Saya ngeri bila baca mesej perempuan tu yang sumpah seranah suami saya. Perempuan tu bersumpah untuk meIaknat dan mendoakan kami m4ti kemaIangan bila suami saya tak nak kahwin. Mak mertua saya pula merayu supaya…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, saya dah hampir dua tahun berendam airmata. Suami saya pun khi4nati saya. Saya tak pernah bagitahu orang lain, kecuali emak mertua dan beberapa orang penting sahaja (termasuk bos saya dan pengamal Perubatan Darul Syifa’ dan Ekraine).
Mereka kata suami saya terani4ya (disih1r) dan diperb0doh. Mereka minta saya bersabar dengan dugaan Allah. Tapi, entah kenapa sukarnya saya untuk saya percaya. Saya masih rasa berjauh hati dengan suami. Bagi saya, kalau tak ada angin, tak kan pokok bergoyang.
Ini lah akibatnya kalau baik sangat dengan orang lain dan terlalu sangat berbaik sangka pada semua orang. Semuanya bermula bila perempuan tu seringkali minta suami saya hantar pulang dengan alasan kereta ayahnya rosak dan tak dapat datang menjemput.
Kini, suami sedaya upaya membina keluarga kami semula. Tapi, saya rasa janggal. Bagai dah tak kenal siapa dia. Malam – malam, bila tengok dia tidur.. saya menangis! Selama ni, saya fikir dia lah saya punya ‘soul mate’. Tapi, sekarang tidak lagi. Saya orang asing!!.
Saya sering bertanya, apa salah saya dan anak – anak pada dia? Kenapa dia tergamak menyiksa saya begini? Jawapan dia.. “Abang sendiri tak tahu!”. Sebenarnya, setelah hampir setahun berubat, suami saya menjalin semula perhubungan dengan perempuan tu (sempat le sebulan bertelefon dan bersms).
Allah tunjukkan saya banyak petunjuk dan mimpi. Masa tu saya mengandung tujuh bulan. Suami saya punya b0doh masa tu, mesej dan panggiIan keluar masuk dia dengan perempuan tu, langsung dia tak delete. Bil telefon sampai kat rumah pun dia tak risau.
Masa saya tanya, dia terus mengaku sahaja. Suami sendiri minta berjumpa ustaz semula untuk berubat lagi. Dia kata tak mampu mengawal diri bila tiba – tiba teringatkan perempuan tu. Hanya kali ini, dia kata ada perasaan takut bila perempuan tu ajak jumpa.
Sebab sebelum ni, perasaan ‘ghairah’ pada perempuan tu membuak – buak bila berjumpa. Malah kalau perempuan tu sms atau telefon pun, suami saya akan rasa ghairah tak tentu pasal. Dalam fikiran dia hanya perempuan tu sahaja.
Nafsu dia, kat perempuan tu sahaja. Kalau perempuan mat salleh b0geI depan dia pun dia tak selera (minta maaf dengan perkataan saya). Tapi, bila perempuan tu tak kacau dia, dia rasa normal. Treat saya dan anak – anak macam biasa.
Sebenarnya, bila fikir – fikir tak masuk akal kalau dia giIakan perempuan tu. Dulu, suami selalu tanya saya, budak perempuan ‘tu’ rumah dia tak de cermin ke? Kenapa dia sanggup pakai skirt dengan baju sendat macam tu, kalau badan macam ‘tong drum’?
Suami saya memang selalu merungut bila tengok orang yang terlalu big size. Dia selalu kata, “kenapalah dibiarkan sampai boleh jadi begitu sekali”. Buat pengetahuan semua, saya ni tak lah kurus macam model, tapi tak lah oversize dan suka berfesyen tapi tak sedar bentuk tubuh (macam perempuan tu).
Sampai ustaz pun kata, tak kan perempuan macam ni kamu giIa sangat sampai nak buang keluarga dan kikis duit bini untuk bagi kat dia? Selama 14 tahun saya kahwin, saya tidak pernah berbahasa ‘kau’ dan ‘aku’ pun dengan suami.
Tapi, saya ngeri bila baca sms perempuan tu yang sumpah seranah suami saya. Perkataan b4bi, binatang, siaI, ceIaka adalah panggiIan biasa perempuan tu pada suami saya. Sedangkan kalau saya panggil suami dengan perkataan ‘awak’ pun, dia rasa macam saya dah tak hormat kat dia.
