Gaji suami 2k je, lepas bayar semua, dia akan jadi paling miskin. Masa lalu depan Petronas, suami termenung tengok orang beli air Tealive

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Suami aku takde kereta pun. Yang ada hanya motor buruk yang dah lama dia ada sejak zaman mula kerja dulu. Dia kerja biasa sahaja. Gaji RM2,000. Dia memang paling ‘miskin’ lepas bayar semua komitmen.

#Foto sekadar hiasana. Aku baru lepas menangis dalam solat sebab doakan suami aku. Inilah aku rasa doa dan solat sunat paling dalam perasaan dia. Bukan nak minta apa – apa atau bersebabkan apa – apa. Aku hanya solat sunat Mutlak ini sebab aku ini h4mba dan aku nak bercerita dan berterima kasih dekat Allah.

Aku dah kahwin 7 tahun. Seorang anak syurga. Sempat kami bela Rania, 2 minggu sahaja lepas Allah ambil semula, masa tahun ke-5 kahwin. Kami syukur pernah rasa jadi ibu dan ayah. Alhamdulillah. Tapi yang aku rasa sangat syukur dan berterima kasih dekat Allah ialah suami aku.

Malam ini, aku terasa nak cerita pasal suami aku yang mungkin biasa – biasa sangat dekat mata manusia, tapi luar biasa bagi aku. Dia kerja biasa sahaja. Gaji RM2,000. Aku pula gaji hampir RM7,000. Sepanjang kahwin, dia layan aku macam tuan puteri.

Tak pernah ambil kesempatan dengan gaji aku, tak pernah meminta apa pun, tak pernah culas bagi nafkah, tak pernah tanya gaji aku pergi mana dan tak pernah langsung berkira walaupun dia memang paling ‘miskin’ lepas bayar semuanya.

Rumah yang kami beli sekarang pun, ialah rumah atas nama bersama, yang aku minta izin daripada dia untuk aku tambah bayaran bulanannya supaya dapat rumah yang lebih besar dan selesa. Itu pun dia minta maaf daripada aku sebab tak mampu nak sediakan rumah yang aku nak, sampai aku kena sokong. Baiknya dia.

Untuk pengetahuan semua, suami aku tiada kereta pun. Yang ada hanya motor buruk yang dah lama dia ada sejak zaman mula kerja dulu. Dia kata memang dia tak layak pun pakai kereta. Dia lebih utamakan keperluan keluarga kecil kami, walaupun aku tahu dia suka sangat motor – motor cantik dan kereta sporty. Baiknya dia.

Lepas tolak komitmen rumah, bil utiliti, nafkah aku, duit emak dekat kampung dan duit makan keluarga kami, memang cukup – cukup untuk dia makan dekat ofis sahaja. Lepas dapat gaji, dia akan beli barang kering dan basah. Itu pun aku dah cakap dekat dia, lepas habis stok makanan ini, aku hanya akan minta dia tambah telur dan beras sahaja. Selebihnya, aku akan tambah untuk ikan, ayam, udang semua bila nak makan sedap.

Dia selalu serba salah kalau aku masak mewah sebab dia tahu itu semua duit yang aku tambah dan dia akan minta maaf dan ucap terima kasih sangat sebab tak mampu beri lebih. Baiknya dia. Semua urusan dekat rumah ini, dia yang buat. Kerja aku hanya masak sahaja sebab dia masak tak sedap.

Aku syukur sebab dia tak pandai masak. Kalau tidak, aku rasa tidak berguna juga. Ini pun aku baru sahaja belajar – belajar masak lepas kahwin. Hebat sikitlah daripada dia, hihi. Dan yang buat aku rajin masak sebab aku sebenarnya nak buat bekal suami aku.

Aku tahu yang dia selalu makan jimat – jimat dekat kantin ofis dia. Lauk kuah dan tempe. Lauk kuah dan tauhu sambal. Sebab duit habis, gaji RM2,000 banyak mana sangatlah kan. Isk sedihlah. Baik kan dia? Suami aku akan ajak aku makan luar masa hari gaji. Atau masa bonus syarik4t dia. Dia akan minta aku ambil makanan sedap – sedap sebab dia kata dia tak selalu mampu.

Kalau hujung minggu, dia selalu minta maaf kalau mampu ajak pergi mamak sahaja. Ada satu masa itu, kami lalu dekat Petronas isi minyak kereta aku. Dia senyum taw4r tengok ada ayah belikan Tealive dekat anak – anak dia. “Awak pun saya tak mampu nak belanja Tealive, anak kita nanti macam mana?”

Aku sehabis daya ingatkan dia yang dia dah beri seluruh yang dia ada, semua itu jauh lebih cukup dah. Baik kan dia? Suami aku juga tak mer0kok. Tak lepak luar. Subuh, Maghrib dan Isyak di masjid belakang rumah kami. Dan dia akan balik antara Maghrib dan Isyak untuk periksa aku dah mengaji ke belum.

Dia tak pernah p4ksa aku sembahyang dekat masjid itu sebab dia kata perempuan ini afdalnya sembahyang dekat dengan tempat tidur sahaja. Dan dia tahu aku sibuk dengan kelas dalam talian, tak pernah kutuk aku atau banding – banding konon dia paling alim pun. Asalkan jaga aurat, maruah, solat 5 waktu, taat suami, dia okey sahaja. Dia buat aku rasa selesa. Baik sangat kan dia?

