Satu hari, aku da tunang keluar, borak – borak. Dia tanya nak honeymoon kat mana nanti? Aku jawab dalam Malaysia je lah sebab kalau luar negara mahal kosnya. Dia berkeras nak keluar negara sebab kawan – kawan dia semua bercuti di luar negara. Bila aku terus terang yang nama aku kena blacklist terus dia marah, tarik muka..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Straight to the point, aku baru putvs tunang disebabkan hutang. Ya, aku ada hutang yang sampai aku dah kena blacklist. Aku ada hutang PTPTN yang tertangguh yang aku tak dapat selesaikan sebab aku kena buang kerja sebelum ni dan aku dah menganggur untuk 2 tahun.
Dalam masa 2 tahun tu kerja aku tak menentu dan gaji aku tak sampai 1K, dengan komitmen family, adik – adik, mak ayah di kampung. Aku anak sulung, ayah kerja kampung, mak suri rumah. Selain hutang PTPTN, aku ada buat personal loan sebab kena tipu dengan kawan yang buat MLM.
Yang ini pun dah tertangguh sampai 15K. Setiap saat aku celik mata, runsing fikirkan perihal hutang memandangkan kita sebagai Muslim percaya, m4ti kelak roh akan terg4ntung andai hutang tidak dilangsaikan.
Malah, Nabi SAW sendiri menolak untuk menjadi imam solat jen4zah orang berhutang. Sekarang kerja dah okay cuma hutang tu terlalu banyak dan aku pening nak mulakan macam mana untuk settlekan.
Berbalik cerita putvs tunang. Aku ni jenis tak pandai bergaul dengan lelaki. Menjaga ikhtilat kononnya. Kalau kerja tu memang aku bukan jenis tepuk t4mpar gelak – gelak dengan lelaki. Sebab aku tak reti nk bergaul sangat.
Bagi aku, dekat ofis kena serius. Kalau nak bergurau tu jangan lebih. Mungkin sikap aku ni membuatkan bekas tunang aku suka kan aku. Kami satu ofis cuma berlainan department. Dia pernah kata aku ni tak macam perempuan yang dia kenal.
Aku ni lain. Dia tua dari aku 3 tahun. Masih single. Orangnya biasa – biasa je. Kulit sawo m4tang dan sama tinggi denganku. Dia dah lama perhatikan aku sejak hari pertama aku kerja. Aku tak sedar semua tu sebab fokus aku pada kerja.
Masa berkawan semua ok. Kami rapat. Semua masalah kami kongsi. Jadi, aku fikir dia adalah pilihan yang tepat untuk dijadikan calon suami. Pucuk dicita ulam mendatang. Dia lamar aku genap 2 tahun kenal. Dia ada ciri – ciri suami yang aku suka (selama aku kenal dia).
Seminggu lepas tu kami tunang. Ik4t setahun. Aku runsing sikit sebab rasa macam tak sempat nak kumpul duit. Aku tak ada simpanan langsung untuk kahwin. Aku ik4t perut. Puasa isnin khamis. Kurangkan shopping.
Kawan – kawan ajak bercuti aku tak ikut. Mereput dengan kerja, makan, tido. Itu je rutin aku. Kami jarang keluar sebab masing – masing nak simpan duit. Jumpa di ofis saja. Itu pon semua orang tak tahu yang kami bertunang.
Memang tak nak heboh. Cuma family saja tahu. Satu hari, kami keluar. Kami berborak. Dia tanya nak honeymoon kat mana nanti? Aku jawab dalam Malaysia je lah sebab kalau luar negara mahal kosnya. Padahal nama dah kena blacklist.
Dia berkeras nak keluar negara sebab kawan – kawan dia semua bercuti di luar negara. Aku serba salah. Aku terus cakap yang nama aku dah kena blacklist tak boleh keluar negara. Dia terk3jut. Lepas tu marah aku kenapa aku tak bagitahu dia selama ni.
