Bekas suami ambil kereta Bezza atas nama aku tapi tak bayar bulanan. Nama aku dan ayah aku masuk CCRIS. Aku naik bank, aku sc4m bekas suami aku macamana dia buat kat aku dulu..
Sambungan dari Part 1 : Keluarga aku dan keluarga mertua berg4duh luar mahkamah. Aku call polis, buat muka suci tak berd0sa. Kak ipar c4bar.. Hi! mesti hampa duk tunggu sambungan kisah kan. Hehe. Kebetulan harini aku ada mood nak menulis, kalau ikut aku memang 70% aku dah lupa banyak sangat.
Ni semua effect makan ubat anti depr3ss. Memang banyak memori lupa. Jadi nak tulis pun macam tak best, sebab dah lupa “feel” tu. Tapi kalini saja aku nak tulis saki baki yang aku masih ingat dan update kehidupan sekarang.
Walaupun takde orang kesah. Tapi aku nak update juga. HAHA. Aku bahagikan kepada beberapa bahagian, mungkin pendek je confession kalini. Dan santai saja. Mari kita bertenang semua, memandangkan dah hampir setahun bercerai. Bahagian pertama aku akan cerita kisah kereta bezza, bahagian kedua kisah aku buat serangan sosiaI media, bahagian ketiga nafkah anak dan bahagian terakhir update kehidupan selepas perceraian.
Kisah Kereta Bezza. Sampai ke harini ex aku masih dengan tak sedar dirinya, loan nama aku, kereta nama aku. Malah dia bayar selama ni, tapi tu tanggungjawab lah sediakan pengangkutan untuk anak bini. Di beIah aku dan family aku, kami langsung tak hingin bezza tu, kalau ambil balik pun kami akan jual je. Memang takmau dah la tengok kereta tu.
Tapi ex aku buat naya dekat ayah aku (ayah penjamin), dia tak bayar kereta tu sampai nama kami kena ccris. Pastu nak tau tak aku sc4m ex aku. KIKIKIKI. Kisahnya, dia tak bayar kereta tu 3 bulan, dan monthly kereta tu auto deduct dari akaun aku.
Aku memang yakin, satu hari bila kereta nak kena tarik mesti dia akan bayar lump sum 3 bulan. Jadi aku cuba sc4m dia sepertimana dia duk sc4m aku jer selama ni. Aku pergi bank aku cancelkan auto debit. Kuakuakua. Pastu bila dah cancel, aku tunggu je dengan penuh kesabaran, dia akan bayar lump sum 3 bulan.
Betul seperti jangkaan aku, pada suatu hari kereta nak kena tarik, dia pun masukkan amount lebih kurang 1.3k untuk bayar tunggakan. Dan dengan hati yang keras dan takde rasa bersalah aku declare tu duit aku yang dia hutang.
Sebab dia ada ambil duit aku around 5k macam tu untuk invest saham menatang apa ntah dulu. Yang akhirnya saham tu sc4m dia. Ni salah satu per4ngai ex aku yang aku tak tahan nak hadap. Dia suka skim cepat kaya. Suka habiskan duit untuk invest di platform cepat kaya.
Per4ngai dia yang ni la antara penyumbang aku mental. Sampai tr4uma lah dengan perkataan investment and “gold”. Bila dia tau dia kena sc4m dengan aku, memang dia meng4muk la. Siap kata aku pencuri duit dia dan ugvt nak buat report polis.
Aku dengan malas layannya hanya cakap “silakan” buat report polis. Biar polis tu rasa aneh kes ni, naik kereta orang, masukkan duit dalam akaun orang pastu nak claim orang mencuri pula. Begitu aneh ya tuan – tuan dan puan – puan.
Satu ketika, hampir 6 bulan kot dia ada tunggakan kereta dan dia sembunyikan kereta tu. Memang s4kit otak la juga aku dan ayah aku. Sebab bank ligan kami, sampai kami buat report polis untuk redakan situasi bank asyik call.
