Hampir putus asa setelah kehilangan anak tersayang, wanita ini berjaya menamatkan pengajian Doktor Falsafah(PhD)

Baru-baru ini seorang warga twitter berkongsi pengalaman isterinya Nor Farhana Jasmi, yang baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD). Apa yang menarik minat umum ialah perjalanan yang terpaksa dihadapi oleh lsteri beliau sebelum dapat menggenggam kejayaan tersebut.

Menurut beliau, antara cabaran yang terpaksa dihadapi ialah ketika kehilangan anak pertama Dewi Faleesya Fairuzzaman yang ketika itu berusia empat bulan. Anak mereka meninggaI selepas tersedak susu di taska pada Jun tahun lalu.

Akhirnya selepas lapan tahun, beliau berjaya menghabiskan pengajian didalam pengkhususan Sains Gunaan di UITM Shah Alam.

Walaubagaimanapun, pada hari yang bermakna tersebut, Fairuzzaman tidak dapat sama-sama meraikan kerana berada di Jerman untuk menyambung pengajian PhD di University Goethe Frankfurt.

 


Sangat kuat dugaan dan cabaran yang suami isteri ini hadapi. Tapi seperti yang diulas oleh Nor Farhana, apabila kita reda dengan satu ujian, Allah SWT akan beri lebih rezeki lagi.

Fairuzzaman dan Nor Farhana berharap kisah mereka ini dapat memberi inspirasi kepada orang lain.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..