Dalam diam suami saya menghubungi wanita tu dan bagitahu yang dia dalam proses cerai dengan saya. Waktu tu, saya datang ke rumah ibu mertua sewaktu suami sedang tidur lalu mengambil telefonnya…
#Foto sekadar hiasan. Hai, saya nak minta pendapat kalian semua yang mungkin pernah melalui masalah seperti saya atau yang arif menyelesaikan masalah suami curang. Saya telah lima tahun berkahwin dan dikurniakan tiga orang cahaya mata yang sangat comel.
Masalah yang saya hadapi ialah sejak kebelakangan ni suami saya berflirting dengan wanita lain di Facebook, Whatsapp, dan Email. Segalanya bermula pada raya yang lepas tahun 2023, masa tu kami pulang ke kampung beraya.
Perubahan sikap suami yang tak lekang dengan HP dan asyik tersenyum bila tengok telefon buat saya rasa curiga. Mula – mula memang tak syak apa – apa, tapi segala aktivitinya terkantoi bila saya terbaca mesej Messenger dia dengan wanita lain, yang bersayang – sayang bermama papa. Tak sangka kesetiaan saya selama ni dibaIas dengan kecurangannya.
Mengalir air mata saya membaca satu persatu mesejnya. Saya terus hilang pertimbangan dan memarahi suami atas perbuatannya. Namun, suami saya bukan jenis yang boleh dibawa berbincang. Seribu patah saya, satu yang dijawabnya. Dia hanya akan diam seribu bahasa. Saya tak tahu apa salah saya.
Lepas dari hari tu dia dah mula pandai keluar malam dan balik lewat pagi. Bila saya tanya, dia jeling dan terus keluar rumah, biarkan anak – anak menangis yang nak ikut. Mula – mula saya diam. Tak lama lepas tu saya tergerak hati nak cek FB dia.
Emm… barulah saya tahu siapa wanita yang dia berhubungan dengannya selama ni berdasarkan inbox di FBnya. Saya terus menghubungi wanita tu dan bertanyakan hal sebenarnya. Wanita tu memang tak tahu status suami saya dan berjanji melupakannya.
MaIangnya, bukan satu skandalnya. Malam tu suami saya tidur awal dan telefonnya berdering. Nama pemanggilnya ialah seorang wanita. Bila saya jawab, dia terus letak. Saya tak puas hati, saya telefon balik nombor tu.
Katanya dia hanya setakat kawan dan tak lebih dari tu. Dia tak tahu status suami saya dan berjanji tak berkawan lagi. Dalam diam suami saya menghubungi wanita tu dan menceritakan yang dia dalam proses cerai dan saya datang ke rumah ibunya sewaktu dia sedang tidur lalu mengambil telefonnya.
Itu apa yang perempuan tu cakap kepada saya pada keesokan harinya. Saya tak tahu kesudahan hubungan mereka sebab suami saya dah lock HP dia dan saya gagal untuk membukanya. Terbaru, di FB pula. Saya curiga dengan seorang kawan barunya.
Saya add dia dan dia kata hanya kawan. Lepas beberapa hari saya tergerak hati nak buka Email dia dan terjumpa mesej dia dengan wanita tu. Kali ni mesejnya sudah di tahap melampau. Saya terus hubungi wanita tu dan dia kata sahaja kacau suami saya.
Dia benci lelaki dan sengaja melayan suami saya sebab dia adalah salah satu m4ngsanya. Katanya lagi alasan suami saya mencari yang lain sebab saya tak sosiaI dan tak pandai bergaul. Saya memang tak suka bersosiaI tak tentu arah, lebih suka memasak dan habiskan masa dengan anak – anak. Saya berkerjaya dan ada pendapatan sendiri.
Sebenarnya saya berpendapatan lebih dari dia. Gaji dia tak seberapa tapi suka habiskan wang gajinya untuk bermain paintball. Dulu kami selalu g4duh sebab saya halang dia bermain paintball. Bagi saya, wang yang ada baik digunakan untuk anak – anak dari membazir bermain paintball.
