Gaji aku 300 je sebulan, isteri mengidam nasi lemak ayam. Baki gaji RM20, aku beli nasi lemak. Bila isteri makan, dia kata tak sedap

Baki gaji aku ada RM20 nak tunggu lagi 13 hari. Aku belikan jugak nasi lemak ayam berempah untuk isteri aku. Aku balik dengan perasaan bangga tapi bila isteri aku makan, dia nangis. Dia kata nasi tu tak sedap..

#Foto sekadar hiasan. Aku J, sorang lelaki yang dibesarkan dalam keluarga yang susah. Masa kecil aku cukup d3rita. Boleh kata semua benda tak cukup. Mana nak cukup kalau kena berkongsi 6 beradik. Mak aku beranak hampir setiap tahun, kononnya anak itu “rezeki”.

Tapi rezeki mana yang nak datang kalau anak – anak dijaga serba tak cukup. S4kit pun kena tahan sampai sihat sendiri sebab bapak aku nak jimat minyak motor pegi kIinik kesihatan. Makan pun seekor ikan kongsi 8 orang.

Sebab tu aku geram bila jumpa orang yang sembang kencang pasal anak itu rezeki. Anak kau pun makan bercatu, beg sekolah tiga empat tahun tak bertukar sampai rabak, kasut sekolah pun dibiarkan berlubang, alat tulis ambik kawan punya, macam mana tuhan nak bagi kau rezeki.

Bila aku dah besar, aku masih terper4ngkap dalam kemiskinan. Sebab apa? Sebab mak ayah aku tak tekankan kepentingan belajar. Buku, alat tulis semua tak disediakan. Kadang – kadang disuruhnya lagi kami ponteng untuk tolong mereka.

Sebab tu kalau korang perasan orang miskin ni bergenerasi dia miskin sebab kemiskinan tu diw4riskan. Dari moyang sampai cucu semua miskin. Kebanyakan orang miskin tak sedar kepentingan belajar. Jadi anak – anaknya pun ikut sama tak belajar, kahwin awal, beranak banyak dan w4riskan semua amalan ni kepada anak – anak dorang pulak.

Jadi berbekalkan sijil spm dengan result teruk dengan kebanyakan subjek tidak hadir memang tak akan ada siapa yang nak bagi aku kerja tetap. Jadi aku meneruskan hidup dengan kerja yang pelbagai. Bertukar – tukar kerja asalkan dapat duit.

“Buat la business, jual makanan ke, SPM bukan segalanya” kata orang – orang sekeliling. Hakik4tnya nak jual air balang pun aku tak ada modal. Telefon pun aku topup bila ada duit lebih je. Tak topup dua tiga minggu tu perkara biasa.

Orang susah akan selamanya susah kalau tak belajar pandai. Kalau kau kaya kau boleh la sembang SPM tak penting. Tapi tu bukan apa yang aku nak cerita. Tu hanya latar belakang aku supaya korang tau dalam hidup aku bukan senang aku nak dapat benda yang aku nak.

Cerita ni jadi beberapa minggu lepas. Aku ada seorang bini yang tengah sarat mengandung. Bini aku seorang wanita yang baik. Dia sanggup hidup susah dengan aku. Tapi semiskin – miskin aku, aku bukan macam bapak aku yang terus biarkan anak bini serba tak cukup, tak makan, tak ada baju. Aku sediakan apa yang wajib aku sediakan untuk bini aku.

Aku belikan kelengkapan rumah, barang dapur dan lain – lain. Aku pastikan makan pakai dia cukup. Aku bagi duit belanja walaupun tak banyak. Bini aku dapat RM20 sebulan pun dah senyum sampai telinga. Duit poket bini aku tak menentu. Kalau aku dapat lebih, dia dapat la lebih.

Pernah beberapa kali aku hanya mampu bagi bini aku duit belanja RM5 sahaja sebulan Itupun dia ucap terima kasih. Pendek kata kami boleh melangsungkan hidup tapi dalam keadaan sederhana dan berjimat cermat. Kami memang tak pernah makan makanan mahal – mahal. Popiah satu set RM5 pun pada aku mahal.

Duit tu aku boleh beli telur untuk makan beberapa hari. Menu kami berulang – ulang sebab itu je yang mampu aku sediakan. Satu hari tu wife aku teringin sangat nak makan nasi lemak ayam berempah. Pada korang mesti takda masalah kan nak beli nasi lemak ayam berempah.

Tapi pada aku makanan tu mahal. Tambahan pula gaji aku hanya RM300 pada bulan itu. Dan pada saat bini aku teringin nak makan nasi lemak tu, gaji aku hanya berbaki lebih kurang RM20 dan ada baki 13 hari lagi untuk aku surv1ve sebelum job seterusnya.

Bini aku tak p4ksa dan cara dia cakap pun guna kiasan. Tapi sebab sayangkan bini aku tetap pergi cari dan aku jumpa satu gerai yang jual nasi lemak ayam berempah. Harganya RM9. Mahal tapi aku tetap beli sebab itu je kedai yang aku jumpa.

Baliklah aku ke rumah dengan muka bangga sebab dapat bagi bini aku apa yang dia nak. Masuk je mulut bini aku dia terus menangis. Aku dah cuak. Seronok sangat agaknya sampai menangis. Rupanya bini aku menangis sebab dia sedih.

