkan balik, saya nekad UNTUK bercerai. Saya sendiri pergi ke mahkamah, dan mahkamah bagi surat kat suami, akhirnya kami bercerai. Saya balik tinggal dengan family saya.

Walaupun tinggal bersama family, saya rasa MACAM orang asing, Ayah saya ok, tapi mak saya seorang yang cukup berkira dengan anak – anak dan cucu. Kalau anak saya minta RM1 dengan mak saya untuk beli makanan atau apa – apa mak saya akan tulis kat buku dan anggap sebagai hutang. Kadang – kadang pampers anak dah habis saya terp4ksa pinjam dengan mak RM30. Bila saya nak keluar pergi kerja pun tak boleh sebab mak tak nak jaga cucu – cucu, kalau saya bagi dekat pengasuh, tentu mahal.

Sekarang ni saya cuma tolong adik saya berniaga, syukur saya dapat bantuan dari MAIDAM, saya dapat bantuan sewa rumah, sekarang ni saya duduk dengan anak – anak je. Bila anak sihat saya tolong adik berniaga, saya cuma tolong packingkan barang dia, dapatlah sikit boleh buat belanja sekolah anak saya. Haritu saya dapat brim tapi mak saya awal – awal lagi dah minta duit dia. Tinggallah rm30 UNTUK kami anak beranak, pampes anak dah abis, terp4ksa saya belikan pampes UNTUK anak dulu, walaupun beras dah nak abis.

Kadang – kadang bila beras tinggal 1 cawan je, saya terp4ksa masak bubur kosong UNTUK kami, cuma tambah kicap garam. Sekarang ni m4kin kerap anak – anak masuk wad, bergilir – gilir. Masa dalam wad, saya takde duit 1 sen pon, saya dan anak cuma makan makanan yang diberikan oleh pihak hospitaI, anak kat rumah saya bagi mak tolong jaga UNTUK sementara. Bila saya balik saya terus ambik anak kat rumah mak.

Minggu lepas anak ke sekolah, saya terp4ksa bagi bekal nasi kosong dengan telur. saya cari syiling – syiling celah dinding rumah dan dalam beg, dapatlah 80 sen, saya peIuk civm anak, saya minta maaf kat anak, tu je ibu mampu sediakan. Anak – anak angguk je tanda faham.

UNTUK bekas suamiku dan bekas mertuaku, semoga Tuhan bagi baIasan kat awak semua, sebab abaikan nafkah anak – anak. Dan semua yang membaca, tolong doakan saya kuat. Dan doakan anak – anak saya supaya sihat selalu, dah tak perlu kuar masuk wad lagi. Terima kasih.

Antara komen netizen :

Cik Ana : Nak tuntut apa keje pon tak. Penagih lagi. Alang – alang awak dah duduk rumah sendiri awak jadi la pengasuh yang baik. Jaga anak – anak sambil ambil upah mengasuh. Beli kerepek atau apa – apa packing semula dan letak di kedai – kedai terdekat. Minta bantuan zakat atau baitulmal. InsyaAllah ada rezeki awak.

Shery Nas Daniel : Kenapa tak pakai lampin untuk anak, bila keluar barulah dipakaikan pampers. Buat kerja dari rumah dik, jadi pengasuh ke atau adik ambil upah kemas rumah orang. ambil upah Iipat baju ke, promot la kat fb yang adik masuk group – group kat fb yang boleh mendatangkan hasil. Untuk anak – anak yang asma, rumah jangan langsung ada berhabuk. Sentiasa bersih persekitaran dalam dan luar rumah. Usahalah untuk hidup demi anak – anak, memandangkan tiada yang nak membantu adik.

Mawar Berduri : Kita  tak boleh nak salahkan ibu kandung TT sebab ibu dia mesti tak suka TT kahwin dengan lelaki pen4gih dan pemalas. Tapi TT tak nampak lagi hingga betul – betul terjadi. Bila anak – anak tak cukup makan baru minta cerai. Dah nasihat dari awal TT tak nak terima, siapa jadi ibu pon tak kan terima. Inilah baIasannya, bila anak dah berderet baru nampak silap suami kemudian minta cerai dan minta tolong semula dengan ibu bapa. Siapa pon akan berkira!!!. Ingat sikit kat dunia nyata ni semuanya perlu gunakan duit!!!.

Pada keluarga mertua pon memang diorang salah 100% sebab langsung tak nasihat anak lelaki untuk jadi suami dan bapa yang bertanggungjawab. Dah tau ada anak lelaki yang tak guna dibiarkan anak lelaki kahwin buat ape? Nak jadi Mak pon kena cerdik juga, ini dok lepas tangan! Bekas suami pon salah juga, hanya tau nak isi tomboIok sendiri je. Kalau dah tau tak suka kerja dan suka ambik ketum, ambik d4dah tak payahlah kahwin dengan anak perempuan orang. Ini sampai dah ada anak macam tu juga tak ada perubahan. Bila benda dah jadi mak ayah keluarga bekas suami memang buat tak tahu je. Sebab diorang nak tutup a1b sendiri ada anak lelaki yang tak guna.

Norlida N Nordin : Cuba ko minta zakat atau kebajikan atau daftar dengan E-kasih. Kalau semua tu tak dapat ko try plak BersamaMu. Bila ada masa belajar kemahiran macam buat kek atau menjahit supaya ko boleh mula kerja dari rumah slow – slow kayuh takpe, janji tak perlu tinggalkan anak – anak dan boleh bekerja ikut masa yang ko ada. Nak tak nak memang kena usaha jugak. Bantuan tu hanya sampingan je. Kalau duduk kawasan taman perumahan, boleh bukak payung depan rumah. Buat aiskrim 1Msia ke, jual nugget ke burger. Apa – apa je lah yang boleh mendatangkan pendapatan. Untuk modal perniagaan boleh mohon amanah ikhtiar tapi kena bayar balik nanti. Semoga Allah murahkan rezeki ko anak beranak

Noor Aznita Zainoldin : Sis, kita kena kuat sebagai ibu, jika kita lemah anak – anak jugak akan lemah. Demi Allah sis, Allah menduga kita kerana kita kuat, jangan sesekali down depan anak – anak sis. Tolonglah, saya jugak mempunyai masalah tapi tidak seprti sis tapi saya kuat bertahan untuk anak – anak. Saya telan pahit saya tunjukkan manis. Saya percaya sis seorang yang kuat.

Apa kata anda?