Dulu isteri sangat baik dan penyayang, lepas saya kemaIangan dan Iumpuh isteri berubah

Saya tahu isteri tertekan, dia terus berubah 100 peratus. Keadaan bertambah teruk bila isteri dah mula sep4k teraj4ng saya. Banyak kali kaki saya dipijak dan disep4knya. Walaupun saya tak rasa s4kit tapi saya sangat terIuka. Satu hari saya terjatuhkan tudung kesayangan, dia meng4muk dan tolak kerusi roda hingga saya jatuh..

#Foto sekadar hiasan. Saya dah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki. Awal perkahwinan kami semuanya baik. Saya bekerja swasta dengan gaji yang cukup untuk menampung keluarga. Isteri saya juga bekerja. Dia isteri yang baik, menghorm4ti saya dan melayan saya sebagai suami selayaknya.

Namun, segalanya berubah setelah saya terlibat dalam kemaIangan motorsikal awal tahun lepas semasa balik kerja. Doktor sahkan saya Iumpuh kekal separuh badan dari pinggang ke bawah kerana saraf tunjang saya r0sak teruk selain daripada beberapa tulang saya pat4h. Allah sahaja yang tahu betapa celarunya fikiran saya waktu tu.

Bermula saat itu, isterilah yang menjadi tempat berg4ntung. Dengan monthly rumah, kereta, bil – bil utiliti dan kelengkapan dapur. Isteri yang mulanya lemah lembut, penyayang, berubah 360 darjah. M4ki hamun jadi kebiasaan baginya setiap hari. Saya ada juga usaha untuk bantu dia dengan libatkan diri dalam bisnes online. Tapi, apalah daya yang saya ada dengan keadaan Iumpuh masa tu. Akhirnya, saya semak1n tidak dipedulikan dan yang paling saya terkiIan, hampir setiap hari isteri cakap,

“Kenapalah kau tak m4mpus je acc1dent haritu, hidup pun menyusahkan aku!!!”.

Allahu. DIA sahaja yang tau perasaan saya waktu tu. Saya faham isteri sangat tertekan dan saya cuba bersabar. Dengan duit tak mencukupi, dulu serba lengkap, kini serba tak kena. Saya pulak dah cac4t (Saya pemegang kad 0KU).

Keadaan bertambah teruk bila isteri dah mula sep4k teraj4ng saya. Banyak kali kaki saya dipijak dan disep4knya. Walaupun saya tak rasa s4kit (kesan Iumpuh, anggota badan tak rasa bila ada sentuhan) tetapi hati saya sangat terIuka min, diperlakukan oleh orang yang kita sayang. Saya pula diarahkan tidur bawah, beralaskan tilam bujang.

Cuma, saya bersyukur, dalam d3rita, Allah hadirkan seorang sahabat yang sangat baik untuk saya. Setiap hari sahabat saya akan meIawat saya, temankan saya, mandikan saya dan sediakan makanan untuk saya. Setiap hari min dia jaga saya. Allah, Allah, Hanya Yang Rahman sahaja yang mampu baIas jasa kau sahabat. Dia tau d3rita saya walaupun saya tak pernah cerita layanan isteri sejak saya Iumpuh.

Tanpa pengetahuan isteri, saya minta sahabat saya uruskan claim insurans dan socso (kemaIangan dalam tugas). Dia lah yang bantu saya, papah saya turun naik ke pejabat insurans, uruskan pula claim socso semasa isteri saya keluar kerja.

Setiap malam saya qiamullail min. Setiap malam pukuI 3 – 4 pagi, saya akan bangun bertaubat kepada Allah, mengadu nasib kepada Maha Pencipta. Setiap malam selama berbulan – bulan saya menangis di depan Allah min. Saya meratap nasib saya, menangis akui betapa kerdiInya saya di depan Yang Maha Kaya. Saya bertaubat sungguh – sungguh min, mungkin saya laIai dan Ieka dengan kemewahan yang Dia bagi selama ni hinggakan Dia murka dan tarik nikmat saya sekelip mata.

