Emma Maembong Jawab Isu Pakai Tudung Dalam Drama

Baru-baru ini nettizen sekali lagi memberi tekanan kepada artis cantik Emma Maembong. Ini kerana wataknya dalam drama Kerana Dia Manusia Biasa yang baru sahaja habis ditayangkan di TV3. Dalam drama tersebut watak Emma merupakan seorang gadis yang memakai hijab. Dan ini mengundang reaksi negatif dari netizen.

Walau bagaimanapun, Emma Maembong telah memberikan penjelasan bahawa dia hanya mengikut tuntutan watak dan pengarah.

“Sebagai seorang artis, kita kena pegang pelbagai watak. Tak kisah kena pakai tudung ke, ada yang kena jadi cacat ke, ada yang free hair dan ada yang pakai tudung. Bagi saya banyak je artis lain yang memang free hair tapi dapat watak yang pakai tudung”

Tambahnya lagi, beliau mengambil segala nasihat dan teguranĀ  yang dibuat secara baik tapi tak perlu menggunakan kata yang tidak elok. Beliau terima teguran yang baik secara terbuka.

Jadi kita sebagai nettizen ni, tak perlu kita menghukum do sa orang lain. Kalau betul mengambil berat tegur secara elok dan doa lah sekali.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..