Fast forw4rd, dia bayar tunggakan (tapi aku tak tahu berapa bulan) dan bank pun tak ganggu kami dah. Cumanya dia tak settle lump sum tunggakan, so nama kami still kena ccris. Tu yang ayah aku hangin ja dengan ex aku, sebab ayah aku eksiden total loss kereta, nak beli kereta baru loan tak lepas sebab nama ccris, sudahnya beli kereta 2nd dan bayar cash.
Aku lagiIah, selagi tak habis settle kereta tu (ada 4 tahun lagi) selagi tu tak boleh berangan nak beli rumah. Huhu… So far, bab kereta tu memang tak settle pun dan kami biarkan saja. Dah dia kebulur sangat. Ambil je lah. Pihak kami marah sebab dia tak bayar ja, kalau dia bayar kami totally okay, sebab kami tak hadap pun kereta tu. Aku dah cukup bersyukur dengan axia aku. HAHAHA.
Untuk pengetahuan, aku dah buat semua seperti yang disarankan hampa pasal kereta tu tapi semua ada kekangan dan sukar. Level sukar, sampai cari orang luar lah untuk tarik kereta. Tapi tu lah, sukar sebab disembunyi.
Kisah Ser4ngan SosiaI Media. Kisah ni pendek ja. Sebab aku dah banyak lupa. Yelah, setahun lepas kan. Lagipun takde benefit nak ingat. Yang aku ingat, lepas lawyer aku cakap “puan, orang lelaki ni kalau kita nak tuntut cerai kita kena bagi dia pressure, bila dia pressure baru dia ceraikan puan, puan tak boleh duk buat minta cerai elok – elok, baik – baik”.
Fuh, lepas lawyer cakap macam tu, aku duk tulis di FB je kisah ni. Tapi kena hati – hati, aku tulis tapi tak mention dia. Aku pakai nama pihak defendan. Aku up conversation salam 5k dia, aku cerita per4ngai h4ntu mak jemah makpak adik beradik dia dan per4ngai dia yang g4ntung aku tak bertali.
So, bila aku expose into social media, dia jadi pressure sebab dia rasa aku dah burukkan nama dia dan famili dia. Dia terasa. Padahal aku langsung tak mention dia. Wek. hahaha. Sampai dia ugvt aku lah, takkan ceraikan aku kalau tak buat permohonan maaf secara terbuka. LOL.
Atas nasihat lawyer, memang aku ignore je permintaan dia tu. Kita kena tahu satu hal, dalam undang – undang perkahwinan islam ni, ada sampai level hakam. Jadi tak perlu takut dan gentar kalau dapat suami yang terlalu “berkuasa”. Islam tak ani4ya kaum hawa / isteri. Sentiasa ada jalan bagi setiap kesukaran.
Dan satu lagi aku nak share, bab permohonan maaf secara terbuka ni, better tak payah buat, tak kira lah isu apa pun. Sebab aku ada baca kisah orang bankrup kena sc4m dengan company. Company tu salah pastu dia update dia FB company dia bermasalah. Kemudian, company tu suruh buat permohonan maaf secara terbuka.
Bila dia buat macam tu, lawyer counter balik yang dia sendiri mengaku dia memfitnah company, company saman malu berjuta – juta sampai dia bankrup. Jadi take note ye pasal permohonan maaf secara terbuka ni. Kadang – kadang orang terdesak sangat, sanggup je buat, rupanya menyusahkan diri balik. Licik.
Kisah Nafkah Anak. Hari perceraian dah diarahkan oleh mahkamah atas persetujuan semua pihak, RM800 untuk dua orang anak. Kira sebulan sorang RM400 lah. Tak termasuk nafkah tahunan (sekolah dan raya). Masuk sekolah sorang RM500 dan raya sorang RM250.
Bulan pertama lepas bercerai je dia bayar RM800. Pastu bulan seterusnya dia tak bayar. Bulan kemudiannya aku meng4muk, dia bayar sikit – sikit sampai cukup RM800 dan lepas pada tu sampai ke harini dia tiba – tiba m4ti. HAHAHA (baca : tak bayar langsung).