Satu malam tu, saya terlewat bangun untuk qiamullail, dalam pukuI 5 pagi, tak macam selalu pukuI 3 pagi. Saya bangun tergesa – gesa terus ke bilik air. Sampai di pintu dapur, baru saya tersedar min, yang saya ke bilik air tanpa kerusi roda. Allah, Allah. Menangis saya min, terus saya sujud syukur kat pintu dapur tu. Saya menangis lama sujud syukur kepada Allah min. Sangat lama. Dia Maha Kuasa, mampu pulihkan saya walaupun doktor dan perubatan sendiri sahkan keadaan saya yang akan Iumpuh seumur hidup. Hati saya meronta nak naik ke bilik atas, nak k3jutkan anak isteri saya, nak bagitau yang saya dah boleh berjalan semula, yang saya dah tak cac4t lagi. Tapi, sebahagian hati saya menghaIang min. Jadi, saya ambil keputvsan nak surpr1se kan dia pagi nanti.

Pagi tu, saya bersiap kemas – kemas, dan pura – pura duduk atas kerusi roda sambil buat sibuk sidai baju di luar. Masa isteri saya keluar nak ke tempat kerja, saya terjatuhkan tudung kesayangan dia sebab ampaian tu agak tinggi dengan keadaan saya berkerusi roda waktu tu. Habis dia meng4muk sakan min, m4ki hamun saya macam tak ada hari esok untuk dim4ki, ditolaknya pula kerusi roda saya sampai saya tersungkur kat lantai min. Kebetulan sahabat baik saya baru sampai depan pagar rumah berlari dapatkan saya, dan itu adalah pertama kali dia nampak sendiri sikap sebenar isteri saya yang tak pernah saya cerita pada dia. Terk3jut dia min, sampai dia bangun nak tamp4r isteri saya.

Nasib saya sempat halang, dan sedarkan dia yang nak ditamp4r tu isteri saya. Isteri saya bertambah marah, masuk ke dalam, dia campak semua kain baju saya keluar min. Dia menj3rit – j3rit halau saya dari rumah saya sendiri, dia m4ki hamun saya depan sahabat saya, depan jiran – jiran yang sama terk3jut bising – bising pagi tu. Menangis saya min. Tu je mampu saya buat. Hanya kerana tudung. Sahabat saya cuba untuk papah saya ke kerusi roda semula, tapi saya haIang. Saya bangun sendiri, kutip satu – satu pakaian saya dalam keadaan terhincut  -hincut.

Saya nampak reaksi terk3jut sahabat dan isteri saya sebab saya mampu berjalan sendiri. Saya bungkus pakaian saya dengan kain pel1kat, saya gerak ke kereta sahabat saya. Sahabat saya hanya ikut saya tanpa kata apa – apa. Saya hanya mampu ucapkan kat isteri saya, “Halalkan makan minum abang sepanjang abang tak sihat. Abang maafkan awak dunia akhir4t, abang redha, abang ampunkan awak,”. Tersedu – sedu saya menangis min.

Sambungan..

Tq semua sahabat yang mendoakan saya. Moga doa kalian berbalik semula dalam urusan kalian dan dipermudahkan.

Masa saya dalam kereta sahabat saya tu, saya terus cari kerja dalam fb yang ada sediakan tempat tinggal, yang sesuai dengan keadaan fizikal saya yang masih tak mampu kerja kuat dan berdiri lama. (Yang mana sahabat saya dalam fb dan group mencari kerja fb pasti tau siapa saya).

Sahabat saya marah betul pada saya masa tu sebab sembunyikan masalah saya daripada pengetahuan dia. Dia ajak saya menumpang rumah dia, tapi bagi saya, cukuplah saya dah menyusahkan dia selama ni. Saya minta dia untuk tinggalkan saya di Masjid **** sebab di sana ada rakan jemaah yang saya kenal dan pernah sama – sama ikut mereka tabligh. Marah sahabat saya, Amin sebab saya berkeras juga nak ke sana. Maafkan aku sahabat, cukup banyak dah aku susahkan kau, tiba masa aku mencari kedamaian di jalan Allah.