Dan untuk semua kebaikan dia dekat aku. Aku pun tak pernah lokek apa pun untuk dia. Sebab aku faham, dalam rumah tangga ini, kena tolak ansur dan memahami. Allah bagi gaji aku 3 kali ganda bukan sebab aku layak pun. Mungkin asbab aku ada suami yang baik dan redha melepaskan aku bekerja.

Aku akan tanggung bahagian ‘kemahuan’ sebab ‘keperluan’ aku telah suami penuhi mengikut kemampuan gaji dia. Selalu aku buat k3jutan dekat dia dengan jersi, hantar Grab dan makanan untuk rakan sekerja dia, telefon, dan macam – macam lagi.

Lepas itu malam – malam aku buat – buat lapar teringin makanan sedap, padahal aku yang nak belanja dia makan. Bila isteri buat – buat teringin, terp4ksalah dia bawa. Setiap bulan pula, aku akan bawa dia pergi duduk hotel mana – mana dengan mak atau mak mertua aku. Semua anak buah aku angkut. Hihi.

Bila belanja makan pula, memang aku dah selitkan siap – siap dekat dompet suami, untuk dia belanja ahli keluarga. Walaupun aku tahu, yang mereka tahu kemampuan suami aku yang bergaji kecil. Dan setiap kali pun dia akan sungguh – sungguh ucap terima kasih dekat aku sebab membahagiakan keluarga dia. Apa lagi yang aku buat?

Diam – diam aku menabung untuk umrah dia. Dia cakap, nak sebut umrah pun dia segan, sebab must4hil. Dia tak pernah ada banyak simpanan sebab memang habis untuk keluarga. Keluarga dia pun orang susah. 2 tahun lepaslah aku buat k3jutan dekat dia. Terus dia sujud syukur dekat dapur, masa aku bagitahu waktu makan malam.

Tahun paling bermakna dalam hidup aku masa itu. Lebih indah daripada perasaan dapat anak. Mungkin sebab aku betul – betul sayang dekat suami yang berk0rban banyak untuk buat aku bahagia dalam kemampuan dia. Kenapa aku hadiahkan dekat dia? Sebab ada satu masa itu, kami berkumpul dengan kawan – kawan, semua bercerita pasal pengalaman umrah.

Aku pernah pergi masa bujang dulu. Aku tengok dia ternganga dengar cerita dan dia diam sahaja tak menyampuk atau berkongsi, sebab dia tiada pengalaman itu. Sejak hari itu aku nekad nak hadiahkan dia pakej umrah. 2024 tahun yang indah sangat pergi umrah sama – sama musim sejuk.

Sembahyang dekat rooftop, setiap hari dekat Haramian qiyam berbumbungkan langit dengan lelaki yang paling aku cinta, hormat dan jaga aku, serta buat aku selamat. Dia jadi provider ikut kemampuan dia dari segi duit. Tapi provider dari segi emosi, kasih sayang, keberadaan dan semua, dia dah beri lebih dan terlalu melimpah ruah alhamdulillah.

Untuk pembaca semua, boleh ke korang semua doakan suami aku? Supaya dia sihat sentiasa. Bahagia selalu. Dan diberi kemudahan dalam kerjaya. Aku kesian tengok dia kerja penat – penat tapi gaji dia RM2,000 sahaja. Walaupun aku sebenarnya okey sahaja sebab aku mampu, tapi aku tahu sebagai suami mestilah dia nak jadi pencari nafkah utama.

Cuba minta kerja lain dalam talian, belum rezeki lagi. Dan pasal tiada anak lagi. Aku tak kecewa pun. Aku sentiasa yakin dengan rencana Allah. Duduk berdua dengan suami ini terlalu bahagia sampai tak sempat rasa sunyi bila belum ada anak. Tapi tak salah kan untuk kita minta dari pencipta kita hajat yang baik – baik? Doakan kami dapat anak juga tau.

Dan tadi, Yang buat aku menangis sangat masa doa ialah, aku baca doa dari seorang influencer ini ajar untuk suami yang baik. “Ya Allah, rahm4ti dan ampunkanlah d0sa – d0sa aku dan suamiku. Terima kasih atas hadiah suami yang baik, di hadapan Engkau nanti, aku akan persembahkan semua kebaikan suamiku, sehingga tiada jalan lain untuknya sehingga ke syurga tertinggiMu. Berilah rezeki yang tak terjangkau akal fikiran kami dan baik untuk agama kami.”

Menangis… Lepas doa ini tadi, aku terus lompat atas katil tengok muka suami aku yang tengah tidur. Lepas itu aku pun menangis sekali lagi sebab terharu tengok muka dia yang sanggup terima aku yang banyak kekurangan ini. Hukaloh kau pun Saadiah. Gembeng sangat kenapa?

Hihi. Best kan doa ini? Korang dah tolong aminkan? Terima kasih korang. Aku percaya korang pun sedang dijaga baik – baik oleh suami, sebab korang wanita yang baik. – Saadiah (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Kird Ree : Serius kisah yang sangat beri inspirasi. Aku rasa sebak sebab korang sama – sama menghargai. Suami baik, isteri pun baik. Semoga dilimpahkan rezeki buat korang. Aku aminkan doa kau juga. Minta tolong juga dekat kau doakan rezeki aku dipermudah. Ujian untuk aku kali ini agak berat. Doakan tau? InsyaAllah.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.