Esok nak raya tapi abah ceraikan mak depan kami 7 beradik

#Foto sekadar hiasan. Salam, nama aku Kak Long, umur 30 tahun. Dah berkahwin selama 2 tahun tapi masih belum dikuniakan zuriat. Aku dan suami dah jumpa doktor, doktor sahkan suami aku normal tapi aku yang bermasalah.

Aku masih lagi dalam rawatan doktor dalam usaha untuk dapatkan anak. Alhamdulillah, suami sangat memahami, masih setia memberi sokongan dan dorongan setiap kali aku gagal mengandung. Tapi sampai bila suami aku akan setia, aku tak tahu. Bak kata Ude, dia dah tak ada apa – apa perasaan pada Intan selepas 5 tahun berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Aku cuba untuk menerima sebarang kemungkinan yang mendatang, aku harap aku kuat.

Aku adalah anak m4ngsa kahwin poIigami yang tak adil, aku anak sulung dari 7 orang adik beradik. Mak aku isteri pertama, abah aku kahwin secara rahsia dengan isteri ke-2 masa aku umur 16 tahun. Masa aku umur 18 tahun abah dan mak tiri terlibat dalam kemaIangan, masa itu lah segalanya terb0ngkar yang abah dah berkahwin selama 2 tahun dan mempunyai seorang anak. Selama 2 tahun perkahwinan rahsia abah, mak tak pernah rasa curiga sebab apa? Sebab mak percayakan abah 100 peratus. Mak tak bekerja, tugas mak jaga anak – anak tapi mak redha. Mak cakap mungkin mak tak pandai jaga abah, mak cakap mungkin mak boleh jadi kawan dengan mak tiri tapi selepas semua terb0ngkar, hidup kami jadi huru hara.

Mak tiri mula mintak macam – macam, nak duit sama macam mak dapat, nak rumah sama macam mak duduk. Mak tiri bukan menumpang kasih tapi meramp4s kasih, bayangkan mak dapat RM 1k sebulan untuk 7 orang anak tapi mak tiri dapat RM 1k untuk sorang anak, adil ke? Mak tiri mula datang rumah kami dengan Iagak macam mem besar.

Tak lama lepas tu aku dapat tawaran matrikulasi, aku tinggalkan adik – adik dan mak dekat rumah tu. Banyak cerita tak sedap yang aku dengar tiap kali call mak. Lepas tu aku berjaya tempatkan diri ke universiti tempatan yang berdekatan dengan kampung emak, jadi aku selalu balik rumah nenek dan atok.

Masa aku umur 20 tahun, aku balik rumah mak esok nak raya. Terjadi perg4duhan antara mak dengan abah, abah suruh mak balik raya kat kampung dengan anak – anak naik bas. Tapi abah tak bagi duit, masa perg4duhan terjadi, abah ceraikan mak depan kami 7 orang anak abah. Tahun tu kami beraya di rumah tanpa abah, seminggu lepas tu aku kena balik universiti cuti dah habis tapi aku tak sampai hati nak tinggalkan mak dan adik – adik. Dengan duit PTPTN yang aku ada, aku beli tiket bas dan bawak mak dan adik – adik aku balik kampung. Masa tengah otw, aku dapat call dari atok bagitahu yang nenek dah meninggaI. Aku tak tahu ape perasaan mak, kena cerai dengan suami, mak tempat mengadu kasih pula pergi mengadap Ilahi. Kali terakhir dengar suara nenek masa hari raya pertama, nenek demam dan nenek cakap nenek rindu cucu – cucu nenek.

Atok tempat mak mengadu, tempat kami menumpang kasih. Aku tak tahu apa perasaan atok bila lebih kurang 20 tahun lepas, atok lepaskan mak untuk dinikahi. Berharap lelaki itu dapat menjaga anak perempuannya seperti dia menjaganya bagai menat4ng minyak yang penuh, disia siakan hidupnya dan dipulangkan kepadanya semula dalam keadaan yang menyedihkan.

Tapi atok dah tua, atok tak mampu nak sara kami. Mak bekerja sebagai cashier di pasaraya dengan gaji RM 700 sebulan. Adik aku, abang ngah masa tu umur baru 19 tahun, abang ngah kerja di kilang dengan gaji RM 700 sebulan. Aku masa tu dah tak ada hati dah nak sambung belajar, tak sanggup nak biarkan mak dan abang ngah je kerja. Aku hantar surat pada dekan untuk tangguh pengajian tapi permohonan aku tak diluluskan sebab alasan tak kukuh kerana aku ada PTPTN. Berkat sokongan atok mak dan adik – adik, aku teruskan pengajian. Tapi Allah sebaik – baik perancang, aku dapat kerja part time tiap hujung minggu di restoran dengan gaji RM 300 sebulan. Dapatlah aku buat tambah belanja untuk besarkan 5 orang adik yang masih bersekolah. Siksanya kami bekerja mencari duit dan menumpang di rumah atok dengan sindiran dari pak cik dan mak cik. Hanya kami sahaja yang tahu, terima kasih buat pak cik dan mak cik yang memahami, yang banyak memberi nasihat dan bantuan. Terima kasih juga buat pak cik dan mak cik yang menyind1r, anda buat kami kenal siapa kawan, siapa Iawan. Anda buat kami lebih kuat.

