Dulu kerja kerajaan kini hanya bergelar posmen, salah ke?

#Foto sekadar hiasan

Hai. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika confession saya ini disiarkan. Sebenarnya dalam hati tak teringin untuk berkongsi kelemahan saya pada semua orang. Tapi apa yang membuatkan saya menaip sekarang adalah faktor sekeliling, di mana benda ni membuatkan otak saya kusut dan tak tenteram. Sampaikan asyik tersalah alamat letak surat.

Saya bekerja sebagai posmen. Saya mempunyai 2 orang anak oku, 6 bulan dan 4 tahun. Isteri saya Iumpuh dari pinggang ke kaki selepas bersalin anak ke-2. Syukur ya Allah isteri saya masih bernyawa. Apa yang membuatkan saya kusut bila rakan sekerja, jiran dan saud4ra persoalkan, berapa wang simpanan? Kenapa tak simpan wang untuk kec3masan? Kenapa boros? Dah ada family kenapa tak simpan wang? Kenapa kerja posmen walaupun ada degree? Dah umur 30 pun masih macam tu nak hidup sampai bila macam tu kerja posmen?

Di sini saya nak bagitau benda yang saya dah penat sangat saya selalu bagitau. Ya, saya tak menyimpan.. Semua wang saya habis untuk nafkah anak isteri saya. Yang buat mahal adalah kos rawatan mereka. Saya juga nak tekankan, saya menulis ni bukan untuk minta bantuan atau derma sedikitpun. Ini melibatkan maruah saya sebagai seorang ketua keluarga. Terima kasih kepada Allah, walaupun saya tak menyimpan, tapi gaji saya cukup untuk sara keluarga saya setiap bulan. Lebih RM 100 – 200 tu saya akan masuk tabung anak saya. Jadi saya akan tunggu gaji bulan depan masuk.

Ini lah hidup saya, kenapa masyarakat perlu tekankan dan menguji em0si saya dengan memperIekehkan saya tak menyimpan wang kec3masan. Jika saya mampu, dah pasti saya akan menyimpan. Kenapa saya kerja posmen? Ya. Saya ada degree dan kerja government sebelum isteri saya Iumpuh. Tapi saya dapati kerja posmen ini lebih fIeksibeI buat saya. Tengahari kalau siap awal hantar surat, saya balik rumah uruskan anak dan isteri saya. Suap mereka makan. Isteri saya tak boleh masak. Jadi saya yang masak.

Saya kerja gov sebelum ni pjj dengan isteri, mana mungkin saya tinggalkan mereka. Walaupun isteri boleh menggunakan t0ngkat untuk bergerak.. Dan mereka (rakan sekerja, saud4ra mara, jiran) tahu keadaan isteri dan anak, tapi tetap membuatkan saya susah hati.. Siapa tak sayang anak isteri? PukuI 8 malam saya buat part time dekat kedai burger. Kalau anak isteri s4kit, saya tak buat. Saya jaga mereka dekat rumah.. Tapi walaupun begitu saya tak pernah sekali pinjam wang dari sesiapa pun.

Ya, saya tahu saya tak perlu dengar kata mereka. Tapi saya juga seorang manusia. Saya mempunyai hati dan perasaan. Jika ini berterusan, dah pasti saya l0st contr0l. Saya maafkan yang tidak tahu keadaan saya. Tapi yang dah tahu semua tu.. Perlu ke buat saya begini? Hujan panas terik saya redah nak bagi isteri saya nafkah. Apa lagi yang tak cukup? Adakah saya ini yang bersalah dalam hal ini wahai pembaca?

Wang kec3masan. Saya memang tak simpan, tapi bila anak saya s4kit.. Saya terus bawa ke klinik tak kira swasta atau kerajaan. Ketika itu, duit sentiasa ada. Allah sentiasa cukupkan mengikut keperluan saya dan keluarga.. Lagi satu, saya langsung tak ada pengetahuan tentang insurans. Mungkin ada yang boleh komen tentang ni? Saya kena bayar insurans tu setiap bulan ke?

