Giliran Raja Ilya pula tak berpuas hati dengan syarikat penerbangan Malindo Air

Makin banyak pula aduan artis tentang syarikat penerbangan Malindo Air. Jika sebelum ini, pelakon Nina Iskandar yang kesal dan tidak berpuas hati dengan cara staff Malindo Air membaling bagasi miliknya kini giliran Raja Ilya pula memuat naik status tentang syarikat penerbangan itu.

Menurut Ilya ini bukan kali pertama beliau menghadapi situasi sebegitu. Malah dia telah membuat aduan ke pelbagai saluran tetapi tiada jawapan dan masih berulang. Jadi beliau mengambil keputusan untuk memuat naik status di IG miliknya.

Kata Ilya, beliau juga merupakan bekas pekerja sebuah syarikat penerbangan jadi dia begitu faham akan tugas dan tanggungjawab yang dipikul. Beliau mempunyai kesukaran berkenaan bagasinya dan sikap tidak ramah layanan cabin crew.

Terlalu banyak kali bersabar…. Ilya pun kerja airline gak Sblm ni ,jadi cabin crew gak Tapi Tak pernah sekali pun layan passenger mcM segelintir mereka skrg ni.

Walaupun kita baru break up tetap Senyum and kerja Dengan ikhlas . Today rasa Lebih lebih lak,email complaint pun Tak jalan ,call complain pun Tak ambik peduli ,so macam mana kami nak Sampai kan complaint ke pihak yang kena ambik tahu ?

Bukan sekali kena ,banyak kali !!sampai bag2 penumpang di tinggal kan kat KLIA tanpa bagitau apa apa ,sampai kat Perth kata Airline Tak upload baggage sebab overload , so kena tunggu 1 Hari utk Terima bag .

Bila naik Pesawat some of the Cabin crew layan and sembang Dengan passenger macam musuh negara , nak hidang Makan pun macam bagi sedekah. Bila cancel ticket Dengan PNR yang sama plak baggage Tak leh nak Tukar sebab POLICY .

Ayoooo policy ambik duit passenger free2 ? Macam cakap Dengan robot!!! Tak ada comment sense ,Tak ada timbang rasa Bila Tanya kata company policy . Teruk sangat policy ni.. dah lama malas naik airline ni sebenarnya sebab benda2 macm ni laa… nasib baik ada option air asia & @malaysiaairlines , skrg harap2 pihak atasan nampak Kami ni.. sebab email,call Tak layan.. terpaksa laaa guna cara ni.

Bukan saja ILYA ,ramai lagi kat luar sana nk smapi kan semua ni .aiyoooooooo Ini luahan hati seorang passenger and ex crew pada airline ini. Harap ambik tindakan . Tolong laa.. @malindoair

Harap pihak pengurusan dan tertinggi dari Syarikat Malindo Air dapat mengambil aduan dan komen daripada para pengguna. Bukan satu aduan malah melihat kepada komen-komen, ramai yang menghadapi masaIah yang sama.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..