Selapas aku tamat pengajian, aku dapat tawaran kerja sebagai executive di sebuah kilang dengan gaji RM 2k++. Aku carikan sebuah rumah sewa, rumah flat 3 bilik untuk mak dan adik – adik. Walaupun kecik, cukup buat kami bahagia. Atok memang sedih bila kami pindah keluar tapi atok paham, ini yang terbaik. Setiap minggu kami akan datang ziarah atok, kadang – kadang atok datang rumah kami. Dia bosan kat rumah sorang – sorang, macam tulah rutin atok. Sehinggalah atok hembuskan nafas terakhir. Ibu hantar lauk ke rumah atok, tiba – tiba atok sesak nafas. Bawa ke hospitaI, doktor sahkan atok dah tiada. Nasib mak datang kalau tak mesti atok meninggaI sorang kat rumah. Pak cik dan mak cik yang suka sind1r kami tumpang rumah atok dulu pun bukan nak balik tengok atok walaupun kami menumpang tapi kami jaga atok.

Bertahun berlalu, abang ngah dan abang lang bergabung buat bisnes construction. Rezeki kak uda kawin dengan lelaki yang agak berada. Kak uda dah ada sebuah salon dan spa, ada 4 org anak yang comel dan becok. Kak teh dan kak chik dalam tahun 3 dan 1 bidang akaun, adik bongsu masih bersekolah..

Mak aku? Mak sekarang dah jadi mem besar..haha. Goyang kaki, hari – hari maraton drama tv. Semua drama mak tengok, kalau rajin mak masak kalau tak, mak beli je. Lagi pun mak tinggal berdua dengan adik, maghrib dan isyak mak abiskan di surau, hari minggu berjalan.

Abah? Abah mengidap peny4kit jantung yang kr0nik selepas bisnes abah menemui jalan buntu dan diisytiharkan muflis. Mak tiri lari tinggalkan abah dan adik tiri. Abah dah tak mampu bekerja, rumah yang abah beli untuk mak dan kami dulu dah kena lelong sebab abah dah tak mampu bayar. Abah sewa rumah yang agak usang bersama adik tiri. Abah jual air seringgit depan sekolah untuk tampung hidup abah dan adik tiri. Abah datang jumpa kami minta maaf. Aku benci masa abah datang. Aku tak nak jumpa abah lagi kalau boleh.

Mak maafkan abah tapi mak tak boleh terima abah semula. Mak minta kami maafkan abah, mak cakap sebab abah kami jadi sabar dan kuat. Hikmah kami dapat sekarang, kami berjaya. Anggaplah ini harga yang abah kena bayar sebab nafikan hak kami sebagai anak dulu. Tapi mak tak nak kami ulang kesiIapan yang sama. Abah tangungjawab kami sekarang. Kami tak boleh jadi anak derh4ka. Atas nasihat mak, kami maafkan abah dan gilir – gilir ziarah abah dan hantar ke hospitaI.

Sehingga lah satu hari abah mesej abang ngah, mintak kami jaga adik tiri kalau apa – apa berlaku pada abah. Abah tak benarkan mak tiri ambil adik tiri. Abang ngah tak sedap hati, call abah tapi abah tak angkat. Abang ngah dan abang lang pergi rumah abah. Jumpa abah pengsan dalam bilik air, bawak abah ke hopitaI. Doctor cakap abah k0ma dan tiada harapan lagi. Abang ngah mintak aku ambik adik tiri kat sekolah bawak mak dan adik – adik lain datang tengok abah.

Lepas ambil adik tiri, aku nak ambil mak. Aku dengar mak nangis dalam bilik, aku dengar mak doa,

”Aku dah maafkan dia ya Allah..kalau kau ingin kan dia hidup lagi.. kau sembuhkanlah dia.. kalau kau ingin dia menghadapmu.. kau ambillah dia.. jangan siksa dia lagi”.

Aku tak tau apa perasaan mak, bila cinta dikhian4ti dan terp4ksa h4rung hidup sendiri dengan anak – anak. Yang aku tau, mak mungkin masih sayangkan abah.

Sampai di hospitaI, mak minta kami baca yassin. Aku macam tak boleh terima abah dah nak pergi. Aku rasa macam baru je bermanja dengan abah. Aku nak abah jadi wali bila aku kahwin nanti. Aku minta adik tiri call mak tiri aku untuk maklumkan tentang abah tapi mak tiri tak percaya, dia cakap adik tiri berdrama untuk dapatkan duit dari dia. Aku terkedu, selepas solat maghrib, abah pergi menghadap illahi.

