Masuk je bilik guru, penuh hadiah di atas meja cikgu cantik itu. Padahal baru berapa bulan je mengajar. Atas meja aku kosong. Sedangkan duit gaji aku habis untuk anak murid sampai takde simpanan..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum WBT. Aku seorang guru. Hodoh ke? Kulit gelap, pipi banyak kawah, kulit kasar dan kulit tidak lembut seperti wanita cantik yang lain, badan pun berisi. Kira hodoh la kan kalau ikut kamus orang Melayu.
Okay straight to the point. Dah bertahun menjadi guru sekolah menengah, aku cuba sehabis baik nak t4wan hati pelajar. Kalau pelajar lemah aku yang akan dekati mereka. Kalau pelajar ponteng sekolah, aku akan cari mereka di rumah untuk ajar.
Banyak sangat benda yang aku buat untuk pelajar. Aku pickup pelajar bermasalah di rumah dan ajak minum untuk dengar masalah mereka. Lepas tu aku beli macam – macam buku, alat tulis dan hadiah untuk tawan hati mereka agar suka ke sekolah.
Weekend aku pickup di rumah dan ajak gi library pastu aku buat personal tutoring untuk mereka. Paling penting aku build relationship yang strong dengan pelajar agar mereka selesa dengan aku dan rasa ingin ke sekolah.
Dari segi duit, tak payah cakaplah. Separuh gaji memang banyak habis untuk pelajar. Setiap bulan aku akan belanja pelajar – pelajar makan. Pelajar yang susah pula selalu minta tolong, jadi aku akan selalu bagi duit kepada pelajar susah untuk mereka buat beli makanan.
Sampai aku tak sedar sebenarnya aku takde saving pun. Sebab duit memang banyak habis kepada pelajar. Jujurnya aku ikhlas. Selama ni pun aku ikhlas. Sehinggalah tahun ni, keikhlasan mula teruji apabila pelajar tak pernah nak ucap terima kasih atas kebaikan aku.
Aku bukan nak minta disayangi pun, bukan minta untuk dibaIas kebaikan aku, tapi aku hanya mahu ucapan terima kasih sahaja. Tapi sikit pun tidak keluar ucapan itu daripada pelajar. Aku ok je kalau pelajar tak kenang jasa aku. Memang aku buat lillahi Taala.
Tapi mulai tahun ni, aku tak tahu kenapa susah sangat pelajar nak ucap terima kasih. Padahal banyak giIa aku buat untuk mereka. Untuk pelajar miskin, aku selalu bawa dia pergi jalan – jalan hujung minggu, belanja makan dan pakaian, ajar tuisyen personal secara percuma, tapi ending dia langsung takde ucapan terima kasih.
Aku sangka baik. Mungkin dia segan dengan aku. Maybe dia pendam je rasa terima kasih tu. Mungkin dia tak reti nak tunjukkan gesture thank you tu. Tapi sehinggalah ada seorang guru cantik datang ke sekolah kami. Guru itu muda macam aku, kami sebaya je. Cuma guru itu memang sangatlah cantik dan putih.
Ada suatu hari guru cantik itu belanja air kepada pelajar miskin yang aku selalu bawa keluar jalan – jalan tu. Pelajar miskin itu siap update story memuji cikgu cantik tu sebab belanja air kat dia. Siap ada gambar dia berdua lagi dengan cikgu cantik tu.
Padahal selama ni aku belanja dia makan setiap hujung minggu, belikan dia macam – macam, tak pernah pulak dia update stories. Sampaikan takde orang tau pun aku selalu belanja dia macam – macam. Tipulah kalau aku cakap aku tak terasa. Terasa giIa weh. Apa kurangnya aku?
Cikgu cantik tu baru belanja air sekali, tapi dipujinya cikgu itu tinggi melangit. Habis tu aku ni takde satu pun kebaikan ke? Sedih hati kecilku. Ohhh, lupa. Aku ni tak cantik. Sape nak update stories keluar dengan aku. Gambar dengan aku pun tak mahu. Yelah tak cantik kan.
Tapi aku sangka baik jelah. Mungkin sebab cikgu tu cikgu baru. Biasalah cikgu baru ni vibe dia lain sikit kan. Nak kata aku tak caring, giIa tak caring. Aku selalu tanya khabar pelajar aku. Kalau whatsapp stories tak ok, aku akan reply dan cuba bantu.
In simple words, aku ni sangatlah concern dengan pelajar. Aku sendiri tak pernah nak marah pelajar sebab aku sayang mereka. Sehinggalah majlis graduasi SPM baru – baru ni. Macam biasalah, lepas graduasi tu mestilah pelajar akan bergambar dengan cikgu – cikgu kan.
Aku ni excited pakai cantik – cantik, melambai dekat students, ucap tahniah dan aku je yang beriya nak tangkap gambar dengan pelajar. Tu pun guna kamera aku. Kamera diorang takde pun ambil gambar dengan aku. End up, tengok story whatsapp pelajar semua penuh dengan gambar bersama cikgu cantik tu. Siap ada bagi hadiah lagi dekat cikgu cantik tu.