Aku pun dah malas mengemis nafkah anak dah, memang aku decide #misipenjarakanbekassuami akan aku lancarkan. Cuma tunggu right time. Sekarang aku kan di borneo, susah nak ulang alik. So, aku hold dulu, kita tengok sejauh mana dia nak lari. Lagi jauh dia lari, dari dekat dia ke jeriji besi.
Raya haritu aku dah ke pejabat agama dan mahkamah untuk advice pasal nafkah anak. Depa dah guide aku dah step by step. Masa tu dekat 3k tunggakan. Nampak sikit je kan, tapi kalau tunggu 30k ingat dia mampu nak bayar segedabak? Baik aku tuntut sebelum amount membiak.
So sebelum aku failkan kes tuntutan saman nafkah anak, aku call dia dulu untuk last discussion. Aku tanya dia “h4ng memang nak masuk penjara ka, memang dah takmau bayar nafkah anak ka, takpayah buang masa aku, habaq cepat”. So dia minta masa.
Lepas bincang tanpa hasutan keluarga dia masuk campur, kata putus aku bagi masa sampai december 2024 sahaja untuk dia langsaikan semua. Cukup 30 december 2024 masih ada tunggakan, 31hb tu aku pergi court terus failkan kes. Aku dah malas cakap banyak dah, sebab drama ni dah terlalu panjang. Aku cakap dan aku buat.
Tau – tau dia terima saman. Tau – tau eh dah jadi pendakwah dalam penjara pokok sena. Eh eh secepat itu masa berlalu. HAHAHA. Aku ni kalau ikut level kek3jaman, aku takde lah k3jam sangat. Aku nak biar lantak lah, asal tak ganggu aku dan anak – anak.
Tapi masih berbaki sisa geram dekat mak ayah dia yang terlalu mengagungkan anak dia sampai keluarkan statement dekat mak ayah aku macam ni, “anak kami sempurna dah kami bagi didikan agama dari kecik sampai besar, anak hampa tu yang bermasalah”.
Oh well, mari kita lihat beginikah hasil anak yang sempurna didikan agama? Culas dan abai tanggungjawab yang akan dipersoal di akhir4t kelak. Baiklah, tutup kisah nafkah anak, kalau nak cerita strugglenya aku surv1ve dengan gaji gred 41 ni, memang takkan habis. Tapi rezeki Allah sentiasa ada. Ntahlah, takde lagi hari kami kena puasa, ada ja rezeki dari yang Maha Esa. Ada ja orang baik – baik hati duk sponsor tiket balik semenanjung apa semua. Ada ja bahagian rezeki anak – anak aku.
Update Kehidupan Terkini. Lepas aku bercerai tanpa setitis air mata, aku rasa macam gunung kinabalu atas bahu aku dah lebur guys. Ringan bahu, ringan otak. Rasa macam bahagia giIa aku dah takkan hidup dengan orang jahat.
Haa, sampai teqa tu lah aku punya lega. Anak – anak so far alhamdulillah, sangat memahami. Tak pernah sebut nak call bapak diorang ke, nak jumpa ke apa, tak pernah. Dan aku pun sentiasa ingatkan yang bapak diorang abai nafkah diorang.
Supaya anak aku membesar dengan ingat kudrat mama susah payah besarkan depa berdua. Kiranya aku dan anak – anak aku memang dah hidup aman damai makmur maju jaya di borneo ni tanpa gangguan ex aku. Tapi ada lah seminggu sekali, kadang – kadang, jarang – jarang bapak diorang call.
Tu pun aku tengok anak – anak aku macam malas je nak cakap. Aku malas ambil kisah part ni, as long as aku cakap benar pada anak bapak dia macam mana, aku rasa dah selesai part aku. Aku takmau menipu anak aku cakap bapak diorang itu ini yang baik – baik saja umpama malaik4t untuk mengaburi anak – anak. NO. Aku cakap benda yang betul. Biar anak faham dari kecik hakik4t bahagian ujian kehidupan mereka.
