Kami semua geram bila ibu mertua umur 75 kahwin lari dekat Siam. Bila suami baru s4kit dia p4ksa saya yang jaga.

Dan klimaksnya ibu mertua yang berumur lebih 75 tahun kahwin lari dengan lelaki lebih kurang seusia di Thailand. Pernah dengar wanita tua kahwin lari di Thailand? ibu mertua saya adalah sangat rare, satu dalam sejuta.

#Foto sekadar hiasan. Hi. Nama saya Mona, berumur 50-an. Berkahwin hampir 25 tahun, sangat bahagia dengan suami dan anak – anak yang dicintai. Suami saya adalah suami yang sangat baik. Berlemah lembut kepada saya dan anak – anak. Beliau juga sangat menjaga kebajikan ibunya.

Ibu mertua pernah menyuarakan supaya suami berkahwin lain, tanpa sebab yang yang jelas. Menurut teman rapat ibu mertua, ibu mertua tidak suka cara saya berjalan, maka ibu mertua mahu suami berkahwin lain. Nampak mengarut namun ini yang telah terjadi.

Ibu mertua takut menyatakan perkara ini di hadapan suami, hanya bercakap perkara ini di kalangan adik beradik dan rakan baiknya. Namun syukur suami menolak mentah mentah pandangan tersebut. Ujian untuk suami dan adik beradiknya, ibu mertua mempunyai banyak masalah yang tak patut bagi seorang wanita berumur lakukan.

Dan klimaksnya ibu mertua yang berumur lebih 75 tahun kahwin lari dengan lelaki lebih kurang seusia di Thailand. Semua anak terk3jut. Anak – anak tiada sebarang masalah untuk menerima ayah baru secara terhormat, mengikut lunas agama dan budaya masyarakat Melayu Islam yang bermaruah. Namun jalan ini yang dipilih.

Sampai ke hari ini ibu mertua tidak pernah berterus terang berkenaan hal yang sangat pelik ini serta ia telah mengaibkan keluarga. Kami tertanya – tanya mengapa ibu mertua mengambil langkah ini. Untuk mengkaburkan kesalahannya berkahwin di Thailand, ibu mertua telah cuba menfitnah saya, dengan pelbagai tohmahan buruk.

Saya sangat konfius dan sedih, begitu sekali red-herring ibu mertua untuk mengalihkan kesalahannya pada saya. Namun suami sangat mempertahankan saya, beliau kenal isterinya, begitu juga adik beradik suami. Alhamdulillah.

Untuk rekod, ibu mertua merupakan isteri yang keempat, kahwin lari juga untuk perkahwinan pertama. Ibu mertua berg4duh dan dipulau oleh keluarga, secara perlahan – lahan ibu mertua diterima kembali terutama setelah suami dan adik beradiknya lahir.

Madu ibu mertua yang lain diceraikan setelah beberapa tahun ibu mertua berkahwin. Jadi ibu mertua satu – satunya isteri hingga ayah mertua meninggaI. Anak – anak ibu mertua semuanya orang yang baik – baik dengan kerjaya yang kukuh.

Namun perbuatan ibu mertua sangat memaIukan maruah keluarga terutama anak – anak. Anaknya ada menjadi tokoh agama, bayangkan bagaimana h4ncur hati dan perasaan anaknya ini. Ibu mertua membawa balik suami barunya tanpa apa – apa permohonan maaf kepada anak – anak. Dan menjalankan hidup seperti biasa, seolah – olah tiada apa berlaku.

Suami seperti biasa menelan semua yang pahit ini dengan sabar. Kami balik menziarahi, menjaga kesihatannya dan makan minum dan beraya seperti biasa walaupun di dalam hati, hanya Allah yang tahu. Suami baru ibu mertua jauh sekali perwatakannya berbanding Allahyarham ayah mentua saya. Suami barunya saya gelar Sin.

