3 tahun kahwin aku buat per4ngai tak masak. Siang ikan sampai sekarang aku tak reti dan tak nak belajar pun. Yang aku tahu, bila aku bangun tidur, mak mertua dah siapkan bekal untuk suami aku dan makanan aku..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum w4rga Facebook. Harini bukan nak meluah masalah rumahtangga, bercerai berai bagai. Aku cuma nak kongsi pengalaman sebagai isteri selama lebih 3 tahun kahwin. Ya, masih baru lagi. Semoga jadi inspirasi pada isteri – isteri yang malas masak macam aku.
Kalau cerita pasal masak memasak ni, rasanya macam satu pencapaian tertinggi untuk aku sebab sepanjang membesar aku ada bibik – bibik yang selalu masakkan untuk keluarga aku. Terlalu sikit sangat pengalaman aku dekat dapur sepanjang membesar.
Aku tak pernah masak sendiri untuk family dari A to Z. Semuanya aku cuma tolong sikit – sikit je, jeling – jeling je walaupun lepas dah kahwin ni pun. Tapi bila dah kahwin, barulah nak cuba masak kononnya untuk suami tercinta, nak bagi merasa air tangan isteri.
Tu pun banyak yang instant, santan kotak, ayam goreng frozen, sardin, nugger, fries. Ini dikira air tangan isteri jugak ke tak ye, haha. Bila aku tengok mak, bersungguh – sungguh masak untuk anak – anak, untuk aku walaupun hanya menantu je.
Dulu mak masakkan aku bekal, setiap hari. Aku bangun mandi, siap – siap, bekal dah siap. Bila aku bagitahu keluarga aku yang mak mertua masakkan aku bekal, dorang malu sebab mak mertua masakkan menantu bekal.
Inspiring betul sosok seorang mak. Aku memang tak suka masak – masak. Tolong – tolong pun sebab aku rasa takkan aku nak duduk menangguk tunggu makanan siap tak buat apa – apakan. Bila kahwin, aku tengok semua kakak – kakak ipar buat kerja kat dapur.
Aku sebagai menantu bongsu ni pun segan sebab aku sorang je yang tak pandai masak. Tapi syukur sangat, suami aku banyak bagi sokongan. Tak pandai masak takpe, asalkan rajin. Rajin tolong, rajin tanya. Untuk pengetahuan korang, aku tak kerja.
Umi aku pun cakap, nak buat apa – apa pun, be the best. Tak nak kerja takpe. Nak jadi surirumah, jadilah surirumah yang berkualiti. Aku pun terfikir. Betul. Sampai bila aku nak macam ni. Tak berubah. Kat rumah sendiri, aku buat tak endah. Tak masak. Makan pun suami asyik beli je.
3 tahun kahwin aku buat per4ngai tak masak. Dulu aku fikir sebab kita duduk berdua je. Buat apa susah – susah nak masak. Bazir masa, tenaga. Bila tidur rumah mak, suami pergi kerja, mak yang masakkan bekal jugak padahal anak dia dah kahwin. Kenapa mak dah tua pun masih buat kerja?
Pastu, aku tak tahu kenapa kat fb aku asyik lalu ceramah – ceramah manusia yang paling baik adalah manusia yang bermanfaat pada orang lain, masak adalah satu ibadah, bla bla bla. Macam tahu – tahu je fb ni nak nasihat aku supaya berubahkan. Okay, aku mula berubah. Aku cuba belajar masak.
Mula – mula tak sedap. Aku pun tak ingin makan masakan sendiri . Lama – lama ada perubahan, meningkat sikit la. Tapi belum setanding mak dan umi aku lah. Aku pun dah mula rasa seronok sikit main masak – masak sekarang.
Sekurangnya aku adalah aktiviti berfaedah kan daripada asyik main hp je. Alhamdulillah sekarang aku dah rajin masak tau. Aku masakkan bekal untuk suami, setiap hari aku bangun pukuI 4 pagi. Suami aku pergi kerja pukuI 5.30 pagi.
PukuI 6.30 petang dia balik, makan malam pun dah setel. Aku bangga sebab suami suka masakan aku. Dia makan pun bertambah. Aku pun boleh upload gambar masakan aku kat status whatsapp hari – hari. Adalah buat motivasi sikit supaya aku terus istiqamah.
Bukannya aku nak menunjuk tau, itu sebagai motivasi diri sendiri je. Macam aku cakap tadi, aku bersyukur suami aku sangat positif, dia bagi sokongan, bantu apa yang patut. Dia tolong siang ikan, cuci ayam. Buat masa ni, aku masih belum nak belajar siang ikan.
Tapi aku dah pandai cuci ayam. Buang – buang lemak dia apa semua tu kan. Buang kaki kepala ayam. Bahagian dalam ayam macam pedal, jantung, hati tu aku masih geli. Jadi benda – benda tu semua aku buang. Tapi aku suka makan pedal ayam, tapi bila tengok pedal mentah tu, ya Allah aku rasa nak munt4h apasal dia warna hijau aduhai.
Doakanlah aku kuat ya nak siang pedal ayam satu hari nanti. Aku dah pandai masak asam pedas, masak lemak, sayur – sayur tumis, sayur lemak, masak – masak kicap, masakan bersambal, masak merah. Kadang – kadang bila khairulaming lalu kat instagram pun, aku ada cuba buat resepi dia.
Aku teringin nak belajar masak macam – macam lagi. Semalam aku belajar buat sambal ketuk dengan mak. Ramadan dan raya kan dah dekat. Aku fikir nak belajar masak lauk raya pulak lepas ni. Okay tu je nak kongsi. Thank you baca aku meluah panjang – panjang ni. Taknaklah korang str3ss asyik baca pasal masalah rumahtangga je kan.
Komen W4rganet :
Afizatul Irani : Saya pon masa muda memang tak masak. Mak je yang masak hari – hari saya tolong je. Dah kahwin belajar sikit – sikit masak hari – hari call mak tanya resepi nak masak, belajar dengan mak mertua resepi yang suami suka.
Alhamdulillah 8 tahun dah usia perkahwinan dah pandai masak suami request je InsyaAllah boleh masak. Banyak jugak tengok resepi dan try. Masak ni memang seronok sebenarnya lagi – lagi suami dengan anak – anak makan dan puji sedap tu pon dah berbunga hati.
Hilda Hajis : Walau panjang pun gigih aku baca sebab vibes positive dia tu dan inspiring sesangat. Tak pandai masak takpe, janji rajin. Trust the process. Lama – lama nanti pandai la. Setuju part walaupun kita cuma surirumah, jadila surirumah yang luar biasa di mata suami dan anak – anak dengan cara masing – masing.
Dan sebaik – baik manusia adalah manusia yang beri manfaat pada orang lain. Aku pun suka masak, walaupun tak hebat mana pun tapi cukup la suami dan anak – anak selalu rindukan masakan air tangan aku. Sekarang slowly latih anak – anak pulak tolong masak. Kurang sikit keje Mak, heheheh
Nuri Ab Wahab : Good story. Ini baru cerita kisah rumah tangga. Cerita lain kadang – kadang ada yang rasa seperti di reka – reka dan seperti untuk membuat netizen menjadi batu api. Kadang – kadang ada juga yang jenis isteri yang tak bersyukur. Seronok dibaca walaupun panjang. Semoga kita semua dimudahkan urusan dan bersabar dalam menghadapi ujian.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.