Keluarga mertua benci aku. Gambar keluarga yang ada aku, muka aku kena liquid siap color dengan marker pen hitam

Yang paling tak menahan aku kena tipu. Aku kesian mak mentua selalu mengeluh takde duit nak menunaikan haji. Kesian bila dia cakap umur dah tua bilalah nak gi haji. Aku bagi untuk mak dan pak mentua RM5000 sorang. Dapat duit dia bantai beli emas, haji tak pergi pun sebab tak daftar!

#Foto sekadar hiasan. Aku dalam proses cerai dengan suami sebab campur tangan orang ketiga. Tak lain tak bukan, mak mentua dan anak d4ra dia yang suka sangat masuk campur hal aku laki bini. Aku tergerak nak buat confession ni, nak nasihat sikit adik – adik yang masih berkepit dengan mak, yang duduk serumah dengan mak, nikah pun tidak, tak payah nak masuk campur hal rumah tangga orang lain dengan kata lain jadi batu api.

Ye hati aku s4kit. Aku dah sound tuan punya badan. Tapi aku nak melepaskan juga rasa di hati. Hanya kerana aku tak turuti kehendak mereka dan keluarga mereka aku diherdik, dih1na sesuka hati mereka. Gambar keluarga yang ada aku, muka aku kena liquid pas tu color plak dengan marker pen hitam.

Ada gambar yang kena mark tanda X kat muka. Terjadi perg4duhan mulut, suami aku pilih keluarga dia. Yang jadi m4ngsa aku, iyalaa ayat mak mertua bini boleh dicari hanya di atas kertas jer, hubungan anak dengan mak kekal sampai bila – bila.

Guna modal syurga anak bawah tapak kaki mak, nanges sikit. Settle. Aku paham tanggungjawab anak lelaki kat mak. Paham. Mak yang lahirkan dia, besarkan dia. Paham. Sebab aku pun ada mak ayah, tanggungjawab kat mak ayah bukan khas untuk anak lelaki jer tapi dah nama anak tanggungjawab pada ibu bapa tu jangan abaikan.

Aku tak larang suami balik rumah mak dia setiap minggu. Sampai payah nak balik kampung aku ziarah mak ayah. Kalau aku nak jenguk mak ayah tanpa suami di sisi sebab dia walau macam mana pun mesti nak balik kampung tengok mak dia tiap minggu.

Aku mengalah. Laki aku guna duit aku semata nak balik kampung dia pun aku layankan jer, duit tol, duit minyak. Mula – mula aku okay. Cuma yang buat aku tak okay bila pihak beIah sana tak boleh langsung nak tolak ansur dengan aku.

Kalau boleh nak berkumpul setiap minggu tanpa gagal anak beranak dia jer, nak semua ada. Kalau seorang anak menantu takde akan ada drama nangis dan air mata kata menantu ni tak suka balik kampung jenguk dia walhal setiap minggu dah balik tunjuk muka.

Apalah salah mengalah kasi can kita nak bermesra dengan mak ayah sendiri. Pentingkan diri!!!! Gaji aku RM3500. Loan rumah aku bayar RM1200 sebab nama aku, kereta RM850, duit petrol aku gi keje RM300, telco RM35, cukai pintu RM13 sebulan simpan, cukai tanah RM9 sebulan aku simpan, indah water RM8,

Aku pergi kerja pun bawa bekal, barang dapur RM300, barang kering, barang basah RM100 seminggu, sebulan dah RM400. Balance RM385 ni laa guna untuk berhuhu kot kereta meragam ke. Takde aku mewah – mewah. Aku ada buat dropship juga roughly dapatlaaa pendapatan tambahan RM400 hingga ke RM800 sebulan.

Tu pun orang tohmah kata aku habiskan duit gaji laki aku sebab tu laki aku tak dapat berbakti kepada ibu terchenta. Whaaatt??? Aku ni ada hulur jugak la kat mak mentua tu kalau balik kampung. Lain laa gaji aku enam juta boleh je aku sumbang sorang sejuta.

Gaji laki aku RM4500 sebulan. Aku dengar masa mula – mula kahwin mak mentua dengan anak d4ra dia sekolahkan laki aku sebab dia dapat tau yang laki aku bayar separuh duit ansuran rumah. Mak mentua bising. Dia kata duit kau, kau punya, duit bini kau, dia punya.

