Duit suami habis bagi dekat Ayah Guru kononnya pengeras untuk jadi anak murid. Ayah guru m4kin kaya, terkenal tapi kami dihalau keluar sebab tak bayar sewa. Saya dan anak – anak terp4ksa jadi pengemis di masjid – masjid, sehinggalah saya ditangkap oleh JKM.
#Foto sekadar hiasan. Dua minggu berturut – turut saya mengikuti kisah isteri yang diani4ya suami secara fizikal. Bukan tak buat report dan rawatan ke doktor, tetapi akhirnya si isteri kembali kepada suami yang mengani4ya mereka.
Mengapa dan kenapa si isteri sanggup kembali kepada suaminya, sudah tentu kita tidak boleh jawab bagi pihak mereka, hanya mereka lebih tahu. Hari ni, saya beranikan diri untuk berkongsi pengalaman pahit yang pernah saya sendiri lalui dulu.
Kalau boleh saya mahu pembaca menilai dan tanya diri sendiri jika anda di kasut saya adakah anda akan buat seperti apa yang saya buat? Kembali kepada masalah saya semuanya bermula ketika saya bekerja di sebuah kilang di KL.
Biasalah kita ikut kawan, kawan kata kerja ok, gaji ok, rumah ok, semuanya ok maka tentu kita teringin sama nak mencuba nasib. Ketika bekerja itulah saya kenal dengan Shuk, kerana dia lebih senior, kita terp4ksa ikut arahannya, persoalannya mengapa arahannya banyak yang ‘mengena’ atau lebih kepada nak membuIi saya.
Rupa – rupanya t4ktiknya membuIi konon nak rapat dengan saya. Lepas itu baru dia kata nak lamar saya. Sebagai orang baru, tak sampai setahun bekerja, tentulah saya tolak. Tetapi dia pandai dengan bantuan beberapa orang kawan mereka ajak saya pergi berkelah, pergi kenduri kahwin rakan, makan buah – buahan di kampung kawan bila musim buah.
Dan setiap kali saya pergi Shuk pun ada sama. Awalnya memang saya tak suka, tetapi dia pandai pamerkan dirinya macam orang baik, bukan lagak bos. Lama – lama kami berbaik. Lama juga kami berkawan dan saya pernah ikut tengok aktiviti dia bersilat dan latihan mempertahankan diri yang dia sendiri jadi ahli.
Awalnya saya fikir memang latihan bersilat. Tetapi akhirnya ada semacam ceramah tentang ilmu kebatinan, ilmu kebal dan agama. Ada penceramah istimewa dipanggil Ayah Guru. Saya jadi blur, tak paham ajarannya. Dalam tak faham itulah Shuk ajak saya nikah secara batin.
Ketika itu peliknya saya ikut kehendaknya. Katanya lepas nikah batin baru beritahu emak ayah. Saya ikut! Bila balik kampung saya beritahu emak ayah saya sudah nikah batin dengan Shuk. Terk3jut beruk orang tua tu. “Apa? Nikah batin? Kau giIa ke?”
Saya pulak terk3jut. Ayah meng4muk. Dia p4ksa kami nikah di pejabat agama depan kadi berwalikan ayah sendiri. Walaupun dah nikah, tetapi perasaan marah emak ayah pada kami memang jelas, mereka tuduh saya dan Shuk sesat dan sebagainya.
Sejak itu saya tak balik kampung hinggalah setahun kemudian saya melahirkan anak. Sebelum ada anak memang saya bekerja, tetapi bila dah ada, ada masalah penjagaan anak pulak. Saya terp4ksa berhenti kerja. Awalnya memang hidup kami aman dan Shuk memang bertanggungjawab.
Tetapi nak jadikan cerita, dua tahun kemudian kehidupan kami bertukar 360 darjah. Shuk tak mampu lagi nak sara makan minum kami, susu anak pun dia tak mampu beli. Sedangkan ketika itu saya hamil anak kedua. Bukan itu sahaja sewa rumah pun dia tak mampu bayar.
Bila saya tanya mana pergi gajinya, dia tak boleh jawab. Akhirnya rahsianya terbongkar bila Ahl0ng datang rumah t4gih hutang. Membuat saya ketakutan. Sejak itu semua gaji Shuk, Ahl0ng ambil. Habis apa kami nak makan?
Akibatnya kami sering bertengkar, Ketika itulah kaki tangan Shuk mula hinggap ke muka dan badan saya. Siapa boleh tahan dalam sebulan, 2 atau 3 kali kena pukuI. Tambah teruk bila tuan rumah halau kami keluar sebab tak bayar sewa.
Saya tanya Shuk kenapa dia pinjam Ahl0ng, dia buat apa dengan duit itu? Mulanya Shuk diam, bila saya selalu desak, akhirnya dia beritahu, dia pinjam Ahl0ng kerana nak bagi pada Ayah Guru. Untuk apa? Katanya Ayah Guru minta sebagai syarat jadi muridnya.
Lebih menarik, bukan Shuk seorang bagi duit pada Ayah Guru, tetapi setiap murid kena bagi sumbangan syarat menuntut ilmu dan jadi anak muridnya. Ada yang pinjam duit isteri, pinjam duit emak ayah, ada yang terp4ksa gadaikan barang kemas isteri, jual kereta, jual motor dan sebagainya, semua kena bagi sumbangan pengeras ilmu Ayah Guru.
