Habis emas aku tergadai sebab suami malas nak cari kerja. Emas terakhir aku gadai sebab aku nak bersalin. Malangnya suami curi licin habis duit aku

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Bila ada projek, ada la duit suami, kalau tak takde duit. Kami berg4ntung pada emas yang aku ada. Masa sarat mengandung aku jual emas terakhir untuk persediaan bersalin. Hinggalah terjadi, sesuatu yang tak terduga, sesuatu yang buat aku betul – betul hilang..

#Foto sekadar hiasan / AI. Bulan 1 ni dah 9 tahun usia perkahwinan aku. Aku kahwin dengan suami aku sekarang sebab masa tu umur aku dah 27 tahun, kawan kawan seusia aku semua dah kahwin dan ada anak. Tanpa fikir panjang aku kahwin dalam masa yang singkat lepas kenal dalam group cari jodoh.

Aku tak sempat kenal siapa dia sebenarnya, siapa keluarga dia. Mula – mula kahwin kena duduk dengan mertua. Setiap hujung minggu pasti aku balik rumah mak aku, tak jauh dalam 40 minit. Kadang – kadang balik sorang, kadang – kadang balik berdua.

Masa tu aku tak kerja tapi aku tengah study. Tak sampai setahun kahwin suami aku buat rumah atas tanah atok dia. Mana datangnya duit dia buat rumah aku kurang jelas sebab aku tak ambil tahu. Yang aku tahu aku nak duduk asing dengan mertua dan ipar aku.

Jadi tanpa loan suami aku siapkan rumah walau tak besar tapi boleh la. Masuk tahun ke 3 kahwin aku dapat anak dan masa tu PKP. Kerana PKP suami aku hilang kerja tetap dan masa tu hanya berg4ntung pada emas simpanan aku. Tak banyak tapi ada la.

Tak lama menganggur dia kerja projek dengan iparnya. Ada projek ada la gaji. Takde projek makan kikis sana sini. Lebih 2 tahun bertahan sehingga licin simpanan emas aku. Lepas tu aku dikurniakan rezeki anak ke-2. Masa tu dia masih bekerja dengan iparnya.

Aku pernah suruh dia cari kerja tetap tapi kesungguhan dia tu takde. Masa aku suruh cari tu memang dia cari sana sini tapi aku langsung tak nampak yang dia nak kerja lain, cari atas sebab aku yang suruh cari. Masa aku sarat mengandung aku jual emas terakhir aku untuk persediaan bersalin.

Memang aku simpan untuk keperluan aku dan anak – anak tapi sesuatu yang tak terduga, sesuatu yang buat aku betul – betul hilang perasaan terhadap dia. Memang hilang dan aku memang benci dia. Dia curi duit simpanan aku. Bukan sekali tapi 3 kali.

Tak banyak tapi DUIT SIMPANAN aku yang aku simpan untuk kecemasan aku dan anak serta anak bakal lahir. Aku jadi seorang yang hilang sabar. Bila rasa nak marah dekat dia, aku lepaskan dekat anak sulung aku dan aku menangis. Aku menangis sepanjang hari, aku menangis setiap hari dalam keadaan mengandung.

Aku bersumpah sekiranya terjadi apa – apa dekat anak dalam kandungan aku, aku tak akan maafkan dia dan seluruh keluarga dia. Untuk pengetahuan, rumah yang suami aku bina berdekatan dengan ahli keluarga dia. Yang mana tujuan asal buat rumah dekat adalah untuk “tumpang s4kit pening”.

Tapi saat aku terluka, saat aku hilang semangat untuk hidup, takde seorang pun yang bertanya khabar. Pernah sekali aku tunjuk perasaan yang aku dalam keadaan terIuka, dalam keadaan ters4kiti oleh perbuatan suami dan dalam masa yang sama takde yang membantu. Ahli keluarga dia ser4ng aku, seakan aku yang memulakan semuanya.

Mereka ser4ng seolah – olah aku adalah pem4ngsa dan keluarga dia adalah m4ngsa. Dalam keadaan sarat mengandung, aku ditengking, aku dimaki sesedap rasa. Tapi suami aku diam. Diam sambil melihat kejadian tu depan matanya tanpa ada belas ihsan.

Dia anggap aku ni orang luar. Sememangnya aku hilang perasaan terhadap dia. Memang dalam kepala aku fikir CERAI dan lari dari keluarga t0xic tu. Tapi aku fikir anak – anak. Aku bertahan dan berharap suami aku minta maaf dan pertahankan aku sebagai isteri.

TAPI sampai ke hari ni semua tu tak terjadi dan sememangnya aku hidup sebumbung dengan dia hanya atas dasar anak. Aku hanya pekakkan telinga, butakan mata, jalani hari – hari dengan anak aku. Doakan aku terus kuat untuk jalani hari – hari bersama anak – anak aku.  Doakan aku murah rezeki untuk menyara anak – anak aku tanpa menyusahkan sesiapa pun. Aku selalu berdoa aku nak m4ti bersama anak – anak aku. Maaf terpanjang pula jalan ceritanya.

Komen netizen :

Zatty Musa : Walau apa pun masalah, jangan jadikan anak sebagai m4ngsa. Mereka tak tahu apa – apa tentang kehidupan orang dewasa. Kasihanilah anak – anak kita. Allah bagi masalah supaya kita berusaha cari jalan keluar. Jangan biarkan diri sendiri dan anak – anak dianiaya. Moga dipermudahkan.

Isma Zawani : Sis, janganlah minta kami doakan sis bertahan dengan suami macam tu. Patutnya sis minta kami doakan sis kuat untuk bangkit mempertahankan hak sis dan anak – anak. Jangan bertahan lagi kalau benda tu meny4kitkan sis.

Iffah Sharifah : Pengalaman tu mengajar erti kehidupan yang sebenarnya. Banyakkan bersabar dan berdoalah selalu agar dapat menjalani kehidupan seharian walaupun diri terasa s4kit dan terIuka. Kesabaran hati ada hadnya. Bila sudah merasai matinya rasa, bertindaklah move on. Kita berhak mencari ketenangan dan kebahagiaan diri sendiri dan lebih baik hidup sendiri bersama anak – anak. Better move on. No str3ss, no tension, life must be happy. Good luck.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5124 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.