Duit gaji tak cukup, isteri sanggup berlapar tunggu aku balik. Aku takde duit nak isi minyak, isteri bagi duit. Aku malu..

Isteri hanya akan makan bila saya sudah balik dari bekerja. Jadi saya tak tergamak untuk kenyang di pejabat sedangkan isteri berlapar di rumah. Kami akan makan bersama di rumah setelah saya pulang, lauknya hanya sekadar mengalas perut..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum Admin. Tolong jangan hide profile saya. Nama saya Joe Janggut. Inilah kisah saya. Serba sedikit saya kongsi kisah saya ni untuk pembaca, mungkin tak menarik tapi ada sikit pengajaran.

Saya seorang suami. Isteri saya tidak bekerja. Sebelum ini dia bekerja tapi setelah dibuang kerja, saya meminta untuk dia menjadi surirumah sepenuh masa. Gaji saya tidaklah banyak untuk tampung kehidupan di Kuala Lumpur.

Mungkin besar pada pandangan orang tapi hakik4tnya komitmen saya hanya cukup – cukup makan. Belanja rumah sendiri, rumah ibubapa dan ibu ayah mertua. Isteri saya selalu mengutamakan ibubapa kami dahulu sebelum menyelesaikan urusan hidup kami.

Pengurusan kewangan saya serahkan pada isteri kerana saya tidak suka pegang duit tapi kelulusan pengeluaran duit atas persetujuan kami berdua. Untuk Mak ayah, tidaklah banyak sekadar RM 500 serumah untuk mak ayah saya dan ibu ayah mertua.

Atas komitmen yang banyak, saya tidak makan di tempat bekerja. Isteri pula tidak makan di rumah kecuali bila saya sudah balik dari bekerja. Jadi saya tidak tergamak untuk kenyang di siang hari sedangkan isteri saya berlapar di rumah.

Kami selalu makan bersama di rumah setelah saya pulang walaupun lauknya hanya sekadar mengalas perut. Kerana duit hanya cukup – cukup untuk sebulan. Setiap urusan rumah saya selesaikan, atas cinta dan sayang saya tetap memberikan duit nafkah belanja isteri separuh seperti gajinya dahulu.

Walaupun demikian, isteri saya tidak pernah mengeluh, malah duit yang saya beri kadang – kadang diberikan semula kepada saya untuk saya mengisi minyak kereta. Saya tak nak terima sebab saya malu tapi kadang – kadang isteri saya mendesak untuk saya ambil sebab katanya takkan hanya bawak RM50 seminggu ke tempat kerja.

Isteri saya tidak pernah mengeluh dengan kehidupan kami. Dia tidak pernah meminta barang – barang yang mahal, malah apa yang saya beri itulah yang dia terima. Kadang – kadang dia bosan di rumah disebabkan tidak bekerja, setiap kali balik kerja saya akan membawa dia pergi ambil angin di taman kemudian singgah minum di kedai.

Saya tidak dapat lukiskan kegembiraan di wajahnya setelah sehari suntuk di rumah. Isteri saya selalu mengutamakan saya walaupun saya malu untuk menerimanya. Saya merasakan hidupnya susah dengan saya tapi dia selalu mengatakan dia tidak pernah sebahagia ini walaupun kami tidak mempunyai apa – apa.

Saya pernah hendak membeli rumah tapi perkataan yang keluar dari mulutnya adalah, “Kita hidup sementara abang, pakailah apa yang ada.” Melihat ramainya wanita merungut tentang suami sendiri, saya bersyukur dikurniakan isteri yang faham agama walaupun bukan lulusan pengajian agama.

Keredupan mata saya pada isteri saya seorang. Penat lelah saya hilang bila melihatnya di rumah. Dia selalu berhias dan berwangian untuk saya. Saya menulis sebagai perkongsian kerana banyak post negative vibe tiap hari, bahawa masih wujud Isteri yang terlalu cintakan suami, dan suami yang sangat mencintai Isterinya.

Kehidupan berumah tangga adalah seperti ombak di lautan. Ada pasang surutnya yang penting jangan mengalah dan berputus asa. Selalu ingat kehangatan pertama anda bercinta dahulu. Kepada Suami, hargailah wanita yang meninggaIkan ibubapanya jauh untuk hidup bersama anda.

Susunlah duit dan cuti untuk membawa isteri anda pulang ke rumah orang tuanya selagi mereka masih hidup, tidak perlu menunggu raya. Anda bukan berkahwin dengan anak yatim piatu. Bukanlah kerap balik ke kampung tapi perkara ini boleh dirancang awal.

Hargailah isteri anda, sayangiIah dan cintailah dia. Jangan khi4nati cinta dan kepercayaan dengan berlaku curang. Jika ingin menambah kuota, katakan dengan jujur. Jadilah yang berani tunjukkan kepimpinan bukan keg4nasan.

Bantulah isteri walaupun dia hanya surirumah kerana tugas seorang surirumah juga sangat sukar dan mulia. Jadilah ketua keluarga yang sebenar. Kepada Isteri, muliakanlan Suamimu. Dia mungkin kasar, dia mungkin seperti tidak menghargai tapi jauh disudut hati dia sangat mengagumi mu.

Berlemah lembutlah dalam perkataan dan perbuatan. Jangan biarkan dia makan sendirian, jangan biarkan dia tidur bersendirian. Jangan menceritakan keburukan suami kepada sesiaapun kecuali sudah sampai kepada kegan4san dan mengancam keselamatan.

Kepada kita semua, selalulah mengadu kepada Allah SWT yang membolak balikkan hati manusia. Selalulah berkomunikasi walaupun dalam perkara – perkara yang remeh. Jangan biarkan komunikasi terputus walau sesaat. Angkuh tidak menjadikan engkau mulia, mengalah tidak menjadikan engkau h1na, berlemah lembut lah sesama manusia.

Komen W4rganet :

Faiqah Hanan : Kelakuan seorang isteri biasanya mengikut rentak suami. Jika suaminya baik, aman lah rumah tangga, jika suami jahat dan culas, maka huru hara la segalanya. Isteri akan bersyukur bila dapat suami baik dan menghargai, dan begitulah sebaliknya. Suami cerminan isteri.

Masdziana Said : Cerita camni la yang seronok dibaca. Suami isteri saling melengkapi dan menghargai. Suami isteri yang tau tanggungjawab masing – masing.. Semoga kalian berbahagia selalu, dipermudahkan segala urusan dan jodoh kalian berkekalan hingga ke Syurga.

Has Niza Hasnol : Isteri cerminan suami, baik layanan suami, begitu la layanan isteri. Layan isteri macam permaisuri, dilayannya suami bagaikan raja. Semoga encik dan isteri bahagia ke jannah. Semoga Allah permudahkan urusan encik suami isteri dan dimurahkan rezeki selalu berkat tidak lupa berbakti dengan ibu bapa. Amin amin..

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.