Kerana terpengaruh ajaran Ayah Guru, banyak keluarga bercerai berai. Bila Ayah Guru banyak duit, dia jadi popular, kaya dan mewah, sudah pasti dia dapat t4wan lebih banyak murid baru yang terima bayaran. Kerana terdesak, tidak ada makan dan susu anak saya terp4ksa jadi peminta sedekah di masjid – masjid semata – mata untuk cari duit beli makan dan susu anak.
Bayangkan saya jadi peminta sedekah, tidur macam geladangan di kaki lima kedai, kadang – kadang bawah jambatan. Bila dihalau keluar rumah. Waktu itu hilang rasa malu, demi sesuap nasi dan susu anak. Boleh dik4takan setiap jumaat saya mengemis di masjid dengan anak – anak yang masih kecil.
Waktu itu saya tak tahu mana Shuk tidur. Kami terpisah kerana takada rumah. Saya terp4ksa cari duit, sebab Kad bank Shuk Ahl0ng yang pegang. Sebelum jadi pengemis saya jual semua perkakas rumah, kerusi meja, peti sejuk, dapur, kipas, katil dan apa sahaja yang boleh jadi duit, semua saya jual, hingga rumah saya kosong.
MaIang sungguh nasib saya. Hampir setengah tahun saya mengemis di masjid dan di jalanan, akhirnya satu hari saya ditangkap oleh JKM. Saya tak sempat lari dengan anak kecil ketika serbuan dibuat, saya disoal siasat fikir mereka saya pendatang.
Saya ceritakan keadaan saya sebenar, mengapa saya mengemis dan saya ajak mereka datang ke rumah sewa saya, (sebelum tuan rumah halau). Saya tunjukkan rumah saya kosong, saya tak bekerja, anak masih kecil, anak nak susu nak makan, apa jalan yang ada kecuali mengemis.
Mereka lepaskan saya sebab kesalahan pertama, lain kali jika ditangkap lagi saya akan di bawa ke pusat pemulihan anak – anak akan dihantar ke rumah kebajikan. Kecut perut saya, takut terpisah dengan anak – anak. Tetapi dalam rasa takut, tangisan kerana kelaparan anak – anak mem4ksa saya mengemis lagi.
Saya tak ada jalan lain. JKM suruh saya bekerja, anak – anak macam mana, siapa nak jaga kalau saya tidak bekalkan susu dan lampin pakai buang untuk anak, takkan pengasuh nak siapkan lampin dan susu? Tiga bulan kemudian saya ditangkap lagi kerana mengemis.
Dan kami dipisahkan, anak – anak di tempatkan di rumah kebajikan, saya di pusat pemulihan. Sebelum itu saya pernah minta bantuan zakat dan Baitulmal, tetapi gagal, alasan mereka, saya ada suami, bukan ibu tunggal. Saya tak boleh dibantu walaupun saya bercerita hal yang benar, mereka tetap tak percaya. Sebab itu saya terp4ksa mengemis.
Proses minta cerai bukan mudah kerana tidak tahan dengan pend3ritaan terpisah dengan anak – anak, akhirnya saya ceritakan punca saya mengemis kerana suami tak bagi nafkah, dia tak ada duit sebab gajinya diambil oleh Ahl0ng.
Dia pinjam Ahl0ng kerana bagi duit untuk bagi pada Ayah Guru, guru ajaran sesat. Terk3jut Jakim dan saya beritahu terus terang, kalau tak percaya saya boleh tunjukkan tempat mereka menuntut ilmu dan siapa Ayah Guru yang sudah kaya mewah itu sebenarnya.
Terbongkarlah rahsia Ayah Guru, ramai yang kena tangkap dan mereka yang terlibat terp4ksa dipulihkan, termasuk Shuk. Saya tak ambil pusing apa terjadi pada Shuk, yang penting saya diceraikan. Beberapa bulan kemudian saya diceraikan.
Langkah seterusnya saya dan anak – anak mesti dilepaskan dari rumah kebajikan. Itu matlamat utama saya. Masalahnya bila ditangkap kita terp4ksa dibicarakan dan dihadapkan ke mahkamah. Sedihnya proses dihadapkan ke mahkamah memakan masa yang terlalu lama, sedangkan anak – anak hidup mend3rita di rumah kebajikan dengan keadaan berkud1s dan tidak terurus.
Akhirnya saya dibebaskan dan saya usahakan supaya anak – anak segera bebas, hasrat saya mahu hidup aman dan saya bersyukur akhirnya emak ayah datang bantu jadi penjamin anak – anak, seterusnya jagakan anak – anak saya sementara saya mencari kerja, untuk hidup walaupun tidak sesenang dulu.
Apa yang penting sekarang saya dan anak – anak boleh duduk serumah dan hidup seperti dulu. Walaupun tak senang macam orang lain. Pada saya yang penting saya bebas boleh menjaga dan membesarkan anak – anak seperti dulu. Cukuplah pengelaman pahit lagi hitam yang saya lalui sebelum ini tidak berulang lagi.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.