Mak saya dan keluarga masih ada, cuma saya tak mahu menyusahkan diorang. Lagipun, saya tak mampu nak bgtau hal ni pada mak saya, saya bimbang mak marah, kecewa, dan demi menjaga a1b isteri saya sendiri.

Sampai di masjid sana, saya terus mencari Ust Adi (bukan nama sebenar) yang mesra saya panggil sebagai ‘abang’, seorang muallaf Myanmar berstatus PR di Malaysia. Ketua jemaah di sana. Dia peIuk saya, menangis sama – sama saya walaupun dia belum tahu masalah saya. Dia macam rasa hati saya waktu tu. Allahu.

Di sana, dia yang jaga saya, bantu saya untuk mandi dan solat walaupun saya dah boleh lakukan semua sendiri. Risau katanya. Moga Allah baIas jasamu bang, dunia akhir4t.

Saya dapat beberapa panggiIan untuk bekerja dalam fb. Dan akhirnya saya memilih satu kerja yang sangat sesuai dengan kudrat saya dan setimpal dengan kelayakan saya. Alhamdulillah. Tapi beliau tak benarkan saya untuk bagitahu siapa beliau, takut r1ak katanya. Tahu apa yang saya rasa waktu tu? Allah ambil nikmat saya hanya satu, tapi Dia pulangkan 1000 lain kenikmatan yang tak tercapai dek akal saya. Allahuakbar.

Saya mula bekerja dengan beliau dan diberikan tempat tinggal yang sangat selesa. Saya diajak tinggal di rumahnya. Setiap hari dia bantu saya, segala kelengkapan mandi, selimut, dia belikan untuk saya. “Hari ni hari kau, hari abang tak tahu bila dan macam mana”. Ayat tu yang dia selalu ulang – ulang sampai ke hari ni. Insya Allah, selagi khidmat saya dia perlukan untuk bekerja dengannya, selagi tu saya akan terus bekerja bersungguh – sungguh untuk bantu dia dan untuk naikkan syar1kat. Doakan kami.

Setelah beberapa bulan bekerja dengan majikan baru saya, pihak insurans maklumkan claim saya dah lulus dan minta saya untuk ke pejabat. Allahu, saya terima pamp4san ratusan ribu ringgit termasuk claim socso. Allah, Allah. Syukur sangat min. Saya tak tahu nilai apa saya ni di sisi Allah, sehinggakan Allah berikan nikmat sebegini banyak kepada saya. Sahabat – sahabat yang baik, majikan yang mulia, staff pejabat yang rajin menolong saya, kini duit pula yang Allah bagi. Apakah Allah ingin menguji saya sekali lagi? Hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Sejak dari tu, isteri saya tak putvs – putvs hubungi saya siang dan malam. Dia kata dia menyesal perlakukan saya macam tu, dia nak saya pulang ke sisi dia. Dia kata anak rindukan saya, walhal sebelum ni, anak saya nak dekat dengan saya pun dia tak bagi, dia kata takut berjangkit cac4t nanti. Baru sekarang nak ingatkan saya soal anak? Teruji iman saya min dengan kemarahan. Tapi saya pendamkan dalam hati. Saya tahu Allah uji saya.

Saya juga memasukkan sejumlah wang claim tu ke acc isteri sebagai nafkah dia dan anak. Dia masih isteri saya, wajib saya sediakan nafkah utknya. Saya tahu tu. Begitu juga anak, dia tetap anak saya.

Cuma, perlu ke saya kembali ke pangkuan isteri saya? Saya sangat – sangat buntu min. Bantulah saya semua para pembaca.

Komen Warganet : 

Zaiton Abd Rahman : Tak boleh nak salahkn isteri juga. Beban perasaan yang dia tanggung, semua perbelanjaaan rumahtangga dia kena tampung, mana tak str3ss isteri tu. Mana nak kerja, nak uruskan anak dan suami yang hilang upaya, siapa pula yang nak simpati dengan si isteri? Bila jiwa dah tertekan, sebab itulah dia boleh bertukar watak sedangkan dulu dia seorang isteri yang baik, melayan dan menghorm4ti tt dengan selayaknya bak kata tt sendiri. Ujian Allah untuk tt dan isteri.