Maafkan saya jika saya menulis confession ini dengan berem0si.. Saya hanya mahu meluahkan dan ingin pembaca semua, mengerti bahawa kerja posmen ni tetaplah kerja yang halal. Janganlah pandang negatif pada kami. Gaji kami tak banyak walaupun berpuluh beratus surat kami hantar sehari. Jadi tolonglah faham… kami juga manusia.. Kami juga cuba untuk buat yang terbaik untuk keluarga.. Perlukah saya kerja gov sebagai tanda sayang kepada keluarga? Adakah kerja posmen ini tandanya saya tak sayang keluarga sebab gaji sikit?

Sekian, terima kasih wahai pembaca dan admin. Waktu rehat dah habis. Chiaw hantar surat dulu. Assalamualaikum.

– Tukang hantar surat

Perkongsian yang dibuat oleh penulis benar-benar meny3ntak hati para pembaca. Ramai yang memberi kata – kata semangat dan bersimpati dengan apa yang men1mpa penulis. Semoga penulis akan terus kuat dalam menjalani ujian dan cab4ran dalam hidup.

Komen Warganet :

Zaitil Zulkifli

Tuan, yang penting rezeki yang barakah. Ada simpanan menggunung tinggi tiada gunanya jika hati gund4h guIana. Tiap – tiap antara kita rezeki tu ada kerana itu jaminan Yang Esa. Biasalah manusia yang ada kalanya niat nak mengingatkan tapi terlupa hati yang tergur1s. Apa pun teruskan kehidupan tanpa mengeIuh dan berserah kepadaNya. Nikmat Allah swt boleh Dia tarik dan bagi anytime tanpa kita sedar.

Muhammad Nazim

Ya Allah.. kadang – kadang aku rasa masalah dalam hidup dah cukup besar dan membebankan tapi bila baca luahan confessor aku ters3ntak, ada yang lebih berat dug4an hidupnya, tetapi masih boleh bahagia dengan segala kekurangan. Aku doakan kau dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik dan terus jadi seorang suami dan ayah yang menjadi contoh yang baik untuk kami para lelaki..

Fatiema Mustaffa

Allah bersama anda. Pada Saya, Tak apa tak Ada saving asalkan tidak meminta. Sedangkan ada pepatah mengatakan pakai la sesuatu sehingga habis. Selagi belum habis, jangan beli baru. Untuk elakkan pembaziran. Jadi di sini Saya nak samakan gunakan gaji yang ada sehabis baik, daripada kita cari lebih, menyebabkan kita lupa dan leka sehingga membazir. Semoga awak terus kuat ya

Zuliati Yanina

Memang payah tak nak peduli. Bila kita susah dan orang perIekehkan kita memang kita akan peduli walau sedikit. Tapi saya boleh doakan awak jela, semoga dipermudahkan segala urusan, dikurangkan dan dijauhkan dengan orang sekeIiling yang hati hitam, yang buat awak jadi tak tent3ram. Banyakkan berdoa teruskan hidup, jangan mengalah. Kerja kalau halal walau gaji kecik tetap berkah tu ada insyaAllah. Goodluck!

Zeqya Amani

Moga murah rezeki confessor sekeluarga, selalu dalam Iindungan Allah dan diberkati rezeki. Yang bagi cukup tu Allah. Ada org rase secure dah sebab ade saving tiap bulan tapi aturan Allah tak ada siapa boleh pertikai. Tiba – tiba kereta rosak, still kene keluarkn saving tu. So tak payah la nak tanye ko ni takde saving ke. Kita hidup kene bertawakal kat Allah no 1. Apa-apa kerja halal pun ok, yang bagi duit pun Allah.

Orang yang buta hati bagi dia kalau kerja best – best mesti gaji besar besar. Sedangkan yang bagi duit bukan majikan or kerja tu. Ade orang dah kerja tiba – tiba company bankrvpt tak dapat bayar gaji. Ada orang dah dapat duit gaji tiba – tiba kene r0mpak. Tak dapat merase duit gaji, so bertawakkal dan berserah lah pada Allah.