Kenapa dia sedih? Nasi lemak yang aku beli tu sangat tak sedap. Nasinya mentah, ayamnya berbau dan tak masak, sambalnya cair sampai boleh asingkan air dari sambal. Bini aku nangis sebab tak puas hati ke nasi lemak tak sedap? Bukan.

Dalam tangisan tu bini aku luahkan apa dia rasa. Dia rasa sedih sebab dia tau aku tak mampu tapi masih belikan dia makanan yang dia nak. Tapi bila dia rasa makanan tu tak sedap dia rasa marah dan sedih sebab suami dia bersusah payah cari duit untuk beli sesuatu yang dia nak tapi last – last kena tipu orang.

Dia kata sampai hati orang buat macam tu sedangkan kita susah – susah cari duit. Panjang la dia meluah tapi aku tak reti nak cerita balik. Dan walaupun aku pujuk dan tenangkan dia, sebenarnya aku pun rasa yang sama. Aku sedih sebab aku bukan orang senang.

Bukan senang aku nak beli apa yang aku nak dan bila aku dapat beli macam tu pulak jadinya. Dan aku rasa sedih sebab aku rasa aku gagal sebagai seorang suami. Agaknya kalau bini aku kahwin dengan laki lain mesti dia boleh makan nasi lemak ayam berempah hari – hari.

Tapi dia nak jugak kahwin dengan aku sebab aku handsome. Dia kata la bukan aku. Haha.. Lupa pula nak cerita mana aku dapat duit lebih untuk beli makanan tu. Aku adalah part time katering sehari. Dapat la berapa puluh.

Jadi apa jadi pada nasi lemak tu? Nasi lemak tu tak berusik pun lepas tu. Bukan sebab kami nak membazir tapi sebab memang tak boleh dimakan. Nasi pun dah mula ada bau dan jadi berlendir. Tapi nasib kami baik pada hari tersebut makcik bini aku datang hantar pulut kuning dan rendang sebab cucu dia dah khatam al-quran.

Walaupun pulut kuning dan nasi lemak jauh bezanya tapi bini aku nampak berselera betul makan. Kenapa aku tulis confession ni? Sebab aku nak semua peniaga terutamanya yang meniaga makanan ambil pengajaran dari cerita ni.

Tolong lah tolong sangat – sangat kalau kau tak pandai masak dan tak ikhlas meniaga tolong jangan jual makanan. Jual la tisu ke lato – lato ke minyak wangi ke asalkan kau tak pedajaI orang dengan masakan kau yang tak sedap dan kotor.

Dalam dunia ni tak semua orang berduit. Kadang – kadang kau rasa rm5 tu kecil tapi pada orang susah rm5 tu besar. Daripada beli benda tak sedap atau basi, baik kami beli biskut dan roti. Pada orang yang senang, beli nasi lemak RM9 hari – hari tu rutin dorang.

Ada orang kena kerja keras berbulan dan menyimpan duit sikit – sikit baru la dapat merasa sebungkus makanan sedap. Jadi tolong jangan ani4ya pelanggan – pelanggan kau. Apa kau nak jawab di akhir4t nanti. Dah la duit tu dah jadi d4rah daging kau.

Bila rasa nak meniaga makanan tu buat la sample dan edarkan dekat orang ramai dulu. Mintak dorang tulis komen ikhlas. Kalau ramai yang kata tak sedap tak payah la meniaga. Sekarang alhamdulillah kebelakangan ni rezeki aku dimurahkan.

Takda la kaya tapi sedikit selesa. Ada la duit beli baju baby semua. Doakan aku dapat kerja tetap supaya anak aku tak merasa kesusahan. Dan cukuplan seorang anak sahaja untuk aku dan bini aku sebab hanya itu kemampuan aku.

Aku akan jaga dia dengan baik. Biar dia dapat semua yang dia nak walaupun ayahnya bukan orang senang. Semoga kita sama – sama ambil pengajaran dari pengalaman tak indah aku ni. – J (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Hazwani Mohd Dah : Saya doa sungguh – sungguh untuk tt, dilimpahkan rezeki seluas lautan kerana berlaku ihsan pada isteri. Juga, untuk isteri tt, semoga Allah kurniakan dia syurga tertinggi. Saya percaya, kehidupan tt akan jadi jauh lebih baik lepas ni, sebab kedua – duanya selalu bersyukur walau dengan nikmat yang kecil.

Allah dah janji, akan tambah nikmat kepada h4mba yang bersyukur (surah ibrahim : 7) Dan sebagai cikgu, I second you tentang pendidikan tu. Juga tentang kemiskinan yang diw4risi. Saya dah menyaksikannya pada murid – murid saya.

Dan, saya bangga dengan tt sebab tt memahami dan punya kesed4ran tentang pendidikan. InsyaAllah Allah buka jalan untuk tt nanti. Banyak laluan untuk belajar, atau improve kemahiran. Ikut gaya tt, insyaAllah tt jenis yang tak mudah putus asa. Apapun, kalau tt baca komen ni, mohon pm saya ya. Terima kasih kerana menjadi suami yang baik untuk isteri.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.