Bila aku dah jadi single mum ni, circle masalah aku pun m4kin berkurang. Circle aku m4kin kecil dan objektif hidup aku m4kin jelas. So untuk tahun 2024 ni, aku dah start fokus untuk career development aku. Next year t4rget nak naik gred 44 dan sambung phD sebelum umur 35 dengan penajaan HLP.
Kalau tak dapat HLP, mungkin aku akan terus apply sampai umur 45 HAHA. Ingat aku mudah putus asa ke? Memang takla, aku jenis try hard sampai to the max. Selain fokus buat dokumentasi untuk kenaikkan pangkat, fikir sambung phD, aku just nak reset balik fokus pendidikan anak – anak.
Lagi satu, aku start terima jemputan untuk bagi talk di sekolah dan aku mula cari keberanian untuk share pasal mental illness, study and so on kisah hidup aku yang kacau bilau ni HAHA Tu je buat masa sekarang. Selagi jodoh belum berkunjung tiba.
Eh tapi cakap haritu dah takmau kawen dah? HAHAHA. Ikut tr4uma aku, memang aku dah tak caye sape – sape dah, tapi mak aku keep bising suruh aku kawen lain sebab aku akan menghabiskan duit laki dia (ayah aku) bila aku single macam ni. HAHAHA.
Mak Mertua Tak Jadi. Lepas aku bercerai haritu, kawan aku (kenalkan sebagai kak N), dia kenalkan aku dengan abang dia dan itulah penyesalan paling nyata. GiIer weih, tiba – tiba abang dia penuhi apa yang aku cari. Priority aku memang aku nak duda tanpa anak. Aku memang takmau orang tak pernah kawen.
Aku rasa seram sebab dia tak tau dunia marriage ni macam mana dan aku percaya bila dia dah pernah menikah dia learn something atas kegagalan lepas. Macam aku. Ada part aku usaha baiki supaya kalau jadi isteri kembali hidup lebih terarah dan terisi. Ah gituew.
Kak N ni melobi abang dia dengan bersungguh. Seminit ja aku cari di FB, sapa abang dia and not bad. Ada rupa, ada kerjaya stabil dan paling penting takde anak. To be short, aku macam percaya je kak N punya story, sebab kak N ni dia ada satu kuasa di mana dia boleh describe diri aku dan semuanya betul.
Kadang – kadang aku sendiri confuse dengan diri aku, tapi dia lebih kenal aku. Sebab tu bila dia melobi abang dia, aku percaya sungguh – sungguh itu semua benar. Tapi sabar dulu, benda macam ni tak boleh buat lawak.
Walaupun aku suka buat main. Sebelum aku buat keputusan nak tunggu sampai dia kawen dengan orang lain, aku tengok weakness aku dulu. Aku jenis tak boleh terima kehidupan kalau tak sekepala dengan mertua dan ipar.
Serius weih, suami tu macam mana per4ngai pun aku boleh hadap, sebab dia sorang ja bermasalah (tapi takmau la hat jahat hampa pun, moderate ja). Tapi kalau makpak adik beradik skali bermasalah, memang aku surrender. Memang aku tak mampu.
So, aku tak ambil langkah nak pastikan abang dia ok ke tak dulu, tapi aku ambil langkah nak pastikan mak dia ok ke tak (depa takde ayah dah). Dipendekkan, masa aku balik raya haritu, uitm kedah buka vacancy, aku suruh kak N apply.
Hiks, pastu rumah aku dekat la juga dengan uitm kedah tu, aku saja nak jumpa kak N. Tapi aku suruh dia bawa mak dia weih. Dia memang tau dah t4ktik aku HAHAHA. Dan dia pun bawa mak dia sekali masa tu. Aku dah mind set dah, perjumpaan pertama kalau mak dia buat sombong berlagak dengan aku macam ex mentua aku, memang redflag lah.
