Dulu mintak 50sen nak beli aiskrim pun kena b4ntai, tp kali ini ckp nak duit belanja, dihulur RM100

Dari kecil kami dah biasa kena pukuI dengan ayah dan aku pernah nampak ayah dengan perempuan lain. Lepas ibu bercerai tanpa nafkah dari ayah, ibu kerja cleaner, dan kawan sekolah ejek. Sampailah aku dapat masuk U, aku hubungi ayah untuk jadi penjamin. Ayah datang dengan bawa KFC dengan badan kurus dan matanya berkaca…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terlebih dahulu aku hanya mahu kongsikan kehidupan aku dan tidak berniat menga1bkan mana – mana pihak termasuk diri aku. Cuma hanya perkongsian agar dapat memberi pesanan sesama insan yang setiap perkara pasti ada hikmah yang Allah persembahkan secara tak diduga.

Jikalau sesiapa yang bernasib seperti aku, aku cuma mampu kata, tabahkan hati dengan ujian yang Allah beri. Aku dilahirkan dalam keluarga sederhana saja. Punya ibu, kakak dan ayah. Sejak kecil lagi kami selalu dipukuI oleh ayah.

Cakap ape sajelah sume pernah kena. Getah paip, h4nger, tali pinggang semua pernah. Ibulah yang selalu pesan, jangan buat ayah marah. Jangan buat perkara yang ayah tak suka. Setiap kali ayah balik, mesti ayah pukuI kami.

Ayah memang baran. Tapi ade satu ketika, aku ada beritahu ibu, ayah ada jumpa perempuan lain siang tadi, ibu cuma diam saja. Allah duga kami ketika aku masih tadika dan kakak masih bersekolah rendah. Ayah bercerai dengan ibu, hidup kami terhuyung – hayang. Ibu terp4ksa berhenti kerja kilang dan kerja sebagai housekeeping di mall.

Keadaan aku apabila di sekolah, cikgu bertanya tentang maklumat ayah, aku hanya kata ibu dah cerai dengan ayah. Bila kawan sekolah nampak aku berjalan dengan ibu aku membawa penyapu, habis dicanang di dalam kelas.

Masa tu aku hanya diam, menangis pun tidak, marah pun tak. Cuma aku terfikir, salahkah ke ibu kerja macam tu? Bila cukup hujung tahun walaupun ayah tinggalkan kami tanpa sebarang nafkah, setiap tahun ibu berusaha siapkan barang sekolah kami.

Adakala ibu berubah menjadi sangat pemarah, habis kena cvbit tapi aku tahu ibu tak kuat nak h4rung semua keadaan masa tu. Aku pernah dapat skor dalam subjek dan pernah dapat merah dalam rep0rt card. Tapi aku tak nak ibu datang sekolah.

Alasan takut kena b4ntai result teruk pun iye tapi nanti kalau ibu cuti, ibu takde gaji. Kakak aku, satu – satunya pemangkin aku untuk terus semangat. Dia merupakan salah seorang pelajar cemerlang di sekolah rendah dan menengah.

Tapi dia lah dikira m4ngsa utama kepada ayah yang sering memukuI kami. Disebabkan kakak hanya mendapat B dalam ujian, ayah pukuI kakak sampai ibu tak berani nak halang. Aku selalu g4duh dengan kakak masa kecik dulu tapi bila aku menangis soal ibu ngan ayah, aku selalu peIuk kakak aku.

Lama kelamaan, kami dah tak ingat dan tak ambil tahu tentang ayah. Bagi kami, hidup hanya bertiga. Sejak kakak mendapat tawaran ke universiti, kakak ada beritahu dia ada jumpa ayah untuk urusan PTPTN dia.

Cuma selepas itu selang beberapa tahun sepi seperti biasa. Setelah itu, giliran aku pula ke IPTA dan menghubungi ayah berkenaan dengan ayah perlu menjadi penjamin untuk urusan PTPTN juga. Aku cuba hubungi ayah.

SeIang beberapa tempoh, ayah datang betul – betul di hadapan rumah dengan buah tangan KFC yang memang kegemaran aku sejak dari kecil. Hati anak mana tak sebak, ketika tu ayah lagi rendah dari tinggiku dan badannya kurus serta berkaca mata.