Mak menangis, aku cuba pujuk mak. Mak cakap mak syukur abah sempat dapat kemaafan kami. Abah pegi saat kami di sisi dengan mak. Aku belajar perbuatan jahat perlu dibaIas dengan doa, bukan dend4m. Allah ada, biar Allah yang baIas.

Lepas abah pergi, kami jumpa mak tiri untuk maklumkan amanat abah berkenaan adik tiri. Lagipun mak memang sedia nak jaga adik tiri. Mak kata adik tiri tak salah apa, tanggungjawab kami jaga dia. Mak tiri mer4ung minta maaf pada kami, menyesal tak sempat minta maaf dengan abah. Tu la, kami bagitau tak nak percaya.

Mak tiri benarkan kami jaga adik, lepas mak tiri tinggalkan abah. Mak tiri telah berkahwin dua kali tapi semua perkahwinan gagal. Ditipu, hilang semua duit, dinafikan hak sebagai isteri dan macam – macam jadi dalam hidup dia. Mungkin ini harga yang dia kena bayar masa nafikan hak kami.

Semoga semua wanita yang menerima nasib yang sama macam mak, terus bangkit dan teruskan hidup. Hikmah akan muncul suatu hari nanti.

Kepada lelaki yang dah berubah kasih, jagalah tanggungjawab anda. Kifarah tetap ada, cepat atau lambat sahaja..

– Kak Long

Komen Warganet :

Suzana Khan

Aku faham perasaan mak kau. Siapa tak sayang laki even laki tu macam hantu or dah jadi ex laki. You will understand when you married nanti. Betul. Susah jadi laki ni. Kalau tak berlaku adil dan mana – mana pihak tak izinkan berlaku adil tak kira la yang pertama ke, yang kedua ke, mak mertua ke, semuanya akan dapat baIasan nanti. Cepat or lambat je. Nak kawin ramai tak salah. Yang salah ialah sengaja tak berlaku adil. ZaIim namanya. ZaIim ialah meletakkan sesuatu perkara bukan di tempatnya. Doa orang yang dizaIimi ni senang Allah makbulkan.

Mohamad Farid

Kak Long. Anda memang seorang yang cukup hebat! Betullah. Antara manusia yang paling hebat ialah bila kejahatan yang dilakukan oleh orang terhadap kita, kita membaIasnya dengan doa. Dan kita tahu Allah pasti membaIasnya kerana Dialah sebaik – baik pembaIas yang Maha Adil. Tahniah juga kepada ibu anda. Ibu anda lah yang sebenarnya menjadikan anda hebat kerana ibu anda sememangnya manusia yang amat baik, pemaaf dan agung. Dan mungkin juga tiada perkataan yang sesuai untuk menggambarkan betapa hebatnya ibu anda.

Siti Hajar

Semua orang boleh je nak kawin dua tapi bukan semua mampu untuk poIigami sebab poIigami ni bukan mengh4ncurkan keluarga tapi membesarkan keluarga. Yang penting si khalifah tu, macam dia kemudi anak – anak kapal tapi kalau nak besarkn keluarga dengan cara tipu atau sor0k – sor0k (tak jujur) ada hati nak tambah cawangan. Cukup tak suka bila ada yang cakap ‘buat je dulu pastu minta maaf’. Ini lah jadinya, benda sepatutnya baik jadi buruk. Sama juga dengan ‘para anak kapal’, dah tahu kita ni kerja bawah bos yang sama tolak ansurlah. Sebelum nak tambah cawangan besar, carilah ilmu dulu. Paham betul – betul. Baik untuk suami , mahupun isteri – isteri. Baru boleh teruskan kalau tak smpai bila – bila perkara sunnah ni akan di pandang buruk oleh masyarakat.

Norehan Yusof

Alhamdulillah berkat kesabaran confessor dan adik – adik yang lain dapat hidup yang lebih baik. Inilah ganjaran yang kita dapat bila kita pandang secara positif setiap ujian yang datang ada hikmah yang menanti. Yang dah berlalu biarkan berlalu. Kita bangkit untuk masa depan yang lebih sempurna. Btw adik dengan mak tiri tu adalah adik kandung confessor ye cuma lain mak. Kalau adik tiri tu adik lain ayah. Kalau perempuan, boleh lah berwalikan abang ngah dia.

Iz Kia

Kita mempunyai kisah yang lebih kurang sama, cumanya mak saya ditinggalkan g4ntung tak bertali. Selepas 5 tahun baru diceraikan. Memang anak – anak yang jadi penguat mak. Saya juga pernah putvs asa untuk berharap dapat anak kerana ada peny4kit kr0nik. Alhamdulillah masuk tahun ke-3 pkahwinan saya hamil (masa ini saya mempunyai ketumbuhan luar dan dalam rahim selain masaIah tulang belakang). Semoga kamu juga tabah dan tak pernah putvs harap. Allah sentiasa menguji kita sekadar kemampuan dalam ujian pasti ada nikmat.

Apa kata anda?