Dulu ex-BF suruh gugurkan kandungan, skrg dia & isteri berebut nak anak aku sbb diorg xde anak

Atas kesilapan dulu, aku mengandung anak luar nikah. Sewaktu tu, lelaki tu suruh aku gugurkan kandungan dan biarkan aku besarkan anak seorang diri. Sekarang ni, dia dan isteri datang cari aku nak tuntut hak sebab diorang masih tak kurniakan zuriat. Sehingga satu hari aku perasan..

#Foto sekadar hiasan Kisah 1 : Aku perantau, bekerja jauh dari keluarga. Atas kesilapan masa lalu, sekarang lahirlah seorang anak perempuan. Aku namakan dia, Tiha sekarang dah umur 2 tahun 5 bulan. Macam biasalah, seronok sama – sama tapi bila si perempuan mengandung, yang lelaki akan hilangkan diri.

Yup situasi itu juga berlaku pada diri aku. Bila dia suruh aku gugurkan Tiha, aku menolak sekeras – kerasnya. Maka dengan itu dia tinggalkan aku. Segala FB, WhatsApp, Call semua lelaki itu bIock aku. Kami tinggal di bandar yang sama, malah aku juga tahu lokasi rumah keluarga dia.

Tapi tak apa, aku tak de pun nak pergi merayu meratap depan rumah keluarga dia. Dah orang tak sudi bertanggungjawab, aku bawak diri. Biar aku bertanggungjawab atas d0sa sendiri. Aku lalui sendiri, keluarga juga tidak tahu apa yang dah terjadi.

Dalam aku menghitung hari tunggu kelahiran Tiha, dapat perkhabaran lelaki itu telah seIamat menikahi wanita lain. 5 hari selepas itu, Tiha lahir pun ke dunia. Air mata gembira dan sedih bercampur. Tiha mewarisi lesung pipit milik aku tapi mata, warna kulit cerah, hidung, mulut semua mewarisi milik lelaki itu.

Alhamdulillah selama hadirnya Tiha, Allah murahkan rezeki aku. Aku berpeluang menunaikan umrah dan memilki rumah sendiri di bandar ni. Hiduplah kami anak beranak bahagia berdua. Ada yang cuba datang menyinggah tapi aku terlalu bahagia dengan Tiha sehingga aku tak perlukan kasih sayang seorang lelaki dalam hidup aku lagi.

Lagipun adakah lelaki yang sanggup menerima prempuan seh1na aku? Pakej kahwin seorang dapat free anak seorang? Ayah instant? Aku sedar diri, sebelum terj3rat dengat perasaan hati, awal – awal lagi aku dah jauhkan diri.

Aku khabarkan pada keluarga dan rakan, Tiha merupakan anak angkat yang aku jaga sejak baby. Alhamdullillah keluarga sayang sangat pada Tiha. Setiap bulan kena balik ke utara, kalau tidak atok dan nenek bising, rindu pada Tiha.

Dari jauh dapat perkhabaran, 2 perniagaan lelaki itu Iingkup ,perniagaan kedai makan jugak gulung tikar. Dari 3 buah kedai aircond kini hanya berniaga di tepi jalan sahaja. Dari isterinya goyang kaki di rumah, kini bersama – sama berdiri di jalanan.

Aku abaikan perkhabaran itu bagai angin lalu. Tiada apa lagi yang perlu aku ambil tahu. Sebolehnya aku elak untuk lalu di kawasan perumahannya dan di kawasan dia menjaja. Tapi sejak aidilfitri lepas, lelaki itu menelefon kembali.

Dia t4gih kemaafan dan hak anak pada aku. Dikhabarkan pada aku, dia sudah insaf dan bertaubat. Sepanjang perkahwinan mereka belum memiliki anak, rezeki susah nak menyinggah. Dit4gihnya kasih sayang dari Tiha.

Disampaikan niat untuk jadikan aku isteri yang kedua, mahukan anak kedua yang secomel Tiha. Adakah aku kilang pembuat anak untuk kekurangan kamu berdua? Haruslah aku tolak. Kata sudah taubat, mesti kau tahu antara kau dan Tiha, halal untuk kau kahwini. Jadi tiada istilah d4rah daging antara kau dan Tiha.

Muka Tiha seiras dia, sukar untuk aku bohong tentang status tiha. PanggiIan telefon berakhir tanpa kata sepakat. Dia berkeras, aku berdegil. Tiha hak aku seorang. Hari demi hari, aku diganggu di telefon dan FB.

Isterinya juga mengganggu aku. Sehingga waktu pulang kerja, aku diekori dari office. Separuh perjalanan, Allah sedarkan aku ada kereta mengekori. Bila aku membelok ke balai polis terus hilang kereta itu. Mereka terdesak untuk tahu tempat tinggal aku.

Baru ini, satu panggiIan telefon di office aku, bertanyakan alamat rumah aku dan menyampaikan fitnah. Ada antaranya fitnah yang ditambah – tambah untuk sedapkan cerita. Wah, rupanya sebegitu sekali mereka terdesak untuk dapatkan Tiha.