Aku merasa 6 bulan je duit suami. Sebulan laki aku sumbang RM1000 kat mak dia. Aku tak kisah, tapi yang aku kisah nafkah aku takde. Kasilaa RM10 pun kalau tersepit sangat pun. Kira kau tunaikan tanggungjawab sebagai laki.

Tapi dia ulang ayat mak dia kata u kan bekerja ada duit sendiri. Sungguhpun aku kerja tanggungjawab kau mana??? Oh my kenapa lah ada mak yang ajar anak culas dari menjalankan tanggungjawab. Siap hasut anak tu beli rumah lain letak nama satu jer.

Rumah yang sekarang ni nama bini kau, kot jadi apa – apa sehelai sepinggang kau. Aku dengar pulak tu masa dia nasihat anak tu. Bayar bulan – bulan RM1800 lepas tu sengkek takde duit. Bila anak tu tak dapat nak sumbang RM1000 sebulan kata bini dia habiskan duit laki.

Pada hal duit aku asyik kena ambik je dengan laki aku. Dah beli rumah baru, mak dia plak pindah anak beranak duduk situ dengan anak d4ra tu. Lepas tu kerja nak bawang aku memacam. Nak bercuti tiap – tiap tahun dah macam orang kaya.

Bila menantu tak bagi sumbangan, kita plak kena kecam. Yang nak berjalan mereka dan keluarga mereka. Aku sedar diri duit gaji aku memang takde bajet nak jalan sana sini sebab tanggung laki. Yang paling tak menahan aku kena tipu, kesian mak mentua selalu mengeluh takde duit nak menunaikan haji.

Aku kasi untuk mak dan pak mentua RM5000 sorang. Sebab masa pkp kan boleh keluarkan kwsp. Kesian bila dia cakap umur dah tua bilalah nak gi haji, ntah sempat ke tak. Lepas bagi duit dia kata tak nak pi haji sebab daftar haji pun tak, macam mana nama nak masuk list.

Alasan kalau nak tunggu nama naik kot dijemput Ilahi dia nak pi buat umrah amek pakej RM9900 sorang. Kos nak gi haji RM13000++ ada subsidi kerajaan kan??? Baik gi daftar haji. Menunaikan haji sekiranya mampu.

Sebenarnya nak menggebang je keje. Takde nak gi haji sangat. Umrah tu tak wajib. Duit yang aku kasi bagi tujuan menunaikan haji tu dia guna beli emas. Tak masal aku kene tipu! Satu hari aku tak tahan, aku sembur adik perempuan laki aku.

Kau baru umur 19 tahun dah sibuk masuk campur rumah tangga orang. Takkan rumah aku beli tv 60 inch guna duit aku, kau nak aku belikan untuk mak kau??? Sampai ungkit masa aku tengah makan, kata aku menantu tak sedar diri keja abiskan duit laki.

Barang rumah aku semua aku beli guna duit gaji aku sendiri, yang kau sibuk segala benda ape hal??? Dah duduk rumah free pun banyak cerita. Yang cuci bilik air pun mak kau banyak hal plak. Kata aku kuIikan laki aku sidai kain baju ape kejadah budak ni, habis yang housework yang selama ni aku buat takde plak kata aku ni h4mba suami sendiri???

Bila aku kerja out station tak dapat balik kampung, dik4tanya aku pergi berscandal sana sini tak suka balik kampung sampai aku laki bini berg4duh! Macam – macamlah aku ungkit sampai mak mentua aku kata aku ni manduI!!! Patut laki aku cari bini baru jer.

Hello, tak payah nak jadi Karen sangat. Aku baru kahwin 3 tahun dah cop aku manduI!!! Terus aku naik h4ntu hilang kesabaran aku, aku berg4duh dengan mak mentua aku. Laki aku tengking aku balik. Ntah apa yang merasuk aku hari tu, aku mengam0k macam orang hilang akal!!!

Too much!!! Sebabkan makhluk perosak tu, laki aku selalu marah aku. Kadang – kadang tak bertegur dan atas alasan aku tak beranak lagi. Dengan mak mentua aku galakkan suami cari bini baru. Dia siap kata lelaki kalau nak tambah bini itu hak dia, boleh kahwin 4.

