Hantaran isteri RM 15K serba satu tapi rupanya kerja rumah langsung tak tahu buat!

Suami mana yang tak sedih, kau kerja bukan main penat siang malam nak kumpul duit kahwin mahal – mahal, tapi dapat isteri satu benda pon tak pandai buat. Bayar RM15k satu kerja pon tak tahu. Aku balik mengadu dengan mak tapi mak aku tarbiah aku balik..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum and thanks admin. Sejak akhir – akhir ni, abang perasan bab hantaran jadi hot topic kat confession ni. Abang nak kongsi sedikit kisah dan pengalaman abang sendiri.

Abang dah kahwin nak dekat 5 tahun. Kahwin dengan pilihan hati yang juga bekas graduan di universiti yang sama. Sama – sama suka, jadi lepas grad dapat kerja tetap, terus kahwin. Isteri abang ni memang cantik dan sejuk mata memandang. Korang tahu berapa hantaran kahwin abang dengan isteri ? RM15K serba satu. Mak ai senak pancrease abang mula – mula bila fikir mana nak cekau RM15K nak buat hantaran. Itu baru hantaran, belum lagi duit – duit lain nak dirikan masjid ni.

Siang malam abang kerja, buat 2, 3 kerja juga masa nak kahwin tu. Siang abang kerja dekat ofis, gaji masa tu tak jejak RM2,500. Nak bayar duit rumah, duit kereta, nafkah ibu ayah, duit belanja sekolah adik – adik lagi.

Abang anak sulung, bawah adik – adik masih belajar. Seorang masa tu tengah buat degree, lagi 3 adik sekolah menengah. Fahamkan sebagai abang sulung, besar oi tanggungjawab abang. Ayah ibu pon dah tua, walaupun diorang tak minta duit, tapi sebagai anak lelaki sulung, itu adalah tanggungjawab.

Malam plak abang tolong member jual burger dekat area rumah sewa. Selain tu ada juga buat business online, nak buat side income. Penat jangan cakap la, Allah je yang tahu. Tapi fikir balik, tangungjawab tu. Jadi dari situ dapat la juga kumpul duit buat kahwin.

Hampir setahun lebih, abang dan isteri selamat diijabkabulkan. Happy dia hanya orang yang dah kahwin je faham. Jadi kami jalani hidup sebagai suami isteri macam biasa. Duduk rumah sendiri, yang abang beli masa bujang, walaupun tak habis bayar lagi. Kira isteri abang ni cuci kaki je masuk rumah. Abang tak nak duduk rumah dengan parents, tak nak timbul masalah, yelah baru – baru kahwin kan.

Bila dah duduk serumah, baru lah tahu isteri abang ni, satu kerja rumah apa pon dia tak reti buat. Maklumlah dia anak orang berada. semua bibik sediakan. Aduh.! bayar RM15k satu kerja pon tak tahu. Balik kerja, tengok rumah macam kapal karam, pinggan penuh singki, masak jangan cakap lah. Memang tak la kan. Abang sedih lah, suami mana yang tak sedih, kau kerja bukan main penat siang malam nak kumpul duit kahwin mahal – mahal, tapi dapat wife satu benda pon tak pandai buat.

Abang balik kampung mengadu kat ibu, tapi abang yang kena tarbiah balik. Sebabkan sayang isteri abang tu, jadi abang amik inisiatif untuk ajar isteri abang tu kerja – kerja rumah. Abang dulu sekolah asrama penuh, jadi siapa yang sekolah asrama tu faham macam mana kemasnya kami orang ni.

Pertama sekali, abang ajak isteri sama – sama kemas rumah, ajak taw bukan suruh. Jadi kat sini, isteri abang tu takla rasa macam h4mba kan. Lagi pon kerja rumah ni semua sebenarnya tugas suami, bukan isteri! Lama – kelamaan isteri abang pandai la berkemas. Bersih cantik sikit rumah. Sejuk mata memandang balik kerja.