Aku jelaskan semuanya malam tu. Aku akan selesaikan sendiri. Tak minta duit dia pon. Dia tarik muka. Dia kata takpelah kita bercuti dalam negara je. Sabah ke.. jauh sikit. Aku lega. Sejak malam tu, dia berubah. Dia seolah – olah, nak menjauhi aku.
Whatsapp tak reply. Call tak angkat. Kat ofis jarang nampak dia. Dia lari dari aku. Aku sedih, apa salah aku. Satu hari, aku cakap yang aku nak pergi rumah dia. Terus dia call aku. Dia ajak keluar nak bincang pasal barang kahwin.
Lepas makan tu, dia terus tanya aku, adakah dia pilihan aku yang tepat? Aku pelik kenapa tiba – tiba? Dia kata sebab aku bukan pilihan dia yang tepat. Aku m4kin pelik. Apa alasan dia? Apa salah aku. Dah tinggal nak ke jinjang pelamin.
Alasan dia sebab kewangan aku. Aku sedih sampai begitu sekali penerimaan dia. Terlalu sedih. Aku menangis. Dia kata dia tak dapat terima. Dalam hati aku kata mesti dia curang belakang aku. Aku tak dapat terima kenyataan tu dan tak nak putvs tunang.
Dia berkeras nak putvs tunang dan dia akan bagitahu keluarga. Allah. MaIangnya nasib aku. Aku mengaku aku gagal dalam pengurusan kewangan. Aku merayu pada dia untuk teruskan hubungan kami. Dia kata dia dah tawar hati.
Atas alasan tu je? Tapi mungkin betul. Hati orang kita tak tahu. Orang dah tak sudi, buat apa aku nk terhegeh – hegeh lagi. Walaupun susah untuk aku terima. Jadi bulan lepas, kami putvs tunang. Keluarga pon masing – masing terima dengan hati terbuka.
Alasan kami tiada persefahaman. Sehingga waktu ini, aku tertanya – tanya adakah itu alasan sebenar dia untuk putvskan pertunangan? Sebab aku berhutang? Sampai kena blacklist and tak boleh keluar negara?
Aku terus berhenti kerja dan sampai sekarang masih menganggur. Aku tak sanggup berdepan dengan dia hari – hari dekat ofis. Aku kemurungan. Berat aku turun 10 kg sejak haritu. Adakah orang seperti aku tak layak untuk merasa hidup berumahtangga?– Nini (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Muna Aziz : Tolong pegi AKPK untuk selesaikan beban hutang personal tu. Untuk hutang PTPTN AKPK takleh bantu itu kau kena setel jugak. Boleh guna akaun 2 KWSP untuk setelkan PTPTN tu. Dan boleh juga pergi jumpa pegawai PTPTN untuk refinance balik ikut kemampuan kau.
RM50 sebulan pun boleh weh. AKPK sangat membantu untuk urus hutang. Takpelah kalau tersek4t untuk loan lain masa dalam program AKPK, sekurangnya kau ada peluang tenang dalam hidup. Jangan cepat mengeluh.
Patutnya jangan berhenti kerja tu. Kerja je macam biasa. Tapi akak doakan kau dapat kerja lain cepat – cepat dan dapat langsaikan semua hutang. Pasal j0doh ke apa, tak payahlah beria fikir Nini. Uruskan diri dulu, tahulah Allah nak urus j0doh kau pulak.
Doa banyak – banyak. Jangan putvs asa. Dari cara kau, kau lebih banyak berserah dan takde cari tindakan macam mana nak setelkan. Kita pempuan kena kuat. Jangan lemah sangat nanti cepat kena d4rah tinggi. Please pegi AKPK dan pejabat PTPTN tu. Pleaseee
Nu Nu : 1 – Akak rasa dia pun buat keputvsan utk masa depan DIRI DIA SENDIRI. Awak banyak hutang, mungkin dia tak nak jadi orang yang menanggung hutang tu kemudian hari. Kita ni sekarang sihat, masa depan esok ntah terIantar.