Sehinggakan aku dipanggil oleh top management dan disoal siasat. Kini aku dipandang h1na. Sehingga kini aku masih nafikan cerita itu, Tiha bukan anak yang lahir dari perbuatan terkutuk aku. Bertalu – talu soalan mengenai status Tiha diajukan pada aku.

Bertalu soalan kenapa aku masih membujang, walhal umurku sudah lewat 30-an. Tak sanggup lagi aku bertahan disini. Namun masih belum ada rezeki untuk aku dapat tawaran kerja lain. Maka bertahanlah aku pada pandangan sinis rakan sekerja.

Dahulu bukankah kau yang mahu membvnuhnya? Cukuplah kamu berdua suami isteri menggangu hidup aku dan Tiha. Kau dah musn4hkan masa depan aku, tak perlulah kau musn4hkan periuk nasi aku. Itu sahajalah sumber pendapatan untuk aku dan Tiha hidup.

Tak ada ke sekeIumit pun rasa beIas dalam diri kamu berdua? Aku tidak bersuami seperti perempuan sebaya aku yang lain. Susah, s4kit sempitnya wang, semua aku tanggung sendiri. Tiada satu sen pun duit titik peIuk kamu berdua mengalir dalam d4rah Tiha.

Aku tidak menyebarkan a1b kita pada keluarga mertua dan keluarga kau. Masih tidak tahu bersyukurkah kamu berdua? Sedaya upaya aku tutup a1b kita, semudah itu kau buka? Aku lemah, aku tak berani meIawan. Bila top management nasihatkan aku untuk ambil tindakan undang – undang, aku kaku, aku kelu.

Mana mungkin aku buat begitu. Tindakan itu hanya akan dedahkan siapa Tiha yang sebenarnya. Keluarga aku bagaimana? Kerjaya aku bagaimana? Maafkan ibu sayang, mereka geIar Tiha anak h4ram, anak k0tor. Tak sayang, Tiha sesuci kain putih.

Tiha anak yang baik sepanjang 2 tahun 5 bulan. Tiha anak yang paling senang untuk ibu besarkan seorang diri. Sepanjang 9 bulan sangat senang mengandungkan Tiha, ibu langsung tiada alahan, ibu tak mengidam benda mahal – mahal.

Tiha terlalu kecil sehinggakan rakan sekerja tak perasan ibu usung Tiha ke sana sini dalam perut sewaktu bekerja. Allah mudahkan ibu. Maafkan ibu sebab terlalu penakut untuk mempert4hankan Tiha. Moga Allah beri baIasan setimpal pada mereka.

Para pembaca, tolonglah doakan kesejahteraan aku dan Tiha. Moga Allah sentiasa meIindungi kami berdua dari fitnah, khi4nat dan d3ngki manusia. Tak mudah besarkan anak seorang diri. – ibu Tiha.

Kisah 2 : Anak Kesayanganku Hilang. Assalamualaikum semua. Harap sangat kisah aku ni disiarkan. Aku nak mintak tolong sangat ni. Aku tak tahu nak cari jalan macam mana lagi. Aku harap ada yang boleh komen bagi aku cara untuk aku selesaikan masalah ni.

Aku ada ambil sorang anak angkat, aku ambil dia masa umur dia seminggu. Mak dia kawan baik aku, dia mengandung tanpa nikah. Nasib baiklah anak tu anak lelaki. Aku bagi nama dia, Adam. Adam ni memang tak nak menyusu badan dari lahir lagi, tak tahu la kenapa.

Mungkin Allah nak permudahkan aku bila ambil jadi anak angkat kot. Benda ni terjadi masa umur aku 22 tahun. Aku mintak kawan aku ni jaga Adam dulu sementara aku nak setelkan hal uni sebab tinggal seminggu je sebelum aku grad.

Setel semua aku terus bawak balik Adam balik kampung aku. Keluarga aku jenis tak kesah sangat, diorang lagi suka aku ambil Adam sebab rumah kami tak pernah ade baby. Adam jadi buah hati semua orang walaupun makcik – makcik aku pun asyik nak pinjam Adam je.

Mainan Adam ni berbakul – bakul sebab hari – hari orang belikan dia mainan. Apa dia nak semua dia dapat, memang semua sayang dekat Adam ni sebab walaupun dia dimanjakan, aku tetap tegas dengan dia, jadi dia memang dengar kata dan tak pernah nak meng4muk bila tak dapat apa yang dia nak.

Sekarang Adam dah 4 tahun, kejap je besar. Mak kandung dia, aku panggil A jela ye. A selalu jugak datang tengok Adam bila dah besar ni. Kadang – kadang bawak balik rumah dia 2 3 hari. Aku tak kisah sangat sebab mak kandungkan.

Mak dia ada la jugak hulur RM50 sebulan, tapi tu jela. Pampers mula 2 tahun Adam dah tak pakai dah. Aku ajar pergi toilet kalau nak buang air. Baju, barang – barang lain memang aku keluar duit sendiri. Adam kurang sikit dengan A ni.