Bab masak? Setiap hujung minggu abang dan isteri cuti. Jadi kat sini abang ajak wife abang masak. Dari sesimple lauk sampai lah yang pada dia payah. Abang gigih pasang wifi kat rumah, biar isteri abang ni boleh google jer apa yang dia nak masak. Mula – mula masak memang lah, hanguslah, masin kedaung lah. Tapi lama – lama pergh..! Kalah master chef. Masalahnya bukan alasan tak pandai masak. tapi rajin atau tak je. Semua ada kat internet tu, google jer la.

Dekat sini abang nak pesan kepada suami – suami, bakal suami, kita ni sebagai pembimbing keluarga bukan setakat ketua keluarga. Isteri itu amanah dan anugerah yang paling bernilai. Kalau isteri tak tahu, ajar bukan kau herdik, kaki tangan naik dan jangan sesekali rasa menyesal dengan perkahwinan korang, sebab setiap yang berlaku tu telah ditulis dan terseIindung berjuta hikmah dari-nya.

Lagi satu, jangan bising kalau duit hantaran mahal lah, tak macam zaman mak, nenek korang. Hello! ni dah tahun berapa dan kau kenalah selari dengan zaman sekarang. Ingat kerja rumah semua tu tanggungjawab suami, isteri hanya perlu melayan suami sahaja. Jadi kalau isteri korang tu tak reti buat kerja rumah sebenarnya bukan masalah. Itukan kerja korang. Bukan kerja isteri.

Hargailah isteri korang, mungkin ada yang kurang mana – mana, manusia tak ada yang sempurna. Sebab tu kahwin tu untuk saling melengkapi. Apa – apa pun, sekarang dah masuk 5 tahun usia perkahwinan kami dan sem4kin bahagia. Sekarang abang tengah tunggu kelahiran anak sulung kami. Doakan kebahagian kami berkekalan. Lain kali abang akan share lagi nasihat untuk kebaikan bersama. okey! – Lukman Hakim

Komen Warganet :

Farhana iIsb : Wow! Terbaiklah abang. Memang betul ada yang jenis pasangan yang macam ni. Pasangan yang sangat contra tapi sebenarnya saling melengkapi. Ia terpulang kepada diri masing – masing untuk sesuaikan diri bila dah kahwin. Perempuan kat luar sana jangan ingat bila dah kahwin semuanya indah, pakai cantik bak puteri blablabla macam dalam drama, kerja rumah semua orang gaji buat. Walaupun memang korang datang dari keluarga yang berada. Bertuah isteri dapat suami macam abang ni. Kalau orang lain mau jadi tiket nak kahwin lain.

Muhammad Baha’uddin Hamizan : Sebenarnya, kerja – kerja rumah adalah tugas diri sendiri. Contoh mudah, sendiri makan guna pinggan sendiri basuh. Cumanya kita manusia yang ada persefahaman, bahagikan tugas tu semua. Kamu buat itu, aku buat ini. Perlu juga ada kefahaman konsep ‘common sense’. Kipas berhabuk contohnya, perlu dibiarkan berbulan – bulan atau dibersihkan. Dalam bab hantaran pula, isu utamanya ialah nilainya yang meningkat tanpa pertimbangan kos sara hidup masa kini. Tak ada kena mengena pun dengan isteri malas, isteri tak pandai itu tak pandai ini. Itu hal lain. Cerita utamanya ialah nilai hantaran.

Farhana Izmira CJ : Baca confession abang, Terus rasa nk kahwin cepat – cepat kalau semua lelaki bagus macam ni. Walaupun takdelah masak sampai masin kedaung, tapi ada suami yang faham konsep sebenar berumahtangga tu yang bagus. Tahniah abang, semoga dapat anak yang soleh dan solehah.

Paiz Ibnu Ngah Al-Chukaiyi : Tak ada masalah bab hantaran kalau perempuan tu muslimah. Yang wajib mas kahwin je, hantaran tak mainlah. Masing – masing guna duit masing – masing. Perempuan pakai duit sendiri untuk jamuan dia, laki pakai duit sendiri untuk jamuan dia. Itu baru adil dan saksama, selain dari itu adalah zaIim.

Apa kata anda?