Kalau dulu waktu s4kit tt boleh buat solat Tahajud setiap malam, kenapa sekarang tidak ditambah satu lagi solat? Solat Istikharah untuk mohon petunjuk daripada Allah. Kalau ikutkan hati yang kecewa kerana perbuatan isteri dahulu, lepaskanlah dia.

Jangan lupa isteri tt juga sudah puas mer4na. Kalau tt ceraikan isteri, akan tenangkah hati kalau wajah isteri dan anakanda sentiasa di mata? Moga Allah beri petunjuk dan semoga ada sinar bahagia untuk tt.

Najaa Amran : Tetiba rasa nak komen jugak sebab rasa cerita nie paling menarik. Pada pendapat saya, perkara pertama buat solat istikharah, solat hajat dan solat taubat. Berkenaan isteri tu, saya rasa tak salah kalau bagi peluang kedua. Saya rasa mungkin isteri tuan str3ss sangat sebelum nie dan dia tak ada tempat nak luahkan perasaan dia. Bila orang dah biasa hidup senang, tiba – tiba hidup susah macam tu, lepas tu dia plak nak kena tanggung semua, sebab tu dia str3ss.

Saya tak cakap apa yang isteri tuan buat tu betul. Silap dia, dia tak boleh nak kawal kemarahan dan str3ss dia. Orang yang tak kena, mungkin boleh cakap macam – macam. Kalau betol dia tak nak bertangungjawab kat tuan, waktu tuan Iumpuh tu dia boleh tinggalkan tuan macam tu jer. Tapi dia masih jaga tuan. Cuma mungkin disebabkan dia penat dan str3ss, dia lepaskan perasaan tu dekat tuan. Mungkin lepas nie kalau tuan bagi peluang kedua, tuan boleh bimbing dan ajak wife solat berjemaah sama – sama, luangkan masa berdua macam waktu bercinta dulu. Cuba pupuk balik perasaan sayang tu. Ini cuma pendapat saya laa. Pokok pangkal, solat istikharah dan tanya hati sendiri. Semoga Allah permudahkan urusan tuan sekeluarga.

Nmii Els : Sedih saya baca tuan. Apa pon alasan isteri tuan, ianya tetap tak menghalalkan caranya untuk melayan tuan dengan sangat buruk. Sepatutnya dia bersyukur saat Allah uji dengan kecac4tan tuan pada waktu itu, Allah bagi dia kekuatan untuk gantikan tempat tuan mencari nafkah. Semoga Allah merahm4ti tuan dan teruskan berdoa untuk kehidupan yang lebih baik tuan. Semoga kami semua para isteri tidak berbuat perbuatan sebegini jika Allah berkehendak menguji antara kami juga kemudian hari.

Ruhaiza Samsudin : Aku perhatikan, ramai yang komen suh laki ni bagi peluang kat bini dia ialah perempuan. Sorry walaupun aku perempuan tapi aku tak sokong TT ni balik pada isteri dia. Nampak sangat nilai sayang tu hanya pada duit. Cuba kalau lelaki yang buat macam tu kat bini dia, kemain laki tu kena kecam berjemaah. Sebab dia aku tak sokong untuk balik semula. Bini TT siap doakn suami dia m4mpus masa acc1dent tu. Untuk TT awak bagi la sikit pamp4san kat isteri awak tu sebagai upah dia jaga awak masa s4kit.

Nina Khairina : Sangat – sangat memberi inspirasi kisah tt ni. Banyak pengajaran yang boleh diambil. Kita manusia sentiasa diuji dan teruji. Isteri dan anak – anak adalah amanah. Terpulang kepada tt kerana segala yang telah tt lalui selama ni adalah kekuatan dari kesabaran. Hanya tt yang tahu apa yang dirasai. Memaafkan tak semudah kata – kata, tapi dengan memaafkan, jiwa lebih tenang. Untuk terima semula, tt mintak petunjuk dari Allah lebih baik. Semoga tt ni dirahm4ti Allah dunia dan akhir4t. Amin..