Sin tidak pernah membantu membeli barang dapur di rumah ibu mertua. Hanya keluar makan dan masuk ke bilik seperti orang asing. Tiada sumbangan tenaga atau apa – apa. Jauh dengan dengan ayah mertua, yang suka membantu urusan rumahtangga dan mengeluarkan duit belanja.

Namun apalah expectation yang boleh dijangka, Sin masuk ke rumah kami ibarat memecah pintu kaca, yang meIukakan ahli keluarga. Namun ke semua anak masih cuba beradab sopan terhadap Sin. Saya kagum dengan kesabaran anak – anak ibu mertua.

Baru – baru ini Sin tidak sihat. Ibu mertua mahu anak – anak terutama saya menguruskan kesihatan Sin. Ibu mertua kata, anak – anak Sin ke semuanya tidak dapat membantu. Saya terkesima. Ibu mertua memikirkan saya perlu bantu kerana saya tahu bidang kesihatan (jururawat kanan), di dalam masa yang sama, suami mahu anak – anak sin yang kebanyakannya lelaki tidak bekerja bertanggungjawab dengan kesihatan Sin.

Ibu mertua tahu kelemahan saya yang akan mengalah dengan orang s4kit dan merawat dengan sepenuh hati. Namun kali ini suami nampak sangat tegas berbanding sebelum ini. Dan ibu mertua nampak agak terkesan dan sedih dengan ketegasan suami.

Namun adakah ibu mertua sedar bahawa suami menanggung kesedihan yang amat dahsyat selama ini akibat perbuatan ibunya? Sebenarnya banyak lagi perkara yang dilakukan ibu mertua yang tidak masuk akal yang dilakukan oleh wanita berusia lebih 75 tahun. Namun biar fokus satu per satu dahulu.

Pernah dengar wanita tua kahwin lari di Thailand? Ibu mertua saya adalah sangat rare, satu dalam sejuta. Jika pembaca berada di kasut saya, apa pandangan pembaca semua? Mohon pandangan. Menantu Yang TerIuka, – Mona (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Bella Hisham : Ramai yang saya perhati, kalau suami berpihak pada isteri. Memang isteri akan stay walaupun dapat mentua puaka. Kalau yang berpisah sebab mentua tu, mesti suami tak berpihak pada isteri. Alhamduliah dapat suami yg memahami. Tt sabar ye, ibu mertua tu tak lama dah.

Norizan Mamat : Salam, kita mungkin seusia. Okeh, ada nasihat dari orang bijak, kita sebagai menantu, jangan terlalu ambil pot dengan permasalahan keluarga suami. Jika melibatkan diri kita, barulah kita bertindak.

Apapun, untuk kes confessor, elok dah dengar cakap suami, jangan dengar cakap mak mertua. Kecuali pak mertua tiri masuk hospitaI, jadi tugas kitalah jaga dia bila kita kerja. Ada jiran yang kebetulan gitu. Jiran ni suami meninggaI.

Sebelum meninggaI s4kit. Jadi, dia dan anak jaga suami dia yang s4kit tu. Tak pasti berapa lama. Lepas tu, suami dia meninggaI. Kemudian, jodoh dia datang, dia kahwin lagi. Sekejap jer nampak suami dia ke surau lalu depan rumah kami.

Lepas tu dia tak lalu dah. Rupanya jatuh s4kit pula. Now, mereka anak beranak jaga suami / ayah baru tu. Tak pasti kenapa anak suami tu tak ambil jaga, atau itu memang tanggung jawab isteri baru. Agaknya gitulah kut (atau mungkin suami baru tiada anak).

Tetapi, ada kes yang bila ayah s4kit, semua anak – anak nak jaga, tak bagi ayah dijaga oleh mak baru. Tau jenis yang mana ? Hehehehe.. Apa pun, semoga dipermudahkan urusan confessor sekeluarga. Semoga dugaan begini tidak lama.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.