Kalau 10 tahun dahulu, ayah tegap, bermisai dan tinggi orangnya. Cuma terk3jut dengan perubahan ayah. Ibu adalah manusia paling aku kagum. Dahulu, bertubi – tubi masalah ayah ditanggung oleh ibu. Tapi ibu masih senyum dan suruh jemput ayah masuk untuk selesaikan dokumen tersebut.

Ibu pernah pesan, jahat mana ayah kau, binti dalam surat beranak tak boleh tukar. Sejak haritu, aku m4kin kerap hubungi ayah. Walaupun agak janggal, aku tetap telefon untuk bertanyakan khabar. Pada mulanya aku hanya diam dan kurang bercerita perihal aku pada ayah.

Tapi ayah mula menghulur belanja mingguan pada, ayah kerap hantar aku pulang ke asrama. Cuma aku terasa sayu, hiba. Dulu nak mintak 50sen nak beli aiskrim pun kena bantai, tapi kali ini bila cakap nak duit belanja, dihulur RM100.

Ya Allah, lama aku tak rasa kasih prihatin dari seorang ayah. Ayah m4kin hari nampak m4kin s4kit, tapi masih mampu drive, makan ikut selera tapi ayah selalu kena masuk ward. Mer0kok dengan kopi o tak pernah p4ntang.

Ketika aku di semester 5, kakak pula baru posting sebagai cikgu, kami dapat call dari keluarga ayah di Johor. Patutlah ayah sudah jarang call kami rupanya ayah tenat dan kami bergegas ke sana. Maklang kami pernah bagitau, ayah bangga ada anak macam kami, berjaya dalam pelajaran.

Ayah bangga bila orang tanya anak belajar mana. Ayah suka cerita pasal kami. Ayah dah banyak berubah. Ayah banyak habiskan masa datang jumpa kami, tak seperti dulu. Tapi mutlaknya kuasa Allah, kasih sayang yang nyata tu kami dapat rasa sementara sahaja.

Walaupun tingkah lakunya bagai tak diterima pada waktunya muda, ayah meninggaI dunia pada petang jumaat sebelum asar dan dikebvmikan di sana juga. Sekuat mana kami tanpa ayah dahulu, bila lihat ayah tidak bernafas sesudah bacaan yasin oleh pakngah, mencurah – curah air mata melihat ayah.

Tenangnya ayah masa tu. Kami pun dah tak sanggup tengok banyak wayar dekat badan ayah. Orang kata meninggaI dunia hari Jumaat adalah orang yang terpilih bukan? Beruntungnya ayah. Aku tahu ayah s4kit, tapi tak pernah nampak dia makan ubat.

Ayah selalu k0ma, tapi senyum and tanya bila nak keluar. Ayah kalau jumpa ibu, mesti tanya ibu mahu apa walaupun kami tahu ibu hanya senyap, ikutkan saja. Bagi aku, itu kuasa Allah. Sejahat mana dia waktu muda, Allah memberi jalan yang mudah pada ayah.

Keadaan semua berjalan dengan lancar. Tak ada yang tertangguh. Sifat benci yang aku pernah rasa dulu bukan kekal dalam hati. Cuma aku tanamkan sifat, kalau Allah tak duga dengan cara macam ni, mana mungkin kami berjaya banggakan mereka berdua.

Cuma agak terkilan, ayah tak sempat ada waktu aku konvo, rasa gaji pertama kakak sebagai cikgu. Hanya ada doa seorang anak untuk ayah, hanya itu yang aku mampu bekalkan. Hikmahnya, kesusahan yang hadapi dari dulu, membuat kami mat4ng dalam menangani setiap hal. Terima kasih sebab telah ibu didik kami seteguh ini.

4 tahun dah ayah pergi. Semoga Allah cucuri r0h arw4h ayah. Al-fatihah. Ayah her0 adik selamanya. – Anak Ayah

Komen Warganet :

Hebat ajaran dan didikan yang diberikan oleh ibu awak untuk korang dua beradik. Macam mana korang mampu menerima semula ayah yang dulu pergi tinggalkan korang. Rezeki ayah juga dapat hidayah dan terbuka hati untuk berubah. Semoga segala kesalahan ayah yang dulu dapat pengampunan dariNya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?