Depan mata aku, A pernah t3ngking Adam sebab tak nak ikut dia. Akhirnya dia dukung je Adam bawak masuk kereta. Aku cakap pujuk dulu baru bawak dia, kesian dia nangis macam tu. Nanti keluar la ayat – ayat meny4kitkan hati dari A ni.

Itulah kau manjakan sangat sampai nak marah pun tak boleh. Aku bukan tak bagi marah, Adam tu nangis sebab tak nak dengan mak dia. Kena la pujuk, tunjuk yang kau tu sayang dia. Bukan dengan cara t3ngking, mak dia ni memang eg0 dari dulu.

Tak pernah dengar nasihat orang. Kalau Adam balik rumah aku mesti cerita dia kena cubit, marah. Masa tu aku fikir mungkin sebab Adam nakal, buat salah ke ape. Jadi tak boleh la aku asyik nak backup Adam je. 3 bulan lepas aku seIamat mendirikan rumahtangga.

Suami aku ajak ikut pindah dengan dia, aku nak bawak Adam sekali duduk dengan aku tapi keluarga aku tak bagi. Diorang nak jaga Adam, takut rindu dekat Adam. Berat hati aku nak tinggal Adam tapi aku janji tiap – tiap bulan aku balik.

Semuanya ok sampai la bulan lepas si A datang nak jumpa Adam, dia nak bawak balik rumah dia. Mak aku tak bagi sebab esoknya Adam sekolah. Adam sekolah taska untuk umur 3 dan 4 tahun. Si A kata kalau macam tu nak bawak sekejap je pergi makan.

Jadi mak aku ok, mak aku bagi mykid Adam ni kalau keluar memang kami bawak mykid. Dipendekkkan cerita Adam tak balik sampai tengah malam. Bila telefon A beratus kali baru nak angkat. Dia kata kejap lagi balik, ade hal la, ape la.

Lepastu terus off HP. 2 hari aku tak dapat contact A. Aku sanggup terus tinggal kerja dan balik kampung pergi rumah A tapi tak de orang. Aku tanya tuan rumah dia cakap A dah pindah. Allah! terduduk aku dengar. Aku takut sangat A bawak lari Adam.

Sana sini aku cari, semua orang aku tanya. Sehinggalah satu hari tu aku terjumpa sorang kawan A ni, aku tanya pasal A. Dia kata, dia tolong hantar A pergi rumah boyfriend dia pada malam A bawak Adam tu dan Adam pun ada sekali.

Aku mintak tolong kawan ni bawak aku pergi rumah tu. Dalam perjalanan dekat 2 jam baru sampai. Bila dah sampai aku bagi salam tapi tak ade yang keluar. Motor A ni ade je dekat rumah tu. TV dalam rumah aku nampak hidup je.

Sampai menjerit aku bagi salam dekat pagar baru la ada yang keluar. Boyfriend A ni keluar, dia cakap A dengan Adam tak de .Tak pernah pun datang sini, dia pun tak tau A dekat mana. Aku tanya pasal motor A, dia cakap dia dah beli dari dulu.

Sedangkan motor tu la yang A guna masa ambil Adam haritu. Kawan ni pun cakap dia yang hantar A dengan Adam dekat rumah ni. Dia dengan muka b3ngang terus marah – marah aku suruh ber4mbus. Dia cakap aku tak boleh buat apa – apa sebab A tu mak kandung dia.

Aku akan kalah jugak kalau ambil tindakan. Ye, aku silap sebab terlalu percayakan kawan aku sampaikan aku tak terfikir nak buat surat perjanjian atau hitam putih. Aku tak sangka sampai boleh jadi macam ni. Sekarang dah sebulan tak de khabar berita dari Adam dan A.

Aku pergi lagi rumah tu tapi tak ade orang. Bila aku tanya jiran, dia kata memang ada laki bini duduk dengan anak dia sorang. Kahwin pun tak lagi, laki bini ape nya. Aku tak tau dah nak buat macam mana, aku dah pergi balai untuk mintak pendapat tentang perkara ni.

Polis cakap tak boleh nak buat apa sebab A tu mak kandung Adam. Aku dah buntu tak tahu nak buat macam mana lagi, 4 tahun weh, 4 tahun aku jaga dia, s4kit demam dia. Pertama kali dia berjalan depan aku, hari pertama dia ke sekolah, setiap kali hari jadi dia aku buat majlis besar – besar, semua dengan aku.

Tiba – tiba dia hilang macam tu je. Rindunya aku dekat Adam sampai menangis setiap kali teringat. Ada yang suruh aku slow – slow lupakan Adam. Dah tak ade jalan lagi dah untuk aku dapatkan Adam balik tapi benda ni bukan mudah.

Aku nak cuba usaha jugak cari jalan dapatkan Adam. Please help me guys. Kalau – kalau korang ada cara ke. Terima kasih semua. – Ibu Adam

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?