Pelajar miskin yang aku selalu bantu tu pun ada bagi hadiah dekat cikgu cantik tu. Padahal aku, satu hadiah pun takde dapat. Diikutkan cikgu cantik tu langsung tak rapat dengan pelajar. Dia pun garang suka marah dan cepat emo.
Tapi yelah, dia cantik. Dia marah pun tetap gojes. Nak banding dengan aku ibarat langit dan bumi. Entah mengapa. Hati aku jadi kendur. Entah mengapa, air mataku mengalir dengan sangat deras. Rasa s4kit sangat di d4da, tak tahu nak cerita bagaimana. Aku rasa sedih yang amat.
Macam – macam aku buat, sehingga aku k0rbankan keperluan aku sendiri untuk bantu pelajar, tapi lihatlah pengakhirannya. Aku seperti tidak wujud dalam cerita mereka. Menangis aku kesedihan. Tidak pernah aku berkecil hati begini.
Tapi hari ini, hingga ke saat aku menulis luahan ini, mata aku masih bergenang mengenangkan baIasan mereka terhadap aku. Hanya kerana rupa aku tidak seindah guru cantik itu, adakah aku tidak layak untuk dihargai sebagai guru yang banyak membantu kamu?
Sudah banyak duit aku habiskan untuk menawan hati pelajar aku, tapi mengapa aku seperti tidak pernah berbuat apa pun? Ucapan terima kasih pun tiada. Namun untuk guru cantik itu, mampu pula pelajar miskin itu belikan hadiah untuknya siap karang ayat panjang – panjang untuk menghargai guru cantik itu.
Padahal sepanjang pengajiannya, duit aku yang menjadi sumber kewangannya. Inilah the real pretty privilege yang aku sedang alami. Aku tidak berd3ndam dengan guru cantik itu. Tapi aku terasa hati dengan pelajar – pelajar.
Masuk je bilik guru, penuh hadiah di atas meja cikgu cantik itu. Padahal baru berapa bulan je mengajar. Tapi atas meja aku dan meja guru – guru lain, kosong. Oh, begini rupanya per4ngai pelajar – pelajar aku. Aku ni tak lapar pun dengan hadiah – hadiah tu. Tapi sape je tak terasa kan.
Kalau tahu begini pengakhirannya, aku pun tak kuasa nak tolong mereka dan belanja macam – macam. Berpuluh ribu duit aku habis dengan membantu mereka. Tapi lihatlah, guru hodoh ini dilupakan begitu sahaja. Untung jadi guru cantik, sentiasa disayangi pelajar. Lesson learnt. Lepas ni, aku nak jadi selfish. No more kind hearted me. Aku dah penat jadi guru yang baik. – Didi (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Mummy Shu : Terima kasih cikgu.. dari hati saya yang paling ikhlas.. teruskan berbuat baik. Cuma hadkan lah perbelanjaan cikgu buat anak – anak didik. Dah boleh mula buat simpanan.. anak – anak saya juga pernah dibelanja air / makan dari cikgu sekolah dia.
Bila anak beritahu saya, banyak kali saya akan ingatkan ucap terima kasih.. jangan susahkan cikgu lagi. Pada cikgu, jadikan pengajaran.. saya tahu cikgu ikhlas. Semoga Allah baIas segala jasa baik dan ilmu yang cikgu curahkan.. stay happy dan take care teacher! Big hug
SitiHajar AbMulop : Terima kasih cikgu.. atas segala yang dicurahkan. Lepas ni, better cikgu cantikkan diri cikgu. Muka hitam dan berkawah, boleh jadi cantik. Cikgu pergi treatment dan spa. Buat rawatan.. jaga penampilan.
Lepas ni, pelajar yang akan terkejar – kejar dengan cikgu. Pakai baju cantik – cantik. Pelajar tak suka kalau cikgu serabai. Pelajar akan adore kalau cikgunya nampak berkarisma, kemas dan ada gaya (bukan keterlaluan). Gud luck cikgu!
Hannah Serres : Teruskan jadi guru yang baik. Kalau rasa nak ubah penampilan buatlah. Tapi tak perlu rapat sangat dengan pelajar. Bantu setakat perlu. Pelajar sekolah menengah ni lain sikit dengan pelajar sekolah rendah.
Pelajar sekolah rendah, mereka masih budak, tak pandai mana nak main select cikgu. Selalu excited jumpa guru – guru. Kena marah pun lepas tu boleh bermanja lagi. Pelajar sekolah menengah ni mereka dah masuk alam remaja. Tahu – tahulah remaja macam mana. Tak kata semua, tapi zaman sekarang dah banyak berubah. Hadkan belanja untuk pelajar dan gunakan duit untuk diri sendiri lepas ni ya cikgu.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.