Hanya kerana resepi ayam lidi, saya tak menghalal setitik air susu dan tak menghalalkan dar4h saya yang mengalir dibadannya

news.allmhidotcom warning

Saya memang berniaga kecil – kecilan di tepi rumah sejak arw4h suami hidup hingga kini. Anak sulong saya dah berkahwin, dia pun berniaga. Baru – baru ni, dia ada bagi resepi ayam lidi yang dia niaga. Tak sangka semalam anak sulong saya menga1bkan saya di fb dengan nada yang kasar dari anak kepada ibu sehingga..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum., terima kasih admin ada ruang ni untuk saya kongsikan sedikit luahan. Mohon hide siapa saya. Saya tak pasti anak saya akan baca atau tak. Sedikit sebanyak tentang saya dan anak – anak. Saya merupakan ibu tunggal dan mempunyai 3 orang anak. Kini berusia 41 tahun dan pernah berkahwin di usia yang muda dalam lingkungan 18 tahun. Tapi perkahwinan pertama saya gagal dan mempunyai 2 orang anak dari hasil perkahwinan pertama. Alasan kegagalan kerana bekas suami curang 5 tahun dalam 10 tahun usia perkahwinan kami. Macam mana dia curang mungkin tak perlu saya ungkapkan kerana saya dah lama redha dengan penceraian itu..

Bekas suami saya nikah selepas 7 bulan penceraian kami dan anak – anak saya memang tak ambil kerana alasan pertama, itu adalah tanggungjawab bekas suami dan yang kedua saya tiada tempat tinggal hanya menumpang dan tak tinggal setempat. Saya tak nak anak – anak merempat dan saya yakin ibu mentua saya boleh jaga mereka dengan baik dari segi agama dan pelajaran mereka. Jika mampu saya ziarah anak – anak saya, bila ada rezeki saya tak lupa mereka.

Selepas 8 tahun menjadi ibu tunggal, saya nikah dengan pilihan hati saya, seorang lelaki bujang, agak muda 3 tahun dari saya. Alhamdulillah kami dikurniakan seorang anak yang tercomel walau anak saya ada dupIex kidney atau mudah dalam bahasa melayu buah pinggang 8, 4 kanan dan 4 kiri. Alhamdulillah, dia terlalu comel walau kaki dan tangan dia tak sesempurna insan lain. Walau macam tu dia boleh berjalan secara normal.

Namun 5 bulan lalu suami saya meninggaI dunia ketika usia perkahwinan kami lebih kurang 6 tahun bersama. Maka bermulalah sedikit demi sedikit ujian pada saya min. Jika nak cerita dari A sampai Z mungkin tak mampu.

Saya memang berniaga kecil – kecilan di tepi rumah dari arw4h suami ada hingga kini. Nak pendekkan cerita anak sulong saya dah berkahwin, dia pun berniaga. Baru – baru ni dia ada bagi resepi ayam lidi yang dia niaga. Dia kata ayah dia dapat resepi dari sesorang yang jual ayam lidi tu. Untuk pengetahuan, perjalanan jarak jauh rumah saya dan anak makan masa 2 jam, agak jauh.

Tak sangka semalam anak sulong saya menga1bkan saya di fb dengan nada yang kasar dari anak kepada ibu sehingga dia kata tak menghalalkan apa yang saya jual. Dia kata saya ciplak hasil jualan, dia kata merangkaklah saya mohon ampun dari di padang mahsyar nanti. Allahuakbar, bahasa yang cukup kesat. Air mata saya gugur laju, sehingga hati saya jadi hitam, saya tak menghalal setitik air susu dan tak menghalalkan dar4h saya yang mengalir dibadannya.

D0sakah saya jual atau niaga benda yang sama tapi kami tak setempat. Susah senang saya tak pernah minta sesen dari anak – anak saya. Saya minta pendapat dan nasihat dari semua sahabat, apakah teruk sangat saya sebagai ibu?

Komen Warganet :

Cahaya Rania : Kak sila remove anak akak dari facebook tu. Kemudian buat tak tau je apa dia cakap, dia tu anak, akak tu mak. Dan sebagai seorang mak janganlah akak pon ikut perangai dia. Doakanlah yang baik – baik. Akak ada kehidupan akak sendiri biarkan dia nak a1bkan ke apa. Besar lagi d0sa anak buat ke mak gitu. Jadi jangan fikirkan sangat kak. Orang pon boleh nilai yang mana betul dan salah. Istighfar dan tenangkan diri.