Kenapa suami saya sanggup menelan semua perkataan tersebut dari perempuan tu? Istimewa sangat ke dia? Kawan – kawan, Allah sahaja yang tahu perasaan saya. Masa tu hanya anak dalam kandungan yang menguatkan semangat saya.
Suami saya memang sangat – sangat sayangkan anak. Tak boleh berpisah dengan anak – anak langsung. Tapi, masa giIakan perempuan tu semula, dia kata sanggup nak tinggalkan kami semua. Ustaz kata, most probably perempuan tu ada simpan barang peribadi suami, baju yang ada peluh suami contohnya.
Entah lah. Kenapa saya sukar untuk terima apa yang telah berlaku dan ubati hati saya. Bila suami saya giIakan perempuan yang lebih banyak kelemahan dari saya (minta maaf saya cakap), saya rasa saya dah tak bernilai.. Terlalu banyak perkara tentang saya yang suami dah lupa.
Cerita – cerita manis masa belum kahwin yang dia sendiri selalu guna untuk usik saya pun, dia dah lupa. Amalan – amalan harian yang dia selalu buat pun banyak yang ditinggalkannya. Dan yang paling sedih, saya sendiri dah tak tahu, entah tinggal berapa percent sahaja saya dalam hati suami saya…
Baru ini terjumpa page ni dan membaca cerita orang lain (lagipun, saya bukannya pandai sangat mencari benda – benda begini, saya baca surat khabar dan cari article bila perlu je..) Rupanya ramai yang senasib malah ada yang lebih mend3rita dari saya.
Tapi, ada ke sesiapa yang pernah alami perkara seperti saya?? Saya tak pernah tahu perkara sih1r – sih1r ni. Malah tak pernah kenal sesiapa yang pernah kena. Tapi, kenapa tidak semudah itu saya boleh terima dan percaya suami saya disih1r oleh perempuan tu?
Lebih – lebih lagi suami saya sendiri kadang – kadang tak percaya yang dia disih1r. Sampai sekarang dia rasa bersalah giIa kat perempuan tu. Suami sering salahkan diri dia sendiri kerana dia rasa dia yang mengani4ya perempuan tu.
Dia kata, dia yang tersilap langkah. Perempuan tu pernah bersumpah demi Allah untuk meIaknat dan mendoakan kami m4ti kemaIangan bila suami saya tak nak kahwin untuk t3bus d0sa suami pada dia. Perkara ini amat menakutkan saya. Saya takut perasaan bersalah suami saya itu akan menjadikan perkara ini berulang lagi.
Suami saya lah imam solat saya selama ini.. Bukan kah dia sepatutnya lebih w4ras dari saya? lebih banyak amalannya dari saya? Lebih kuat bentengnya dari saya? Sekarang perasaan saya menjadi makmum solatnya rasa ‘berbeza’. Saya sering beristighfar bila saya rasa dia tak layak jadi imam solat saya lagi.
Saya sayangkan ibu mertua saya. Saya tahu ajaran agama yang ibu mertua saya bagi pada suami saya. Dari muda, suami saya takut tinggal solat. Anak – anak kami pun suami didik begitu. Malah saya juga memilih suami kerana agamanya.
Adakah ini ujian Allah pada suami saya? Atau ujian untuk saya yang mencintai suami saya kerana Allah? Ibu mertua merayu agar saya bawa suami saya balik ke jalan Allah. Terus untuk solat, mengaji dan berzikir bersama hari – hari.
Kalau saya tidak berjuaang bersamanya, suami saya akan diintai semula dan sesat di tangan perempuan yang menyekutukan Allah tu. Hari – hari saya berdoa supaya Allah menguatkan hati saya untuk redha dengan apa yang berlaku.
Ibu mertualah tempat saya menangis. Katanya setiap apa yang Allah ambil akan diganti dengan yang lebih baik, dengan syarat kita REDHA. Kawan – kawan, maaf kerana menulis panjang. Saya tak pernah meluahkan pada orang luar.
Saya sendiri tak pasti dengan apa yang saya buat ini. Kerana maruah ibu mertua dan suami adalah keutamaan saya. Ibubapa saya sendiri tak tahu. Kepada yang mengalami nasib seperti saya, nasihatilah saya ni. Berilah saya semangat supaya saya mampu memandang wajah suami saya semula dengan rasa cinta..!
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.