Tapi sebab minat yang menggiIa kepada permainan tu, dia jadikan alasan tu untuk pasang lain. Dia kata sebab saya halang dia main paintball dia memberontak dan cari perempuan yang open-minded yang suka bersukan macam dia juga.
Tapi dia tak faham niat saya halang dia main bukan sebab saya tak open-minded tapi permainan tu mahal. Mak pun selalu pesan biarlah kalau dia nak bersukan, bukan dia buat benda salah. Sayalah yang terp4ksa tanggung perbelanjaan rumah alasan dia gaji kecil.
Suami tak suka saya dan anak – anak ikut dia kalau dia nak keluar, alasan leceh bawa anak – anak. Yelah budak – budak nakal tu biasalah nak tu nak ni, tak dapat menangis, Tapi suami pula rimas semua tu. Dia jadikan alasan anak – anak untuk tak bawa saya bersama.
Pernah yang lepas dia ada permainan di Terengganu, masa tu cuti sekolah. Saya memang dah merancang nak bercuti tapi terpa4ksa batalkan sebab permainan tu. Bila saya dan anak – anak nak ikut, macam – macam alasan diberi.
Tak ada hotel kosonglah, tinggal beramai – ramailah. Rupanya dia ada rancangan nak jumpa dengan skandal dia yang ketiga tu. Anak – anak memang lebih rapat kepada saya sebab suami jarang di rumah dan suka memukuI anak – anak jika mereka buat kesilapan.
Suami pula bukan jenis yang suka melayan anak – anak 24 jam menghadap HP dan laptop. Sebab tu anak – anak lebih manja dan rapat dengan saya. Soal kewangan memang saya yang banyak menyumbang sebab pendapatan saya lebih dari dia.
Kadang – kadang memang terfikir mungkinkah sebab lebih melayan anak – anak, suami mula beralih arah. Saya mengharapkan dia faham yang saya letih dan anak – anak juga perIukan perhatian setelah seharian habiskan masa di pejabat.
Isteri juga manusia biasa yang perIukan masa berehat dan belaian kasih sayang. Dulu suami saya ok sahaja. Sepanjang perkenalan kami dan hinggalah dikurniakan dua orang anak kami hidup aman bahagia. Suami banyak habiskan masa dengan keluarga.
Kalau keluar pun selalu bawa kami bersama. Tapi bila dah ada FB dan jumpa kawan – kawan lama dia selalu keluar malam reunion katanya. Kawan – kawan perempuan dia pula ramai yang single. Kadang – kadang tak faham yang kawan perempuan dia pun dah tahu suami orang, tak payahlah mengajak lepak sampai ke pagi.
Kalau saya tegur dia kata saya tak tahu sosiaI. Mungkin sebab dah lama tak bersosiaI dengan kawan – kawan dan bila dah mula kembali, memang seronoklah. Mula pandai bermesej, berchating dengan mana – mana perempuan.
Pernah juga saya tengok chat dia dengan kawan – kawan perempuan dia, ajak kahwin jadi isteri kedua. Tapi saya ingat dia bergurau sebab dia memang selalu bergurau macam tu dengan saya. Tapi tak sangka dalam diam memang dia ada niat nak pasang cawangan baru.
Saya pernah cakap kepada dia kalau awak mampu, saya tak kisah. Saya tak payah nak kerja lagi, sediakan saya kereta dan rumah, kemudian baru awak boleh kahwin lain. Dia tersenyum sebab tahu memang tak mampu lah kan.
Suami bukan jenis yang cemburu. Dia tak kisah pun kalau saya keluar dengan kawan – kawan. Kalau saya berchating ke apa, dia tak kisah. Jadi memang susah nak buat dia cemburu. Mungkin sebab dia tahu saya tak akan buat kot.
Kita kaum wanita walau macam mana pun tak terlintas di fikiran kita menduakan suami kita walau seteruk mana suami kita. Terima seadanya mereka. Lepas satu persatu skandalnya saya ketahui, tak tahu sampai bila kesudahannya.
Nak ikutkan hati memang ingin sahaja menamatkan hubungan ni Tapi bila memikirkan anak – anak saya jadi lemah. Saya hanya mampu berdoa agar Tuhan bukakan hati suami saya untuk berubah.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.