Apa sekali tu bapak mentua aku kant0i berwhatsap call dengan janda meniaga kedai makan tau plak dia mengam0k sampai pengsan – pengsan. Aku gelakkan jer depan mak mertua. Aku kata, mak kan kata laki boleh kahwin 4, bagiIaa ayah nikah lagi satu. Hak lakikan???

Tu yang dia jadi karen dan hilang kawalan dengan aku kena sep4k ter4jang dia. Jadi aku malas dah nak layan drama karen ni aku ambil keputusan untuk berpisah cara baik dengan laki aku ni. Dalam proses. Malas aku nak layan.

Aku tertekan. Sedikit sebanyak aku mentaI sebab apa aku buat takde orang nak hargai baik aku cari bahagia sendiri bak kata mereka dan keluarga mereka isteri ni hanya di atas kertas sahaja bila – bila boleh putus. Silakan.

Buat adik – adik yang belum melayari kehidupan berumah tangga, jangan dok action sangat. Esok ko dah nikah, ko rasakan lah kehidupan seorang isteri yang orang selalu kata ‘beras suami beli.’ Selalu kata perempuan ni tak nak mengalah, nak menang jer.

Habis yang selama ni apa yang kami buat, toleransi dengan per4ngai b0doh depa, tak dak nak fikir????? Aku bekerja, aku buat semua kerja rumah, mesin kain, sidai, angkat, iron baju, cuci bilik air, cuci sinki, cuci pinggan mangkuk, buang sawang, buang sampah, aku masak lagi.

Aku kena beli bahan masak balik kerja kalut pi beli barang masak. Minyak masak RM2.50 pun haangpa tak boleh nak beli. Lagi banyak cita. Nak makan sedap, tapi lauk pauk pun takmo beli. Dah masak tak nak makan, kata nak makan luar.

Nak makan luar aku juga yang kena bayar. Pon kata pompuan ni complicated, pompuan ni nak menang jer semua!!! Aku malas nak layan dah, lepas ni aku bebas nak beli tudung baru, baju baru, kasut baru, pergi spa tanpa berkira – kira duit yang tinggal untuk menanggung anak mak.

Lepas ni kalau ada jodoh takmo dah anak mak. Serik!!! Ingat anak mak boleh laa jaga kita sampai tutup mata. Tak dan nak tutup mata dah kena singkir!!! Pandai jaga mak dia ja, lain out!!!! Jangan terlalu mencari kesempurnaan, hingga kau terleka bahawa kesempurnaan itu ada depan mata. – Hana (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Fiza Najib : Like sangatttt macam ni baru betul. Jangan bagi orang pijak. Yang heran tu mak mentua dengan adik ipar d4ra tu perempuan tapi tak faham ea kesusahan permpuan. Pak mentua dia pun peras duit mak mentua dia juga ke sampai dia kata duit awak duit anak laki dia. Dia mesti jeles ni sebab pak mentua dia tak treat mak mentua baik – baik la tuu. Jadi dia nak anak laki dia pon wat menantu benda yang sama.

Sue Suff : Melampau punya laki dan mak mertua. Selalu wanita yang ada gaji ni kena beli semua sendiri kan termasuk barang – barang rumah. Yang si laki anggap isteri dan anak – anak jadi bebanan. Dah dia nak kahwin sangat kenapa kalau taknak rasa beban ada anak isteri, bayar bil air letrik semua janganle kawen.

Mujur tt belum ada anak. Syukur. Kalo ada mau merana sian kat anak pulak. Sebenarnya belum ada anak itu pun rezeki sebab awak sempat tengok true color suami tu. Moga dipermudahkan urusanmu. Aamiin.

Aina Fazlin : Cita – cita kecil aku nak jadi kakak ipar yang baik, sebab aku takkan kotorkan mulut aku membawang, masuk campur, busuk hati dan sibuk dengan urusan rumahtangga adik beradik aku dan takkan jadi orang macam tu. Moga Allah pelihara diri ni dari buat tak baik dekat sesiapa pon. Jenuh nti nak cari. Cukup bayangkan sehari di dunia bersamaan dengan seribu tahun di akhir4t sana.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.