Bukan takat redflag tapi akan aku hapuskan terus abang dia dari listing. Amazingly, perjumpaan pertama aku dan mak dia sekepala weih. Kami boleh sembang topik yang sama dan membahan bersama. HAHAHA. Tapi tak habis di situ ya, orang kata nak kenal sesorang kena travel dengan dia dulu.
So aku plan yang kedua, bawa mak dia pergi short vacation. Sebab nak tengok aku ni boleh hidup tak dengan mak dia. Kadang – kadang heran juga, aku nak berkenalan dengan mak dia ke anak dia? Tapi priority aku lebih pada nak cari mertua yang bagus dari anak yang soleh HAHAHA.
Sebab aku yakin lagi percaya mak mertua yang bagus mampu selamatkan anak dia dari berbuat kurang baik pada menantu, Arr gituew. So, dipendekkan, aku ajak kak N short vacay 2H 1M di resort ni. Pastu aku terus ajak mak dia sekali.
Macam tak caya mak dia nak ikut. So aku pun macam okay, jom. Kita naik satu kereta. So boleh kenal each other lagi mendalam. Alhamdulillah, mak dia memang baguih weih, jenis mak – mak mertua outspoken tapi caring. Macam mak aku. Macam per4ngai aku. HAHAHAHA.
Pastu kak N cakap pula, “mak aku dah la suka orang kipas dia, bertemu pula h4ng kaki kipas, memang sejuk je lah mak aku”. HAHAHA. Dipendekkan lagi, bila aku dah berkenan mak kak N ni buat mak mertua, aku cerita ja dekat family aku.
Kira famili aku semua tau dah. Yang masih tak tau apa abang kak N ja. HAHAHA. Kami memang suka buat keje giIer. Famili aku tengok gambar semua, depa ok ja. Siap diviralkan lagi pasal ni dekat sed4ra mara. Mak aku siap declare abang kak N menantu dia lah, padahal takpernah jumpa pun. Kemain tau, tak sabar nak transfer bebanan bela aku. Huhuhu.
Bila aku dah berkenan dengan mak dia, dengan adik beradik dia, baru aku propose (eh?) abang kak N untuk taaruf / kenal dengan lebih mendalam. Tapi tu lah wajiaq betoi, dia tolak. Bila disemak, dia bagi alasan aku ada mental illness. So dia pun takmau take risk (kot?).
So, aku macam mana? Sebab benda belum bermula, jadi , aku ok ja, walaupun relaps kejap sehari dua. HAHAHA. Tapi sebab dah bina hubungan baik dengan mak dia dan memang sisterhood dengan kak N, aku terus je jaga ukhwah yang dibina.
Anggap je lah bakal mak mertua tak jadi. Kalau balik semenanjung pun aku rasa aku ok je nak pi ziarah mak kak N apa semua, aku kan memang jenis meriah gini. Tapi tu lah, lepas bercerai tahun lepas, abang kak N bukan yang pertama dalam listing, tapi dia yang pertama aku “trust”.
Mungkin sebab relationship aku dengan kak N dah 10 tahun, tu aku percaya dia. Banding orang lain yang suka aku, aku reject gitu ja. Sebab aku takut dan tak percaya. Dan aku masih tak berubah dengan sikap aku nakkan mertua yang best dan ipar yang best.
Aku cuba buang prinsip ni kalau kawen lagi, tapi tak boleh. Sebab aku dah dibesarkan dalam keadaan mak ayah aku ada mertua ipar best. Aku pun nak gak arrr macam tu. InsyaAllah one fine day. Tapi lani kalau sapa tanya pasal kawen lain, memang aku just jawab “dak dah kot, dah kena reject dah. So decide nak tunggu juga sebab dah berkenan dengan mak dia nak buat mentua.”.
Just simple like that aku jawab. Straight to the point. KAH! Oklah dah 4.30, masa untuk tumb out dan ambil anak sekolah. Setakat ini saja kisah merdeka seorang isteri. Sekian. Bagikan doa – doa yang indah, – Wafda (Bukan nama sebenar)