Hutang bukan hilang gitu je. Kena gak setel. Waktu ni, siapa yang nak kena setel? Haa… Yang ni nak salahkan dia sepenuhnya pun tak boleh. Dia ade alasan yang logik dekat situ.
2 – Kalau awak s4kit hati, marah. Bangkit. Tunjuk kat dia yang awak tu boleh berdiri dan bahagia jugak tanpa dia. Nanti dia boleh tengok je awak bahagia depan mata dia.
3 – Pergi dapatkan nasihat dan pertolongan dari yang pakar. Hutang sebanyak tu kena cari jalan penyelesaian terbaik. Cuba pergi mintak nasihat AKPK or something. Akak doa dipermudahkan lah urusan awak ye.
Nim Rokiah : Kenapa berhenti kerja disaat hutang – hutang tengah menimbun? Itu kesilapan paling besar ko buat, lebih baik putvs tunang dengan lelaki macam tu dari hilang kerja sebab lelaki tak guna. Tapi ko lepaskan dua – dua sekali.
Tak payah nak merintih merendong bagai, move on dan cari keja. Pikir hutang lebih utama dari pikir j0doh. Takde j0doh tak berd0sa pun, tak bayar hutang tu yang bawak sampai masuk kubvr. Kalau Allah dah tetapkan j0doh untuk ko, lambat atau cepat bertemulah j0doh nanti.
Zi Yatie : Nak komen isi yang paling orang tak perasan. Bagi sesiapa yang baca ni, elakkanlah daripada terjebak dengan MLM yang cuma mementingkan headhunting. Ini mesti set – set MLM H*** yang kena amik personal loan beIas – beIas ribu dek sebab terpedaya dengan janji – janji orang atasan nak kaya cepat.
Janganlah terpengaruh, yang top – top dalam MLM tu pun kesudahannya ramai yang bankrap. Kerja je macam biasa sudahlah, kalau susah sangat buat bisnes online, dr0pship barang, buat kuih, jual kek org. Lagi berkat rezeki daripada menipu orang ambil personal loan beribu – ribu ni.
Islah Nur : Nini, akak nak share doa selalu akak ucapkan masa cari j0doh, “Ya, Allah bagiIah suami yang dapat menerima diriku dan keluargaku seadanya”. Dan akhirnya suami akak sekarang masyaallah dapat terima akak dan keluarga yang serba kekurangan.
Masa lepas kahwin baru dia tahu akak ada hutang PTPTN, tapi dia gelak je sambil cakap, “tak sangka kawin dengan pakej kena tanggung hutang awak”. Akak tak bagitau sebab tak terfikir pasal tu sebelum kawin. Sampai sekarang dia bayar tiap – tiap bulan walaupun akak tak pernah suruh, Masyaallah.
Keluarga akak pulak memang miskin je, rumah pun buruk. Walaupun dia latar belakang keluarga hebat – hebat, tapi dia dan keluarga semuanya ikhlas terima kehadiran akak. Dah lebih 10 tahun kami kahwin semuanya melayan akak dengan baik.
Insyaallah awak pun pasti akan dapat ganti yang lebih baik. Bukan salah awak, tapi memang takde j0doh. hutang tu asbab je untuk hati dia berubah sebab memang dia bukan j0doh awak. Doa betul – betul pada Allah, jangan down lama sangat. Cepat – cepat lap air mata dan yakin PERANCANGAN Allah yang terbaik.
Tapi jangan duk nak cari suami yang boleh bayarkan PTPTN pulak. kesianlah kalau lelaki tu ada komitmen besar untuk tolong keluarga dia jugak, sebab kadang – kadang ada lelaki yang jadi harapan untuk ubah nasib keluarga dia.
Maksud akak cuma, doa dapat suami yang tak salahkan kita dan support moral untuk kita usaha bayar. Dia boleh terima setiap kekurangan kita.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.