Nurazmiratul Shazreena : 1. Anak mungkin tuju dekat orang lain. Cuba bincang betul – betul. Kalau dia kedekut tak nak bagi resepi tu lain la. Ni dia yang bagi resepi tu kat awak, kemudian tiba – tiba tak halalkan? Macam pelik je. Kalau dia kedekut, baik dari awal dia tak bagi je resepi tu.

2. Sebagai mak, janganlah kata tak halalkan susu. Tu rezeki dari Allah. Bukan kita yagn buat susu tu sendiri. Dan kita bagi minum pada bayi, anak – anak kita yang tak reti apa lagi masa tu. Kita yang bagi bukan diorang mintak. Tu tanggungjawab kita susukan depa. Kalau kita bagi makanan har4m kat anak – anak kita, kita yang berd0sa, kak. Diorang sebagai baby, tak tau apa – apa. Ni kita bagi minum susu yang halal.

Takkan tiba – tiba bila dah besar ada masalah sikit terus nak har4mkan makanan yang halal? Sedangkan kalau betul tak nak halalkan susu macam ni, tak payah susukan terus je bayi tu dari kecik. Biar tak besar – besar terus. Tu je nak komen. Bab lain, tak tau la nk komen macam mana. Si anak mungkin ada salah sebab kecikkan hati ibu tapi kita sebagai ibu ni, kena jaga percakapan jugak. Kata – kata ibu ni doa.

Khansa Maisarah : Puan tak mampu nak mendidik dan menjaga anak dulu dan menyebabkan hubungan renggang. Walaupun ibu dan anak tapi realitinya sangat jauh. Sebaiknya sebagai ibu banyaklah berdoa untuk anak. Doa tu bukti puan menjaga amanah Allah. Bukan bila suka beranak tak suka har4mkan. Semoga dengan doa puan, anak puan mendapat kesed4ran dan dapat berbakti pada puan pada masa depan.

Nor Ziana Abu : Saya tau kak sangat kecewa dengan anak sendiri, tapi doa seorang ibu akan termakbul. Saya cadangkan akak berdoa agar anak kak diberi petunjuk dan insaf dengan perbuatan dia. Akak doakan agar anak kak tu berubah menjadi anak yang soleh / solehah. Cepat atau lambat Allah yang tentukan. Bersabar ya kak..

NurAz Wan : Bila iman di dad4 tipis, segalanya mungkin, tapi sebagai ibu, doakan yang baik – baik, sekurangnya doakan keinsafan pada anak itu. Untuk awak sendiri, carilah resepi lain, banyak lagi yang boleh dibuat selain yang sama dengan dia,. Atau awak cari resepi lain, masih niaga yang sama dengan resepi lain. Jangan awak risaukan tentang sikap dia, kerana kalau betul dia menderh4ka, baIasan Allah tidak akan bertangguh, tunggu masa saja, sebab Dia sudah katakan, baIasan bagi anak derh4ka dan orang yang makan harta anak yatim, Allah bayar cash di dunia lagi. Biar Allah menilai, tak perlu rendahkan nilai diri awak dengan mndoakn yang buruk – buruk pada anak. Lagipun awak tidak mendidik dan menjaga dia sepenuhnya sejak kecil lg.

Rosalinda Maslinda : Jatuh derh4ka anak puan jika puan sampai berfikiran begitu. Air susu ibu tak dapat dibayar dengan segala harta di dunia ini. Jangan sampai terlepas cakap puan, kata – kata ibu ibarat doa dan doa ibu tiada hijab di sisi Allah. Doa lah baik – baik untuk anak walau hati terIuka. Sesungguhnya, Allah maha mengetahui segalanya. Selepas bercerai anak pun ikut bekas suami mungkin tak rapat dengan ibu sehingga sanggup berkata demikian. Tetapi tidak kah anak itu mengetahui d0sa yang paling besar derh4ka kepada ibu, Allah akan baIas cash di dunia selama ibu itu tidak redho. Allahuakhbar..

Apa kata anda?